You are on page 1of 7

KAWALAN SOSIAL

DEFINISI

 Kawalan sosial ialah sebarang tindakan


seseorang yang menentukan tindakan orang
lain ( Sharifah Alwiah Alsagoff, Sosiologi
Pendidikan).
 Kawalan sosial bermaksud segala amalan
dalam kumpulan-kumpulan sosial yang
menuruti norma-norma kumpulan berkenaan
(Amir Hassan Dawi, Penteorian Sosiologi dan
Pendidikan).
 Kawalan sosial mengandungi semua proses
di mana masyarakat dan kelompok
komponennya mempengaruhi tingkahlaku
seseorang ahli supaya sesuai dengan norma
kelompok ( Joseph S.Rouchek & Roland
L.Warren, Sosiologi Suatu Pengenalan)
KAWALAN SOSIAL FORMAL
 Kawalan sosial yang formal lahir dengan
adanya penubuhan satu rangkaian peraturan
yang tetap dan badan-badan tertentu untuk
menjalankannya.
 Ia bercirikan undang-undang, peraturan, kod
dan lain-lain serta boleh dikuatkuasakan oleh
negara yang mempunyai kuasa paksaan yang
mutlak atau oleh pelbagai kelompok dalam
masyarakat.
• Walaupun tidak terdapat garis pembahagi
yang nyata, kawalan formal selalunya
merupakan ciri masyarakat yang lebih
kompleks dengan pembahagian tenaga kerja
yang lebih besar, penduduk yang pelbagai
bangsa dan kelompok kecil dengan pelbagai
mores.
KAWALAN SOSIAL TIDAK FORMAL

 Kawalan sosial yang tidak formal terdapat


dalam fungsi mores untuk mengawal
tingkahlaku, terutama sekali dalam
masyarakat primitif.
 Mores itu diamalkan melalui persetujuan atau
tanpa persetujuan masyarakat dan bagi
keadaan yang lebih teruk adalah melalui
seksaan fizikal, paksaan atau denda.
 Apa yang lebih penting di sini ialah walaupun
semua ahli masyarakat menyertai kawalan
sosial tetapi kelompok seperti famili, suku
dan kumpulan haram, boleh mempengaruhi
tingkah laku individu terhadap penyesuaian.

 Walaupun hanya dengan melalui pernyataan


kebanggaan, tuduhan, kelemahan moral atau
aktiviti lain seperti adat-istiadat.

You might also like