You are on page 1of 80

BAHASA KEBANGSAAN A MPW 1113

ASAL USUL BAHASA MELAYU


Terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal usul Bahasa Melayu seperti mana berikut : 1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo Lo-Yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. 2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-Lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu sungai melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua bua kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo Melayu( Austonesia ) yang bergerak dari Yunan.

ASAL USUL BANGSA MELAYU


1. Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama yang di kenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia tenggara pada zaman batu baru. 2. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu deutro. Berpindah ke Asia Tenggara pada zaman logam kiara kiara 1500 sebelum masihi.Keturunan orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih bijak daripada keturunan Melayu Proto.Bijak dalam bidang astronomi.

3.Kumpulan pertama dan kedua , dikenali sebagai Austronesia. Bahasa bahasa yang terdapat yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada Bahasa Austronesia ini.

Nik safiah karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet China. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa bahasa Golongan Sumatera, bersama sama dengan bahasa bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Austris Austrosia Malenisia Sumatera Acheh Filipina Jawa Kalimantan Batak Minangkabau Lampung Tibet China Mikronesia Polinesia Austronesia Nusantara

Bali sasak

Nias
Melayu

Perkembangan Bahasa Melayu


Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu : Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Kuno


Merupakan keluarga bahasa Nysantara. Kegemilangannya pada abad ke7 hingga ke 13. Pada zaman kerajaan Sri Vijaya menjadi Lingua Franca. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit - di kenalpasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri ciri keilmuan. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi sanskrit kerana: 1. Pengaruh Hindu 2. Bahsa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hieraki yang tinggi. 3. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Penggunaan bahasa Melayu Kuno dapat dilihat pada batu batu bersurat abad ke 7 yang ditulis dengan huruf Pallawa. 1. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo , dekat palembang ( 684 M ) Batu Bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka(686M) Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi ( 686M )

Ciri ciri Bahasa Melayu Kuno Penuh dengan kata kata pinjaman Sanskrit Bunyi b ialah w dalam bahasa Melayu Kuno. Bunyi e pepet tidak wujud( Contoh dengandngan atau dangan) Awalan ber ialah mar- dalam Melayu kuno( contoh berlepas marlapas ) Awalan di ialah ni- dalam bahasa Melayu Kuno( Contoh:diperbuat- niparwat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh,h( contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam , bahsa moden(contoh: Semua samuha, saya sahaya.)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno ke Bahsa Melayu Klasik. Peralihan ini telah dikaitkan dengan pengaruh Agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke 13.selepas itu bahasa Melayu banyak mengalami perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting 1. Batu Bersurat di pagar ruyung Minangkabau (1356) Ditulis dalam huruf India Mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris sajak sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke 7. 2. Batu Bersurat di Minye Tujuh, Acheh(1380) Masih memakai abjad India. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata kata Arab seperti kalimat Nabi, Allah dan rahmat. Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu(1303- 1387) Di tulis dalam tulisan jawi Membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam Bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga tiga Batu Batu Bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan Bahasa Melayu kerana selepas abad ke 14, muncul kesusateraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting. Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaan Acheh Zaman kerajaan Johor Riau. Antara tokoh tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsudin Al Sumateratani, Syeikh Nuruddin al Raniri, dan Abdul Rauf Singkel.

Ciri ciri bahasa Mekayu Klasik. Ayat panjang, berulang, dan berbelit belit. Banyak ayat pasif dan songsang. Menggunakan bahasa Istana. Kosa kata Klasik: Ratna Mutu Manikam, Edan Kesmaran( Mabuk Asmara), sahaya, masyhgul ( bersedih). Banyak menggunakan perdu perkataan( kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. Banyak menggunakan partikel pun dan lah

Bahasa Melayu Moden


Bermula pada abad ke 19, hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Beliau juga dikenali sebagai Bapa permodenan bahasa. Sebelum penjajahan British bhasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusateraan,dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Daripada bahasa Arab dan Parsi pula , terdapat bunyi bunyi seperti dalam jadual di bawah.

Bunyi /sy/ /kh/ /gh/

Contoh Perkataan Syarikat, syamsiah,syarak, isyarat,Isyak Khabar, khadam, khas,bakhil,tarikh Ghairah,ghalib,ghazal, Maghrib

/f/
/dh/

Fakir,fitrah,tafsir,tafahus, mualaf
Darab,darurat,kadhi,fardhu, Haid( bunyi ini dilambangkan dengan huruf d) Zalim,zaman Sabit, selasa, isnin, misal, Hadis( disebut dengan huruf s. Qari,qadim,furqan

/z/ /th/

/q/

Daripada bahasa Inggeris atau bahasa Eropah lain, bahasa Melayu telah meminjam bunyi bunyi seperti berikut. Lihat jadual Bunyi /f/ /y/ /sy/ /z/ Contoh perkataan Fasa, fokus,kafe,sofa,lif,staf Vaksin,vakum,novel,televisyen Syampu,syif,televisyen,kusyen Zip,zon,dozen,gazet

Imbuhan Asing. Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa iaitu bahasa Sanskrit, Arab Parsi, dan Inggeris Eropah. Imbuhan yang di pinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah
Sumber Sanskrit Jenis Imbuhan Imbuhan -maha - pra - tata - swa - eka - dwi - panca akhiran - man Contoh perkataan maharaja , mahaguru mahasiswa prakata, prasangka, prauniversit tatacara,tatarakyat, tatasusila. swasta,swadaya, swalayan. ekabahasa,ekafungsi, ekanada dwibahasa pancaindera,pancalogam seniman, budiman

awalan

Unsur unsur asing dalam bahasa Melayu. Peminjaman unsur unsur bahasa ( terutamanya perkataan ) bahasa asing merupakan kelaziman. Terdapat beberapa unsur unsur asing dalam bahasa Melayu adalah kerana: a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda, perkara ( fenomena ) b. Perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. c.Kegemaran menggunakan bahasa asing d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahsa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengagungkan bahasa asing. Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.

Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman.

Huruf atau sistem tulisan.


Bunyi- bunyi Imbuhan Kosa kata seperti perkataan,istilah, dan peribahasa asing, dan

Jenis jenis pinjaman


a. peminjaman tulen( matematik , bonus ) b. peminjaman kacukan( kasut but ) c. peminjaman pemerian( kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) d. peminjaman kuno(purnama) e. peminjaman berpindah(vokal/ vowel)

Bunyi bunyi asing . Daripada bunyi bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa bahasa Arab, Inggeris dan Sanskrit. Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti / sy/ dan/sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.

PENGARUH ARAB-PARSI & INGGERIS EROPAH


Arab-Parsi Awalan Akhiran bi-i -wi -lah -in -ah -at Inggeris-Eropah Awalan antipropoliautosubsupra -al -isme Binomial,biadab, Bimormal. abadai,insani akhiri duniawi Ilmiah hadirin ustazah hadirat antibiotik,antiyahudi prokerajaan poliklinik autonomi,autograf Subbidang Supranasional Kritikal idealisme

Akhiran

PERANAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang pesat selepas merdeka. Bahasa Melayu telah dinaikkan sebagai bahasa Kebangsaan menggantikan Bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal negara.
Bahasa melayu juga dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah Kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah tinggi sampai ke peringkat pengajian tinggi. Bahasa melayu juga mendukung peranan sebagai bahasa perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

DASAR BAHASA Dasar Bahasa Kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia, ianya meliputi konsep perancangan taraf bahasa. Dasar bahasa inilah yang menentukan pemilihan Bahasa Kebangsaan dan bahsa rasmi dan kemudiannya barulah dilakukan langkah langkah untuk pembinaan dan perluasan penggunaan bahasa pilihan itu. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan ini terkandung dalam perlembagaan itulah yang menjadi dasar bagi perkembangan Bahasa Melayu seterusnya di Malaysia.

1.Proses Penetuan Dasar Bahasa


Proses ini melibatkan aspek perancangan bahasa secara berperingkat peringkat . Malaysia mempunyai pelbagai kaum keturunan dan bahasa serta menuturkan pelbagai bahasa, maka perlukan satu bahasa kebangsaan bagi menyatukan mereka. Bahasa Melayu dipilih dan dipersetujui oleh pihak yang bertanggungjawab.(UMNO, MCA danMIC) sebelum Malaysia mencapai taraf berkerajaan sendiri. Pemilihan bahasa ini adalah kerana ianya meruoakan bahasa kaum bumiputera negara dan mempunyai penutur yang teramai serta merupakan bahasa yang dituturkan sebagai lingua franca di kalangan rakyat malaysia ketika

Dari segi politik antarabangsa, Malaysia memerlukan identiti sendiri dan ini hanya dapat dilambangkan oleh bahsa yang dituturkan oleh rakyatnya. Negara juga perlu mewujudkan perpaduan antara rakyatnya dan ianya adalah harapan negara agar perpaduan dapat diwujudkan melalui satu bahasa ini. Bahasa Kebangsaan juga akan menjadi bahasa pengantar pendidikan dan bahsa pentadbiran yang bertujuan agar rakyat menerima pelajaran dalam bahsa kebangsaannya. Tanpa dasar sedemikian rakyat terpaksa mempelajari bahasa asing seperti bahasa penjajah.Bidang pentadbiran memerlukan penggunaan Bahsa Kebangsaan supaya rakyat dapat mengetahui dan memahami apa sahaja yang berlaku dalam negara.

2.Kedudukan dan taraf Bahasa Melayu. a. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwartakan dalam Perlembagaan Persekututuan perkara 152: menyebut Bahasa Kebangsaan ialah Bahsa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa apa tulisan sebagsimsns ysng diperuntukkan dengan undang undang Parlimen Dengan syarat bahawa; 1) Tiada siapa yang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan(bagi apa apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau mengajar atau belajar, apa apa bahasa lain dan, 2) Tiada apa apa dalam fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana- mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian mana mana kaum lain

b.Akta Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu Bahasa Pengantar Ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar Pendidikan merupakan pecahan daripada dasar Bahasa Rasmi. Deangan fungsi sebagai pengantar pendidikan, secara undang undang, Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan ilmu di semua institusi pendidikan awam kerajaan atau swasta di Malaysia. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 membuat tambahan dalamhal maksud rasmi, terjemahan, perlanjutan penggunaan bahasa Inggeris, teks sahih, undang undang, bahsa makahmah, tulisan buku lisan, bentuk angka dan barang.

Pada tahun 1967, satu lagi Akta Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai tambahan dan di semakdan kemudian disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan dikenali sebagai Akta bahasa Kebangsaan 1967.Akta ini memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967, Bahasa Kebangsaan mestila digunakan bagi maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris dan hubungan dengan luar negara.

3.Fungsi Bahasa Melayu. Bahasa melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa kebangsaan Malaysia sejak kemerdekaan pada tahun 1967. Setelah merdeka desakan semangat kebangsaan yang memerlukan penyatuan rakyat telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan lambang identiti negara. Martabat Bahasa Melayu diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan sebagai jalan mengatasi perbezaan dari segi bahasa dan kebudayaan rakyat Malaysia yang berbilan kaum dan budaya.

a.Bahasa Kebangsaan. Kedudukan ini diberikan kepada Bahasa Melayu kerana negara Malaysia yang baru merdeka perlu mewujudkan bangsa yang berasaskan jsti diri setempat dan perpaduan rakyat berbilang kaum. Dalam konteks ini fungsi Bahasa Melayu sesuai dijadikan unsur pembinaan jati diri rakyat Malaysia dan juga sebagai unsur perpaduan semua kaum. Bahasa Melayu menjadi asas Kebudayaan Kebangsan dan menyatupadukan rakyat. Penyatupaduan rakyat Malaysia boleh dicapai dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat melahirkan pendapat dan alat perpaduan yang terbaik. Bangsa Malaysia dengan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

b.Bahasa Perpaduan Sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu berfungsi sebagai lambang negara,sama seperti lambang negara yang lain seperti bendera kebangsaan,lagu kebangsaan,atau bunga kebangsaan.Dari aspek yang sama, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai lambang penyatu,bahasa Melayu menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu jati diri, nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalngan mereka. Bahasa Melayu juga menyatukan semua penutur Melayu yang menuturkan pelbagai

c.Bahasa Rasmi Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai pemisah, yakni lambang yang membezakan Malaysia daripada negara lain yang menggunakan bahasa lain sebagai lambang kebangsaan.Setiap negara mempunyai bahasa Kebangsaan masing masing dan bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan negara Malaysia. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Pada awal tahun 1057 walaupun bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan tetapi dalam urusan rasmi bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu. Namun selepas Akta Bahasa Kebangsaan 1967 bahasa Melayu telah mengambil tempatnya sebagai bahasa rasmi.

MASALAH PERLAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN 1.Masalah semangat dan kesungguhan Penggunaan bahasa Melayu belum cukup mantap dan merata di kalangan masyarakat disebabkan tiadanya semangat dan kesungguhan untuk menggunakan Bahasa Melayu. Ini dapat dilihat melalui peristiwa bahasa Melayu kehilangan tempat dan peranan dalam upacara dan majlis rasmi diperingkat serantau dan antarabangsa. 2.Mutu bahasa yang digunakan Terdapat satu pihak yang tidak mempedulikan soal pelaksanaan Bahasa Melayu, sementarasatu pihak lain pula(yang bertindak baik sebagai pejuang bahasa mahapun pelaksana bahasa)kurang menitikberatkan mutu bahsa yang digunakan.

3.Kekurangan bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. Institusi pengajian tinggi mengalami masalah kekurangan bahan rujukan dan bacaan yang ditulis dalam Bahasa Melayu bagi kegunaan para pelajar. Masalah ini membawa implikasi kepada fungsi bahsa Melayu itu sendiri.Di antaranya ialah peranannya sebagai bahasa pengantar ilmu atau sebagai saranan budaya tinggi akan lebih bersifat satu slogan jika pengisian peranan itu tidak dilaksanakan. Keduanya generasi pelajar yang mendapat pendidikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu akan mengalami kekecewaan apabila di peringkat pengajian tinggi mereka tidak boleh lagi melakukan pemerolehan bahasa Melayu.

4.Masalah Linguistik Masalah peristilahan yang serigkali dibangkitkan oleh guru, pelajar, penulis, dan penerbit ialah kekurangan iistilah dalam pelbagai bidang serta istilah yang kerap berubah ubah. Sebenarnya istilah wujud bersama sama dengan konsep,setiap konsep baru akan menimbulkan istilah baru. Dengan itu perkembangan istilah akan terus berlaku. Masalah utama yang timbul ialah bagaimana istilah yang banyak itu dapat dimanfaatkan oleh masyarakat pengguna dan benar benar berfaedah kepada pengguna.

5.Bahasa Ilmu
Keddudukan bahasa Melayu sebagi bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967,walaupun bahasa Melayuialah bahasa Kebangsaan tetapi dalam urusan rasmi bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu.Namun selepas Akta Bahasa Kebangsaan 1967 bahasa Melayu telah mengambil tempatnya sebagai bahasa rasmi

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwarta dalam Akta Pendidikan dalam Akta pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996,Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan merupakan pecahan daripada dasar bahasa rasmi. Dengan fungsi sebagai bahasa pengantar pendidikan secara undang undang bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan ilmu disemua institusi pendidikan awam kerajaan atau swasta di Malaysia

Dari segi tatabahasa,masih banyak aspek yang memerlukan perumusan yang kurang mantap. Bidang Morforlogi bahasa Melayu masih lagi memerlukan penelitian yang mendalam. Contohnya perkataan menterjemahkan,memperhatikan dan memerhatikan, mengenepikan, dan mengetepikan yang kesemuanya berpunca daripada kebiasaan yang salah.Mengikut rumus yang betul ialah menterjemahkan , memperhatikan, dan mengetepikan.

4.Bahasa Ilmu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.Pada awal tahun 1957 walaupun bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan tetapi dalam urusan rasmi bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu. Namun selep4040as Akta Bahasa Kebangsaan 1967 bahasa Melayu telah mengambil tempatnya sebagai bahasa rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan merupakan pecahan daripada dasar bahasa rasmi. Dengan fungsi sebagai pengantar pendidikan, secara undang undang, bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan ilmu di semua institusi pendidikan awam kerajaan atau swasta di Malaysia

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

MORFOLOGI

MORFOLOGI
Satu aspek kajian tatabahasa tentang; - struktur kata - pembentukan kata

- penggolongan kata.

Bidang Morfologi
Morfem Alomorf Morfem Kosong Struktur Kata

Penggolongan Kata
Pembentukan Kata

Morfem
Unit tatabahasa terkecil dalam susunan tatabahasa yang bermakna dan berfungsi menjalankan tugas nahu.

Perkataan tidak boleh dibahagi-bahagikan atau dipisahkan kepada bentuk yang lebih kecil
Perkataan adalah morfem.

Sesuatu perkataan itu terbentuk daripada satu morfem atau lebih.


Contoh: kata dasar membaca kepanasan memperalatkan

(bawa) (mem+baca) (ke+panas+an) (mem+per+alat+an)

[1 [2 [3 [4

morfem] morfem] morfem] morfem]

Alomorf
Kelainan-kelainan bagi sesuatu morfem terikat yang hadir berdasarkan bunyi awal sesuatu perkataan yang diimbuhkan kepadanya. Misalnya, morfem terikat meN- diimbuhkan pada perkataan-perkataan seperti baca, tulis, tentu, sapu, karang dan asuh lalu mewujudkan alomorf-alomorf yang berikut. meN + baca membaca meN + tulis menulis meN + lentur melentur meN + asuh mengasuh meN + sapu menyapu

Morfem Kosong
Terdapat morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa mengalami apa-apa perubahan pada bentuknya.
Dalam BM, morfem terikat meN- menandakan makna kata kerja aktif dan transitif tetapi tidak perlu ditambahkan morfem meN-.

Struktur Kata
Menggabungkan abjad untuk membentuk perkataan yang ada makna. Contoh; (b, a, j, u ba + ju = baju) gabungan abjad b, a, j, u menghasilkan struktur kata ba+ju dan mewujudkan perkataan yang bermakna iaitu baju. Terbahagi kepada suku kata terbuka - suku kata tertutup

Penggolongan Kata
Proses menggolongkan perkataan mengikut keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota laindalam golongan yang sama. Misalnya; Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), Kata Adjektif (KA) dan Kata Sendi/Tugas (KS). Contoh: Kata Kata Kata Kata Nama Kerja Adjektif Sendi sekolah, bandar, taman, pen borak, makan, tidur, dimakan, hodoh, cantik, rajin, pandai di, pada, yang, dalam, akan

Pembentukan Kata
Proses pembentukan kata menghasilkan bentukbentuk kata seperti berikut:

Kata Tunggal
Perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, penggandaan @ pemajmukan dikenali sebagai kata tunggal. Kata tunggal terbentuk daripada satu morfem bebas tanpa menerima imbuhan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata @ lebih. Kata tunggal tidak dapat berdiri sendiri. Bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu suku kata agak terhad bilangannya

Kata Terbitan
Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat manakala kebanyakan kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.

Proses pengimbuhan merupakan

Imbuhan
Imbuhan Bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis: Awalan (ber-, ke-, meN-, peN-, se-, ter-, di-, dan lain-lain) Akhiran (-an, -i, -kan, -wan, -wati, dan lain-lain) Sisipan (-el-, -er-, -em-, -in-) Apitan (pe-..-an, pem-..-an, ke-..an, di-..-i, per-..-an dan lain-lain)

Kata Majmuk
Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Pemajmukan merupakan satu proses membentuk perkataan dengan cara menggabungkan dua atau lebih perkataan. Perkataan baru yang terbit daripadanya membawa maksud yang berbeza daripada makna asal perkataan-perkataan yang membentuknya. Misalnya: beg tangan berbeza makna daripada beg dan tangan bas sekolah berbeza makna daripada bas dan sekolah

Kata Ganda
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Penggandaan ialah satu proses menggandakan perkataan itu seluruh, sebahagian daripadanya ataupun secara berentak. Dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan; - Penggandaan Penuh

- Penggandaan Separa - Penggandaan Berentak

KESANTUNAN BAHASA 1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa. 2.Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. 3.Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. 4.Sistem sapaan dan panggilanini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama 5.Kesantunan berbahada mempunyai ciri ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata danganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat,umur,dan keakraban hubungan. 6.Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab kata tertib.

7.Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik,tuanku, berangkat,bersiram, bersemayam,junjung kasih,bercemar duli dan sebagainya. 8.Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan Cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,umur dan keakraban hubungan.

Pak
Mak Tok

Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah sendiri.
Digunakan untuk orang perempuan yang kirakira sebaya dengan emak sendiri Digunakan untukorang lelaki atau perempuan yang kra kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri. Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan jga tidak sebaya dengan diri sendiri. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan tidak sebaya dengan diri sendiri

Abang

Kakak

Adik

Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.

10.Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi di tambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik. 11.Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: a.Jenama kekeluargaan pertalian darah(Pak Long,Mak Long,Pak Ngah,Mak Ngah,Pak Lang,Mak Lang,Pak Njang,Mak Njang,Pak Cik, Mak Cik,Pak Su,Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asaa(Abang(bang) dan kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long,Ngah dan Cik seperti Bang Long,Kak Long,Bang Ngah,Kak Ngah,Bang Cik,Kak Cik. b.Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan. Diwakili oleh kata menantu,mentua dan ipar.(Pak Mentua,Mak Mentua danTok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mertua. Contog:abang ipar,kak ipar,adik ipar,mak long ipar,mak ngah ipar dan sebagainya.

12.Gelaran Pergaulan Bebas. Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja. 13.Gelaran Pergaulan Tak bersahaja. Tuan-digunakan untuk lelaki yan lebih tinggi pangkatnya daripada diri sendiri dan orang lelaki yang bergelar Haji,Doktor,Profesor dan Syed. Encik,Cik-boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri seperti encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan- untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada diri sendiri dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,Profesor dan sebagainya.

Saudara-digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur denga diri sendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan diri sendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli ahli dalam mesyuarat , perbahasan dan sebaginya. Tetuan- hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan(termasuk syarikat guaman) seperti:Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.

14.Gelaran Warisan Contoh Raja(Perak,Selangor).Pangeran, Pangeran Anak,Pangeran Muda(Brunei Darussalam).Tengku(Kelantan,Pahang,Kedah dan Trengganu). Gelaran keturunan orang orang besar;Megat dan Puteri(Perak),Nik(Kelantan),Wan(Kelantan,Terengg anu),Abang(Sarawak),Datu(Sabah),Awangku,Pang eran dan dayangku(Brunei Darussalam),Tan(diKedah) dan Tun(Terengganu) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia sepert Raden(Jawa),Daeng(Bugis),Sidi,Sutan (Minangkabau),Teuku dan Teungku(Acheh)

15.Gelaran Kurniaan,Tun,Toh Puan,Puan Sri,(Datuk Seri,Datuk Paduka,Datuk Setia),Datuk(Satuk Patinggi,Datuk Amar)Datin Paduka(gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor).Toh Puan(isteri kepada datuk di Terengganu). Pendeta Za;aba(gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu ketiga(1956).GelaranBapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj.

16.Gabungan Gelaran a)kekeluargaan + keagamaan-Pak Haji b)Pergaulan tak bersahaja (kecuali saudara)+keagamaan Tuan Haji c)Kekeluargaan +warisan ( hanya Ungku,Engku,Wan Nik )-Pak Ungku,Mak Ungku,Mak Wan,Pak Nik. e)Waisan(Keguali Nik)+Keagamaan Raja haji f)Kurniaan kerajaan +Akademik+Warisan+Keagamaan Tan Sri Prof. raja Hj. Osman

Orang yang disapa Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Sultan,Raja,Sultanah,Tengku Ampuan,Raja Permaisuri Balu Raja Raja Muda atau Tengku Mahkota Kerabat Diraja Karib Bergelar Warisan Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Menteri Besar,Ketua Menteri

Rujukan Hormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia Yang Amat Berhormat

Menteri,Ahli Parlimen,Ahli Dewan Undangan Negeri(wakil rakyat) Wakil Rakyat yang mempunayai gelaran Tengku atau Raja Tun,Toh Puan Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan(selain Tun dan Toh Puan)atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim,Kadi Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Berhormat

Yang Berhormat Mulia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia

Yang Amat Arif Yang Amat Setia Yang Arif Sahibul Samahah Yang Berusaha

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

SINTAKSIS

SINTAKSintaksis merupakan bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat. Dalam BM, ayat terbentuk daripada 2 unsur iaitu SUBJEK dan PREDIKAT. SUBJEK merupakan perkara utama dalam ayat. PREDIKAT menjadi penerang kepada subjek atau sebagai keterangan dalam binaan ayat. AYAT SUBJEK + PREDIKAT

BINASUBJEK - bahagian ayat yang letaknya di hadapan predikat dalam pola ayat biasa. - bahagian subjek biasanya diisi oleh Frasa Nama (FN) PREDIKAT bahagian ayat yang letaknya selepas subjek dalam pola ayat biasa bahagian predikat diisi oleh sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FSN)

Ayat terbina daripada beberapa unsur yang lebih kecil, iaitu; KATA - unit tatabahasa yang terkecil dan bebas FRASA - gabungan dua perkataan atau lebih yang dapat berfungsi sebagai predikat atau binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar. KLAUSA - satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi menjadi ayat.

Susunan perkataan AYAT Ibu Umar seorang guru. KLAUSA ibu Umar seorang guru. FRASA ibu Umar/seorang guru. PERKATAAN ibu/Umar/seorang/guru.

POLA AYAT DASAR Dalam Bahasa Melayu terdapat empat pola ayat dasar iaitu: Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN)

CoNTOH Bagi Pola Pola Ayat :


FN + FN - Mereka itu mahasiswa. - Bunga Raya adalah bunga kebangsaan. Pola 2 : FN + FK - Pokok kelapa itu tumbang. - Mereka meminjam buku dari perpustakaan. Pola 3 : FN + FA - Masjid itu sangat besar - Lembu itu garang. Pola 4 : FN + FSN - Keluarganya di kampung. - Rumah mereka di tepi laut.

FRASA Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun lebih. Dalam Bahasa Melayu, frasa boleh terbentuk kepada FN, FK, FA dan FSN. Perbezaan frasa dengan klausa ialah frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Contoh pembentukan frasa ialah seperti di bawah: Burung merpati terbang melayang (Frasa) Anak kecil itu sedang tidur (Frasa)

KLAUSA Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebagai konstituen ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan dengan intonasi yang sempurna. Klausa tak bebas terdapat dalam ayat yang lebih kompleks dan hadir bersama-sama klausa bebas. Klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat lengkap. Contoh: Kamu pandai kerana kamu rajin belajar. (Klausa bebas) (klausa tak bebas) Jika hari hujan saya tidar hadir (Klausa tak bebas) (klausa bebas)

AYAT Dari segi binaan, ayat dapat dibahagikan kepada Ayat tunggal - ayat yang mengandungi satu klausa bebas sahaja - mempunyai satu subjek dan satu predikat - contoh: Ali guru. Ayat majmuk - terdiri daripada beberapa ayat tunggal - mengandungi lebih daripada satu klausa yang dirangkaikan menjadi satu ayat melalui tiga cara iaitu gabungan, pancangan dan campuran. - contoh: Ali dan Salmah guru. Ali guru sementara adiknya askar.

Ayat aktif - ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Azman menendang bola. Ayat aktif - Umar menembak burung itu. Ayat pasif - Burung itu ditembak Umar. Ayat pasif - ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Azman. - ayat yang mengalami pendepanan objek asal - dalam ayat pasif kedudukan subjek atau pelaku sudah kurang dipentingkan, sebaliknya yang penting ialah objek.

LARAS BAHASA Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan. Contohnya, laras bahasa doa. Khutbah dan upacara. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Contoh:- Ayat aktif dan ayat pasif, ayat biasa dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya ( Halliday) iaitu melihat laras bahasa daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

TIGA DIMENSI(LARAS HALLIDAY) Tajuk Wacana Merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya. Bidang bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. Jika wacana merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan. Sebaliknya, jika wacana nerupakan ulasan selain perlawanan bola sepak,ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara Penyampaian. Sama ada wacana berkenaan disampaiakan secara lisan atau tulisan. Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa. Jika tulisan sama ada ia esei, laporan syarat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan. Gaya Penyampaian. Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang di hadiri oleh orang orang kenamaan atau dif - dif

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut : a) Slogan: Kami Ada Cara. b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa. c) Perkaitan konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y. d) Pengisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap. e) Kaedah Umpan: Beli satu percuma satu f) Kaedah Mesra: Keutamaan kami adalah pelanggan. g) Bandingan: Bateri X lebih berkuasa dan tahan lama. h) Gesaan : Cepat! Cepat ! Datanglah beramai ramai. i) Pertanyaan : Sakit pinggang ? Sapulah dengan minyak angin Z.

Laras Bahasa Akademik Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Bersifat teknikal Dalam penulisan ilmiah, misalnya dalam penulisan thesis, penulis perlu mengikut format tertentu seperti perlu ada catatan bobliografi( rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.

You might also like