You are on page 1of 44

MORFOLOGI

Apakah morfologi?
Satu cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk.

Kajian terbahagi kepada dua:


morfem: bebas
kata: akar terikat

terbitan

KATA TUNGGAL
Kata dasar, yakni kata yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Contoh: itu, bakal, ke.

JENIS KATA TUNGGAL


i. Unit bebas Contoh: saya
ii. Kata tugas Contoh: di, ke, pada.

iii. Kata akronim Kata yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan utuh. Contoh: pawagam (panggung wayang gambar)

TIGA CARA MENULIS AKRONIM


i. Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan keseluruhan tulisannya dengan huruf besar. Contoh: ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

TIGA CARA MENULIS AKRONIM


ii. Gabungan huruf awal dan atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan nama khas. Contoh: tabika taman bimbingan kanakkanak lurang lubang orang

TIGA CARA MENULIS AKRONIM


iii. Gabungan huruf awal dan atau suku kata itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: Mara Majlis Amanah Rakyat

2. KATA TERBITAN
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan.
Contoh: berlari memasak

3. KATA MAJMUK
Kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Contoh: bumiputera, air mata.

JENIS-JENIS KATA MAJMUK


i. rangkaian kata bebas: biru laut jalan raya ketua menteri nasi minyak Raja Muda

JENIS-JENIS KATA MAJMUK

ii. istilah khusus model linear telefon dail terus pita suara

JENIS-JENIS KATA MAJMUK


Iii. kiasan buah hati manis mulut ringan tulang berat tangan

PENJAMAKAN KATA MAJMUK/KATA GABUNG


Hanya perkataan pertama yang terlibat. Contoh: alat tulis menjadi alat-alat tulis pasar raya menjadi pasar-pasar raya

KEKECUALIAN
Penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan kata yang telah mantap, penggandaan melibatkan keseluruhan kata. Contoh: anak emas-anak emas tandatangan-tandangan

PENGGUNAAN PENANDA JAMAK


Semua, banyak, sekumpulan, para. Semua guru besar bukan semua guruguru besar Mereka bukan mereka-mereka

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK


Kata gabung berimbuhan awalan atau akhiran. Contoh: bercampur aduk daya serapan mengambil alih

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK


Kata gabung berimbuhan apitan. Contoh: pengambilalihan mengehaknegarakan ketidakstabilan

4. KATA GANDA
Kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh: kanak-kanak, rumahrumah.

Penggandaan penuh
Ayat-ayat Kereta-kereta Bunga-bungaan Kementeriankementerian Setiausahasetiausaha

Penggandaan separa
Lelangit Lelaki Pepohon

Penggandaan berentak

Sayur-mayur Warna-warni Saudara-mara

Awalan Kata Nama


PeNPePeRKeJuru-

Awalan PeN Pe- bergabung dengan huruf-huruf m,n,ny,r,l dan w. Contoh: Penyanyi Pelayan pewangi

P, T, K dan S
Huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan menjadi bentuk sengau. Pukul pemukul Takut penakut Karang pengarang Sayang penyayang

PeN- menjadi pem Kata dasar bermula dengan huruf b, dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contoh: baca menjadi pembaca. Boikot menjadi pemboikot, veto menjadi pemveto, fatwa menjadi pemfatwa, blok menjadi pemblok, dan proses menjadi pemproses.

PeN menjadi pen


Kata dasar bermula dengan huruf d, c, j sy, dan z dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contoh: dapat - pendapat curi - pencuri jaja - penjaja syarah - pensyarah tauliah - pentauliah swasta - penswasta

PeN- menjadi peng Kata dasar bermula dengan huruf g, kh dan h dan a, e, i o, u. Hadir juga bentukbentuk pengecualian yang kata dasar bermula dengan huruf k. Contoh: gulung - penggulung khianat - pengkhianat elak - pengelak

Kata pinjaman
kabul pengkabul katalog pengkatalog kategori pengkategori kritik pengkritik

Kekecualian
Kata dasar kaji pengkaji. Catatan: Kata kaji bukan kata pinjaman. Tujuannya untuk membezakan dengan kata pengaji.

Peng- menjadi penge Apabila bergabung dengan kata dasar bereka suku kata. Contoh: bom pengebom cat pengecat had pengehad

Pe- digabungkan dengan kata dasar tanpa melibatkan perubahan bunyi.


Pe + sakit pesakit Catatan:Sebagai perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pedengan kata terbitan berawalan peN-. peN- + sakit penyakit

Awalan peR Pada kata dasar jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan perubahan bunyi pada awal kata dasar. Contoh: Per + asap perasap Per + buru perburu

Awalan ke- dan juru Tanpa melibatkan perubahan bunyi. Contoh: Ke + kasih kekasih Juru + tari jurutari

Apitan
Ke--an Pe--an PeN-an:pem-an,pen--an,peng-an,penge--an, peny--an. PeR--an:pe--an, per--an.

Sisipan
-el telunjuk -em gemuruh -er kerlip -in sinambung

Imbuhan Rangkap
mempeR-: memperisteri, mempersuami, memperbesar. dipeR-: diperalat. terpeR-: terperinci.

Imbuhan Awalan
Maha,pra-,swa-tunaeka-dwi-,tripanca.Contoh: Tunanetra, tunakarya. Swalayan, pramusaji.

Sekian, terima kasih. Salam Bahasa Jiwa Bangsa

Pascakursus:Ejaan, Penulisan Kata dan Pembentukan Kata.


Ejaan: Bunyi:tiga:vokal, konsonan, diftong. Pemisahan suku kata. Pola suku kata. Keselarasan huruf vokal. Ejaan kata bahasa Inggeris.

Penulisan Kata
Kata berawalan Kata majmuk Kata ganda Kata nama Kata ganti nama diri singkat Kata bilangan/angka Singkatan

Pembentukan Kata
Imbuhan:
Awalan Akhiran Apitan Imbuhan pinjaman Akronim

Kueja betul, bahasaku terampil


Pokok kari di tepi pekan, Lebah bersarang di hujung pohon; Ilmu kuberi harap dimanfatkan, Andai terkurang maaf kumohon.

Betulkan jika perlu:


Dia yakin bahawa rakyat di negara itu akan menyatupadu. Melaka terkenal dengan bukit yang mereka mengenalikan sebagai Bukit China. Pelajar itu gagal dalam akauntasi kerana dia tidak berminat dengan subjek tersebut. Haslina melapor berita dari London.

You might also like