You are on page 1of 32

BAB 1

KERAJAAN MELAYU
TRADISIONAL
OBJEKTIF
 Mengetahui kewujudan kerajaan Melayu Melaka dari
segi kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Melayu
tradisional ini.
 Menjelaskan kewujudan kerajaan negeri Melayu yang
lain.
 Menyingkap sejarah negara melalui kewujudan kerajaan
Melayu tradisional tersebut.
KERAJAAN MELAYU
TRADISIONAL

L/BLKG SISTEM POLTIK KERAJAAN


SEJ. AWAL T.M. & BERAJA MELAYU MELAKA

KERAJAAN
MELAYU AWAL

KERAJAAN 2
MELAYU

JOHOR PAHANG PERAK KEDAH

N. SEMBILAN
BAB 1
KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL
Pengenalan
 Tanah Melayu (TM) menjadi tempat perdagangan kerana
kedudukannya di tengah perjalanan pedagang Cina, Arab
dan India.
 Terdapat pelabuhan-pelabuhan awal yang terdapat di TM
dan negeri-negeri Borneo adalah Kuala Selingsing (Perak),
Sungai Emas (Kedah), Pengkalan Bujang (Kedah),
Jenderam Hilir (Selangor) dan Santubong (Sarawak)
 Hasil bumi yang popular ialah damar, rotan, dan galian
seperti emas dan timah.
 Pedagang India gelar TM sebagai Suvarnabumi (bumi
emas).
 Ptolemy (ahli geografi bangsa Yunani) panggil TM sebagai
Golden Chersones (Semenanjung Emas)
Latarbelakang Awal Zaman PraSejarah
 Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa TM telah
didiami oleh manusia sejak beribu-ribu tahun yg lalu.
 Terdapat 4 zaman awal di Tanah Melayu :

a) Zaman Paleolitik (35,000 tahun)


b) Zaman Mesolitik (11,000 tahun)
c) Zaman Neolitik (5,000 tahun)
d) Zaman Logam (2500 tahun)
Kerajaan Awal Melayu
 Beberapa kerajaan yang agung telah didirikan di
Semenanjung TM dan juga di sekitar kepulauan
Melayu sejak kurun pertama lagi.
 Ini membuktikan bahawa di rantau ini telah wujud
beberapa buah kerajaan sejak lama dahulu.
 Kerajaan-kerajaan ini merupakan kerajaan agung
yang mempunyai tanah jajahan dan berperanan
penting dalam membentuk tamadun Melayu.
 Dengan demikian, kawasan Nusantara bukanlah
sebuah kawasan baru yang dikatakan ditemui dan
diterokai oleh penjajah barat.
Kerajaan Lokasi Tahun Nota/catatan
Kedah Lembah Bujang Kurun ke-5 Sistem Pemerintahan
Tua beraja
Kedudukan strategik
Pelabuhan entrepot
Pengaruh oleh Hindu
dan Buddha

Chih-Tu Tanah Merah, Kurun ke-16 Pengaruh agama


Kelantan Buddha
Hbgn persahabatan

dengan China

Tan Tan Terengganu Kurun ke-6 Pemerintah


dipengaruhi sistem
pemerintahan oleh
kebudayaan China
Gangga Beruas, Kurun Pelabuhan dan
Negara Perak. ke-5 pusat perdagangan.

Langkasuka Pattani, Kurun Pelabuhan dan pusat


Negara ke-5 perdagangan
Thai
Lo-Yueh Johor Kerajaan di selatan
Tanah Melayu
Sistem/ struktur politik masyarakat Melayu Melaka
 Sejak abad ke-15 masyarakat Melayu telah mempunyai
sistem pemerintahannya sendiri, melalui penubuhan
Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi asas kepada
pemerintahan beraja di negara kita.
 Sistem pemerintahan ini telah di warisi oleh negeri-negeri lain
seperti Perak, Johor & Kedah.
 Dalam sistem politik ini terdapat dua faktor yang perlu
difahami iaitu:
i) Sistem Politik
ii) Masyarakat Melayu Tradisional
 Sistem politik – umumnya bermaksud satu susunan dan
peraturan yang dilakukan oleh individu atau organisasi yang
berkuasa dalam sesebuah negara, khususnya tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan pemerintahan
sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.
 Masyarakat Melayu Tradisional - kumpulan manusia yang
hidup bersama dan melakukan adat resam turun temurun.
Kebanyakkannya hidup di persekitaran sungai dan
kampung-kampung.
 mereka ini mempunyai saiz populasi yang kecil dan tiada
struktur pemerintahan yang teratur pada masa tersebut.
 Ketua mereka adalah terdiri daripada ahli yan paling tua,
ini kerana golongan tua sangat dihormati dan
berpengalaman dengan pelbagai adat dan kepercayaan
serta tahu bagaimana proses keselamatan.
Sistem Politik
Dalam sistem politik ini terdapat beberapa aspek yang perlu
ditekankan, antaranya;
A. Sistem yang bercorak feudal-
 membahagikan rakyat mengikut susun lapis yang berbentuk
piramid, iaitu terdiri daripada 2 golongan:
i) Golongan Pemerintah
ii) Golongan Diperintah.
 Golongan yang paling berkuasa adalah golongan pemerintah
kerana mereka mempunyai kuasa politik dan ekonomi serta
pahlawan-pahlawan mereka sendiri. Melalui kekuatan dan
kuasa tersebut maka mudah bagi golongan ini mengumpul
cukai dan hadiah daripada rakyat. Seterusnya melalui
pertambahan kekayaan tersebut maka mereka boleh
mengembangkan kuasa ketenteraan dan kawasan taklukan
mereka. Akhirnya daripada golongan ini menjadi pemimpin
yang berkuasa.
 Manakala dalam konteks hubungan antara dua
golongan ini adalah bersifat timbal-balik- saling
berkait antara satu sama lain, ini bagi membolehkan
institusi raja terus wujud dalam masyarakat Melayu.
Unit-Unit Politik
 Dalam sistem politik tersebut terdapat 3 unsur politik:

a) Negeri- adalah unit yang terbesar, sama dengan


negara pada masa sekarang.
b) Jajahan/ Daerah
c) Kampung.
 Sistem beraja ini adalah berdasarkan kepada;
 Konsep Raja
 Konsep Daulat dan Derhaka
Sultan

Pembesar Empat

Pembesar Lapan

Pembesar Enam Belas

Pembesar Tiga Puluh Dua


Bangsawan
 Lapisan kedua tinggi yang terdiri drpd anak-anak raja,
kaum kerabat di raja dan para pembesar berketurunan
raja
 Memegang jawatan utama seperti Bendahara dan
Temenggung.
Pembesar
 Lapisan ketiga – para pembesar negeri dan daerah lain
yang bukan keturunan raja
 Soal pentadbiran tertakluk kpd kekuasaan masing2.
Mereka mempunyai pengaruh yang kuat dalam
masyarakat. Cth Tok Penghulu
Rakyat biasa
 Terdapat dua kelas iaitu rakyat biasa yg merdeka dan
golongan hamba.
 Mereka bertumpu di kawasan pesisir pantai dan sungai.
Aktiviti pertanian.
Hamba
 Terdapat dua kategori iaitu hamba abdi dan hamba
berhutang.
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Penubuhan Kerajaan Melaka
 Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesultanan
Melayu yg tertua dalam sejarah Malaysia. Pada zaman
pra-Islam telah wujud spt kerajaan Kedah Tua da
Perak.
 Pada 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh
kerajaan Majapahit . Putera raja Palembang bernama
Parameswara telah melarikan diri dan mengundurkan
diri hingga ke Temasik (Temagi).
Beliau terus melarikan diri ke Muar kemudian Bertam
dan akhirnya ke Melaka sekitar tahun 1400.
 Melaka telah pun wujud sebagai perkampungan nelayan.
Parameswara telah menamakan kawasan ini sebagai
Melaka (nama pokok).
WILAYAH
KERAJAAN
MELAYU
MELAKA
KERAJAAN MELAYU MELAKA
 Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh
Parameswara pada awal kurun ke-15. Kerajaan yang
agung pada zamannya. Kemakmuran Kerajaan Melaka
dapat dilihat dari segi kedudukannya sebagai pusat
perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam.
Faktor-faktor Perkembangan dan Keagungan:
 Faktor Geografi
 kedudukan strategik - ditengah-tengah jalan
perdagangan antara timur dan barat
 pelabuhan terlindung dari tiupan angin monsun
Barat Daya dan Timur Laut
 pelabuhan semulajadi - laut dalam
 Faktor Ekonomi
 Pusat perdagangan terkenal di kepulauan Melayu
 Terdapat sumber asli - rempah-ratus, lada hitam,
cengkih
 Sistem pungutan cukai rendah dan teratur oleh
Syahbandar
 Penggunaan sistem matawang
 Terdapat kemudahan asas - gudang
 Faktor Politik dan Pentadbiran.
 Hubungan diplomatik dengan negara China
 Sistem pentadbiran cekap
 Sistem undang-undang adil dan saksama – Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
 pusat penyebaran agama Islam
 Dasar perluasan kuasa (Empayar Kerajaan Melayu
Melaka) – Siak, Kampar, Jambi (Sumatera), Terengganu,
Selangor, Perak Johor (Tanah Melayu).
 Bahasa Melayu - lingua franca (bahasa perantaraan)
Faktor-faktor Kemerosotan
 Kerajaan Melayu Melaka dikatakan mencapai
puncak kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477).
Namun selepas itu kerajaan Melayu Melaka mula
melalui zaman keruntuhannya sehingga ke tahun
1511 apabila Melaka ditawan oleh Portugis.
Faktor Dalaman:
 Ketiadaan kepimpinan yang cekap
 Pemerintahan yang lemah - Sultan Mahmud
 Rakyat berpecah-belah dan tidak bersatu padu.
Faktor Luaran:
 Penemuan perjalanan laut melalui Tanjung
Harapan di Selatan Afrika oleh Bartholomew
Diaz pada tahun 1488.
 Pedagang-pedagang mula mengalihkan pusat
perdagangannya ke tempat lain.Contohnya ke
Betawi.  
Sistem Pemerintahan Kerajaan Melaka
 Melaka mempunyai pentadbiran yang tersusun
dan sistematik. Raja/sultan dibantu oleh sebuah
organisasi yang tersusun dengan hierarki dan
fungsi masing2. Sistem ini dipanggil “sistem
Pembesar Empat Lipatan”.
 Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berkaitan
dengan peranan oleh empat orang pembesar
utama iaitu :
1. Bendahara
-sbg penasihat raja
-pemangku raja semasa ketiadaan raja
-bertindak sbg Ketua Hakim
-Pemilih dan pelantik raja
2. Penghulu Bendahari
- bendahari yg mengawal perbendaharaan negara
- memungut cukai dan hasil negeri
- simpan daftar hamba raja dan ketua kpd Syahbandar
3. Temenggung
- Pelaksana atau ketua undang2 peraturan negeri dan
keselamatan
- Ketua Polis Negara
- pendakwa raya sekiranya berlaku kesalahan individu tertentu
- ketua protokol dalam adat-istiadat
4. Laksamana
- merupakan hulubalang dalam peperangan terutama di laut.
- bertanggung-jawab memikul pedang kerajaan dalam
upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan
kerajaan.
Selain itu terdapat pentadbir seperti Syahbandar
berfungsi sbg :
1. Pegawai pelabuhan
2. Menjaga kebajikan pedagang asing
3. Menyediakan gudang tempat penyimpanan
barang
4. Mengutip cukai pelabuhan
Kerajaan Johor
Pengenalan
 Kerajaan Johor diasaskan oleh warisan kesultanan Melaka
 Pentadbiran diperingkat pusat dipegang oleh sultan. Beliau
dibantu oleh pembesar-pembesar utama Bendahara,
Temenggung, Raja Indera Bongsu (Penghulu Bendahari),
Laksamana dan Syahbandar.
 Antara tahuin 1722-1819, Riau menjadi pusat pentadbiran
kerajaan Johor. Selepas tahun 1819, satu perubahan
besar telah berlaku di dalam politiok Johor apabila Tengku
Husin ditabalkan sebagai sultan Singapura pada 16 Feb
1819.
 Johor terlibat dengan peperangan tiga segi dengan
kerajaan Aceh dan Portugis di Melaka.
Faktor-faktor pelabuhan maju :
a) Kedudukan strategik
b) Sungai Lebar
c) Kemudahan gudang dan pasaran
d) Barang Dagangan luar
e) Peranan orang laut
f) Persahabatan dgn Belanda
g) Pelabuhan Entrepot
h) Peranan Syahbandar
KERAJAAN JOHOR
Kerajaan Perak
 Sejarah petempatan di Perak wujud seawal
zaman pra sejarah dan penemuan kawasan
purba di kota Tampan.
 Wujud kerajaan tua di Perak iaitu Beruas dan
Dinding.
 Pengasas kesultanan Perak berkait rapat
dengan kesultanan Melaka. Sultaan Muzaffar
syah berasal dari keturunan dari sultan Mahmud
Syah dari Melaka.
Kerajaan Pahang
 Sejarah petempatan awal di Pahang terdapat di Sg.lembing,
Tembeling dan Tresang.
 Pengasas kesultanan Pahang pada abad ke-15 berkait rapat
dgn kesultanan Melaka.
 Mengikut catatan pengembara Arab, Eropah dan Cina,
Pahang ditulis:
Pahang

Pam Paam Paon Phaan Pahan Pan-Han


Kerajaan Negeri Sembilan
 N9 terhasil daripada gabungan 9 kawasan :
Sg Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar,
Inas, Gg. Pasir, Terachi, Jempol.
 Pemerintahan N9 berkait-rapat dengan kerajaan
Minangkabau.
 Raja Melewar dilantik takhta pada 1773 dgn
gelaran Yamtuan Negeri di Seri Menanti.
Kerajaan Kedah
 Merupakan negeri yg tertua penempatannya di T
Melayu. Bertapak di sekitar Gg Jerai, lembah sg.
Merbok dan sg. Muda.
 Penulis Arab Kilah
Qalha
 Sanskrit Kataha @ Kadara
 Tamil Kadaram Kalagam
 Kedah pernah dijajah oleh Siam dan di bawah
kekuasaan British
melalui Perjanjian Bangkok 1909.
Kesimpulan
 Sebelum Kerajaan Melayu Melaka, wujud empat zaman
awal dan kerajaan Awal di Tanah Melayu.
 Kewujudan Kerajaan Melayu Tradisional membuktikan
bahawa tamadun Melayu setanding dengan tamadun
lain di dunia.
 Kerajaan Melayu yg terkenal - kerajaan Melayu Melaka
 Masyarakat Melayu mempunyai sistem politik, ekonomi
dan sosial yang tersendiri
 Kemunculan kerajaan negeri-negeri Melayu yg lain
membuktikan bahawa setiap negeri tersebut mempunyai
kedaulatan yang tersendiri. .

You might also like