You are on page 1of 17

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku

dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak.

Hasil pemantauan terhadap 146 batang sungai di

seluruh negara, didapati 15 sungai termasuk Sungai Klang berlaku pencemaran dan banjir. Bilangan sungai yang tercemar semakin meningkat sejak tahun 1990. Walau bagaimanapun, musim banjir dan hujan yang banyak yang berlaku di negara kita pada tahun 1997 dan 1980 telah membantu pencairan pencemaran sungai. Punca pencemaran air adalah:

(i) Air Kumbahan Domestik

Menurut statistik, lebih 2/3 daripada sungai di negara kita telah dicemari dengan air kumbahan. Ini merupakan masalah yang serius kerana tidak semua rumah, bandar dan kawasan telah dibina sistem pembetungan dan air dialirkan ke tempat lain untuk dibersihkan sebelum ianya dibuang. Masalah ini akan berterusan sehingga sistem dibangunkan atau disempurnakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) di mana ia mengambil masa selama 30 tahun untuk membersihkan sungai daripada air buangan dari rumah.

(ii) Pelepasan Air Buangan Daripada Kilang


Statistik menunjukkan bahawa masalah

pencemaran air dari kilang adalah tidak serius berbanding dengan sistem air kumbahan. Ini adalah disebabkan oleh kilang yang mempunyai sistem masing-masing walaupun kadangkala terdapat kecuaian oleh pengilang yang masih melepaskan air buangan ke sungai.

(iii) Batu Hakisan Daripada Kerja Tanah


Projek pembangunan di seluruh negara akan

melibatkan kerja tanah dan penebangan pokok untuk membina rumah dan kilang. Pelaksanaan kerja tanah akan mengakibatkan hakisan yang sangat serius di mana sungai yang mengalir di kawasan tersebut akandicemari oleh bahan hakisan.

Hujan Hujan Asam (Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida) Pencemaran udara: asap knalpot kendaraan bermotor, asap pabrik Permukaan Bumi Industri: bahan kimia, sisa toksik, logam berat, minyak, radioaktif Pertanian: pestisida, bahan kimia Manusia: sisa bahan cucian, sampah Parit & Sungai: semua pencemaran dari hujan dan permukaan mengalir ke parit lalu ke sungai Rumah Pipa air (berkarat) Tangki air (kuman, parasit, cacing, serangga)

Kesihatan manusia bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Haiwan Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

You might also like