You are on page 1of 19

JEREBU, PUNCA

DAN CARA
MENGATASI

PENGENALAN

Masyarakat pada hari ini sering berhadapan


dengan masalah jerebu yang semakin
menjadi-jadi. Fenomena jerebu ini seolaholah telah termaktub dalam takwim
ramalan cuaca negara kerana SETIAP
TAHUN jerebu akan melanda negara kita.

Definisi
Secara umumnya jerebu ialah satu
fenomena tradisi atmosfera dimana debu,
habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar
kejelasan langit.
Jerebu disebabkan oleh kewujudan banyak
partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh
mata kasar dan terapung-apung di udara.
Partikel-partikel ini akan menyekat
pancaran matahari ke bumi dan
menyebabkan jarak pandangan mata kasar
terjejas.

Punca-Punca Jerebu

1. Penebangan dan pembakaran hutan secara terbuka

Aktiviti penebangan dan pembakaran


terbuka di Indonesia oleh pekerja ladang
kelapa sawit mengakibatkan jerebu di
sekitar Selatan Malaysia dan Singapura.
Pembangunan tanah dan pembinaan turut
menjadi salah satu faktor penyumbang
aktiviti manusia yang mengakibatkan jerebu

2. Sikap Masyarakat
Sikap masyarakat yang kurang peka dengan
isu alam sekitar turut menyumbang kepada
masalah jerebu.
Walaupun sudah di beri amaran namun
masih degil dan melakukan pembakaran
terbuka

3. Peningkatan Jumlah
Kenderaan
Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah
kenderaan di jalan raya setiap hari
Kenderaaan yang tidak dilengkapi
pengubah pemangkin telah menyebabkan
16.2 tan karbon monoksida dan dua tan
sodium dioksida dikeluarkan setiap hari.
Kesesakan lalu lintas menyebabkan
kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap pencemar

4. Fenomena El-Nino
Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di
Lautan Pasifik meningkat berikutan
pergerakan angin timuran yang perlahan di
tengah dan barat perairan tersebut.
Asia Tenggara akan mengalami musim
kemarau yang kering. Hal ini akan
memudahkan kebakaran hutan seperti
yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan.
Asap terlepas ke ruang udara dan
terperangkap di ruang angkasa sehingga
menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Kesan Jerebu

Kesan Kepada Kesihatan

Komponen-komponen yang terdapat pada


jerebu
seperti
karbon
monoksida,
sulfurdioksida, nitrogen dioksida, ozon,
habuk dan logam boleh membawa kesan
yang burukterhadap kesihatan manusia
terutamanya kepada golongan kanakkanak, warga tua dan juga kepada mereka
yang
menghidapi
penyakit-penyakit
tertentu seperti asma, alahan,pneumonia
dan penyakit paru-paru

Mengurangkan Jarak
Penglihatan
Hal ini amat menakutkan kerana risiko
kemalangan boleh berlaku seperti kapal
terbang dan kapal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar.
Keadaan ini amat membahayakan
keselamatan rakyat kerana kemalangan
boleh mengakibatkan kemusnahan harta
benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

Pendapatan Negara
Terjejas
Sumber pendapatan berasaskan industri
pelancongan seperti Sabah dan Sarawak
akan merosot kerana industri pelancongan
terjejas akibat jerebu.
Para pelancong bukan sahaja dari dalam
negeri malah dari negara asing tidak akan
melawat ke Malaysia sekiranya jerebu
masih berlaku di Malaysia kerana bimbang
akan keselamatan dan kesihatan mereka
semasa melancong ke Malaysia.

Kesan Kepada Sektor


Pertanian
Jerebu akan menghalang kemasukan
cahaya matahri yang cukup bagi
membolehkan tumbuhan menjalankan
proses fotosntesis.
Kesannya tumbesaran tumbuhan
pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan.

Langkah Mengatasi

Menggalakkan Memakai Topeng

Langkah ini boleh menghalang jerebu


memasuki saluran pernafasan kita dan
keselamatan kita terjamin.
Malahan kita juga perlu banyak meminum air
kosong sewaktu jerebu. Selain itu, kita perlu
kerap membasuh muka dan bahagianbahagian badan yang terdedah kepada
jerebu bagi menggelakkan kegatalan kepada
kulit kita. Kita juga harus mengurangkan
aktiviti luar sewaktu semasa jerebu.

Penguatkuasaan undangundang

Individu- individu yang telah mengingkari


undang-undang dengan membakar sampah
sarap secara terbuka manakala pemaju
kilang yang membiarkan pelepasan asap
daripada kilang tanpa ditapis perlu
dikenakan hukuman yang lebih berat

Melakukan pembenihan
awan
Fenomena El-Nino menyebabkan cuaca kering
dan kemarau di Malaysia.
Kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan
untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca
kering, suhu awan menjadi tinggi dan titisan air
menjadi ringan.
Iodin perak ataupun ais kering akan ditabur
untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais
kristal akan terbentuk dan semakin membesar
lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke
bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila
cair akibat daripada suhu bumi yang panas.

Pendidikan Dan Kempen


Kesedaran
Melalui pendidikan kita dapat menerapkan
nilai-nilai cinta kepada alam sekitar
dikalangan
generasi
muda
agar
keseimbangan alam dapat dikekalkan.
Satu sukatan mata pelajaran yang berkaitan
alam sekitar perlu digubal untuk memberi
pendidikan kepada pelajar supaya menjaga
kebersihan alam sekitar.

Penutup

Secara kesimpulannya, jerebu merupakan


fenomena alam yang memberi kesan yang
buruk kepada manusia. Fenomena jerebu
yang disebabkan oleh proses semulajadi
tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk
berbanding jerebu yang disebabkan oleh
aktiviti manusia. Aktiviti manusia seperti
pembakaran manusia, pelepasan asap dari
kenderaan dan pelepasan asap dari kilangkilang perindustrian menyebabkan fenomena
jerebu ini bertambah buruk.

You might also like