You are on page 1of 25

Bab 3

Kerajaan-kerajaan Awal
di Asia Tenggara
Kerajaan Awal Di Asia Tenggara

1. Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitu

a) Kerajaan agraria
b) Kerajaan maritim

2. Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor


3. Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan
Majapahit
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu
Kerajaan Agraria
1. Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan
ekonominya bergantung kepada pertanian.

2. Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.

3. Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua
kerajaan ini
Lembah Mekong

4. Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah


a. Mengutip hasil hutan
b. Berburu
c. Menangkap ikan
5. Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan
pertanian secara tetap dan
menternak binatang

6. Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah

7. Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan


penternakan. Oleh yang demikian,
membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan
penternakan binatang

8. Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi


kawasan pertanian seperti
sawah padi

9. Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan


dan menguruskan sistem
pengairan yang dibina
10. Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina
kerajaan yang terkenal seperti
kerajaan Funan dan kerajaan Angkor

11. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi


kedua-dua kerajaan ini

12. Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah


dengan rakyat telah berjaya menguasai teknologi
pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk
sebuah kerajaan agraria
yang kuat

13. Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah


kerajaan menjadi maju jika diusahakan
dengan gigih
Nota Kerajaan Maritim
1. Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya
menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.

2. Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama

3. Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang


berfungsi dalam
kegiatan perdagangan

4. Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii


kemudahan
seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan
jual beli

5. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan


kepada
pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk
belayar
6. Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut
China Selatan
ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua

7. Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan
Srivijaya

8. Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau,


perdagangan
antarabangsa dan entrepot

9. Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan


pengedaran barang

10. Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran


ialah seperti
hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana
11. Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah
amat memerlukan barangan ini.
Barangan ini dijual dengan harga yang mahal

12. Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada


perdagangan bercorak antarabangsa

13. Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama


kerajaan meritim, masyarakat
maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan
kapal
Kerajaan Angkor
Pengasasan

Ø Abad ke 7 masihi
Ø Pusat kerajaan terletak di hilir Sungai Mekong

Pemerintahan

Ø Raja dibantu oleh kerabatnya yang menjalankan tugas pentadbiran


Ø Zaman kegemilangan-Raja Suryavarman
Ø Raja dianggap Devaraj yang berkuasa mutlak

Ekonomi

Ø Kawasan pertanian utama terletak di sekitar Tasik Tonle Sap


Ø Membina ‘Baray’ untuk kemudahan sistem pertanian

Agama

Ø Hindu dan Buddha


Kerajaan Angkor

1. Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-9 Masihi


2. Pusat kerajaan ini terletak di kawasan hilir Sungai
Mekong
3. Kawasan selatan tasik Tonle Sap menjadi kawasan
pertanian utama kerana

Mempunyai tanah yang rata serta lumpur lanar yang subur


untuk pertanian
Iklim yang panas serta lembab sepanjang tahun
Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan
mengairi kawasan sekitar tasik
Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke
kawasan sawah padi yang lain
Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk
4. Kerajaan Angkor membina baray untuk kemudahan sistem
pertanian
Baray ialah kolam air yang dibina untuk menampung 30 juga meter
padu air
Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah

5. Raja dalam sistem pemerintahan Angkor pula mempunyai kuasa


mutlak dan sianggap sebagaiDewaraja.

6. Raja akan dibantu oleh kaum kerabatnya ketika menjalankan


tugas pentadbiran
7. Antara pemerintah yang termasyhur dan mencapai zaman
kegemilangan ialah zaman pemerintahan Suryavarman II
8. Pada zaman kegemilangan ini, kerajaan Angkor telah menerima
agama Hindu-Buddha sebagai agama utamanya
9. Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha
oleh kerajaan Angkor
Kerajaan Chih - Tu
1. Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak di hulu
Sungai Kelantan menurut catatan I-Ching

2. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal


abad ke-6 Masihi

3. Chih Tu mempunyai corak pentadbirannya yang tersusun


dan raja pula berkuasa mutlak

4. Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang


bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran.

5. Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu


seperti corak pemerintahan Srivijaya
Kerajaan Champa

1. Kerajaan Champa diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu


Lien

2. Raja Champa ini telah dipengaruhi oleh agama Hindu

3. Pegawai pemungut cukai terdapat dalam struktur pentadbirannya

4. Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal

5. Pengaruh China mula bertapak sekitar kurun ke-13 dan berakhir


pada kurun ke-15

6. Pada tahun 4000 masihi, kerajaan Champa diterajui oleh


Bhadravarnom, menurut sumber sanskkrit

7. Kerajaan Chanpa ditadbir oleh 14 buah dinasti

8. Pada tahun 655 Masihi, nama Champa mula wujud


Kerajaan Srivijaya

1. Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke 7 Masihi

2. Kerajaan ini berpuusat di Palembang, Sumatera yang juga


merupakan pelabuhan pelabuhan Sriivijaya yang penting

3. Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun.


Sistem pemerintahan rajanya berkuasa mutlak

4. Mengikut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan


Maharaja di Pulau

5. Raja memerintah melalui nasihat daripada menter-menterinya

6. Menteri-menteri pula adalah orang perantaraan di antara raja


dengan rakyat
7. Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada
batu bersurat yang bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu

8. Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu


a. Pentadbiran diraja
b. Pentadbiran ketenteraan
c. Pentadbiran Daerah

9. Palembang dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut


Jawa walaupun Palembang bukan pelabuhan yang strategik

10. Kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim


di Asia Tenggara

11. Antara hasil bumu Srivijaya ialah damar, cendena, lada hitam, kapur
barus dan kemenyan

12. Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menyusun


pertukaran barangan Asia Tenggara untuk keperluan perdagangan antara
China, India dan Barat
Kerajaan Kedah Tua

1. Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada


kurun ke-5 Masihi

2. Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu

3. Pusat pentadbiran kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas


dan kemudian berpindah ke Lembah Bujang

4. Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan
kemudiannyaagama Hindu

5. Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan


candi di Lembah Bujang

6. Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di


utara Selat Melaka
7.Kapal-kapal yang belayar dari Arab, perak, India danCeylon di Teluk
Benggala akan singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan
palayaran ke tempat-tempat lain.

8. Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka


sudah tiba di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas.

9. Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah


menjadi pengeluar padi utama

10. Status pelebuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai


pusat dagangan hasil tempetan seperti emas, bijih timah, lada hitam
serta hasil hutan seperti damar, rotan, tanduk dan gading

11. Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di


Lembah Bujang iaitu dua keping wang Perak yang dipercayai berasal
dari zaman al-Mutawakil (tahun 847 -861 Masihi), manik dari India dan
kaca dari Timur Tengah

You might also like