You are on page 1of 105

PUAN SITI AZURA BT BAHADIN

Jabatan Psikologi Dan Kaunseling


Fakulti Pembangunan Sosial Dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
PERKARA-PERKARA YANG AKAN
DISENTUH

1. Definisi Pembelajaran
2. Pelaziman Klasik
3. Pelaziman Operan
4. Pembelajaran Kognitif
5. Ingatan
6. Kelupaan
1.0. DEFINISI PEMBELAJARAN

 Suatu perubahan tingkah laku yang secara


relatifnya adalah kekal.

 Potensi yang wujud dalam diri manusia hasil


daripada pengalaman pembelajaran.

 Contoh – latihan dan pemerhatian


2.0. PELAZIMAN KLASIK

Proses pembelajaran di mana rangsangan


(stimuli) neutral membuat perkaitan dengan
rangsangan lain secara berpasangan
berulang kali.
Secara amnya, apabila dua (2)
rangsangan, iaitu Rangsangan Neutral (NS)
dan Rangsangan Tidak Terlazim (UCS)
berpasangan, atau dipasangkan bersama,
pelaziman klasik akan terbentuk.
 Pembelajaran mengenai ‘Pelaziman Klasik’
bermula pada awal abad ke-20 apabila Ivan
Pavlov, seorang ahli fisiologi Rusia, berminat
untuk mengkaji mengenai ‘pembelajaran’.
 Semasa menjalankan penyelidikan mengenai
“Pencernaan”, Pavlov menyedari bahawa seekor
anjing akan mengeluarkan saliva (air liur)
dengan hanya ternampak bekas makanan.

 Anjing ini telah mengkaitkan bekas makanan


tersebut dengan rasa makanan.
 Secara tidak langsung, Pavlov telah menemui
“Pembelajaran Perkaitan”.

 Seterusnya, beliau membuat keputusan untuk


melihat sama ada seekor anjing boleh diajar
untuk mengaitkan makanan dengan benda lain,
seperti cahaya ataupun bunyi.
2.1. PAVLOV DAN ELEMEN
PELAZIMAN KLASIK

 Di dalam eksperimen awal yang dijalankan oleh


Pavlov, ‘fistula’ (tiub) telah diletakkan pada
kelenjar air liur anjing untuk mengukur kadar
pengeluaran saliva.
 Kemudian, anjing tersebut diletakkan di hadapan
kuali leper di mana serbuk daging akan dituang
secara automatik.

 Lampu akan dipasang di hadapan anjing


tersebut (ataupun loceng akan dibunyikan).
 Selepas beberapa saat, serbuk daging akan
dituang ke dalam kuali dan lampu dipadamkan.

 Alat ukuran menunjukkan pengeluaran saliva


apabila anjing tersebut lapar.
 Pengeluaran saliva ini dinamakan ‘Tindakbalas
Tidak Terlazim (Unconditioned Response - UCR)
kerana tiada proses pembelajaran berlaku.
 Serbuk daging tersebut ialah ‘Rangsangan Tidak
Terlazim (Unconditioned Stimulus-UCS).

 Prosedur ini diulang untuk beberapa kali.


 Apabila diulang beberapa kali, anjing tersebut
akan mengeluarkan saliva hasil gerakbalas
cahaya lampu yang dinyala, walaupun tiada
serbuk daging diberikan kepada anjing tadi.
 Dalam kes ini, pengeluaran saliva tadi adalah
Gerakbalas Terlazim (Conditioned Response-CR),
manakala cahaya lampu pula adalah
Rangsangan Tidak Terlazim (Conditioned
Stimulus-CS).
 Cahaya lampu, pada asalnya, merupakan satu
rangsangan yang neutral (NS) (iaitu stimulus
yang tidak menyebabkan sebarang gerakbalas).
 Namun anjing tersebut telah diajar (atau
dilazimkan) untuk mengaitkan cahaya lampu
dengan makanan, dan seterusnya,
bertindakbalas dengan mengeluarkan salivanya.
2.1.1. ELEMEN YANG WUJUD
DALAM PELAZIMAN KLASIK
2.1.1.1. RANGSANGAN NEUTRAL (NS)

Responden sedar akan kehadiran Rangsangan Neutral


(sebelum pelaziman berlaku), tetapi tidak mempunyai
sebarang gerakbalas terhadapnya.
2.1.1.2. RANGSANGAN TIDAK TERLAZIM (UCS)

 Satu Rangsangan yang, secara automatiknya,


menyebabkan gerakbalas (tindakbalas),

 Pada kebiasaannya, berlaku secara refleks tanpa


dilazimkan terlebih dahulu.
2.1.1.3. GERAKBALAS TIDAK TERLAZIM (UCR)

 Gerakbalas yang timbul, secara automatik, dengan


kehadiran Rangsangan Tidak Terlazim.

 Oleh itu, ia digunakan sebagai asas untuk mewujudkan


satu Gerakbalas Terlazim (automatik) ke atas satu
rangsangan (stimulus) yang sebelumnya adalah
neutral.
2.1.1.4. RANGSANGAN TERLAZIM (CS)

 Rangsangan Neutral (sebelum pelaziman) akan


menyebabkan Gerakbalas Terlazim.

 Atau, terjadi secara automatik (selepas pelaziman)


apabila dipasangkan dengan Rangsangan Tidak
Terlazim.
2.1.1.5. GERAKBALAS TERLAZIM (CR)

Dipelajari, atau diperolehi, hasil daripada gerakbalas


ke atas rangsangan yang, pada asalnya, tidak
menyebabkan berlakunya sebarang gerakbalas
(Rangsangan Neutral).
2.1.2. RAJAH YANG NENERANGKAN
‘PELAZIMAN KLASIK’

tiada
sebarang
NS tindakbalas
tertentu

Rangsangan Neutral tidak memberi


sebarang gerakbalas (tindakbalas)
CS + UCS UCR

Rangsangan Terlazim (CS) (sebelumnya adalah


neutral) dipasangkan dengan Rangsangan
Tidak Terlazim (UCS) menghasilkan Gerakbalas
Tidak Terlazim (UCR).
2.2. PENYELIDIKAN PAVLOV
MENGENAI ANJING DAN SALIVA
BOLEH DISIMPULKAN
SEPERTI BERIKUT
2.2.1. SEBELUM PELAZIMAN

CS (cahaya) tiada gerakbalas, atau


gerakbalas yang
tidak
berkaitan

UCS (makanan) UCR (pengeluaran saliva)


2.2.2. SELEPAS PELAZIMAN

CS (cahaya) UCS (makanan)

(a) Anjing tersebut telah mempelajari bahawa


kehadiran cahaya akan menyebabkan dia
mendapat makanan setelah berulang kali
cahaya dan makanan dipasangkan.

(b) Oleh itu, selepas pelaziman, anjing tersebut


secara automatiknya (UCR) akan memberi
gerakbalas apabila melihat cahaya (CS)
walaupun makanan (UCS) tidak diberi.
2.3. FOBIA

Contoh :

Semasa Ali berusia tiga tahun, beliau telah


dikunci di dalam setor oleh rakan-rakannya, dan
dia hampir lemas. Semenjak peristiwa itu, Ali
telah mengelakkan dirinya daripada berada di
dalam ruang tertutup.
2.3.1. KETAKUTAN DAN KEBIMBANGAN

 Ketakutan dan kebimbangan sering kali


disebabkan oleh ‘Pelaziman Klasik’ seperti kes
Ali yang takutkan ruang tertutup.

 Pengalaman Ali yang terperangkap di dalam


ruang tertutup menyebabkan dia takut
kepada keadaan yang menyerupai
pengalaman lampaunya, seperti menaiki lif.
 Ahli psikologi menggunakan sistematik
“Dissensitization” untuk membantu pengidap
fobia.
2.4. JOHN WATSON Dan ETIKA
PENYELIDIKAN

 Dalam tahun 1913, John B. Watson menyatakan


bahawa ahli psikologi hanya patut mengkaji
tingkah laku yang boleh diperhatikan yang
merupakan satu pendekatan “Behaviorisme”.

 Di dalam satu eksperimen, Watson dan rakan


beliau, Rosalie Rayner, melakukan pelaziman
klasik ke atas “little Albert” yang berusia
sembilan (9) bulan supaya Albert takutkan tikus
putih.
 Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan
sebarang rasa takut terhadap tikus tersebut, dan
membiarkan tikus tadi merayap di atas
badannya.

 Sedang Albert bermain dengan tikus putih itu,


Watson memukul besi dengan penukul. Bunyi
yang kuat menyebabkan Albert terkejut dan
takut. Setiap kali bunyi yang kuat, yang
dipasangkan dengan kehadiran tikus, Albert
akan menangis ketakutan.
 Kedua-dua rangsangan itu telah dipasangkan
(pairing) untuk beberapa kali.

 Kesannya ialah, pada setiap kali Albert melihat


tikus, dia mula menangis, walaupun tanpa
kehadiran sebarang bunyi pada ketika itu.

 Akhirnya, Albert rasa takut terhadap sebarang


objek yang menyerupai tikus, seperti arnab.

 Malangnya, tiada siapa yang mengikuti


perkembangan Albert, dan seterusnya, untuk
mengetahui sejauh mana “fobia” ini berlanjutan.
2.4.1. KES “LITTLE ALBERT”

UCS = bunyi kuat


UCR = keadaan terkejut dan rasa takut
CS = tikus putih (bagi kes Albert)
CR = ketakutan kepada objek yang memberi
isyarat bahawa satu bunyi yang kuat
akan menyusul.

Walaupun penyelidikan yang dijalankan oleh


Watson itu sesuatu yang penting, ia telah
menimbulkan suatu persoalan dari segi “Etika”.
2.5. ASPEK LAIN PELAZIMAN KLASIK

 Penyelidikan Pavlov memberi maklumat


mengenai Pelaziman Klasik. Ia boleh
dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu :-

 Perolehan (Acquisition)
 Bagaimana Gerakbalas Terlazim (CR) dibentuk.

 Penghapusan (Extinction)
 Bagaimana kita menghapuskan gerakbalas tersebut.
2.5.1. PEROLEHAN (Acquisition)

 Perolehan merupakan peringkat latihan di mana


sesuatu gerakbalas itu dipelajari.

 Beberapa faktor mempengaruhi perolehan dalam


Gerakbalas Terlazim (CR).
2.5.1.1. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
PEROLEHAN

 Antaranya ialah:-

(a) Turutan di mana Rangsangan Terlazim (CS)


dan Rangsangan Tidak Terlazim (UCS)
diperkenalkan,

(b) Kadar kekuatan Rangsangan Tidak Terlazim


(UCS), kekerapan Rangsangan Terlazim
(CS), dan Rangsangan Tidak Terlazim
(UCS) dipasangkan (pairing).
(a) TURUTAN RANGSANGAN TERLAZIM – RANGSANGAN TIDAK
TERLAZIM (CS-UCS Sequence)

 Turutan sewaktu Rangsangan Terlazim (CS) dan


Rangsangan Tidak Terlazim (UCS) diperkenalkan
mempengaruhi kekuatan sesuatu pelaziman.

 Kadar optimum ialah sekiranya Rangsangan


Terlazim (CS) didahulukan daripada Rangsangan
Tidak Terlazim (UCS).
(b) KEKUATAN RANGSANGAN TIDAK TERLAZIM (UCS)

 Pelaziman akan menjadi semakin kuat


sekiranya Rangsangan Tidak Terlazim (UCS)
adalah kuat.

 Misalnya, anjing (di dalam eksperimen Pavlov)


akan mengeluarkan lebih banyak saliva (CR)
apabila melihat banyak serbuk daging (UCS).
 Sebaliknya, ia akan mengeluarkan saliva (CR)
yang sedikit apabila sedikit serbuk daging
(UCR) diberikan.

 Kesimpulannya, Rangsangan Tidak Terlazim


(UCS) yang kuat akan menghasilkan
Gerakbalas Terlazim (CR) yang kuat, dan
sebaliknya.
3.0. PELAZIMAN OPERAN

 Dalam Pelaziman Klasik, gerakbalas terangsang


sering menyerupai gerakbalas normal ke atas
sesuatu stimuli yang tidak terangsang.

 Misalnya, mengeluarkan saliva merupakan


tindakbalas normal seekor anjing apabila melihat
makanan.
 Walau bagaimanapun, apabila hendak mengajar
sesuatu organisma (seperti anjing), tentang
“teknik baru”, kita tidak boleh menggunakan
cara Pelaziman Klasik.

 Untuk mengajar anjing tersebut, kita perlu


“memujuk”nya terlebih dahulu.
 Kemudian, memberi “ganjaran”, misalnya
menunjukkan perasaan gembira dengan cara
mengusap kepalanya, ataupun memberi anjing
tadi makanan.

 Melatih anjing tadi secara berulang kali akan


menyebabkan anjing tersebut, akhirnya, akan
mempelajari suatu “teknik baru” yang
dikehendaki.
 Dalam Pelaziman Operan, sesetengah
rangsangan dipelajari kerana:

 Rangsangan tersebut merupakan satu gerakbalas ke


atas persekitaran, atau

 Rangsangan tersebut mempunyai pengaruh ke atas


persekitaran.

 Misalnya, seekor anjing akan menghidu, atau


akan mengejar bola, bila ditinggalkan
bersendirian di ruang tamu.
 Anjing tadi tidak bertindak berdasarkan sebarang
“Rangsangan Luaran” (external stimuli) yang
spesifik,

 Tetapi, ia bertindak berdasarkan pada keadaan


persekitarannya.
 Tingkah laku anjing tersebut akan berulang
berdasarkan “sambutan” yang diperolehinya.

 Anjing tersebut akan kerap menangkap bola


sekiranya perbuatannya itu mendapat perhatian
positif, atau suatu ganjaran, daripada tuannya.
3.1. THORNDIKE dan LAW OF EFFECT
 Pelaziman Operan dimulakan oleh E. L.
Thorndike (1898) yang melakukan beberapa
eksperimen.

 Beliau dipengaruhi oleh Teori Evolusi Darwin.

 Beliau cuba menunjukkan bahawa


‘pembelajaran’ adalah sesuatu yang berterusan
bagi binatang, sama seperti manusia juga.
 Satu eksperimen yang dijalankan ialah
meletakkan seekor kucing yang lapar ke dalam
sebuah sangkar yang pintunya telah diselak
(dikunci).

 Seekor ikan dijadikan umpan dan ia diletakkan di


luar pintu sangkar.
 Pada mulanya, kucing tersebut cuba mencapai
ikan tadi dengan menggunakan kuku kakinya
melalui jaring-jaring sangkar.

 Apabila usahanya gagal, kucing tadi telah


melakukan pelbagai cubaan.

 Salah satu cubaannya telah terkena selak (kunci)


pintu.

 Apabila pintu terbuka, ia terus menerpa keluar


bagi mendapatkan umpan (iaitu ikan) tadi.
 Kucing tersebut dikurung semula ke dalam
sangkar dan umpan baru (iaitu ikan) diletakkan di
luar sangkar.

 Kucing tadi melakukan perkara yang sama dalam


eksperimen pertama tadi,

 Pintu sangkar tadi sekali lagi berjaya dibuka.

 Kucing tadi pun berjaya sekali lagi keluar


daripada sangkar di mana ia dikurung, dan terus
mendapatkan ikan yang diletakkan di luar
sangkar.
 Setelah prosedur ini diulang beberapa kali,
kucing tersebut mula mempelajari cara untuk
keluar dari sangkar melalui kaedah “Cuba-Jaya”.

 Akhirnya, ia telah menjadi mahir untuk


membuka selak pintu, tanpa perlu melakukan
pelbagai cubaan, untuk keluar dari sangkar
tersebut.

 Aksi kucing tadi mungkin dilihat sebagai sesuatu


yang bijak.
 Walau bagaimanapun, Thorndike menyatakan
hanya sedikit “intelligence” (atau kebijaksanaan)
yang beroperasi dalam kes ini.

 Menurut beliau, kucing tersebut tidak


menunjukkan ciri-ciri memahami, atau
berwawasan (insight) untuk mencari
penyelesaian ke atas masalahnya.

 Kucing tersebut menunjukkan ‘peningkatan’


setelah beberapa kali melakukan cubaan.
 Kucing itu melakukan kaedah “Cuba-Jaya”, dan
apabila ganjaran (iaitu ikan) diberikan, kucing
tersebut semakin giat belajar untuk keluar
daripada kurungan.

 Thorndike menamakan kaedah pembelajaran


yang semakin giat sebagai “Law of Effect”, atau
kesan sesuatu “Hukuman / Tindakan”.
3.2. SKINNER

 Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Skinner,


seekor binatang yang lapar, biasanya burung
atau tikus, dikurung di dalam kotak.

 Kotak itu adalah kotak kosong dan mempunyai


palang tempat makan dan lampu yang akan
dinyalakan oleh penyelidik.
 Apabila ditinggalkan bersendirian, tikus tersebut
akan bergerak meninjau persekitarannya.

 Kadangkala, ia akan menghampiri kotak


makanan dan menekan palangnya.

 Tekanan tikus yang pertama akan dijadikan


‘garis dasar’ (baseline).
 Selepas itu, penyelidik mula mengisi makanan,
dan setiap kali tikus tertekan palang, makan
akan dikeluarkan.

 Tikus akan memakan makanan dan menekan


semula palang.

 Makanan merupakan stimuli (atau rangsangan)


ke atas tabiat menekan palang.
 Kadar tikus menekan palang juga meningkat
dengan mendadak.

 Jika makanan tidak dikeluarkan apabila tikus


menekan palang, kadar tekanan palang juga
akan menurun.

 Sehubungan dengan ini, Pelaziman Operan,


yang tidak diikuti dengan ganjaran, akan
mengurangkan gerakbalas.
 “Shaping” (atau membentuk) merupakan satu teknik
dalam Pelaziman Operan.

 Gerakbalas yang diingini akan diajar melalui peneguhan


(reinforcement) ke atas beberapa gerakbalas yang
menyerupai gerakbalas yang diingini.

 Contohnya, tikus akan diberi makanan setiap kali


menghampiri kotak makanan. Ini mengajar tikus untuk
menghampiri kotak makanan.
 Setelah tikus belajar di mana letaknya makanan,
penyelidik hanya akan memberi ‘peneguhan’
apabila tikus itu menghampiri palang penekan.

 Seterusnya, apabila tikus tadi berjaya menekan


palang penekan, ia akan mengulangi aktiviti
(menekan palang) tersebut berulang kali
sehinggalah tingkahlaku yang diingini tercapai.
 Peneguhan juga sering diberikan mengikut suatu
jadual yang dipanggil “Jadual Peneguhan”
(Schedule of Reinforcement).

 Peneguhan yang berterusan akan diberi untuk


setiap gerakbalas yang dihasilkan.

 Manakala peneguhan yang sebahagian pula hanya


akan diberi untuk beberapa gerakbalas tertentu
yang dihasilkan sahaja.
3.3. JENIS-JENIS PENEGUHAN
DAN DENDAAN

1. Peneguhan Positif
2. Peneguhan Negatif
3. Dendaan Positif
4. Dendaan Negatif
5. Peneguhan Primer (Primary)
6. Peneguhan Sekunder (Secondary)
3.3.1. PENEGUHAN POSITIF

Definisi
 Rangsangan yang menyenangkan diikuti dengan tingkahlaku
yang diingini atau ganjaran yang meneguhkan sesuatu
gerakbalas.

Kesan
 Kebarangkalian peningkatan tingkahlaku yang diingini.

Contoh
 Mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan.
3.3.2. PENEGUHAN NEGATIF

Definisi
 Membuang rangsangan (stimuli) yang tidak menarik selepas
tingkahlaku yang diingini diperolehi.

 Rangsangan tidak menarik – gerakbalas mungkin meningkat


sekiranya peneguhan negatif dibuang atau tidak aktif.

Kesan
 Kebarangkalian pengingkatan tingkahlaku yang diingini.

Contoh
 Ibu membenarkan anaknya keluar dari bilik tidurnya untuk
bermain, setelah dia selesai mengemas tempat tidurnya.
3.3.3. DENDAAN POSITIF

Definisi
 Kehadiran rangsangan (stimuli) yang tidak menyenangkan
selepas sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini.

 Gerakbalas yang tidak menarik selepas bertingkahlaku buruk.

Kesan
 Kebarangkalian tingkahlaku yang tidak diingini akan menurun

Contoh
 Mendapat markah rendah di dalam peperiksaan.
3.3.4. DENDAAN NEGATIF

Definisi
 Menarik balik rangsangan (stimuli) yang menyenangkan, atau
rangsangan yang menarik, selepas sesuatu tingkahlaku yang
tidak diingini berlaku.

Kesan
 Kebarangkalian tingkahlaku yang tidak diingini akan menurun.

Contoh
 Membatalkan kebenaran menonton television,atau bermain video
game, sebagai dendaan kepada anak yang melakukan suatu
kesalahan.
3.3.5. PENEGUHAN PRIMER
(PRIMARY)

DEFINISI
 Rangsangan yang mempunyai kualiti peneguhan “innate” di
mana kita tidak perlu mempelajari bahawa rangsangan itu
adalah peneguhan. Ini kerana ia bersifat biologikal dan
merupakan keperluan asasi organisma.

KESAN
 Tingkahlaku yang diingini menurun sekiranya peneguhan primer
terabai.

CONTOH
 Makanan adalah merupakan peneguhan primer bagi seseorang
yang lapar.
3.3.6. PENEGUHAN SEKUNDER
(SECONDARY)
DEFINISI
 Rangsangan yang memerlukan peneguhan melalui perkaitan
dengan peneguhan primer. Kita perlu mempelajari bahawa
sesuatu rangsangan itu adalah ‘peneguhan’.

KESAN
 Tingkahlaku yang diingini boleh dicapai melalui peneguhan
sekunder.

CONTOH
 Duit adalah peneguhan sekunder. Duit dengan sendirinya tidak
mempunyai nilai instrinsic. Kanak-kanak diajar bahawa duit
boleh ditukar untuk peneguhan primer, seperti aiskrim, makanan
dan mainan (toys).
4.0. PEMBELAJARAN KOGNITIF

 Teori Kontingensi dan “Blocking” menyatakan


bahawa Pelaziman Klasik bukan semata-mata
berbentuk mekanikal, tetapi ia merupakan
‘Aktiviti Mental’ atau ‘Proses Minda’ (cognition).

 Pembelajaran Kognitif dikaitkan dengan proses


asas pembelajaran, seperti pembelajaran
wawasan / celik akal (insight) dan pembelajaran
terpendam (latent).
4.1. PEMBELAJARAN CELIK AKAL
(INSIGHT LEARNING)
 WolfgangKoehler dan chimpanzeenya yang
bernama ‘Sultan’. Koehler mengurung
chimpanzee.

 Di
luar kurungannya terdapat terdapat beberapa
kayu pelbagai saiz dan sebiji buah. Kayu yang
berhampiran dengan tempat kurungan adalah
kayu yang terpendek.

 Chimpanzee tersebut menggunakan kayu yang


terpendek tadi untuk mencapai kayu yang
panjang bagi menarik buah tersebut.
 Eksperimenini berbeza kerana kaedah yang
digunakan bukan merupakan kaedah “Cuba-
Jaya”.

 Chimpanzee ini pula boleh bertindak dalam


situasi yang berlainan dengan menggunakan
apa yang baru dipelajarinya.

 Contohnya, pisang digantung di suatu tempat


yang tinggi. Sultan telah mengambil beberapa
kotak lalu menyusun kotak-kotak tersebut
(secara menegak) untuk mencapai pisang
yang digantung tadi.
4.1.1. DUA ASPEK PENTING
MENGENAI KES ‘SULTAN’

 Pertama ialah proses penyelesaian yang


diperolehinya secara mendadak tanpa
menggunakan kaedah “Cuba-Jaya”.

 Kedua ialah kebolehan Sultan menggunakan


teknik yang dipelajari dalam situasi yang
berbeza (transferable).
4.1.2. PROSES “MENTAL”

 Proses Penyelesaian Masalah yang dilakukan oleh


Sultan menunjukkan bahawa chimpanzee tadi telah
melakukan suatu proses “mental” untuk mencari
penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya.

 Proses Penyelesaian Masalah tersebut terus wujud


kerana “Representasi Mental” (mental representation)
telah wujud dalam kognitif organisma (dalam kes ini
ialah chimpanzee yang diberi nama Sultan).

 Keadaan ini akan membolehkan “Representasi Mental”


tadi disalurkan ke situasi yang baru.
4.2. PEMBELAJARAN TERPENDAM
(LATENT LEARNING)

 Edward C. Tolman menggunakan tikus


sebagai subjek untuk mengetahui satu lagi
proses pembelajaran iaitu “Pembelajaran
Terpendam” (Latent Learning).

 Pembelajaran Terpendam ini berlaku apabila


sesuatu pembelajaran yang telah berlaku itu
tidak diperlihatkan.
5.0. INGATAN

 Tiga (3) peringkat ingatan :

 ENCODING : iaitu menerima input fizikal (bunyi) dan


ditukar dalam bentuk yang diterima ingatan.
 STORAGE : iaitu penyimpan maklumat.
 RETRIEVAL : iaitu ingatan yang dismpan dikeluarkan
semula apabila diperlukan.

Encoding Jenis Pengeluaran Semula


Penyimpanan Ingatan
5.1. MODEL ATKINSON & SAFFRIN
(1971)

Input Ingatan Ingatan Ingatan


Persekitaran Sensori Jangka Jangka
Pendek Panjang
5.2. INGATAN SENSORI

 Penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan ingatan


terhadap peristiwa-perinstiwa sensori, seperti
pemandangan, bau, rasa, tanpa intepretasi atau proses
lanjut.

 Maklumat ini diterima oleh deria sensori dalam waktu


yang singkat. Maklumat dalam ingatan sensori amat
pendek (0.1 saat – 1.0 saat).

 Contoh: Mengetuk meja dengan tangan. Apakah kita


dengar bunyi ketukan selepas berhenti mengetuk? Bunyi
meja ialah “sensory auditory memory” atau ingatan deria
dengar.
5.3. INGATAN JANGKA PENDEK

 Peringkat ingatan di mana maklumat disimpan


secara sedar (conscious) selama 10 saat – 20
saat.

 Ingatan Jangka Pendek ialah maklumat yang


diberi tumpuan dan diingati, tetapi ia akan luput
dengan cepat.
 Atkinson & Saffrin menyatakan bahawa terdapat
dua kesan yang akan berlaku dalam Ingatan
Jangka Pendek, sekiranya ia tidak dilatih, atau
tidak melakukan hafalan.

 Pertama, ia menjadi semakin lemah, dan


akhirnya, akan hilang.

 Kedua, untuk memberi ruang kepada maklumat


baru. Sesetengah maklumat dalam Ingatan
Jangka Pendek akan dikeluarkan, dan akan
diganti dengan maklumat yang baru.
 Menurut George Miller (1956), kita boleh
menyimpan kira-kira tujuh (7) perkara di dalam
Ingatan Jangka Pendek dalam sesuatu masa.

 Maklumat-maklumat dalam Ingatan Jangka Pendek


didekod dengan menggunakan sistem bahagian /
kumpulan

 Contoh: untuk mengingat lebih dari dua (2) nombor


telefon, kita tidak mengingati kesemua nombor satu
persatu, sebaliknya membahagikan nombor kepada
‘Bahagian’ seperti 6189 4984.
 Maklumat juga didekod dengan menggunakan
sistem ‘Makna’ (konkrit) atau ‘Kategori’, seperti
‘Burung’, kemudian dibahagikan kepada ‘Jenis-Jenis
Burung’.
5.4. INGATAN JANGKA PANJANG

 Peringkat ingatan yang mempunyai:

(i) Kapasiti yang luas untuk menyimpan


maklumat, dan
(ii) Keupayaan lama mana tempoh menyimpan
maklumat.
 Walau bagaimanapun, Atkinson & Saffrin
menekankan bahawa ‘ulangan’ dan ‘latihan’
adalah sesuatu yang penting.

 Maklumat-maklumat yang tidak dihafal, atau


tidak dilatih berulang kali, akan mudah hilang
daripada ingatan dalam proses ‘pemindahan’.
 Terdapat dua (2) jenis proses utama dalam
Ingatan Jangka Panjang :-

(1) Maintenance Rehearsal


(2) Elaborative Rehearsal
5.4.1. MAINTENANCE REHEARSAL

 Maklumat-maklumat baru yang ingin diingati dalam


masa yang singkat.

 Contoh: Nombor telefon Pizza Hut yang baru 1-800-3-


2525

 Ulangan ‘Maintenance’ mempastikan bahawa maklumat


baru akan wujud dalam ingatan sehingga ia digunakan,
dan kemudiannya, dibuang.
5.4.2. ELABORATIVE REHEARSAL

 Pemprosesan maklumat baru dalam bentuk


maknanya.

 Contohnya, kebarangkalian nama seseorang,


yang baru diperkenalkan, akan meningkat
tempoh untuk diingati sekiranya elemen-elemen
lain yang bermakna (seperti tempat tinggalnya,
atau jenis pekerjaan yang diceburinya) ‘hadir’
semasa dalam proses pengenalan.

 Elemen-elemen tadi akan memberi kesan yang


lebih tetap di dalam kotak ingatan.
5.5. JENIS-JENIS INGATAN JANGKA
PANJANG
(a) Ingatan Prosedural

(b) Ingatan Semantic

(c) Ingatan Episodic

(d) Ingatan Flashbulb

(e) Ingatan Priming atau Implicit (tidak jelas)


5.5.1. INGATAN PROCEDURAL

 Ingatan yang digunakan apabila mengambil tindakan


dan melakukan kerja yang memerlukan kemahiran
(skills).

 Sebagai contoh, mengingati bagaimana hendak


berbasikal atau hendak menggunakan rollerblade.
5.5.2. INGATAN SEMANTIC

 Pengetahuan umum yang disimpan di dalam ingatan


semantic.

 Ingatan semantic tidak melibatkan tarikh dan masa yang


spesifik yang melibatkan seseorang individu.

 Ia meliputi konsep dan makna bagi sesuatu perkataan


atau fakta.

 Contoh maklumat yang disimpan di dalam ingatan


semantic ialah ialah 7 – 2 = 5, Kedah berkongsi
sempadan dengan Penang.
5.5.3. INGATAN EPISODIC

 Pengalaman peribadi disimpan di dalam ingatan


episodic. Ingatan ini melibatkan orang, tempat dan
perkara yang spesifik.

 Contoh, Presiden John F. Kennedy dibunuh di Dallas,


USA, atau hari pertama anda melapor diri di UUM.
5.5.4. INGATAN ‘FLASHBULB’

 Ingatan yang amat terperinci yang memberangsangkan,


mengejutkan, atau situasi yang amat emosional.

 Ingatan jenis ini terikat dengan tarikh, tempat dan masa


yang spesifik.

 Tidak semua orang akan merasa sesuatu peristiwa itu


sebagai sesuatu ingatan ‘flashbulb’.

 Contoh, kejatuhan Twin Tower di New York adalah suatu


ingatan flashbulb bagi sesetengah orang. Tetapi, bagi
sesetengah yang lain, ia hanya merupakan satu fakta
sejarah sahaja.
5.5.5. INGATAN PRIMING / IMPLICIT
(Tidak Jelas)

 Pemprosesan Ingatan Jangka Panjang yang tidak


disedari yang ia berkaitan dengan perkataan, atau
objek, yang pernah diingati sebelumnya.

 Contohnya, pesakit amnesia yang mempelajari


perkataan setelah hilang ingatan dapat membantu
proses ‘Mengenal’ apabila perkataan tersebut
diperkenalkan buat kali kedua.
6.0. KELUPAAN

 Sekiranya ingatan telah ditukar daripada Ingatan


Jangka Pendek kepada Ingatan Jangka Panjang,
ia sering kekal.

 Walau bagaimanapun, ‘Kelupaan’ berlaku


disebabkan oleh kehilangan, atau penurunan,
daya ingatan serta gangguan.
 Terdapat dua (2) jenis gangguan dalam
‘Kelupaan’, iaitu :-

 Gangguan Proaktif, dan


 Gangguan Retroaktif.
6.1. GANGGUAN PROAKTIF

 Ia berlaku apabila maklumat yang lama menghalang kita


daripada mengingati maklumat yang baru.

 Contoh, apabila berpidah ke rumah baru, kita sering


terlupa alamat serta nombor telefon baru. Kadangkala,
kita menulis alamat yang lama apabila diminta alamat
rumah baru.

 Satu lagi contoh ialah setiap kali memasuki tahun baru


pada bulan Januari, kita sering menulis tahun yang
sebelumnya.
6.2. GANGGUAN RETROAKTIF

 Situasi di mana maklumat yang baru sahaja yang


dipelajari menghalang ingatan terhadap maklumat yang
lama.

 Kadangkala, kita perlu mengingati alamat lama tetapi


setelah puas mencuba, alamat rumah baru juga yang
timbul dalam ingatan kita.

You might also like