You are on page 1of 48

PENDEKATAN BIDANG

ILMU PSIKOLOGI

Puan Siti Azura Bahadin


Jabatan Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia
Universiti Utara Malaysia

1
LATAR BELAKANG
 Fenomena psikologi boleh dianalisis
daripada pelbagai perspektif.
 Setiap cabang memberi penerangan
yang berbeza mengenai kelakuan
manusia.
 Setiap cabang pula saling bergantung di
antara satu sama lain untuk
menerangkan perlakuan seseorang itu.
2
PERKARA-PERKARA YANG
AKAN DISENTUH
 PENDEKATAN MODEN
– BIOLOGIKAL
– TINGKAHLAKU
– KOGNITIF
– PSIKOANALITIK
– HUMANISTIK
 PENDEKATAN PERSEJARAHAN LAMPAU
– STRUKTURALISME
– FUNCTIONALISME
– GESTALT
– BEHAVIORISME 3
1.0. PENDEKATAN MODEN
1. BIOLOGIKAL
2. TINGKAH LAKU
3. KOGNITIF
4. PSIKOANALITIK
5. HUMANISTIK

4
1.1. PENDEKATAN BIOLOGIKAL
1.1.1. Otak manusia mengandungi
lebih daripada 10 bilion sel saraf
yang mempunyai kaitan di antara
satu sama lain.
1.1.2. Secara prinsipnya, kesemua
fenomena psikologi berkaitan
dengan aktiviti otak dan sistem
saraf.
5
1.1.3. Pendekatan biologi
mengaitkan tingkah laku
seseorang (overt behavior)
dengan proses kimia dan
elektrik yang berlaku di dalam
tubuh badan manusia.
1.1.4. Kajian daripada perspektif
biologikal cuba mengenal
pasti proses neurobiologikal, di
sebalik sesuatu tingkahlaku
dan proses mental. 6
1.1.5. Contohnya, pendekatan biologi
ke atas depresi cuba
memahami depresi dari sudut
perubahan luar biasa dalam
paras ‘neurotransmiter’.
(Endorphin)

7
1.2. PENDEKATAN TINGKAHLAKU

1.2.1. Fokus utama pendekatan


tingkahlaku ialah ke atas
pemerhatian tingkahlaku.

8
1.2.2. Oleh itu, ia hanya melihat
kepada yang boleh diperhati
dan reaksinya stimuli

& response) dan tidak membuat


andaian ke atas proses mental
seperti berfikir.
1.2.3. Ia juga memberi penekanan ke
atas mempelajari kenapa
sesuatu tingkahlaku terjadi.
9
1.2.4. Contohnya, seseorang yang
gemuk mungkin kuat makan (reaksi
spesifik) terutama apabila
dihidangkan dengan makanan
kegemarannya (rangsangan atau
stimuli spesifik).
1.2.5. Oleh itu, belajar untuk
mengelakkan diri daripada
rangsangan ini sering digunakan
dalam program menguruskan badan.
10
1.2.6. Awal tahun 1900, ahli psikologi
Rusia, Ivan Pavlov (1849-1936)
membuat kajian mengenai proses
“Pencernaan Anjing”.
1.2.7. Apabila anjing itu hendak diberi
makan, ia akan mengeluarkan saliva
apabila :
 Mendengar bunyi kunci bilik di
mana ia dikurung, atau
 Apabila melihat makanan.
11
1.2.8. Dapatan penyelidikan beliau
ialah anjing tersebut telah
membuat “perkaitan” di antara
sesuatu bunyi, atau, dengan
perbuatan “diberi makan”.
1.2.9.John B Watson (1878-1958) dan
B.F. Skinner adalah antara tokoh
terkenal yang menggunakan
pendekatan tingkah laku.

12
1.3.PENDEKATANKOGNITIF
1.3.1. Pendekatan Kognitif berpunca
daripada reaksi terhadap kekurangan
yang ada pada perspektif tingkahlaku
(behaviorism).
1.3.2. Fokus Behaviorisme adalah ke
atas tingkahlaku yang boleh diperhati
dan ia tidak melihat proses kognitif
yang terlibat di sebalik sesuatu
tingkahlaku itu.
13
1.3.3. Ini secara tidak langsung
mengabaikan aktiviti manusia
yang kompleks seperti berfikir,
mengingat, merancang,
membuat keputusan dan
berkomunikasi.
1.3.4. Antara tahun 1920an hingga
1960an ahli-ahli psikologi amat
kurang melakukan kajian dalam
perspektif ‘Kognitif’.
14
1.3.5. Kurun ke-19, pendekatan
kognitif melihat kepada proses
mental seperti anggapan (perceive),
mengingat, menyelesaikan (solving),
membuat keputusan dan memilih.
1.3.6. Walau bagaimanapun,
pendekatan kognitif moden tidak
hanya berdasarkan ‘Kajian Diri’
(introspection).

15
1.3.7. Pendekatan Kognitif Moden
percaya bahawa :-
(a) Kita akan memahami dengan
mendalam apa yang dilakukan
oleh sesuatu organisme dengan
mengkaji proses mentalnya.

16
(b) Kita boleh mempelajari proses
mental secara lebih objektif dengan
memfokuskan kepada tingkahlaku
yang spesifik (sama seperti
behaviorist). Namun, tafsiran akan
dibuat dalam konteks proses
mental (underlying mental process).

17
1.3.8. Fokus utama ialah
bagaimana kita berfikir,
memproses memori dan
menyimpan maklumat.

18
1.3.9. Tokoh-tokoh terkemuka
dalam pendekatan Kognitif
ialah George Miller (1920),
Jerome Bruner (1915), Ulrich
Neisser (1928).

19
1.4. PENDEKATAN PSIKOANALITIK
1.4.1. Perspektif Psikoanalitik diasas
oleh Sigmund Freud di Eropah,
seiring dengan perkembangan
perspektif tingkahlaku di United
States.

20
1.4.2. Freud menggabungkan suara
hati / hati nurani (conscience),
persepsi, memori dan idea tentang
asas biologi naluri (biologically
based instinct) untuk membina
satu teori baru mengenai
‘perkembangan manusia’.

21
1.4.3. Asas teori Freud ialah
tingkahlaku manusia berpunca
daripada satu proses yang tidak
dirancang, ketakutan, keinginan
yang tidak disedari, yang secara
tidak langsung , mempengaruhi
tingkahlaku manusia.

22
1.4.4. Freud percaya bahawa ‘impuls’
yang terlarang, atau dihukum,
oleh ibu bapa dan masyarakat,
sewaktu di zaman kanak-kanak,
berasal dari naluri semulajadi
manusia.

23
1.4.5. Larangan ini hanya
menyebabkan impuls terpendam,
dan seterusnya akan menjelma
dalam bentuk masalah “emosi-
simptom”, kecelaruan mental,
ataupun tingkahlaku yang diterima
masyarakat seperti artistik.

24
1.4.6. Contoh - sekiranya seseorang itu
tidak boleh melepaskan kemarahan
yang terbuku di dada, kemarahan
tersebut akan terpendam dan
seterusnya mungkin tidak disedari.

1.4.7. Kemarahan itu kemudiannya,


akan dinyatakan dalam bentuk
‘mimpi’ dan individu tersebut
akan mengalami gangguan tidur.
25
1.5.PENDEKATAN HUMANISTIK
1.5.1. Perspektif Humanistik
melihat manusia dari sudut
yang positif.

26
1.5.2. Menurut pakar Humanistik,
manusia mempunyai pilihan di
dalam hidup mereka. Kita
tidak boleh memahami pilihan
mereka dengan hanya
mengkaji binatang di dalam
makmal atau merujuk kepada
individu yang bermasalah
untuk menyesuaikan diri.

27
1.5.3. Carl Rogers (1902-1987) dan
Abraham Maslow (1908-1970)
melihat setiap orang sebagai
individu yang unik dan setiap
individu mempunyai pengalaman
yang berbeza.

28
1.5.4. Satu prinsip utama Humanistik
ialah setiap manusia mempunyai
keinginan dan potensi untuk
berkembang ke tahap tertinggi yang
mampu dicapai oleh mereka.

29
2.0. PENDEKATAN
PERSEJARAHAN LAMPAU

1. STRUKTURALISME
2. FUNCTIONALISME
3. GESTALT
4. BEHAVIORISME

30
2.1. PENDEKATAN
STRUKTURALISME

2.1.1. Dalam kurun ke-19,


bidang kimia dan fizik telah
berjaya menganalisis
molekul yang kompleks di
dalam elemen atom.

31
2.1.2. Kejayaan ini memberi
dorongan kepada ahli psikologi
untuk melihat gabungan elemen
mental yang mencipta satu
pengalaman kompleks.

32
2.1.3. Wilhelm Wundt (1832-
1920) diberi ‘kredit’ (pujian)
kerana berjaya menubuhkan
makmal psikologi yang pertama.
2.1.4. Wundt dilatih sebagai
seorang doktor bedah kerana
profesyen psikologi bukan
merupakan pekerjaan pilihan
pada waktu itu.
33
2.1.5. Walau bagaimanapun, misi
utama beliau dalam menubuhkan
makmal tersebut ialah untuk
menjelaskan mengenai otak
manusia.
2.1.6. Titchener memperkenalkan
strukturalisme yang bermaksud
“Analisis Struktur Mental.”

34
2.1.7. Penyelidikan Titchner
bergantung kepada kaedah yang
dikenali sebagai “Introspection”
di mana responden memberi
laporan lisan mengenai
pengalaman yang mereka sedari
(conscious experience).

35
2.1.8. Masalah yang timbul dengan
pendekatan Structuralisme ialah
manusia menghadapi masalah untuk
memberi laporan yang serupa,
walaupun mengalami pengalaman
yang sama.
2.1.9. Ini menyebabkan timbulnya
persoalan tentang kewujudan
elemen yang sama dalam setiap
pengalaman.
36
2.2. PENDEKATAN
FUNCTIONALISME
2.2.1. Functionalisme tidak memberi tumpuan
kepada struktur minda. Ia lebih kepada
‘fungsi kesedaran’ iaitu cara kerja minda &
kenapa ia cara begitu.
2.2.2. Functionalisme membawa maksud
“mempelajari cara kerja minda manusia untuk
membolehkan organisme menyesuaikan diri &
berfungsi di dalam persekitarannya”.

37
2.2.3. William James (1842-1910),
seorang ahli psikologi Harvard
lebih berminat dengan terma
“stream of consciousness”.
2.2.4. Kesedaran diibaratkan
sebagai aliran sungai yang tidak
mudah dibahagikan kepada
elemen seperti yang diharapkan
oleh Wundt dalam pendekatan
Strukturalisme.
38
2.3.PENDEKATAN GESTALT
2.3.1. Gestalt bermaksud
“bentuk” atau “konfigurasi.”
Pendekatan ini berasal dari
German lebih kurang dalam
tahun 1912.

39
2.3.2. Sekumpulan ahli psikologi
yang menamakan pendekatan
mereka sebagai psikologi Gestalt
memberi penekanan bahawa
kesuluruhan persepsi berbeza
daripada persepsi rangsangan
(stimuli) individu.
2.3.3. Ahli psikologi pendekatan
Gestalt ialah Max Wartheimer,
Kurt Koffka dan Wolfgang
Kohler. 40
2.3.4. Ahli psikologi Gestalt berminat,
terutamanya dalam persepsi. Mereka
percaya bahawa pengalaman persepsi
bergantung kepada rangsangan
(stimulus) dan susunan pengalaman.

2.3.5. Apa yang kita lihat bergantung


kepada “latar-belakang” suatu objek.
41
2.3.6. Keseluruhan sesuatu gambaran
(pengalaman) itu bergantung kepada
hubungan di antara setiap bahagian
yang menjadikan gambaran itu
sebagai satu.
2.3.7. Gestalt melihat sesuatu “entiti”
itu dengan menyeluruh dan tidak
terpisah kepada beberapa bahagian -
“the whole is greater than the sum
of its parts”.
42
2.4. PENDEKATAN
BEHAVIORISME
2.4.1. Strukturalisme dan
functionalisme memainkan
peranan penting dalam
perkembangan awal bidang
psikologi.

43
2.4.2. Walau bagaimanapun, pada
tahun 1920, kedua-dua
pendekatan ini digantikan oleh
tiga pemikiran baru dalam bidang
psikologi iaitu Behaviorisme,
Gestalt dan Psikoanalisis.
Behaviorisme diasaskan oleh John
B. Watson. Beliau mengkaji
minda haiwan.
44
2.4.3. Watson berpendapat bahawa
psikologi boleh menjadi bidang
sains sekiranya data psikologikal
dibuka untuk tatapan umum
sebagaimana cabang sains yang
lain.
2.4.4. Menurut Watson lagi,
tingkahlaku atau perlakuan,
adalah umum manakala kesedaran
(consciousness) adalah peribadi.
45
2.4.5. Gerakbalas Terlazim
(Conditioned Response) merupakan
unit tingkah laku yang terkecil yang
boleh membina perlakuan yang lebih
kompleks.
2.4.6. Ahli-ahli Behaviorist
menegaskan bahawa faktor
‘Rangsangan-Gerakbalas’ (S-R)
membentuk dan mempengaruhi
tingkahlaku manusia.
46
2.4.7. Walau bagaimanapun, “S-R
Psychology” bukanlah satu teori. Ia
adalah suatu terma (term) yang
sering digunakan oleh bidang
psikologi hari ini.

47
48

You might also like