You are on page 1of 29

(KBD 3013) AUDIOLOGI

Definisi Implan Koklea


Implan koklea adalah suatu alat elektronik yang ditanam di

bawah kulit yang memiliki elektroda di telinga tengah pada


jendela atau telinga dalam di koklea.
Ia dapat membantu memulihkan pendengaran bagi mereka
yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk.
Implan koklea terdiri daripada 2 komponen iaitu komponen

dalam (yang ditanam) dan komponen luar.

Sejarah Implan Koklea


Penemuan bahawa rangsangan elektrik di sistem
pendengaran boleh membuat persepsi suara berlaku
sekitar 1790, ketika Alessandro Volta (pemaju kuasa
bateri) meletakkan batang-batang besi di telinganya
sendiri dan dihubungkan ke sebuah voltan elektrik
sebanyak 50 Volt.
Eksperimen lain terus dijalankan sehingga penemuan
alat bantu dengar mula dibangunkan pada abad ke-20.

Rangsangan langsung pertama dari saraf akustik dengan


elektrod dilakukan pada 1950 - an oleh doktor bedah
Perancis - Algeria Andr Djourno dan Charles Eyris .
Mereka meletakkan kabel pada saraf selama operasi, dan
melaporkan bahawa pesakit mendengar suara - suara
ketika arus diterapkan .
Pada tahun 1961 Dr . William House ( seorang ahli
penyakit telinga ), John Doyle ( seorang ahli bedah saraf )
dan James Doyle ( seorang jurutera elektrik ) mulai
melakukan penyelidikan pada satu peranti saluran di Los
Angeles .

Pada tahun 1964 , Blair Simmons dari Stanford


University memasang implan pada orang
percubaannya dengan enam peranti saluran .
Penelitian oleh House dan rakan-rakan unit yang
pertama diluluskan oleh FDA ( Food and Drug
Administration dari Amerika Syarikat ) untuk
implantasi pada orang dewasa pada tahun 1984 .
Pada bulan Disember 1984 , implan koklea Australia
telah diluluskan oleh United States Food and Drug
Administration untuk ditanamkan ke orang dewasa di
Amerika Syarikat .

Komponen Implan Koklea


Luaran
Ia berfungsi mengumpulkan bunyi melalui mikrofon dan
menukarkannya kepada informasi digital, lalu menghantarnya
terus ke implan yang berada di bawah kulit.
1. mikrofon
Pemproses ucapan yang berfungsi untuk menapis ucapan yang
didengar dan menghantar bunyi elektrik dengan memberikan
isyarat melalui kabel yang nipis kepada pemancar.
2. Pemancar
Merupakan satu lapisan magnetik yang diletakkan di belakang
telinga luar, dan memancarkan isyarat-isyarat bunyi yang telah
diproses oleh induksi elektromagnetik.

Dalaman
Komponen dalaman pula terdiri daripada implan dan
juga baris elektrod.
Ia menukarkan informasi digital dari pemproses
bunyi kepada signal elektrik dan menghantarnya ke
baris elektrod.
Baris elektrod kemudiannya menstimulasikan saraf
pendengaran dimana ia akan di interpretasikan
sebagai bunyi apabila tiba di otak.

1. Bunyi di kumpulkan melalui mikrofon di pemproses bunyi.


2. Pemproses bunyi menukarkan bunyi kepada informasi digital.
3. Set kepala bermagnet menghantar informasi digital ke implan.
4. Baris elektrod menghantar signal elektrik ke saraf pendengaran.
5. Saraf pendengaran kemudiannya menghantarnya ke otak di
mana ia di tafsirkan sebagai bunyi.

SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN


IMPLAN KOKLEA?
Setiap peringkat usia mempunyai risiko dan tahap
keberkesanan yang berbeza terhadap implan koklea.
Bagi pesakit yang lebih berusia, risiko dialami bergantung
kepada tahap kesihatan mereka.

Bagi kanak-kanak, mereka digalakkan


mempercepatkan proses pemakaian implan koklea
kerana boleh membantu tahap tumbesaran sosial dan
percakapan mereka pada masa depan.
Selalunya pembedahan implan koklea dilakukan sebelum
umur 4-5 tahun.

KOS PEMBEDAHAN
Di Malaysia, anggaran kos pembedahan
implan koklea adalah sebanyak RM80
000 iaitu RM65 000 adalah untuk
pembelian alat implan koklea.
Manakala RM15 000 lagi untuk proses
terapi audiologi serta pertuturan.

PROSES SEBELUM PEMBEDAHAN


Pesakit yang mempunyai masalah
pendengaran sensori neural yang teruk
hingga sangat teruk dikedua-dua telinga
perlu menjalani pemeriksaan klinikal oleh
pakar ENT.
Hanya sesuai bagi mereka yang berpunca
daripada masalah di dalam koklea seperti
kerosakan sel-sel rambut dan saraf auditori
mesti berfungsi.

Pesakit kemudiannya dipakaikan alat bantu


pendengaran yang paling sesuai untuk memberi
amplifikasi bunyi yang maksimum.
Pemantauan pemakaian alat bantu pendengaran akan
dilakukan oleh pakar audiologi.
Pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar
pertuturan sebelum menjalani pembedahan implan
koklea.
Pemeriksaan imbasan CT dan MRI juga perlu
dilakukan bagi memeriksa struktur telinga dalam dan
koklea.

PROSES SEMASA PEMBEDAHAN


Pembedahan implan koklea akan
mengambil masa selama 2 hingga 4 jam
melibatkan torehan pada bahagian tulang
tengkorak di belakang telinga sebelum
implan dimasukkan.
Selepas menggerudi tulang mastoid, gelung
elektrod akan dipacakkan pada koklea.
Lubang kecil akan dikorek di dalam koklea
bagi membolehkan pengaliran elektrod di
dalam koklea berlaku.
Setelah selesai, bukaan kulit akan ditutup
dan kepala pesakit akan dibalut.

PROSES SELEPAS PEMBEDAHAN


Pesakit perlu menjalani terapi audiologi dan
pertuturan yang intensif dan kerap.
Minggu pertama selepas pembedahan, jahitan
luka pembedahan akan dibuka.
Pemasangan komponen luar implan koklea
(switch-on) akan dilakukan selepas 3 minggu
apabila luka pembedahan sembuh sepenuhnya.
Selepas pemasangan tersebut, pesakit akan
lebih kerap berjumpa dengan pakar audiologi
dan pakar pertuturan untuk terapi lanjutan.

Implan koklea tidak memerlukan servis


atau penyelenggaraan seperti hearing aid.
Ini kerana ianya dicipta untuk kegunaan
jangka panjang serta bersifat tahan lasak.
Namun, ianya memerlukan penjagaan
yang rapi seperti sentiasa mengelapnya,
memastikan ianya kering dan tidak
terjatuh.

Jika implan koklea rosak, ianya akan diperiksa


terlebih dahulu oleh pakar untuk diperbaiki,
namun jika ianya tidak boleh diperbaiki maka
perlu mendapatkan implan koklea yang baru.
Untuk memastikan bateri cas tahan lama ialah
dengan mengelakkan ianya kosong kerana ianya
boleh mengurangkan jangka hayat bateri itu.
Setiap 6 bulan sekali bersihkan dengan rapi
implan koklea yang dipakai. Buka kesemuanya
seperi mikrofon, coil, processor, magnet lain-lain.
Ambil sehelai tisu dan lap bersih-bersih
terutamanya dicelah-celah yang tersembunyi.

Wayar pengecas bateri jangan dicabut dan


disimpan selepas digunakan. Biarkan sahaja
ianya berada di dalam pengecas.
Sekiranya wayar pengecas implan koklea yang
dipakai rosak, si pemakai mungkin boleh
mendapatkan ganti wayar yang sama
voltannya di kedai, namun perlu berhati-hati
kerana sekiranya voltannya kurang atau
terlebih (walaupun tertulis jelas voltannya),
alat pengecas akan rosak.

Selain itu, bateri pengecas juga turut rosak. Kos


untuk menggantikan alat pengecas yang baru
ialah RM400. Manakala bateri pengecas sekitar
RM700.
Pada 1 Ogos 2012 di Singapura, The Hearing
Solution Group merupakan Syarikat Penjagaan
Kesihatan Pendengaran terbesar di Asia Tenggara
telah melancarkan Neptune (TM) Sound
Processor, alat pemproses bunyi implan koklea
kalis air yang pertama di dunia daripada
Advanced Bionics (AB).

Pakar Otorinolaringologi melakukan

pemeriksaan awal bagi memeriksa tahap


kesihatan pesakit sebelum pembedahan dan
Perkhidmatan Pakar Otorinolaringologi

menjalankan sesi pembedahan.


Audiologis memeriksa tahap pendengaran
pesakit, pemasangan alat bantu pendengaran
serta melakukan rehabilitasi selepas implan

Perkhidmatan Audiologi

koklea.

Terapis

Pertuturan-Bahasa

rehabilitasi
Perkhidmatan Terapi Pertuturan-Bahasa

pembedahan.

sebelum

menjalankan
dan

selepas

Program Implan Koklea Di


Malaysia
Program Implan Koklea Kementerian Kesihatan Malaysia
telah dilancarkan pada tahun 2006.
Terdapat beberapa hospital yang telah dipilih.
Antaranya ialah
Zon utara adalah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Kedah, Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak.
Zon barat pula adalah Hospital Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Zon selatan adalah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri
Sembilan dan Hospital Sultan Ismail, Pandan Johor.
Zon timur pula adalah Hospital Kubang Kerian HUSM,
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan,
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
dan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah

Implan Koklea merupakan satu alat yang dapat


membantu memulihkan pendengaran bagi mereka yang
mempunyai masalah pendengaran yang teruk.
Malah ia juga adalah satu kaedah altenetif .
Walaupun implan koklea sangat mahal tetapi ia sangat
berkesan bagi membantu mereka.

Berapa Komponen Implan Koklea? Dan


nyatakan.

Berapa Fungsi Implan Koklea? Dan nyatakan


2 fungsi-fungsinya.

Berapa kos keseluruhan pembedahan implan


koklea?

You might also like