You are on page 1of 39

ISTIADAT KRS

NUR SYAFIQA BINTI ISHAK


NURSUHADA BINTI HAMZAH
NURUL NADHIRAH BINTI RUSDIN

ISTIADAT
PERHIMPUNAN

PERSIAPAN TEMPAT
ALATAN

PENTAS

Pentas merupakan wajah kepada majlis yang diaturkan.

KERUSI VIP

Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut


kekanan

BACKDROP DAN
HIASAN PENTAS

Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop


ditengahtengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat
pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu.
Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian
dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna.

MEJA HADIAH

Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum


juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP.
Sediakan juga meja meletak hadiah (selepas penerima
menerima hadiah) pada kedudukan kiri (menghadap pentas)
di bawah pentas.

PERSIAPAN
PERSIAPAN TEMPAT
TEMPAT
ALATAN

PENERANGAN

BENDERA

Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas


atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas.
Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang
betul.

KEDUDUKAN
KERUSI TETAMU

Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut


keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi
bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada
bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap
kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan
dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi
mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.

KEDUDUKAN
Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada
KERUSI PESERTA kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas
manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian
belakang selepas peserta-peserta kursus.

TATACARA PERHIMPUNAN
Ianya hendaklah disusun dengan betul

Majlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi

mempunyai tatacara yang sama.


Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan
acaranya.

TATACARA PERHIMPUNAN
TATACARA
PERHIMPUNAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

Ketibaan tetamu jemputan


Ketibaan tetamu kehormat (VIP)
Ketibaan Tetamu Utama
Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS.
Lapor
Bacaan doa.
Ucapan-ucapan.
Penyampaian sijil dan lain-lain
Penyampaian Cenderamata
Nyanyian lagu kebangsaan.
Ketua perbarisan melapor
Tetamu utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu meninggalkan
majlis.
Jamuan
Bersurai

1.KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN


Peserta kursus mengambil tempat duduk yang disediakan.
Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk masing-

masing yang telah disediakan di bahagian hadapan tempat


duduk peserta kursus.
Tetamu-tetamu lain mengambil tempat duduk di bahagian
belakang selepas tempat duduk peserta.

2. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT (VIP)

Ketibannya diumumkan oleh juruacara.


Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi

penghormatan untuk menerima tabik hormat.

3. KETIBAAN TETAMU UTAMA


Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh

jawatankuasa penyambut tetamu.


Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar,
persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan tidak
memakan banyak masa.
Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik sahaja
berada dipintu masuk atau tempat yang hampir dengan
kedudukan majlis.

4. TABIK HORMAT DAN NYANYIAN LAGU


KRS
Tetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas hormat untuk

menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan.


Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang ada di
dalam dewan untuk bangun bagi majlis yang diadakan di
dalam dewan. Jika majlis diadakan di luar dewan maka
semua hendaklah berdiri sedia.
Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai dengan
minus-one.

5. LAPOR

Ketua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian

selesai.

6. BACAAN DOA

Doa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis.


Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan majlis.

7. UCAPAN-UCAPAN
Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu ucapan pengacara

majlis, ucapan tetamu VIP dan tetamu VVIP.


Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk mengalu-ngalukan

kehadiran semua tetamu dan menjelaskan mengenai nama program,


tujuan program, masa atau tarikh program dan kehadiran peserta.
Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk menyampaikan

ucapan sebagai wakil tuan rumah atau pengelola.


Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau

juga boleh dijemput untuk membuka rasmi atau menutup rasmi kursus
pada akhir ucapannya.

8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN LAIN-LAIN


Tetamu utama (VVIP) boleh dijemput untuk

menyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu kehormat,


pegawai pengelola, pengerusi atau yang sesuai.
Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk

menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya hendaklah


disusun dengan betul iaitu penyampaian di akhiri dengan
tetamu utama (VVIP).

9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan mengikut

urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu utama (VVIP)


adalah yang terakhir menerimanya.
Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan memberi

isyarat bahawa acara majlis akan berakhir seperti "majlis


kita sudah sampai ke penghujung, majlis kita sudahpun
hampir berakhir" atau katakata lain yang bersesuaian.
Tujuannya supaya ketua perbarisan sedia untuk
menjalankan tugas seterusnya.

10. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN

Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun jika

majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di luar dewan.


Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan beramairamai dengan iringan minus-one.

11. KETUA PERBARISAN MELAPOR

Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas hormat.


Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya

melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas yang


lain.
Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP, VIP dan
tetamu yang lain beredar sebelum melaksanakan tugas
yang seterusnya.

12. TETAMU UTAMA (VVIP), TETAMU KHAS (VIP)


DAN TETAMU MENINGGALKAN MAJLIS
Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP) akan

dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat jamuan.


Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat pameran,

menanam pokok dan sebagainya boleh dilaksanakan pada


ketika ini sebelum semua tetamu dibawa tempat jamuan.

13. JAMUAN
Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan

sempurna sama ada secara hidang atau buffet.


Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi
tersusun dan kemas.
Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat,
beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di
tempat yang sesuai.

14. BERSURAI
Setelah selesai semua acara.

PENTAULIAHAN

Istiadat Pentauliahan Dalam Kadet Remaja


Sekolah
Majlis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang

memerlukan perancangan dan perlaksanaan berdasarkan


protokol dan istiadat rasmi.
Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan majlis.

Majlis di dalam dewan


2. Majlis di luar dewan
3. Majlis di dalam pejabat
1.

Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan

khususnya bagi kumpulan penerima yang ramai. Majlis


boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan
lapang.
Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika

penerimanya tidak ramai atau sebagai majlis istimewa


kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan.

Pelaksanaan
Majlis Di Dalam Dewan

A.

Persiapan tempat:

Pentas :

Susun atur pentas perlu dilakukan dengan betul bagi menggambarkan


pengetahuan, pengalaman dan ilmu yang berhubungkait dengan istiadat.

Kerusi Tetamu Utama dan Tetamu Khas (VVIP dan VIP):

Kerusi tetamu utama dan tetamu khas hendaklah disusun dengan betul
bagi menunjukkan kekananan jawatan
Bendera:

Susunan bendera hendaklah dibuat mengikut kedudukan yang betul.


Terdapat beberapa untuk mengibarkan bendera seperti bendera pada satu
tiang, tiga tiang dan bendera-bendera negeri.

B. Aliran Naik Turun Pentas:


Peserta yang akan naik ke pentas untuk menerima tauliah atau sijil

hendaklah secara kumpulan. Biasanya kumpulan-kumpulan ini di bentuk


berdasarkan barisan pada setiap kolum.
Setiap penerima sijil dalam kolum barisan akan bergilir-gilir seorang

demi seorang naik ke pentas mengikut masa yang betul. Satu baris
penerima sijil akan naik ke pentas seorang demi seorang

C. Tatacara menerima sijil, tauliah atau pangkat di atas pentas:


Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang

ditanda. Apabila berada di hadapan untuk menerima sijil,


penerima hendaklah melakukan kawad selaku terima iaitu
hormat, membuat satu langkah ke hadapan, bersalam dan
menerima sijil.
Selepas menerima sijil hendaklah mengucapkan terima kasih.
Ketika beredar, melakukan satu langkah undur ke belakang,
memberi hormat, berpusing ke kiri dan terus berjalan keluar turun
pentas.

D. Penyampaian tauliah/sijil :
Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk menyampaikan sijil

atau tauliah dan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawai


pengelola, pengerusi atau yang sesuai.

Majlis Di Luar Dewan


- Secara keseluruhannya yang dapat kita lihat tatacara dan

tertib istiadat pentauliahan bagi keadaan majlis di luar


dewan adalah sama bagi majlis di dalam dewan.
- Tetapi terdapat sedikit perbezaan:
A. Kedudukan Penerima Tauliah, Sijil atau Kenaikan
Pangkat:
a. Berseorangan
b. Berkumpulan

Majlis Dalam Pejabat


- Hampir kesemua tertib dan tatacara majlis dalam pejabat

adalah hampir sama dengan tertib dan tatacara bagi majlis


dalam dewan dan dan majlis di luar dewan.
Penyampai Hadiah:
Penyampai sijil atau hadiah adalah merupakan tetamu
utama (seorang sahaja.sahaja). Jika penerima sijil terlalu
ramai, maka hendaklah ada masa rehat 5 minit untuk
pemberi sijil duduk sebentar. Semasa rehat ini, bolehlah
diadakan selingan seperti permainan muzik gamelan atau
tambor.
A.

B. Pembawa dulang:
Pembawa dulang hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas. Orang

pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil


kepada pemberi hadiah.
Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini hendaklah memberi
hormat (sekali) sama ada tabik hormat sebaik sahaja berada di hadapan
pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah ialah
menghadap ke arah kanan pentas.
Orang kedua akan bersedia memberikan sijil atau hadiah kepada orang
pertama manakala orang ketiga berada di meja hadiah untuk menyusun
dan memastikan sijil atau hadiah yang disampaikan itu betul.
Selepas selesai memberi hadiah, orang pertama akan memberikan sekali
lagi hormat atau tunduk kepada pemberi hadiah, sijil atau pangkat.

C. Sijil, Tauliah dan Pangkat:


Kertas sijil atau tauliah hendaklah dimasukkan dalam skrol.

Jika tidak ada skrol maka kertas sijil itu hendaklah digulung
dan diikat kemas menggunakan riben. Bagi pemakaian
pangkat, appuleete dan pangkat hendaklah terlebih dahulu
disediakan.
Bagi pangkat yang perlu dilekatkan di bahu, maka
hendaklah disediakan pin pelekat yang siap dijahit untuk
memudahkan pangkat dilekatkan.

Istiadat Menaik
Bendera

Pegawai
Komander

Kadet

SUSUN ATUR MAJLIS


Nyanyian lagu.

Bacaan doa.
Ketua kadet melapor kepada pegawai bertugas.
Laporan dari pegawai bertugas.
Penyerahan buku kepada pegawai bertugas yang

seterusnya.
Taklimat daripada pegawai bertugas.
Majlis bersurai.

TERIMA
KASIH

You might also like