You are on page 1of 26

Sejarah Perundangan Islam

Farah Diyana binti Mohd Nasir A12C

TAKRIF
Istilah agama dan undang undang ialah:

Mengatur dan menyusun undang undang yang berhubung dengan hukum hukum perbuatan orang mukallaf, masalah masalah serta peristiwa peristiwa yang terjadi.

Perundangan Ilahi

Jenis undang - undang

Perundangan manusia

PERUNDANGAN ILAHI
Syariah Islamiah (Undang undang Islam) itu adalah merupakan peraturan dan undang undang Allah yang diturunkan kepada manusia yang mukallaf.

PERUNDANGAN MANUSIA
Peraturan dan undang undang ciptaan manusia membawa maksud peraturan manusia.

PERBEZAAN Perundangan Ilahi & Perundangan manusia


Aspek
Pindaan undang undang

Perundangan Ilahi
Tidak dapat dipinda/diubah. Masih dipakai walaupun zaman telah berubah. Tidak dipegang oleh sesiapa, sumber perundangan dari Allah SWT (al Quran). Pesalah diberi balasan yang setimpal dengan kesalahannya.

Perundangan manusia
Boleh dipinda atau diubah mengikut peredaran masa tertakluk kepada pemerintah. Dipegang oleh pemerintah, dibuat oleh penggubal undang undang. Boleh dirayu dan dikurangkan denda, akan berlaku tidak adil, blasan yang dikenakan tidak setimpal. Hanya berkuasa ketika pesalah masih hidup.

Pemegang undang undang

Pembahagian hukuman

Penguasaan undang undang

Tetap berkuat kuasa walaupun pesalah telah meninggal dunia.

ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM


Zaman Rasulullah

Zaman Sahabat Zaman Pembukuan Imam Imam Mujtahid

Zaman Taklid

PERUNDANGAN ZAMAN RASULULLAH


Zaman pembentukan undang undang.

Bermula zaman Rasulullah dilantik menjadi Rasul (610M) sehingga wafatnya (632M).
Berlaku selama 23 tahun.

Terbahagi kepada 2 peringkat.


Rasulullah sebagai sumber rujukan.

Peringkat di Tanah Makkah


Berlaku selama 12 tahun dan beberapa bulan dari masa ini kebangkitannya sehingga masa perpindahan baginda ke Madinah. Kebanyakan ayat yang diturunkan berkisar tentang akidah, akhlak atau tatasusila dan contoh contoh teladan dari kelakuan orang dahulu kala.

Peringkat di Tanah Madinah


10 tahun dari tarikh perpindahan baginda sampai tarikh wafatnya. Dalam peringkat inilah timbulnya keperluan untuk mengatur perundangan dan seterusnya undang unsang muamalat, sivil dan sebagainya.

WAHYU ILAHI

Allah akan menurunkan wahyu kepada Rasulullah, mengandungi hukum yang dikehendakiNya dan setelah itu baginda akan menyampaikan kepada kaum Muslimin.

Sekiranya Allah tidak menurunkan wahyu, maka Rasulullah akan menggunakan ijtihad baginda untuk mengetahui hukum tersebut. Ijtihad Rasulullah juga dinamakan al Hadith.

Ijtihad Rasulullah

Madaniyyah
Hukum hukum yang menerangkan perkara fardhu dan hudud. Ayat ayat yang diturunkan amat panjang berbanding ayat ayat Makiyyah.

Makiyyah
Lebih kepada tujuan tujuan utama dalam agama iaitu tauhid. Mengemukakan bukti kewujudan Allah SWT. Membasmi dasar dasar syirik. Menjauhkan rohani dari sebarang kehinaan. Pendek pendek ayatnya.

Ciri Ciri Perundangan Zaman Rasulullah

Undang undang disyariatkan berdasarkan kes kes yang terdapat pada masa itu. Allah menurunkan wahyu sebagai jawapan kepada permasalahan tersebut. Rasulullah melakukan ijtihad berdasarkan ilmu dan pengawasan daripada Allah SWT. Tidak timbul perselisihan pendapat dalam kalangan sahabat Rasulullah yang tidak dapat diselesaikan. Terdapat wahyu yang diturunkan bukan bertujuan untuk menjawab persoalan tetapi diturunkan oleh Allah SWT sebagai pensyariatan terhadap sesuatu hukum dan kewajipan.

Pensyariatan undang undang diturunkan secara berperingkat peringkat.

Cara Perundangan
Secara beransur ansur. Mengambil masa 22 tahun. Diturunkan sekadar yang diperlukan oleh kes kes dan kejadian kejadian yang berlaku. Diturunkan secara beransur ansur untuk menyenangkan para penganut. Sebagai polisi untuk membiasakan orang menerima dan menjunjung hukum hukum tanpa merasa penat dan bosan.

Perundangan Di Zaman Sahabat


Bermula dari kewafatan Rasulullah (11H) hingga akhir abad pertama Hijrah.

Merupakan zaman pentafsiran undang undang di zaman permulaan terbukanya pintu ijtihad dan istinbat.
Sahabat sahabat nabi menjadi rujukan atas beberapa keistimewaan;

Telah lama bersahabat dengan Rasulullah dan mereka mengetahui cara Rasulullah mengeluarkan atau menafsir hukum.

Mereka menyaksikan sebab sebab turunnya ayat alQuran dan datangnya Hadith.

Menjadi ahli perundingan dan musyawarah Rasulullah ketika melaksanakan ijtihadnya.

Kelebihan dalam menghafaz alQuran dan Hadith Rasulullah.

Golongan awam yang tidak dapat mengerti nas nas hukum.

Butir butir undang undang yang asas ini belum tersebar luas kepada orang Islam pada zaman itu.

Hukum yang berhubung dengan kejadian di zaman itu ialah hukum hukum yang berhubung dengan kejadian yang berlaku pada zaman itu sahaja.

Antara sahabat sahabat yang terkenal sebagai ahli fatwa; Madinah : Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Umar dan Saidatina Aisyah

P U N C A

Mekah : Abdullah bin Abbas


Kufah : Abdullah bin Utbah

P E R G U A N N D A N

Ijtihad
Apabila berlaku sesuatu peristiwa sahabat akan mencari hukum di dalam alQuran. Kalau tiada mereka akan mencari di dalam hadis Rasulullah. Kalau tiada juga mereka akan berijtihad dengan menggunakan pengalaman mereka bergaul dengan Rasulullah dan menyaksi sendiri bagaimana Rasulullah mengeluarkan hukum dan berijtihad. Ijtihad ialah mengerahkan segala potensi dan kemampuan semaksima mungkin untuk menetapkan undang undang syariah.

Keistimewaan Syariah / Fiqh Pada Zaman Sahabat


Fiqh pada zaman ini berjalan selari dengan zamannya. Pada zaman ini telah sempurna pembukuan alQuran.

Tidak banyak periwayatan hadith. Wujud pada era ini sumber hukum yang ketiga selepas alQuran dan Hadith iaitu Ijmak Wujud juga ijtihad ijtihad yang dibina atas dasar Illah.

Mula wujud dua kelompok aliran di dalam mengeluarkan hukum iaitu:

Zaman Pembukuan dan Imam Mujtahid


Bermula dari tahun 100H sehingga 350H. Pada masa ini imam imam mujtahid aktif mengarang dan menulis buku buku hadith, fatwa fatwa sahabat, tabiin dan pengikut tabiin, Tafsir alQuran, fiqh fiqh Imam Mujtahid, risalah risalah ilmu dan fiqh dibukukan.

Zaman Keemasan
Kawasan kerajaan Islam pada masa itu meliputi berbagai bagai bangsa yang mempunyai berbagai bagai adat resam, muamalat dan kepentingan kepentingan. Ahli ahli perundangan dan fatwa di zaman itu mempunyai kemudahan kemudahan yang luas di dalam kegiatan perundangan mereka. Ketelitian para ulama dalam mengistinbatkan hukum hukum dalam muamalat dan fiqh Islam. Zaman itu lahir tokoh tokoh ahli ijtihad dan pengasas imam mazhab yang empat: Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Penguatkuasaan undang undang ialah dari golongan tabiin

yakni mereka yang belajar hadith dari sahabat sahabat, meriwayatkan hadith dari para sahabat, menghafal fatwa fatwa para sahabat dan memahami rahsia rahsia perundangan dan cara cara menetapkan hukum.
Mereka menjadi penguatkuasa hukum secara lantikan tetapi

berdasarkan kepercayaan orang ramai.


Mula terbentuknya perbezaan pendapat dalam perundangan

yang membawa kepada perpecahan ahli ahli perundangan kepada beberapa mazhab.

Mazhab Maliki

Hukum hukum fiqh yang diberikan adalah berdasarkan alQuran dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami alQura, Imam Malik sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum hukum. Beliau berfikir panjang sebelum memberi suatu hukum atau fatwa.

Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Beliau pernah berkata, Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama.

Mazhab Hanafi

Mazhab Syafie

Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang menetapkan cara cara atau peraturan untuk memahami alQuran dan alHadith. Juga ia menetapkan kaedah kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadith. Imam Ibnu Hanbal menjawab: Aku menuntut ilmu dari hujung dunia ke pintu kubur. Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.

Mazhab Hanbali

Zaman Taqlid/Zaman Kebekuan


Bermula dari pertengahan abad 4H. Para ulama dan orang Islam berpegang kepada fatwa fatwa Imam Mujtahid yang dahulu. Pada masa ini umat Islam mengalami pelbagai pengaruh politik, pemikiran, akhlak dan sosial yang buruk. Taqlid : Beramal dengan pendapat seseorang tanpa mengetahui dalil dan hujahnya.

Sebab sebab Terhentinya Ijtihad


Perpecahan negara Islam kepada berbagai bagai pemerintahan yang saling berperang di antara satu sama lain. Pemerintah Islam hanya sibuk dengan peperangan, rusuhan dan pertahanan diri dari segala tipu daya dan memikirkan ikhtiar ikhtiar untuk mencapai kemenangan. Umat Islam mengalami kelemahan dalam semangat kecintaan mereka kepada ilmu pengetahuan dan akhirnya kelemahan itu telah berkesan melumpuhkan kegiatan perundangan.

Setelah Imam Mujtahid berpecah, masing masing mempunyai fahaman perundangan tersendiri dan membawa aliran dan cara yang tersendiri dan pengikut golongan itu berusaha sedaya upaya meninggikan mazhab masing masing.
Leburlah keperibadian seorang ulama di dalam golongan puaknya dan terbunuhlah jiwa kebebasan akal fikiran mereka. Akhirnya mereka menjadi muqallid (orang yang bertaqlid kepada orang lain). Umat Islam cuai mengatur dan menyusun kuatkuasa perundangan Islam dan tidak mengadakan sesuatu peraturan kemas yang boleh mencegah orang orang yang tidak berkelayakan dari memasuki lapangan ijtihad. Pihak yang berkuasa pun mengeluarkan perintah menutup pintu ijtihad dan memaksa mufti mufti dan kadi kadi mengikut hukum imam imam terdahulu sahaja.

Para ulama mengalami keruntuhan akhlak yang menghalangi mereka dari meningkat ke taraf mujtahid.
Mereka menjalankan propaganda bagi memburukkan dan menjatuhkan nama orang yang cuba berijtihad. Pupuslah kebijaksanaan dan kepintaran dan lemahlah kepercayaan ulama kepada diri sendiri dan seterusnya kekallah mereka menumpukan pegangan kepada mazhab imam imam yang lalu.

Para Ulama Dibahagikan Kepada Beberapa Golongan


Golongan mujtahid mazhab : bersandarkan fatwa dan dasar pegangan mazhab. Golongan mujtahid dalam masalah masalah baru : masalah masalah yang tidak difatwakan dalam mazhab. Ahli takhrij : Pentafsiran kesamaran. Menjelaskan fatwa yang tidak jelas. Qiyas. Ijtihad. Berdasarkan fatwa mazhab dan dasar pegangan.

Ahli tarjih : Pemutus. Tarjih memilih suatu pendapat berdasarkan kekuatan dalil. Cuma membandingkan antara fatwa yang kuat dan yang lemah.
Ahli taqlid : Sekadar mengikut fatwa atau pegangan mazhab.

IMAM MALIK b. ANAS Sesungguhnya aku ini tidak lain melainkan manusia, boleh jadi aku salah dan boleh jadi aku benar. Maka dari itu, hendaklah kamu memerhatikan pendapatku. Tiap tiap yang sesuai dengan kitab Allah dan Sunnah, kamu ambillah ia. Dan tiap tiap yang tidak sesuai dengan kitab dan Sunnah, kamu tinggalkanlah ia.

IMAM ABU HANIFAH Haram atas sesiapa yang belum mengetahui dalil fatwaku bahawa dia berfatwa dengan perkataanku.

IMAM AHMAB b HANBAL Janganlah kamu bertaklid kepada orang oarng tentang agamamu kerana sesungguhnya mereka itu tidak akan selamat bahawa mereka itu bersalah.

You might also like