You are on page 1of 11

BENTUK PENTAKSIRAN PSV PENILAIAN SUMATIF

PENSYARAH : PUAN SITI HAYATI MOHD YUSOFF HASIL PEMBENTANGAN DARI

: SITI SYARINA SALWA AHMAD


: NOR AZARINA HAIRUL : INTAN FARNISA HASHIM

PENGENALAN

Fungsi penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai maklumat kepada guru, pelajar dan keluarg tentang kemajuan dan perkembangan pembelajaran pelajar. Menurut Eisner(1985), hasil daripada suatu penilaian, boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah dalam mata pelajaran pendidikan seni.

Hasil penilaian juga boleh dijadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum pendidikan seni supaya lebih berkesan.
Contohnya: Bahagian atau tajuk manakah yang memerlukan lebih tumpuan? Adakah tajuk-tajuk yang didapati tidak sesuai dan boleh diganti dengan tajuk baru?

Penilaian berfungsi untuk: menilai keseluruhan kandungan program sejauh manakah program itu berkesan selari dengan matlamat dan objektif program itu.

mengetahui kelemahan dan kekuatan murid dan program yang dijalankan


mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan seni. hasil daripada maklumat yang dikumpul melalui penilaian boleh dijadikan sebagai petunjuk dan panduan bagi memperbaiki kelemahan yang ada. Penilaian ini yang sering kita lakukan samaada secara berterusan (formatif) atau di hujung sesuatu sesi persekolahan (sumatif).

Istilah formatif dan sumatif telah diperkenalkan oleh Micheal Scriven pada tahun 1967 dalam kertas kerjayanya bertajuk Metadologi Penilaian.

Menerangkan tentang peranan dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran.

PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah satu jenis penilaian yang dibuat di akhir sesuatu kursus atau program. Ujian sumatif lebih merupakan ujian yang dikendalikan di akhir sesuatu atau program atau unit sebelum guru melangkah atau meneruskan ke unit atau program yang baru.

penilaian berbentuk sumatif lebih bertujuan untuk mengukur sejauh manakah keupayaan pelajar menerima dan menghayati ilmu(kognitif)
Merupakan satu unit yang lebih besar daripada unit dalam formatif. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang dilaksanakan.

Penilaian ini adalah penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang dilaksanakan. Ia juga penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dapat berjaya mencapai matlamatnya. Fungsi utama penilaian sumatif ialah menentukan pencapaian di penghujung sesuatu program pengajaran dan pembelajaran kini sedang berlaku. Dalam penilaian sumatif, maklumat yang didapati mempunyai skop yang lebih luas dari aspek cakupan kandungan atau kemahiran yang ditaksir tetapi kurang diperincikan.

CONTOH PENILAIAN SUMATIF

UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM melibatkan ujian pencapaian terhadap apa yang telah diajar dari awal hingga akhir bagi sesuatu program peperiksaan

Ujian semester atau ujian akhir tahun penutup kepada segala pengajaran yang telah dibuat untuk tempoh atau tahun berkenan (exit test). Semester atau tahun baru akan dimulakan dengan program yang baru untuk para pelajar.

Segala kelemahan pengajaran dianggap lewat untuk diperbaiki semula kerana pelajar akan pulang bercuti panjang dan akan bersedia untuk menghadapi program yang baru di semester dan tahun baru.

CARA MENGURUSKAN PENILAIAN SUMATIF

Sesuatu penilaian itu perlu dilakukan berdasarkan beberapa prinsip Ia perlu ada kesahihan dan keboleh-percayaan apa yang dinilai itu hendaklah berkaitan dengan falsafah, matlamat dan objektif kurikulum pelajaran tersebut Guru perlu menilai apa yang telah diajar dan dipelajari oleh pelajar.

Dari aspek kesahihan penilaian, ia perlulahdiuruskan secara objektif


ujian perlu diurus mengikut prinsip, mengambil kira kaedah, penggridan (scoring), etika(ethics)dan equity

Secara prinsipnya, penilaian perlu dilakukan secara beretika, berkesan, boleh dipercayai, rapi dan adil. Sebelum membuat sesuatu keputusan untuk melaksanakan penilaian, guru-guru pendidikan seni perlulah menilai kembali kaedah atau method pengajarannya dengan menjurus kepada matlamat dan objektif dan selari dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like