You are on page 1of 2

Laporan Perkhemahan

Persatuan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan


Seksyen 10 telah menganjurkan
aktiviti
perkhemahan pada 27 September 2014, bersamaan hari
Sabtu. Aktiviti perkhemahan itu telah berlangsung
selama tiga hari dua malam di Taman Pertanian Shah
Alam. Seramai 40 orang ahli dan empat orang guru
pengiring telah mengambil bahagian dalam
aktiviti tersebut.

Awal-awal pagi lagi, para peserta pun berangkat


meninggalkan sekolah dengan menaiki bas yang
khas disewa oleh pihak sekolah. Setibanya di
tapak perkhemahan, ahli-ahli persatuan dibahagikan
kepada empat kumpulan. Seterusnya, para peserta
berhimpun untuk mendengar taklimat daripada
Cikgu Halim, iaitu guru penasihat Persatuan Pengakap.
Kemudian, setiap kumpulan diarahkan untuk
mendirikan khemah . Sesetengah ahli kumpulan
ditugaskan
untuk menimba air
dan
mengumpulkan kayu api di belukar
yang
berhampiran. Ada yang dikehendaki menyediakan bahanbahan untuk memasak manakala ada yang pula
bertanggungjawab menjerang air dan menanak nasi.
Semua ahli berganding bahu untuk melaksanakan tugas
bagai aur dengan tebing .

Selepas makan malam, para peserta menyalakan


unggun api . Setiap kumpulan ditetapkan untuk
menyajikan
suatu acara persembahan seperti
nyanyian,
tarian
tradisional,
lakonan
drama,
mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Selain itu,
Cikgu Fatimah juga menunjukkan demonstrasi cara
membuat ikatan tali. Ahli-ahli persatuan memasang
telinga
sambil mencatatkan nota tatkala

memupuk semangat berpasukan dan sikap berdikari


dalam kalangan peserta-peserta. Setiap kumpulan
dibekalkan kompas , lampu suluh ,
tali, pisau, ubat-ubatan, makanan dan minuman.

Pada hari yang terakhir, ahli-ahli juga diajar oleh


jurulatih untuk membuat rakit . Setelah itu, setiap
kumpulan dikehendaki untuk menaiki rakit tersebut untuk
menguji ketahanannya. Selepas aktiviti itu, para peserta
juga tidak melepaskan peluang untuk bermandimanda di sungai. Selepas merarau , ahli-ahli
mengemaskan barangan masing-masing dan bersiap
sedia untuk pulang ke rumah. Semua ahli juga
menggembleng tenaga untuk membersihkan tapak
perkhemahan supaya kawasan itu tidak tercemar
dengan sampah sarap.

Sekalipun penat, namun para peserta berasa amat


girang hati kerana dapat menyertai aktiviti perkhemahan
itu. Aktiviti tersebut telah dapat menambah ilmu
pengetahuan dan pengalaman di samping
mengeratkan hubungan silaturahim antara
ahli-ahli dengan guru-guru. Diharapkan aktiviti yang
bermanfaat dan bermakna ini dapat diadakan
lagi pada tahun hadapan.

Laporan
disediakan
oleh,
29
SEPTEMBER 2014.
Yee Xue Er
(YEE XUE ER)
Setiausaha Persatuan Pengakap,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10.

p/s: send

You might also like