You are on page 1of 28

ANATOMI DAN FISIOLOGI

UNIT 5 :
SISTEM KARDIOVASKULAR
5.1 PENGENALAN
 Bertanggunjawab mengangkut oksigen, nutrien
dan lain-lain keperluan kepada sel dan
membawa keluar sisa-sisa metabolisme serta
produk-produk sel ke bahagian lain tubuh.
5.1.1 KOMPONEN-KOMPONEN
Jantung
 Bersaiz sebesar penumbuk dan mempunyai

berat kurang dari satu paun


 Terbahagi kepada empat ruang

 Mengepam darah ke seluruh tubuh


Darah
 Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis

unsur – eritrosit,leukosit dan platelet


 Isipadu darah – 55% (plasma) dan 45%

(eritrosit)
 Membentuk 7% berat tubuh orang dewasa

normal.
Salur darah
 Terdiri daripada arteri,vena dan kapilari

 Melengkapkan edaran dari jantung ke tisu dan

kembali semula ke jantung


5.1.2 FUNGSI SISTEM KARDIOVASKULAR
 Sistem respiratori membantu membekalkan oksigen dan
mengkumuhkan karbandioksida dari darah.
 Sistem peredaran mengangkut oksijen dari paru-paru ke sel-sel
tisu badan dan mengeluarkan karbandioksida dari sel-sel tisu
ke paru-paru.
 Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen masuk ke
dalam paru-paru melalui salur pernafasan.
 Gas oksigen akan disimpan sementara dalam alveolus.
 Jantung mengepam darah nyahoksigen ke paru-paru melalui
kitaran pulmanori.
 Gas-gas oksigen dan karbandioksida meresap melintasi
membran alveolusdan kapilari.
 Karbandikosida dihembus keluar dari paru-paru melalui salur
pernafasan.
 Oksigen yang melintasi membran alveolus dan kapilari akan
meresap kedalam darah
 Darah beroksigen diangkut kejantung dan dipam melalui arteri
untuk diagihkan kepada sel-sel tisu badan
5.2 STRUKTUR DAN FUNGSI BAHAGIAN-
BAHAGIAN JANTUNG
 Jantung terbina daripada otot jantung atau miokardium yang
diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di
bahagian dalam
 Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang
nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain
oleh septum interatrial.
 Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikal
adalah lebih tebal. Septum interventrikal terdapat di antara
kedua-dua ventrikal
 Atrium berperanan sebagai penerima
darah.
 Atrium kanan menerima darah yang
kurang beroksijen daripada tisu-tisu
tubuh.
 Atrium kiri menerima darah yang kaya
dengan oksijen dari paru-paru.
 Ventrikal bertindak sebagai pam yang
mengepam keluar darah yang diterima
dari atrium.
 Ventrikal kanan mengepam darah ke
paru-paru sementara ventrikal kiri
mengepam darah keseluruh bahagian
tubuh.
Injap-injap yang terletak antara atrium dan
ventrikal dan pada arteri-arteri yang terbit
daripada jantung, membenarkan pengaliran darah
pada satu arah sahaja.
 Injap atrioventrikular (AV)
hanya membenarkan aliran
darah daripada atrium ke
ventrikal sahaja dan seterusnya
ke arteri.
 Terdapat dua injap AV iaitu
injap triskupid pada sebelah
kanan jantung dan injap
biskupid pada bahagian kiri.

 Injap semilunar pulmanori dan


injap semilunar aortik
menghalang aliran darah ke
belakang yang keluar dari
jantung menerusi arteri
pulmanori dan aorta.
 Setiap injap semilunar
mempunyai tiga bucu.
5.3 KELUARAN JANTUNG (Q)

 Adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikal


kiri ke aorta dalam satu minit
 Rumus :

Q= KDJ X IS

KDJ = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit


IS = Isipadu strok
 Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung
seminit.
 Dikawal oleh sistem saraf autonomik
 Berbeza antara individu kerana faktor umur dan tahap keaktifan.
 Kadar denyutan jantung rehat individu aktif adalah rendah.
 Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikal kiri.
 Isipadu strok lelaki adalah lebih besar berbanding isipadu strok
perempuan
 Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok.
 Individu berbaring mempunyai isipadu satrok lebih besar
berbanding individu berdiri kerana kesan graviti ke atas sistem
kardiovaskular.
Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar
denyutan rehat sebanyak 72 denyutan seminit dan
isipadu strok sebanyak 70 ml ialah 5L/min

Q = KDJ X IS
= 72 x 0.07
= 5.04
= 5L/min
5.4 Peredaran darah

 Terbahagi kepada dua:


5.4.1 Kitaran sistemik
Membolehkan darah beroksijen serta nutrien
dibawa ke organ-organ badan dan membawa
darah nyahoksijen kembali kejantung

5.4.2 Kitaran pulmonari


Membawa darah nyahoksijen ke paru-paru untuk
pertukaran gas sebelum darah beroksigen
dikembalikan ke jantung.
5.4.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEMBALIAN DARAH KE JANTUNG.

Apabila otot-otot menguncup, vena tertekan dan darah dalamnya


ditolak ke arah jantung. Injap-injap pada vena menghalang darah
daripada mengalir ke arah belakang. Ia hanya membenarkan darah
mengalir satu arah iaitu ke jantung.

Semasa otot-otot mengendur,vena-vena tersebut akan dipenuhi


semula dengan darah. Proses penguncupan dan pengenduran otot
membolehkan darah dialirkan kejantung.
 Semasa inspirasi, tekanan intratoksik menurun menyebabkan
vena darah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa
darah mengalir kearah atrial kanan jantung. Apabila tekanan
intratoraksik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena dipenuhi
semula dengan darah nyah oksijen. Semakin tinggi tekanan ini,
semakin banyak output jantung. Pernafasan yang membantu
keluaran jantung dikenali sebagai “pam pernafasan”
5.4.4 Mengukur Tekanan darah
Tekanan Darah
 Daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran.

 Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian

tekanan rendah.
 Contoh:

Penguncupan ventrikal menghasilkan tekanan yang lebih tinggi


daripada tekanan di aorta.Darah ditolak keluar ke aorta dan
lain-lain saluran darah sistemik dan ke bahagian kanan jantung.
 Faktor perbezaan:

1)jantina
2) umur
3) gerak kerja
Sfigmomanometer
(alat mengukur tekanan darah)
Tekanan Sistolik
 Penguncupan atrium yang berlaku secara serentak

pada jantung normal


 Disukat ketika tekanan darah tertingi semasa

penguncupan ventrikal.

Tekanan Diastolik
 Apabila atrium mengendur dan ventrikal menguncup

 Merupakan tekanan darah minimum pada akhir

pengenduran ventrikal.
Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter
merkuri)

Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg


Kaedah Mengukur Tekanan Darah

a) Balut lengan dengan kuf


b) Balut beg getah/kuf pada arteri brakia
c) Stetoskop diletak bawah kuf di atas arteri
d) Udara dipam ke dalam kuf sehingga tekanan di dalam kuf
melebihi tekanan dalam arteri (lebih kurang 200mm Hg).
Tekanan ini menyebabkan sekatan pada pengaliran darah dan
denyutan nadi tidak dapat dikesan.
e) Dengan membuka injap pada pam secara perlahan-lahan ,
tekanan dalam kuf menurun secara beransur-ansur sehingga
tekanan maksimum dalam arteri melebihisedikit tekanan
dalam kuf. Sebahagian darah mulai terpancut dalam arteri.
f) Denyutan perlahan ( bunyi karafkoff) kedengaran melalui
stetoskop. Bacaan pada paras merkuri dalam
sfigmomanometer adalah tinggi. Bacaan ini adalah tekanan
darah sistolik ( misalnya 120mm Hg)

g) Tekanan dalam kuf diturunkan lagi sehingga kurang daripada


tekanan terendah dalam arteri pada akhir diastol. Darah
mengalir tanpa gangguan semasa sisstol dan diastol. Bunyi
denyutan akan berkurangan sehingga sampai tahap
kesenyapan. Kesenyapan ini adalah darah diastolik. Paras
merkuri dalam sfigmomanometer menurun pada paras lebih
rendah. Ini adalah bacaan tekanan darah diastolik ( misalnya
80mm Hg). Dengan itu bacaan tekanan darah ialah 120/80
mm Hg
5.5 Hipertrofi dan atrofi jantung

Hipertrofi
 Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung boleh mengalami

hipertrofi jika mengamalkan gaya hidup sihat.


 Saiz jantung atlit yang aktif lebih besar berbanding saiz jantung

individu sedentari.
 Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga

meningkat.
 Hipertrofi jantung adalah kesan daripada:

 Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel

 Bertambah ketebalan dinding ventrikel


 Atlit berdaya tahan tinggi ( pelari jarak jauh, perenang )
mempunyai kaviti ventrikel yang besar
 Oleh itu, isipadu darah dalam darah adalah banyak semasa
diastol.
 Isipadu strok atlit-atlit ini lebih tinggi berbanding individu
sedentari dan atlit yang terlibat dalam acara eksplosif
 Atlit dalam rintangan tinggi ( gusti, melontar peluru)
mempunyai dinding ventrikel yang tebal.
 Walaupun hipetrofi jantung atlit ini adalah sama dengan atlit
berdaya tahan tinggi, isipadu strok mereka adalah sama dengan
individu sedentari.
Atrofi jantung

 Berlaku apabila otot jantung mengalami pengurangan dari


segi:-
 Saiz

 Kekuatan

 Berat

 Terjadi disebabkan jantung kurang digunakan bagi aktiviti


fizikal atau mengalami kerosakan atau penyakit

You might also like