You are on page 1of 38

INSPIRASI ALAM SEKITAR

KERJAYA DAN HOBI RAKYAT

CIRI CIRI MUZIK THAILAND

GALAKAN KERAJAAN

KEDUDUKAN GEOGRAFINYA

PENGENALAN MUZIK PI PHAT

HANYA MELIBATKAN ALAT JENIS TII DAN PAW

MENGIRINGI PERSEMBAHAN LAIN

JENIS JENIS PI PHAT

Pi Phat Khryang Ha
Dimajukan daripada Pi Phat Mai Maeng
Disertai oleh Khon, Lakhon dan Nang Yai

Terdiri daripada enam instrumen

Pi Phat Khryang Khu


Berkembang dari Pi Phat Kryang Ha
Digunakan dalam muzik Thai sejak pemerintahan Raja Chakri III Terdiri daripada lapan instrumen

no sound avaible

Pi Phat Khryang Yai


Zaman kemajuan Ranat (gambang)
Zaman pembangunan Pi Phat

Empat belas instrumen

no sound avaible

Pi Phat Nang Hong


Untuk upacara pembakaran mayat
Nama bersempena skor yang dimainkan

Gabungan bersama ensemble melayu


Terdiri dari tujuh instrumen

Pi Phat Duk (dam ban)


Dicipta pada tahun 1898
Terdiri daripada 12 alat

Di mainkan dikawasan tertutup

Bentuk & peranan alat muzik

PI NAI
Antara instrumen asli yang wujud dari Thailand dan digunakan sejak zaman purba
Diperbuat dari kayu keras dan juga batu marmar. Rangka badan alat ini ditiun dan dibentuk dengan 14 pasang cincin tembaga. Rangka dalaman alat ini berbentuk silinder kosong. Di bahagian pangkal, terdapat satu ruang untuk meletakkan pipit dua lapis (reed) manakala bahagian hujungnya adalah satu bukaan besar. Pipit pi nai diperbuat daripada empat keping daun kelapa sawit yang berbentuk bulat dan diikat bersama dengan menggunakan tiub tembaga, perak dan besi lain Merupakan alat muzik utama dalam permainan ensemble bersama dengan alat perkusi yang lain. Oleh itu, ia dikenali sebagai ensemble Pi Phat.

PI CHA NAI
Mempunyai dua bahagian yang berbeza
Diperbuat daripada kayu atau gadin Reed diperbuat daripada empat keping daun kelapa sawit yang berbentuk bulat dan diikat bersama dengan menggunakan tiub tembaga, perak dan besi lain Berkembang dari idea asal Pi Nai
no sound avaible

PI CHAWA
Mempunyai lapan lubang
Keselurahan mirip kepada Pi Ca Nai

Kecauali jarak antara lubang


Namanya sudah mengambarkan asal usulnya

GLAWNG THAT
Mempunyai permukaan kulit yang direngangkan
Bermula hanya dengan satu gendang

Penambahan glwang kedua menunjukan perbezaan nada

TA PHON
Rangka badannya berbentuk seperti labu sayung dengan ukuran diameter 25cm pada bahagian kepala yang diletakkan pada bahagian kanan pemain.
Bahagian penghujung berdiameter 22cm yang ditempatkan pada bahagian kiri pemain. Alat ini dimainkan dengan kedua-dua belah tangan. Badan Ta Phon berukuran 48cm yang diukir dari kayu Teak asli ataupun pokok nangka. Penjuru bahagian kepala dijahit dengan rotan untuk mengukuhkan bentuknya. Bahagian kepala disambungkan dengan satu bahagian kayu yang lain. Bahagian kayu yang disambungkan dilingkari dengan penampal yang berwarna hitam dan dicat warna hitam. Berat campuran nasi dengan abu digunakan untuk tiunan alat muzik ini.

RANAK EK
Mempunyai 21 - 22 kepingan kayu. Kepingan kayu yang terendah ialah 38cm panjang, 5 cm lebar, dan ketebalan 1.5 cm. Semakin tinggi ton, semakin kecil dan tebal saiz kepingan kayu. Kepingan kayu disusun menggunakan tali yang disambungkan kepada rangka badan alat muzik yang berperanan sebagai resonator. Panjang Ranat Ekialah 125cm. Kepingan kayu Ranat Ekdiperbuat daripada kayu keras yang menghasilkan ton yang merdu. Rangka badan Ranat Ekberbentuk seperti bot yang diperbuat daripada kayu Teak. Berat ranat-ek adalah sekitar 13kg - 15kg yang merupakan hasil buatan tangan.

RANAT THUM
Mempunyai 17 - 18 kepingan kayu.

Kepingan kayu yang terendah ialah 42cm panjang dan 6cm lebar. Semakin kecil saiz kayu, semakin tinggi ton yang dihasilkan.
Ton yang tertinggi mempunyai panjang kepingan kayu 35.5 cm dan kelebaran dalam 5 cm.

Panjang Ranat Thum ialah 125cm dan diperbuat daripada kayu buluh.
Badan Ranat Thum berbentuk seperti kotak kayu yang mempunyai panjang 125cm, lebar 22cm, dan diperbuat daripada kayu Teak. Berat Ranat Thum adalah sekitar 10kg-13kg yang merupakan hasil buatan tangan.

KHAWNG WONG YAI


Kumpulan gong yang disusun dalam bentuk bulatan.
Ia mempunyai 16 tiunan yang berbeza yang diletakkan atas rangka rotan yang berbentuk bujur. Alat ini dimainkan dengan sepasang pemukul kayu yang leper. Diameter alat muzik ini adalah sepanjang 17cm dari bahagian kiri pemain dan 12cm dari bahagian kanan pemain yang mempunyai renj tiun dari D ke e . Setiap gong dililinkan untuk ditiun. Kong Wong Yai boleh dimainkan dengan mengetuk secara kuat ataupun lembut dan memainkan kaunter melodi.

KHAWNG WONG LEK


Lebih terperinci berbanding Khawng Wong Yai
Bezanya ia lebih kecil berbanding Khawng Wong Yai

CHING
Merupakan alat perkusi iaitu sepasang simbal gangsa yang kecil.
Cing diperbuat daripada besi dan dibentuk seperti cawan kecil yang berdiameter 6cm hingga 7cm. Alat ini mempunyai satu lubang untuk diikat dengan menggunakan tali. Cing dimainkan dengan mengetuk pada kedua-dua permukaan. Cing menghasilkan bunyi cing dan chap seperti namanya.

KHLUI
Mempunyai persamaan dengan Mulali, Piccolo dan Seruling.
Mempunyai tiga jenis Khlui moden

TEKSTUR
Tekstur ensemble tradisional Thailand adalah heterofoni. Heteroni bermaksud DUA atau lebih suara yang memainkan pelbagai variasi melodi secara serentak.

SISTEM TIUNAN
Dalam sistem tiunan tradisional Thailand, terdapat tujuh ton dalam satu oktaf.
Alat yang mengamalkan sistem ini adalah Ranat Ek dan Ranat Thum Alat ini mengamalkan sistem sen tersendiri

SISTEM SEN

Renj pic yang sangat luas Meter yang ialah meter dua-an. Dalam suatu ciptaan asas muzik Thai, skel pentatonik yang terdiri daripada 5 ton asas digunakan.

Berdasarkan 5 ton asas dalam skel pentatonik tersebut, corak permainan yang dimainkan ialah 3 consecutive tone, 1 skipped tone, 2 consecutive tone dan 1 skipped tone ataupun corak permainan

1-2-

3-5-6.

SISTEM NOTASI

BENTUK IRAMA
Irama dimainkan oleh Cing yang mempunyai 3 peringkat. Antaranya peringkat 1, CHAN DIO, Peringkat 2, SAWNG CHAN dan peringkat 3, SAM CHAN. Cara permainan bagi Chan dio ialah dengan mengetuk kedua-dua belah permukaan Cing pada jarak yang rapat.

Cara permainan bagi Sam chan ialah dengan mengetuk kedua dua permukaan Cing pada jarak yang jauh.
Corak permainan bagi 3 peringkat ini adalah dalam bentuk pusingan. SAWNG CHAN memainkan separuh daripada corak masa CHAN DIO dan SAM CHAN mengambil separuh daripada corak masa SAWNG CHAN.

CONTOH LAGU DARI ENSEMBLE PHI PHAT


Terdapat dua jenis lagu yang ditekankan dalam Phi Phat iaitu Naa Phaat dan Sepha Mahori

Naa Phaat
Karya asal lagu ini tidak boleh diubah kerana mempunyai nilai ketuhanan yang "Tinggi" lagi suci.
Lagu ini juga sering dikaitkan dengan kuasa ghaib.

Melodi lagu ini dipercayai telah dicipta dari era Ayuthya (pra-1782).
Lagu-lagu yang digunakan dalam persembahan Khon (upacara tarian-drama bertopeng) dan Waj Khruu (upacara

Naa Phaat
Selain itu digunakan juga dalam upacara mengiringi atau mewakili aktiviti dan pergerakan dewa.
Ensembel ini biasa menggunakan kumpulan Pi Phat.

Terdapat sedikit sentuhan muzik barat apabila melodi yang terdapat dalam skor berfungsi seperti leitmotif.
Leitmotif digunakan terlebih dahulu dalam opera Wagner dimana melodi yang berkatian dengan tindakan watakwatak dimainkan.

Naa Phaat
Proses ini membantu membawa penonton menghayati skrip yang disampaikan oleh pelakon yang bertopeng.
Teater ini menceritakan tentang kuasa tuhan dan kuasa pembesar pembesar yang berkuasa suci. Oleh itu Phaat Naa juga dianggap suci dan tidak boleh diubah. Pada masa lalu, pelajar-pelajar yang tidak dapat bermain Phaat Naa akan sujud atas lantai apabila guru-guru dan pelajarpelajar lain yang memainkannya agar mereka dapat menyerap roh Phaat Naa.

SEPHA MAHORI
Sepha Mahori adalah lagu yang terkenal untuk orang awam dan pemain muzik amatur. Kebiasaannya set lagu ini dimainkan dalam bentuk konsert dan melibatkan sedikit solo. Lagu ini diketegorikan sebagai lagu untuk hiburan orang ramai.

Lagu ini boleh dipelajari di sekolah sekolah awam Thailand mahupun kelas muzik yang diajar pemuzik amatur.
Lagu ini menjadi kegemaran orang ramai kerana tiada unsur teater, dan tidak dimainkan untuk sebarang upacara.

SEPHA MAHORI
Pelajar boleh belajar bermain Sepha Mahori bukan sahaja untuk dijadikan sebagai ilmu malah menikmati lagu ini. Pemain boleh bermain lagu ini dengan iringan penyanyi ataupun tanpa iringan penyanyi. Pemuzik dari Thailand lebih gemar memainkan ensemble ini dengan iringan vokal kerana lirik yang ditulis untuk lagu ini mempunyai unsur yang indah, contohnya Khameen Saj Yok, melodi sangat terkenal kerana menggambarkan keindahan adegan semulajadi. Seepha dan Mahori merupakan dua jenis ensemble yang mempunyai sejarah tersendiri.

SEPHA MAHORI
Tetapi ia telah digabungkan dengan ensemble Pi Phat dan menjadikan salah satu epik dalam dunia muzik Thailand. Terdapat beberapa perbezaan antara Seepha dan Mahori. Mahori bersifat lembut, perlahan, halus, lembut, dan sesuai untuk permainan dalam istana.

Seephaa pula berkonsepkan agresif, kuat, dan cepat; lagu jenis hanya dimainkan untuk aktiviti luar istana.
Akibat penggabungan ini banyak lagu-lagu telah ditulis agak lewat; mungkin gabungan penuh seephaa dan pengaruh mahori berlaku selepas perubahan kerajaan pada tahun 1932 .

TERIMA KASIH

You might also like