You are on page 1of 65

APLIKASI

KEMAHIRAN DALAM
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN
MORAL
APLIKASI KEMAHIRAN P&P DLM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI OF CONSTRAINT
PEMBELAJARAN AKTIF
PEMBELAJARAN KONTEKSTUALISME
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
2
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI OF CONSTRAINT
Pengenalan
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif
guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan
pembelajaran sekaligus meningkatkan minat murid terhadap
sesuatu mata pelajaran.
Apakah TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran
berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik
dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Rumusan
kepada apa yang dimaksudkan dengan TOC adalah sebagaimana
berikut ;

3
4
KELEBIHAN TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan
pembelajaran, murid dan guru berupaya ;
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran
menyelesaikan masalah dengan berkesan
membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama
berkomunikasi dengan baik
memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kem ahiran dapat
digabungjalinkan dalam pros es pengajaran dan pem belajaran
iaitu;
kemahiran berfikir secara kritis
kemahiran berfikir secara kreatif
kemahiran generik

5
APLIKASI TOC DALAM PENDIDIKAN
Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
kandungan kurikulum
pengajaran dan pembelajaran konsep.
membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan
pembelajaran.
perancangan strategik untuk mencapai matlamat.

Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan
adalah sebagaimana berikut;
sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat
keputusan).
kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran
nilai murni dan kerohanian).
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir
dan perancangan strategik).

6
PEMBELAJARAN AKTIF
Pembelajaran aktif merujuk kepada kaedah di
mana murid melakukan sesuatu termasuk
memproses, mengguna dan membuat refleksi
terhadap maklumat yang diberi.
Kaedah ini berasaskan kepada dua anggapan
pembelajaran iaitu pembelajaran secara tabiinya
adalah satu kegiatan yang aktif dan setiap
manusia mempunyai cara belajar yang berbeza.
Elemen pembelajaran aktif termasuk
bercakap,mendengar, menulis, membaca dan
membuat refleksi.

7
KAEDAH
PEMBELAJARAN AKTIF
DALAM BILIK KELAS
8
a. Aktiviti secara individu.
i. Kertas seminit ( Minute papers)
Kaedah ini boleh digunakan untuk melihat
perkembangan murid dari segi kefahaman atau
reaksi terhadap bahan yang baru disampaikan.
Murid diminta untuk menulis refleksi tentang
aktiviti pembelajaran untuk mata pelajaran pada
hari tersebut. Antara soalan yang boleh ditanya
untuk penulisan refleksi ialah:
Apakah perkara penting yang telah dipelajari hari ini ?
Apakah perkara yang telah difahami daripada tajuk yang
dipelajari hari ini ?
Apakah perkara yang tidak difahami daripada tajuk yang
dipelajari hari ini ?
Cadangan untuk memahami perkara yang tidak difahami.
9
a. Aktiviti secara individu.
ii. Kuiz dari Pembacaan ( Reading Quiz):
Kaedah ini boleh digunakan untuk melihat
pemahaman murid terhadap bahan yang dibaca.
Kaedah ini boleh menggalakkan murid membaca
bahan yang telah ditugaskan. Kaedah penyoalan
boleh dilakukan secara lisan atau secara bertulis
mengikut kreativiti masing-masing.


10
a. Aktiviti secara individu.
iii. Berhenti seketika ( Clarification Pauses):
Ini adalah kaedah mudah yang memupuk pendengaran
aktif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutama selepas memberi definisi konsep penting dan
difahami oleh murid. Guru berhenti seketika .Tanya jika
sesiapa memerlukan penerangan lanjut. Guru boleh
bergerak dalam bilik kelas ketika waktu berhenti seketika.
Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
bertanya soalan. Sebahagian murid mungkin malu untuk
bertanya di hadapan semua rakan tetapi akan melakukan
apabila guru bergerak hampir kepada mereka.

11
a. Aktiviti secara individu.
iv.Bertanya soalan (Question and Answer)
Kaedah penyoalan biasanya digunakan untuk mengenalpasti tahap
kefahaman murid terhadap perkara yang baru disampaikan
.Terdapat beberapa kaedah yang boleh meningkatkan penglibatan
dan sekaligus pemahaman murid . Bertanya soalan kepada seluruh
murid dan meminta seorang murid menjawab.
Untuk meningkatkan penglibatan murid dan boleh diubah suai
dengan meminta murid lain untuk menyimpulkan apa yang telah
dikatakan oleh murid pertama.
Ramai murid kurang atau tidak mendengar apa yang diucapkan oleh
rakan mereka dan menunggu guru membetulkan atau mengulang
jawapan tersebut.
Dengan meminta murid menyimpulkan atau mengulang apa yang
rakan mereka katakan akan memupuk sikap penglibatan secara aktif
di kalangan semua murid dan menggalakkan murid menjadi
pendengar yang baik sesama mereka.

12
b. Pembelajaran secara kumpulan

i. Kumpulan pakar : ( JIGSAW )

Murid dibahagi kepada 5 kumpulan mengikut bilangan murid dalam bilik
kelas. Bilangan murid untuk setiap kumpulan adalah lebih kurang 4 atau 5
orang.
Setiap murid diminta untuk menomborkan diri mereka. Setiap murid yang
bernombor satu akan berada di kumpulan 1, murid bernombor dua akan
berada di kumpulan no. 2 dan begitulah seterusnya untuk murid yang
bernombor 5 akan berada di kumpulan nombor 5.
Setiap kumpulan diminta untuk membincang satu tajuk yang berbeza. Mereka
di beri masa 30 minit untuk berbincang. Selepas perbincangan mereka diminta
untuk membentang hasil perbincangan untuk dimurnikan.
Selepas sesi pemurnian, murid-murid akan balik ke kumpulan asal di mana
mereka akan bertanggung jawab untuk menyampaikan maklumat kepada
rakan-rakan dan seterusnya menjadi pakar rujuk kepada tajuk-tajuk tertentu
yang telah dibincangkan.
Struktur JIGSAW adalah kompleks kerana ia memerlukan komitmen dari murid
dan pendidik.Pelaksanaan teknik JIGSAW memerlukan perancangan rapi
(Felder,2004) dan perlu mempunyai ciri-ciri seperti kepelbagaian kumpulan,
kesaling bergantungan positif, kebertanggungjawapan individu, kemahiran
interpersonal, peluang kejayaan sama rata dan saingan kumpulan.

13
c. Permainan dalam aktiviti pembelajaran

i. Pensemukaan (Liz Warner)
Murid dibekalkan dengan kad yang mengandungi soalan. Kad tersebut
diletakkan di tengah meja secara terbalik. Ketua kumpulan diminta
untuk mengambil kad tersebut. Beliau akan membaca soalan tersebut
untuk dikemukakan kepada rakan rakan sekumpulannya.
Murid murid lain dalam kumpulan akan menjawab soalan tersebut
secara individu.
Kalau ada di antara murid yang tak boleh menjawab soalan tersebut
mereka diminta untuk menulis tanda tanya pada kertas jawapan. Semua
pelajar tunjuk ibu jari apabila sudah sedia.
Ketua kumpulan akan menyatakan SHOWDOWN dan ahli kumpulan
akan meletakkan jawapan di tengah meja. Ketua kumpulan akan
membimbing ahli kumpulan untuk menjawab soalan tersebut.

14
c. Permainan dalam aktiviti pembelajaran

ii. Semakan Pasangan (Spencer Kagan)
Setiap kumpulan diminta untuk menjalankan aktiviti
secara pasangan iaitu pasangan A dan B.
Setiap pasangan akan dibekalkan dengan 2 soalan
untuk dibincangkan. Pasangan A akan dibekalkan
dengan 1 soalan dan jawapan daripada kumpulan B
dan begitu sebaliknnya.
Mereka diberi masa 15 minit untuk mendapatkan
jawapan. 15 minit yang kedua , kumpulan A akan
membimbing kumpulan B untuk menyemak jawapan
dan 15 minit yang seterusnya kumpulan B akan
membimbing kumpulan A untuk menyemak
jawapan.15 minit yang terakhir, guru akan memurnikan
jawapan murid.

15
PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL
16
APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL ?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran
yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran
secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on
dan minds on.
Pengalaman Harian
Individu
Persekolahan
Alam Pekerjaan
Kehidupan
Masyarakat

17
Teori pembelajaran secara kontekstual
Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan baru
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid
dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang
bermakna dalam rangka minda mereka.
18
Psikologi
Budaya
Fizikal
Sosial
Konteks yang
Pelbagai
Pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan jika maklumat
disampaikan dalam konteks yang
pelbagai dan bermakna kepada
murid.
9
19
Kehidupan Harian
Makmal
Bilik Darjah
Tempat Kerja
Kepelbagaian
Persekitaran
Pembelajaran
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian
persekitaran pembelajaran untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
10
20
Untuk kumpulan sasaran murid yang manakah
pendekatan kontekstual PALING sesuai ?
Kumpulan sederhana
13 17 tahun
cenderung kepada aplikasi konsep
terdorong melalui aktiviti hands-on
tidak yakin mempelajari matematik dan
sains secara abstrak
sekolah-sekolah menengah teknik dan
vokasional
sekolah-sekolah menengah harian
Jenis murid
Ciri murid
Lokasi
21
Sains
Matematik
Komunikasi
Teknologi
Maklumat
Bahasa
Teknikal dan
Vokasional
Kemanusiaan
Pendekatan Kontekstual merentas
pelbagai disiplin ilmu
22
Apakah pandangan pakar pedagogi tentang pendekatan
pembelajaran kontekstual ?
13
23
Students involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they
are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most
students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other
students in groups or teams.
Dan Hull
A curriculum and teaching methodology tied to the childs experiences and interests.
John Dewey
Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented,
stimulus/response methodologies.
Howard Gardner
The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past
experiences.
Renate Numella Caine and Geoffrey Caine
Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through
some case-based or problem-based learning environment.
Jonassen
Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks
sosial, budaya, fizikal dan psikologi.
D.A. Kolb
Mengapa Kontekstual ?
15
24
Pembelajaran
kontekstual
mengambil kira
pelbagai gaya
pembelajaran.
25
Mengapakah pendekatan kontekstual perlu
dalam pengajaran dan pembelajaran?
Individu mengekalkan
maklumat dengan lebih
berkesan melalui pengalaman
sendiri.
Individu memiliki
pelbagai jenis
kecerdasan.
APA YANG KITA TAHU TENTANG
PROSES PEMBELAJARAN?
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui
pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on
dan peluang untuk penemuan kendiri.
Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep
disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak
asing kepada murid.
Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan
melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam
kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu
dan maklum balas yang positif.
Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi
yang lain adalah satu kemahiran yang perlu
dipelajari.
26
17
CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM
PEMBELAJARAN
Kita kekalkan :

10 % Apa yang kita baca
20 % Apa yang kita dengar
30 % Apa yang kita lihat
50 % Apa yang kita dengar dan
lihat
70 % Apa yang kita bincang
dengan orang lain
80 % Apa yang kita alami sendiri
95 % Apa yang kita ajar kepada
orang lain
Kita
Belajar
Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation
27
Faedah
Pembelajaran
Kontekstual
Kepada :
Guru
Murid
Industri

21
28

MURID
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata
pelajaran dengan pengalaman harian
Boleh memindahkan kemahiran
Boleh meneroka dan mendapatkan
bukti
Boleh menguasai perkara abstrak
melalui pengalaman konkrit
Dapat belajar secara kerjasama

22
29

GURU
Dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang
berjaya.
Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata
pelajaran dengan dunia pekerjaan.
Dapat menjadi penghubung antara
pihak akademik dan vokasional atau
industri.

23
30

INDUSTRI
Menerima tenaga kerja
yang berpotensi untuk
dilatih atau dilatih semula
secara berkesan mengikut
keperluan

Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai
rakan kongsi

31
APAKAH KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL?



R

E
A

C
T

Relating
(Menghubungkait)


Experiencing
(Mengalami)



Applying
(Mengaplikasi)



Cooperating
(Bekerjasama)




Transfering
(Memindahkan)




Belajar dalam konteks
penerokaan,
penemuan dan reka cipta



Belajar dalam konteks
menghubungkaitkan
pengetahuan baru dengan
pengalaman hidup

Belajar dalam konteks
bagaimana pengetahuan atau
informasi boleh digunakan
dalam situasi lain.

Belajar dalam konteks
bekerjasama, memberi
maklum balas dan
berkomunikasi
Belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada
dengan menggunakan atau
membina daripada apa
yang telah diketahui
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau
lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut :
32
Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan
demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin.
Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila
berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika
tertanggal.

Relating (Menghubungkait)

Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar
sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan.
Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti
yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa
membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.
33
Applying (Mengaplikasi)
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat
mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi di mana
sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan
mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan
konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan
penukaran tayar.

Cooperating (Bekerjasama)
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah
pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka
berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing .
Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka
menyelesaikan masalah secara bekerjasama.

Transfering (Memindahkan)
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan
menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan
pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan
menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan
gelanggang permainan.
34
PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
35
Konstruktivisme adalah satu fahaman
bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses
ini, murid akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru
36
Hasilannya, individu akan membentuk
pemahamannya sendiri dan suatu konsep
tertentu berhubung pengetahuan dan
maklumat berkenaan.
37
Pengetahuan
sedia ada
Pengetahuan
baru
Konsep
sendiri
Kelebihan pembelajaran konstruktivisme
Murid lebih berfikir
Murid lebih faham
Murid lebih ingat
Murid lebih yakin
Murid lebih berkemahiran sosial
Murid lebih seronok
38
Peranan guru konstruktivis
Menggalakkan murid menerangkan lebih
lanjut jawapan kpd soalan yang ditanya.
Menggalakkan penemuan oleh murid
melalui pertanyaan soalan bercapah
Menggalakkan murid menerangkan idea
mereka serta menghargai pandangan
mereka
39
40
Secara ringkas, konstruktivisme
mengaplikasikan 5 prinsip utama
(5 M):

1. Melibat
2. Meneroka
3. Menjelas
4. Mengembang
5. Menilai

41
* Melibat guru menyoal dan merangsangkan minat dan
rasa ingin tahu murid, murid melibatkan diri

* Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul
maklumat dan meneroka

* Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi dan
mempersoalkan jawapan

* Mengembang murid membuat perkaitan dan
melanjutkan konsep

* Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid
menunjukkan pemahaman konsep
Konstruktivisme 5 Fasa
Needham
Orientasi
Pencetusan
idea
Penstrukturan
Semula idea
Refleksi Aplikasi idea
42
(i) Fasa orientasi: (Engage)
menarik perhatian, minat , dan
memotivasikan pelajar.
contoh = tunjuk cara/demonstrasi, tayangan
filem, tayangan video, keratan akhbar,
mengemukakan soalan-soalan yang boleh
menjanakan perasaan ingin tahu kepada
pelajar-pelajarnya.
Kesan = pelajar lebih berfikir dan lebih
seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan
dalam bilik darjah.
43
(ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)
mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-
idea pelajar yang terdahulu dikenalpasti melalui
soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong
mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari
dengan idea saintifik. Soal jawab yang
mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh
guru.
Guna kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan
menyiasat melalui kaedah eksperimen.
Contoh = amali, perbincangan dalam kumpulan
kecil, pemetaan konsep dan laporan.
44
Kesan = pelajar lebih berfikir, seronok dan
lebih berkemahiran sosial.
Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina
pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea, dan
membuat keputusan yang bijak dalam
menghadapi pelbagai kemungkinanan
45
(iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)
mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea
saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan
pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang
sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan
digunakan untuk membantu membentuk konsep
yang baru ini.
membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal
tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi
serta penjelasan.
46
Contoh = perbincangan dalam kumpulan
kecil dan membuat laporan.
Kesan = pelajar lebih yakin dan berani
mencabar hipotesis yang telah dibuat
dan digalakkan berbincang untuk
membuat ramalan. Pelajar mempunyai
banyak ruang dan peluang untuk menguji
hipotesis mereka terutama melalui
perbincangan dalam kumpulan.
47
(iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)
mengenalpasti idea yang baru diubahsuai
/dibina dalam fasa penstrukturan semula idea
dapat diaplikasi dalam situasi yang baru.
Konsep yang telah dibina di kaitkan dan
dikembangkan di dalam bidang yang lain atau
di dalam dunia sebenarnya.
Contoh = penulisan sendiri kerja projek oleh
pelajar.
48
Kesan = pelajar lebih faham dan ingat.
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep
dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat
secara langsung dalam pembinaan
pengetahuan baru.
49
(v) Fasa Refleksi (Evaluate)
menilai kefahaman murid dan menilai sama
idea terdahulu telah berubah.
Contoh = soal pelajar secara reflektif
Kesan = pelajar dapat menilai adakah mereka
faham dan dapat mengaplikasikan apa yang
dipelajari dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka.
50
Contoh Aktiviti Dalam P&P
perbincangan perdebatan eksplorasi
pembinaan kolaboratif
51
Perbincangan
Guru memberi sebuah tajuk kepada pelajar
Pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk berbincang.
Contoh tajuk :
52
Makanan Ringan
Perdebatan
Kumpulan - kumpulan pelajar tadi
dibenarkan untuk berdebat tentang
pendapat mereka.
Melalui perdebatan ini, pelajar
menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk mengutarakan pendapatnya.

53
Eksplorasi
Setelah berdebat, guru mengalakkan pelajar
untuk mencari maklumat tambahan sama ada
dari perpustakaan atau internet untuk
mendapatkan pengetahuan-pengetahuan
baru.

54
Pembinaan
Melalui pengetahuan sedia ada serta
pengetahuan yang baru, guru menyuruh
pelajar menulis penulisan seperti pidato,
debat atau syarahan untuk menguatkan lagi
pengetahuan pelajar berdasarkan
penyepaduan pengetahuan tersebut.
55
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA
KRITIS DAN KREATIF
56
Definisi Pemikiran
" Pemikiran ialah proses menggunakan
minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai
kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat
pertimbangan yang wajar, bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognitif
terhadap proses yang dialami. "
57
Tujuan KBKK
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah
menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru,
kabur dan sempit
meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya
perkembangan intelek mereka
bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,
membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat
pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani
memberi pandangan dan kritik.
58
Kesilapan Dalam Berfikir
i. Berfikir secara terburu-buru
beri masa untuk berfikir
ii.Fikiran yang sempit
aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran
latihan menggunakan penyusun grafik banding beza
iii. Fikiran yang kabur
latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk
penulisan
latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri
sesuatu objek/perkara
membuat kerangka karangan
iv. Fikiran yang bercelaru
Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik
dalam lisan dan penulisan
menyusun isi-isi penting untuk karangan
carta aliran
59
FUTURES STUDI ES
KAJIAN MASA DEPAN
60
Berilah pendidikan kepada
anak-anak kamu yang dilahirkan
untuk zaman lain
daripada zaman kamu
Umar Alkhatab
61
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan
merupakan strategi secara saintifik yang dibina
untuk menambahkan keupayaan murid dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan
membuat keputusan.
PENGAJARAN BERASASKAN
KAJIAN MASA DEPAN
62
KAJIAN MASA DEPAN
Satu Cara Kita Menyusun Pemikiran
Satu Cara Kita Mengkonsepsikan Kehidupan
Tindakan-Tindakan Seharian Serta Jangka Panjang
Keputusan-Keputusan Yang Kita Akan Ambil
PENGAJARAN BERASASKAN
KAJIAN MASA DEPAN
Strategi pengajaran untuk memikirkan tentang Masa
Depan secara berkaedah, bermakna dan
bertanggungjawab


GENERASI MASA DEPAN YANG
BERKEYAKINAN, BERUPAYA DAN
BERTANGGUNGJAWAB
63


Kenapakah tajuk ini penting bagi masa
depan?
Bagaimanakah tajuk ini boleh dikaitkan
dengan Kajian Masa Depan?

Apakah yang diberi perhatian?


BERFIKIR TENTANG MASA DEPAN
64
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
Perancangan Seorang Guru
Perancangan
Yang Strategik
Isu dan Tema Yang
Relevan
Berpusatkan
Murid
Aplikasi Sebagai
Projek, Kerja
Kokrikulum atau
Sepanjang Hayat
Peranan Guru
Sebagai
Fasilitator
65

You might also like