You are on page 1of 10

Pentaksiran dalam Pendidikan

Jasmani
Pembentukan folio dan
pentaksirannya
Menjelas dan melaksanakan sesi
perbincangan tentang isi kandungan
folio P & P.
Isi Kandungan Folio P&P
Biodata
Jadual waktu
Pengenalan
Aktiviti yang dijalankan seluruh tahun
bersama dengan gambar
Latihan-latihan
Folio penghargaan, objektif, hasil
pembelajaran, rumusan, lampiran
Penutup (sambung.)

Refleksi
Penilaian / pentaksiran
Komen daripada guru

Folio bertujuan untuk menyimpan bahan
pengajaran dan pembelajaran seluruh tahun.
Guru harus memastikan kelengkapan dan
kekemasan folio setiap murid. Penilaian atau
pentaksiran merupakan perkara yang paling
penting dalam folio kerana penilaian telah
menunjukkan tahap penguasaan murid
terhadap subjek Pendidikan Jasmani.
Melaksanakan
penilaian
dan
pentaksiran.

Tujuan Penilaian dan Pentaksiran dalam Pendidikan Jasmani

1.Memfokuskan kepada setiap individu
-Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan
dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip
pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

2.Menentukan status semasa
-Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.

3.Memilih wakil
-Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil
sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses
pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.


4.Memotivasikan individu
-memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi
kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian
disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan
seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

5.Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
-Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan
jasmani dan kesihatan.
-memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi
peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi
pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

6.Membekalkan maklumat untuk kajian lain
-Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan

- Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur
kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan
antara individu.
-Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu
psikologi dalam bidang ini. Bidang 48 OUM. pengujian
kecerdasan bermula pada tahun 1796.
-Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun
1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental
dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
-Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran
kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet
(Abu Bakar,1986).

Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-
Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak
menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan
gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.
-Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak
langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-
murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut.
Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan
pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi.
Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-
Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.


Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:




i. berlandaskan kesihatan :
- Komposisi Badan
- Fleksibiliti
- Daya Tahan Kardiovaskular
- Kekuatan Otot
- Daya Tahan Otot


ii. berlandaskan kemahiran motor :
- Kelajuan
- Koordinasi
- Ketangkasan
- Kuasa
- Imbangan
- Masa Reaksi

You might also like