You are on page 1of 20

WASIAT DAN HIBAH

DALAM ISLAM
Definisi Wasiat (Mengikut Enakmen Wasiat
Orang Islam Selangor)

Ikrar seseorang yang diperbuat pada masa
hayatnya ke atas harta atau manafaatnya untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud
kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syariah selepas dia
mati
PESANAN KITA
SEBELUM MATI !
Surah Al-Maidah ( 106 )

Wahai orang-orang yang beriman, untuk menjadi
saksi di antara kamu, bila salah seorang dari kamu
akan meninggal dunia, ketika hendak berwasiat
ialah dua orang yang adil di antara kamu atau dua
orang lain yang bukan seagama dengan kamu, jika
kamu di dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu
ditimpa bahaya kematian.
Riwayat al Bukhari

Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya
menangguhkannya bermalam sehingga dua malam, melainkan
hendaklah ia segera menulis wasiat itu.
Akaun-Akaun Bank (Semasa
dan Simpanan)
KWSP, Takaful, Insuran,Tabung Haji, Dan Akaun Saham Amanah (PNB,
ASB, ASN Dan Saham Saham Swasta)
Rumah, Tanah dan apa sahaja
harta tidak boleh dialih
Saham Saham di Syarikat Persendirian dan Tersenarai
HARTA YANG PERLU DIURUS
* Akaun Semasa Dan
Simpanan, ASB
Terbeku
* Rumah, Tanah Dan Harta
Tak Alih Yang Lain Terpecah

* Saham Saham Syarikat
Terpecah

* KWSP, Takaful, Insuran,
Tabung Haji Penama boleh
dituntut oleh waris waris
yang lain
MASA
PENGAGIHAN
HARTA PUSAKA
TARIKH
MATI
* MEMBUKA FAIL
* BICARA WARIS
* PERLANTIKAN WASI
* CARA PEMBAHAGIAN
HARTA PUSAKA
* SURAT KUASA PENTADBIR
* PENGAGIHAN HARTA
PUSAKA
INGAT : ELEMEN TERPENTING
DI DALAM WASIAT
PERLANTIKAN WASI !
BUKAN
PEMBAHAGIAN HARTA !
WASI

Orang / Entiti tertentu yang dipercayai untuk
menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka mengikut
arahan di dalam Dokumen Wasiat
1. Menjelaskan hutang simati
2. Memungut hutang simati
3. Mengumpulkan harta pusaka
simati
4. Mentadbir harta
pusaka simati
5. Mengagihkan
harta pusaka
simati
SIAPA WASI YANG PERLU DILANTIK ?

Sesiapa sahaja yang boleh dipercayai

Wasi yang dicadangkan
Amanah Raya Berhad

FUNGSI UTAMA

Mempercepat dan Mempermudahkan
Urusan Pengagihan

Harta Pusaka
* Perisytiharan hak harta sepencarian
pasangan
* Senarai aset dan hutang
* Senarai waris
* Peruntukan aset dan harta pusaka
* Perlantikan penjaga sah anak-anak
bawah umur 18 tahun
* Pengurusan wang sara hidup dan
pendidikan anak-anak di bawah
umur 18 tahun
* Perwarisan perniagaan
KESAN ADANYA WASIAT
Harta pusaka boleh diterima waris di dalam
masa purata 6 hingga 8 bulan.

KESAN KETIADAAN WASIAT
Harta terbeku purata masa antara 3 hingga 5 tahun!

MENGAPA ORANG ISLAM TIDAK MERANCANG
HARTA PUSAKA?

1. Kita ada Hukum Faraid
2. Saya tidak ada harta
3. Masih muda lagi
4. Tak tahu macam mana nak buat
5. Tak ada siapa yang boleh dipercayai
INSTRUMEN PERANCANGAN
HARTA PUSAKA
* Perancangan awal untuk
kesejahteraan waris
* Bagi menjamin masa depan keluarga
* Harta Sepencarian, Hibah, wasiyyah 1/3 harta
pusaka kepada bukan waris
/ kebajikan.

HAK BAHAGIAN ISTERI
* Hak Isteri di dalam Pusaka Suami ditentukan
mengikut HUKUM FARAID

* Surah An-Nisaa ayat 12
JENIS HARTA YANG DIANGGAP HARTA SEPENCARIAN
Harta yang dikumpul, dibeli atau dipunyai dengan usaha suami sendiri, atau usaha secara
bersama, sepanjang perkahwinan.
Contoh : Rumah, Tanah, Akaun Simpanan, Akaun Pelaburan ( ASB, ASN dsb ).
JENIS HARTA BUKAN HARTA SEPENCARIAN
* Harta yang diwarisi oleh suami dari ibubapanya; Rumah Pusaka,
Tanah Pusaka, Tunai, Barang Kemas dsb.
* KWSP bukan Harta Sepencarian.
* Hadiah
HARTA SEPENCARIAN
* Hak Isteri ke atas Harta Sepencarian berasaskan
pembuktian bahawa harta itu diperolehi oleh
Suami semasa perkahwinan mereka berkuatkuasa
* Hak Isteri berdasarkan bukti bahawa dia (Isteri)
menyumbang secara langsung atau tidak
langsung di dalam usaha Suami memperoleh harta
tersebut.
BENTUK SUMBANGAN ISTERI
* Sumbangan secara langsung : Tenaga, Wang, dsb.
* Sumbangan secara tidak langsung : Kehadiran
Isteri menguruskan rumahtangga membolehkan
Suami fokus kepada mencari Rezeki dan
memperoleh Harta
DEFINISI HIBAH

Pemberian atau hadiah semasa hidup yang diberikan oleh
penghibah kepada penerima hibah di atas dasar kasih sayang
dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan

Al-Baqarah ( 177 )

Dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang
terdekat, anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang
berhajat dan hamba.

Riwayat Bukhari:

Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :

Berikanlah hadiah/ hibah, nescaya kamu
dikasihi.
Harta yang dihibahkan akan
terkeluar dari Harta Pusaka

Waris yang dinamakan akan menerima harta
tanpa boleh dicabar oleh
waris-waris yang lain

Dokumen HIBAH dibuat semasa hidup tetapi
pertukaran HAK MILIK dibuat selepas kematian
Pasangan Suami Isteri yang mempunyai anak perempuan
sahaja
Pasangan Suami Isteri yang mempunyai anak angkat
Suami yang sayangkan Isteri
Ibu yang sayangkan anak
Ayah yang sayangkan anak

You might also like