You are on page 1of 16

TEORI BEHAVIORISME

Teori Pelaziman Klasik Teori Pelaziman Operan

Tingkah laku atau behaviour

merujuk kepada aksi atau reaksi manusia atau haiwan dalam bentuk gerakbalas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.

TOKOH BEHAVIORISME

Ivan Pavlon
(1849-1936)

Edward Thorndike
(1874- 1949)

B.F. Skinner (1904-1990)

Menekankan hubungan persekitaran


dengan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Tingkah laku merujuk kepada peristiwa yang konkrit pada organisme yang nyata. Proses pembelajaran yang berlaku secara berulang dan menekan latih tubi. Pembelajaran berlaku apabila ada rangsangan dan gerak balas.

TEORI PELAZIMAN KLASIK


Dipelopori oleh Ivan Pavlov (1849-1936) Berkenaan tingkah laku pembelajaran Contoh paling terkenal pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov Sebelum Pelaziman RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur) RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

Semasa Pelaziman RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur) Selepas Pelaziman RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

RTT = Rangsangan Tak Terlazim RT = Rangsangan Terlazim GTT = Gerak Balas Tak Terlazim GT = Gerak Balas Terlazim

Kesimpulan kajian Pavlov


1. Penguasaan(Acquisition) Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2. Generalisasi(Generalisation) Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama. 3. Diskriminasi (Discrimination) Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.
4. Penghapusan (Extinction) Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Thorndike memperkenalkan istilah celik akal dan hukum kesan untuk mengkaji. Sesetengah rangsangan mengakibatkan tingkah laku yang dilemahkan. Kanak-kanak dikatakan memperoleh bahasa melalui proses cuba jaya. Mementingkan proses pengulangan dalam pemerolehan bahasa atas alasan bahasa lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan.

Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara spontan,sama ada diteguhkan melalui ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman

TEORI PELAZIMAN OPERAN

pengukuhan

penghapusan

hukuman

Perkara

yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Terbahagi kepada dua -Pengukuhan positif :memberi ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi -Pengukuhan negatif : rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

proses

atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. kepada dua iaitu hukuman persembahan dan hukuman penyingkiran

Terbahagi

perlakuan

yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: -Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. -Peneguhan itu tidak lagi digunakan. -Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

KESIMPULAN
Teori bahaviorisme dikuasai dengan proses pengulangan.
Kecekapan sesuatu kemahiran akan dikuasai

jika sering berlatih. Bahasa adalah satu tabiat. Untuk membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru mestilah berusaha untuk

membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah muridmurid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa. Kepelbagaian rangsangan akan mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. iaitu : Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

You might also like