You are on page 1of 15

CERPEN : PUSARAN

SINOPSIS
Cerpen Pusaran mengisahkan keakraban hubungan Junid dengan
anak lembu jantan yang diberi nama Pusaran.Junid
menghabiskan sebahagian besar masanya bermain-main dengan
Pusaran.Antara Junid dan Pusaran terdapat pertautan yag
aneh.Jika Pusaran sakit,Junid turut sakit.Menurut Pak Kar,bomoh
buta di kampung mereka,menyatakan bahawa Junid dan Pusaran
merupakan anak kembar tetapi tidak dipercayai olh bapa
Junid,Mohsin dan isterinya,Musalmah.Mereka menghantar Junid
ke sekolah dengan harapan Junid dan Pusaran akan
berenggang.Namun,harapan itu tidak jadi kenyataan.
Perhubungan mereka tetap akrab dan mesra.Menjelang Hari
Raya Haji,Mohsin telah menjual Pusaran untuk dijadikan
korban.Junid menyedari kehilangan Pusaran segera mencari
Pusaran sambil menangis.Pusaran akhirnya menemui Pusaran
yang telah dibaringkan,bersedia untuk disembelih.Junid terus
meluru ke arah Pusaran dan memeluk leher Pusaran dengan erat
dan meminta agar dia disembelih bersama Pusaran.Apabila
melihat kejadian itu,Tuan Haji Subki membatalkan korban itu dan
menegur Mohsin kerana tidak berbincang dengan Junid
mengenai perkara itu kerana dia tahu pasti perbuatan ini akan
merosakkan hati Junid dan di hadapan semua orang ,Mohsin
berjanji bahawa dia tidak akan memisahkan Junid dengan
Pusaran lagi.

TEMA
Tema cerpen Pusaran ini ialah kasih
sayang seorang kanak-kanak
terhadap lembu peliharaannya.

PERSOALAN
Kemesraan antara Junid dengan Pusaran
Persoalan ini dapat dikesan sepanjang
penceritaan cerpen ini. Contohnya ketika Junid
menyeru nama Pusaran,Pusaran seolah-olah
memahami seruannya,berlari kencang ke arah
Junid dan apabila Pusaran telah sampai ke
tempat Junid,Pusaran akan menjilat-jilat tangan
Junid dan Junid akan membalas dengan
menggosok panjang belakang Pusaran.(Rujuk
muka surat 99 102).
Kasih sayang ibu dan ayah
Dapat dikesan apabila Mohsin sanggup
membelanjakan wang yang banyak untuk
merawat Pusaran yang sakit demi Junid yang
turut terganggu kesihatannya kerana seperti
kebiasaannya Junid hanya sembuh jika Pusaran
sembuh.
Selain itu,Musalmah juga turut menonjolkan sifat
kasih sayang terhadap anak-anaknya.Musalmah
sentiasa menyediakan santapan untuk anakanaknya dan menyediakan pakaian untuk Junid
apabila Junid bermain-main dengan Pusaran.
(Rujuk muka surat 101, perenggan 2)

Kerajinan
Abang Junid(Junaidi) rajin menjaga kambingkambing peliharaan mereka.Dia juga turut dibantu
oleh adik-adiknya yang lain iaitu Rashid dan
Adi.Selain itu mereka juga bersama-sama
membantu ayah mereka menguruskan lembulembu yang dipelihara.
Hidup Bermasyarakat
Dapat dikesan semasa penduduk kampung
menjalankan ibadah korban.Ramai penduduk
kampung bersama-sama membantu
melaksanakan korban di Hari Raya Haji tersebut.
(Rujuk muka surat 109 110)
Kepercayaan karut
Kepercayaan penduduk kampung yang
mengatakan Junid dan Pusaran anak
kembar.Kepercayaan ini muncul disebabkan
kenyataan Pak cik Kar yang merupakan seorang
bomoh tua yang buta.Mohsin hampir terpengaruh
dengan kenyataan yang diberikan oleh Pak cik Kar
tetapi mujurlah dia tidak mempercayai kata-kata
bomoh itu.

Kesedaran terhadap pendidikan


Kurang dapat dikesan dalam
perenggan ke-5 muka surat 103.
Antara petikan ayat dari perenggan ini
ialah Pelajaran setakat tulis baca itu
sudah cukup .Ini membuktikan
kesedaran ibu bapa Junid tentang
kepentingan pendidikan adalah
sedikit.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama
Junid
Anak bongsu yang menjadi kemanjaan
Mohsin dan Musalmah.
Sangat menyayangi Pusaran dan saling
memahami antara satu sama lain.

Pusaran
Seekor anak lembu jantan milik Mohsin
Seekor anak lembu jantan yang jinak dan
mendengar kata Junid.
Ibunya mati ketika melahirkannya dan tugas
memberi susu kepada Pusaran dilakukan
oleh Junid dengan menggunakan susu botol.

Watak sampingan
Mohsin
Ayah Junid
Bekerja keras untuk menyara keluarganya.
Mempunyai 8 ekar tanah bendang,6 ekar
dusun kelapa dan 20 ekor lembu.
Dikira mewah tetapi tetap hidup sederhana di
desa.
Musalmah
Ibu Junid
Bersifat penyayang
Suri rumah sepenuh masa.
Junaidi,Rashid dan Adi
Abang-abang Junid

Pak Cik Kar


Bomoh tua yang buta.Kata-kata dipercayai
sebilangan penduduk kampung.Dia
mengatakan Junid dan Pusaran adalah
pasangan kembar.

Tuan Haji Subki


Tokoh agama yang dihormati dalam
masyarkat kampung.Dia bertimbang rasa
dan kerana memiliki sifat itu dia telah
membatalkan korban yang melibatkan
Pusaran

PLOT

Eksposisi Memperkenalkan watak Pusaran


dan Junid serta latar tempat.

Konflik Cadangan Mohsin hendak menjual

Pusaran
- Lembu dijual untuk dijadikan lembu
korban
Puncak Junid menyedari ketiadaan Pusaran

Peleraian Junid mencari Pusaran


Pengakhiran Pusaran tidak jadi disembelih

Teknik Plot
Dialog Perbualan antara Junid dan
ibunya ( halaman 108)
Imbas Kembali Ingatan atau kenangan
Mohsin mengenai peristiwa Pusaran
mendapat nama ( halaman 103 )
Imbas Muka Mohsin menjangkakan
bagaimana hubungan Junid dan Pusaran
akan renggang setelah Junid bersekolah
(halaman 103)

Latar
Tempat Sebuah kampung tradisi
yang masih mundur
Masa- agak panjang iaitu bermula
Junid berusia enam tahun hingga dia
bersekolah dalam Darjah Satu.
Masyarakat Masyarkat kampung
masih mundur dan berasaskan
pertanian dan penternakan

Gaya Bahasa
Bahasa dialek
- Menebuh,Karang,dicerut
Perulangan
- Baik-Baik, Tidak ayah.Tidak.
Penggunaan ayat tanya
- Ayah mana mak ?
Penggunaan ayat seruan
-Pusarann!

Simile
- Pusaran petuh seperti anjing
Personifikasi
-.dadanya digayuti oleh perasan bimbang

Nilai dan Pengajaran


Nilai kasih sayang
- Mohsin dan Musalmah sayang akan anaknya
Nilai kemanusian
- Haiwan
Nilai kerjasama dan saling membantu
-Adi,Junaidi dan Rashid membantu bapanya
Nilai keagamaan
-sanggup berkorban mengikut kehendak Islam
Nilai kemasyarakatan
-menasihati dan menegur seseorang yang telah
melakukan sesuatu kesilapan dalam membuat
keputusan

You might also like