You are on page 1of 34

BAB 1

PENGENALAN KEPADA
UNDANG-UNDANG
SYARIKAT
by
JAMALUDIN ZAMZAM
3 JENIS RUJUKAN
Akta Syarikat 1965
Kes-kes Mahkamah
Prinsip Undang-undang


DEFINISI
Seksyen 4 (1) Akta Syarikat 1965
Syarikat yang ditubuhkan mengikut Akta ini
atau mengikut mana enakmen yang sama
pada masa lalu .
KONSEP SYARIKAT
Satu pertubuhan atau sebuah perbadanan
korporat yang mempunyai entiti undang-
undang (legal entity ) yang terpisah daripada
ahli-ahli syarikat itu sendiri.
SATU ENTITI
Syarikat dianggap sbg individu buatan di mana
syarikat pada namanya mempunyai hak dan
tanggungan yang sama dengan individu
manusia.
Syarikat mempunyai hak untuk memiliki harta
di atas namanya sendiri
Syarikat boleh mendakwa dan didakwa serta
bertanggungan ke atas hutang syarikat dan
ahli-ahli syarikat tidak bertanggungan.

Contoh
Syarikat Maju Sdn Bhd mempunyai 20 ahli.
Menurut y/u ianya suatu ENTITI. Jika syarikat
mempunyai sebidang tanah atas nama
syarikat, tanah tersebut adalah hak mutlak
syarikat dan bukan ahli yang seramai 20 orang
itu. ENTITI berasingan.

Bentuk Perniagaan
3 bentuk perniagaan di Malaysia:
1) Pemilik Tunggal
- suatu perniagaan yang dimiliki seorang pemilik
yang bertanggungjawab atas modal, pengurusan
dan masa depan
- contoh : kedai runcit, kedai dobi, perniagaan
kecil dll.
- Antara kedai runcit dan pemilik = satu ENTITI
2) Perkongsian
- Seksyen 3 (1) Akta Perkongsian 1961
- suatu perhubungan yang wujud di antara
orang-orang yang menjalankan perniagaan
bersama bagi maksud mendapat keuntungan.
- pekongsi-pekongsi telah dihadkan oleh
Seksyen 14 (3) (a) dan (b) Akta Syarikat 1965.
- Firma perkongsian biasa : maksima 20
orang.
- cth : Firma Guaman Zaid & Co. Antara
firma dan pelbagai firma satu ENTITI
3) Syarikat
- Bentuk perniagaan yang ditubuhkan bawah Akta
Syarikat.

* Bentuk perniagaan (1) dan (2) dikenali sebagai
pertubuhan yang tidak diperbadankan
(unincorporated association).

PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT
DENGAN PERNIAGAAN TUNGGAL DAN
PERKONGSIAN
a) Bilangan keahlian
i. Pemilik Tunggal : seorang
ii. Perkongsian : min. 2 orang, max. 20 orang
(kec. firma profesional
(guaman/akauntan)
iii. Syarikat : min. 2 orang bagi setiap masa.
(Jika kurang syarikat boleh
dibubarkan bawah Seksyen
218 (1)(d) Akta Syarikat 1965)

b) Hak untuk Memiliki Harta

i. Pemilik Tunggal : Aset perniagaan milik
peribadi pemilik
ii. Perkongsian : Aset firma milik pekongsi
bersama
iii. Syarikat : Aset Syarikat milik Syarikat,
bukan milik ahli syarikat
c) Tanggungan atau Liabiliti Ahli terhadap
Hutang Syarikat
i. Pemilik Tunggal : hutang perniagaan
ditanggung secara peribadi
oleh pemilik
ii. Perkongsian : hutang firma ditanggung
secara bersama oleh rakan-
rakan kongsi. Tanggungan ahli
tidak terhad.
iii. Syarikat : Entiti yang terpisah ahli-ahli
tidak mempunyai tanggungan
peribadi ke atas hutang
syarikat. Syarikat tanggung
hutang.


d) Tindakan Bagi Prosiding Undang-undang

i. Pemilik Tunggal dan Perkongsian
- tindakan undang-undang diambil atas nama
peribadi pemilik perniagaan ataupun rakan
kongsi kecuali firma perkongsian boleh guna
Ordinan 77 Peraturan Mahkamah Tinggi 1980
yang membenarkan penggunaan nama firma
perkongsian bagi urusan saman menyaman.

ii. Syarikat
- urusan saman menyaman atas nama
syarikat sendiri
- mempunyai hak untuk mendakwa dan
didakwa atas kes melibatkan hak dan
tanggungan syarikat
e) Jangkahayat dan Pembubaran

i. Pemilik Tunggal dan Perkongsian akan terbubar
dengan sendirinya apabila berlaku kematian ahli
dan rakan kongsi ataupun apa-apa peristiwa
menurut perjanjian di antara rakan kongsi.

ii. Syarikat tetap wujud dan tidak bergantung
kepada hayat ahli-ahlinya sehingga
pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar
Syarikat.
KLASIFIKASI SYARIKAT
Berdasarkan kepda beberapa faktor:
i. Status Awam
ii. Tanggungan Ahli terhadap hutang syarikat
iii. Tempat syarikat diperbadankan
iv. Hubungan syarikat dengan syarikat yang lain


Amnya, Syarikat boleh diklasifikasikan seperti
berikut:-
i. Syarikat Persendirian
ii. Syarikat Awam
iii. Syarikat Berhad dan Syarikat tidak berhad
iv. Syarikat Berhad oleh saham
v. Syarikat berhad oleh jaminan
vi. Syarikat induk dan anak syarikat (subsidiari)
vii. Syarikat asing
i. Syarikat Persendirian
Takrif : Seksyen 4 Akta Syarikat 1965
- Syarikat Persendirian yang dikecualikan
sebagai sebuah Syarikat Persendirian dimana
syer-syernya tidak dipegang secara langsung
atau tidak langsung.
Perbadanan yang lain tidak mempunyai
sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut
samada secara langsung atau tidak langsung.
Sebuah syarikat persendirian perlu patuhi
Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1961.


Syarat-syarat yang termaktub dalam peruntukan
seksyen tersebut:-
i. Bilangan ahli mesti tidak melebihi 50 orang
ii. Terdapat sekatan terhadap hak untuk memindahkan
saham iaitu:-
a) Melalui right of pre-emption iaitu sebarang pindahmilik
saham yang dibuat hendaklah ditawarkan kepada ahli-
ahlisyarikat yang sedia ada terlebih dahulu sebelum
ditawarkan kepada pihak lain dan ;
b) Dengan meletakkan syarat bahawa pindahmilik saham hanya
boleh dibuat dengan kebenaran lembaga pengarah syarikat
sahaja.
iii. Larangan untuk menawarkan saham atau debentur
kepada orang awam
iv. Larangan untuk mempelawa orang ramai mendepositkan
wang ke dalam syarikat bagi tempoh yang tertentu



Penting syarat-syarat tersebut dinyatakan dalam
ARTIKEL PERSATUAN (TATAURUSAN SYARIKAT)
yang mesti disediakan oleh semua syarikat semasa
penubuhannya
Dikehendaki meletakkan perkataan sendirian
atau sdn di belakang namanya. Sekiranya liabiliti
ahli syarikat persendirian terhad, ia mestilah
menambah perkataan berhad atau bhd.

ii. Syarikat Awam
Takrif : Seksyen 4 Akta Syarikat 1965
Syarikat Awam ertinya sebuah syarikat yang lain
daripada syarikat persendirian.
- tidak perlu patuhi syarat-syarat bawah Seksyen
15
- boleh mempelawa orang ramai untuk melabur
atau mendepositkan wang mereka ke dalam syarikat
- perlu mendaftarkan prospektus syarikat dengan
Pendaftar Syarikat
* Prospektus Syarikat satu dokumen
mengandungi hal ehwal kewangan dan
pentadbiran syarikat
- Perlu mendapatkan sijil memulakan perniagaan terlebih
dahulu walaupun telah memiliki Sijil Pemerbadanan
- Seseorang yang berusia melebihi 70 tahun tidak
dibenarkan menjadi pengarah syarikat kerana dikhuatiri
akan menjejaskan pencapaian syarikat yang melibatkan
kepentingan awam.
- Boleh disenaraikan di Bursa Saham dengan syarat
beberapa peraturan perlu dipatuhi
- Tidak perlu letak perkataan sendirian atau sdn. Di
belakang namanya. Cth : Syarikat Maju Jaya
- Jika liabiliti ahli adalah terhad, perlu diletakkan
perkataan berhad di belakang namanya
iii. Syarikat Berhad dan Syarikat Tidak Berhad
diklasifikasikan berdasarkan
- Tanggungan/liabiliti ahli ke atas hutang syarikat
1. Syarikat Berhad
- tanggungan ahli terhadap hutang syarikat terhad
berdasarkan jumlah pegangan saham ataupun jaminan
yang diberikan
- dikehendaki meletakkan Berhad atau Bhd di belakang
namanya
2. Syarikat Tidak Berhad
- tanggungan ahli tidak terhad
- hampir sama dengan perkongsian
- bezanya perkongsian tidak mempunyai entitinya
sendiri. Cth: Firma Broker Saham dan Arkitek.
- Tidak perlu meletak perkataan Berhad atau Bhd

Syarikat berhad terbahagi 2:-
a. Syarikat berhad menurut saham
- tanggungan ahli-ahlinya adalah terhad mengikut
jumlah saham yang belum dibayar ke atas saham-
saham yang dipegang oleh seseorang ahli tersebut
b. Syarikat berhad menurut jaminan
- tanggungan ahli-ahli adalah terhad mengikut
jaminan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli
syarikat yang tleh didtetapkan oleh memorandum
dan aritkel persatuan syarikat
- Ditubuhkan bagi tujuan menganjurkan rekreasi,
hiburan, sains, seni dll. Tujuan yang akan beri
faedah kepada umum.
- Cth: yayasan dan badan kebajikan
iv. Syarikat Induk dan anak syarikat (Subsidiari)
Terdiri daripada sekumpulan syarikat yang mempunyai kaitan
di antara satu sama lain
Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 menyatakan :-
= Bila perbadanan disifatkan berkaitan antara satu sama lain :
Dimana sesebuah perbadanan adalah :-
a) Syarikat induk bagi perbadanan yang lain
b) Subsidiari perbadanan yang lain
c) Subsidiari syarikat induk perbadanan yang lain
Makna syarikat induk :-
seksyen 5 (1) Akta Syarikat 1965 :-
mana-mana syarikat yang memenuhi 3 syarat berikut :-
i. Menguasai keahlian lembaga pengarah dalam syarikat lain
ii. Memegang lebih daripada separuh kuasa mengundi dalam
syarikat lain ; atau
iii. Memegang lebih daripada separuh modal saham dalam
syarikat lain
Seksyen 5 A memperuntukkan sesebuah syarikat
induk dianggap sebagai syarikat induk terakhir
sekiranya ia merupakan sebuah syarikat induk
kepada syarikat lain tetapi ianya sendiri bukan
menjadi anak syarikat atau subsidiari kepada
syarikat lain
Seksyen 5 B mendefinisikan syarikat subsidiari
milik penuh :-
Apabila semua ahli-ahli syarikat tersebut terdiri daripada
ahli-ahli syarikat induk atau anak-anak syarikatnya atau
penama namaannya (nominee) .
v. Syarikat Asing
Seksyen 4 Akta Syarikat 1965 :-
Syarikat Asing ertinya :-
a) Suatu syarikat , perbadanan , pertubuhan , persatuan
atau lain-lain badan yang diperbadankan di luar
Malaysia; atau
b) Suatu persatuan, pertubuhan yang tidak di
perbadankan atau lain-lain badan yang mana di
bawah undang-undang tempat asalnya boleh
mendakwa atau di dakwa, atau memegang harta atas
nama setiausaha atau lain-lain pegawai badan atau
persatuan yang di lantik dengan sewajarnya bagi
tujuan itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat
atau tempat perniagaan utamanya di Malaysia.
Sekiranya syarikat asing yang ingin menubuhkan
syarikat cawangannya di Malaysia hendaklah
mempunyai beberapa dokumen penting dengan
pendaftar syarikat seperti dalam Seksyen 332(1)
iaitu:-
i. Salinan sijil pemerbadanan
ii. Salinan memorandum dan artikel
iii. Senarai nama pengarah-pengarah yang akan
menetap di Malaysia
Sekyen 331- syarikat asing berhak memiliki harta
tak alih
PERBEZAAN DI ANTARA SYARIKAT
PERSENDIRIAN DAN SYARIKAT AWAM
a. Fungsi Syarikat
Syarikat persendirian
- Paling banyak ditubuhkan di Malaysia
- Senang dikawal
- Syarat pindah milik saham mudah diuruskan
- Kos pengurusan adalah lebih murah
Syarikat Awam
- Lebih sesuai untuk perniagaan yang besar yang
memerlukan modal yang banyak

b. Keahlian
Syarikat Persendirian
- Keahlian kecil ( Seksyen 15) had max. 50 orang
- Syarat pindah milik saham oleh ahli-ahli syarikat
Syarikat Awam
- Keahlian tidak terhad
c. Memorandum dan Artikel Persatuan Syarikat
- Semua jenis syarikat mesti mempunyai
memorandum dan artikel persatuan syarikat.
- Kandungan memorandum dan artikel berkenaan dengan
tanggungan ahli adalah berdasarkan jenis syarikat.
- Cth : Syarikat berhad tanggungan ahlinya adalah
terhad
- Bagi syarikat persendirian-memorandum dan artikel persatuan
syarikat hendaklah mengandungi sekatan dan larangan-
larangan seperti dalam Seksyen 15 Akta Syarikat 1965

d. Pengarah
- Seksyen 629(1) melarang pelantikan Pengarah
Syarikat Awam yang melebihi usia 70 tahun
- Seksyen 126(1) di mesyuarat agung syarikat Awam
pelantikan setiap pengarah syarikat hendaklah
dibuat dalam resolusi yang berbeza melainkan ahli
telah bersetuju sebulat suara untuk melantik 2 atau
lebih pengarah dalam satu resolusi.
- Pengarah-pengarah syarikat awam boleh dipecat
oleh pemegang-pemegang saham menurut prosedur
yang telah ditetapkan.
- Sebaliknya bagi syarikat persendirian, artikel
persatuan syarikat boleh memperuntukkan kuasa
memecat kepada lembaga pengarah
e. Sumber Kewangan
- Syarikat persendirian adalah dilarang mendapat
sumber kewangan daripada orang awam
- Larangan tidak terpakai ke atas syarikat awam yang
boleh tawarkan saham kepada orang awam dengan
syarat prospektus didaftar dengan pendaftar terlebih
dahulu- Seksyen 39/Jadual ke-5 Akta Syarikat 1965
dipatuhi
f. Mesyuarat
- Seksyen 143 (1) semua syarikat dikehendaki
mengadakan mesyuarat agung yang pertama dalam
masa 18 bulan dari tarikh ia diperbadankan
- Bagi syarikat awam berhad yang mempunyai modal
saham pula dikehendaki mengadakan syarat
berkanun dan diserahkan kepada pendaftar syarikat
berdasarkan Seksyen 142 (1)
PERTUKARAN SYARIKAT PERSENDIRIAN
KEPADA SYARIKAT AWAM ATAU
SEBALIKNYA
I. Pertukaran Syarikat Persendirian menjadi
Syarikat Awam
- Boleh dilaksanakan dengan menyerahkan dokumen-
dokumen seperti yang terkandung dalam Seksyen
26(2)
- Selepas proses ini, Seksyen 15 tidak lagi terpakai
- Dalam keadaan lain, syarikat persendirian boleh
bertukar menjadi syarikat awam sekiranya syarikat
melanggar mana-mana sekatan di dalam Seksyen 15
- Syarikat bertukar menjadi syarikat awam secara
tidak sukarela
Seksyen 27(1) mana-mana ahli atau pemiutang
syarikat boleh membuat permohonan mahkamah
supaya syarikat persendirian ditukarkan kepada
syarikat awam seandainya syarikat persendirian
tersebut telah melanggar sekatan-sekatan di bawah
Seksyen 15(1)(c)dan(d) iaitu larangan menawarkan
saham dan debentur kepada orang ramai , serta
larangan mengajak orang ramai mendepositkan wang
ke dalam syarikat
Seksyen 27(3) keputusan mahkamah atau pendaftar
berhubung status syarikat persendirian kepada
syarikat awam
Seksyen 27(8) kesaklahan syarikat persendirian kerana
tidak mematuhi sekatan atau larangan Seksyen 15 (1)

II. Pertukaran Syarikat Awam menjadi Syarikat
Persendirian
- Syarikat awam juga boleh menukarkan statusnya
menjadi syarikat persendirian menurut Seksyen
26(1) Akta Syarikat 1965.

You might also like