pengeluaran barang awam. Menerangkan operasi monopoli yang dijalankan untuk kepentingan masyarakat (melalui rajah). Menerangkan kepentingan monopoli kerajaan.
6.3.9. Dasar Kawalan Monopoli
Monopoli kerajaan ialah firma tunggal dalam pasaran monopoli yang dimiliki oleh kerajaan. Kerajaan mengeluarkan barang awam demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Kerajaan menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang meliputi pengangkutan, komunikasi, bekalan air dan kesihatan. Pengeluaran barang awam memerlukan modal dan kos pengendalian yang tinggi dan perlu dikeluarkan dengan banyak untuk menikmati ekonomi bidangan. Kerajaan dapat membekalkan barang awam pada harga yang lebih rendah dan dalam kuantiti yang mencukupi berbanding jika dikeluarkan oleh pihak swasta. Hal ini kerana kerajaan bukan bermotifkan keuntungan tetapi bermotifkan kebajikan masyarakat.
6.3.9. Dasar Kawalan Monopoli
Kerajaan turut memberikan subsidi kepada pengeluar barang awam yang penting kepada masyarakat seperti kereta api dan jalan raya (misalnya, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd menyediakan perkhidmatan bas awam RapidKL). Selain mementingkan kebajikan masyarakat, usaha ini dapat menjamin pembangunan negara yang berterusan. Sesetengah sumber alam semula jadi seperti petroleum adalah penting kerana merupakan sumber pendapatan negara dan menyimbang kepada kemajuan ekonomi negara. PETRONAS yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan ditugaskan untuk menjalankan usaha mencari gali, melombong dan memasarkan petroleum di Malaysia. Apabila sebuah firma monopoli kerajaan dapat memenuhi matlamat sosialnya, firma tersebut dikatakan cekap, iaitu berjaya mencapai tahap polangan adil atau optimum sosial.
Cara Monopoli Kerajaan Menetapkan Harga
Monopoli kerajaan menetapkan harga melalui dua cara : Harga sama dengan kos sut jangka panjang (P = LMC) Harga sama dengan kos purata jangka panjang (P = LAC)
Harga = Kos Sut Jangka Panjang (P = LMC)
Monopoli kerajaan yang menjalankan dasar penetapan harga pada tingkat harga sama dengan kos sut jangka panjang merupakan industri kos menurun atau monopoli semula jadi. Monopoli semula jadi menikmati ekonomi bidangan dan kos purata jangka panjang menurun apabila output bertambah.
Harga = Kos Sut Jangka Panjang (P = LMC)
Rajah menerangkan operasi industri kos menurun. Jika industri tersebut dikendalikan oleh pihak swasta, pihak swasta akan mengeluar pada tingkat output keseimbangan 0Q1 apabila keluk hasil sut bersilang dengan keluk kos sut jangka panjang (MR = LMC) pada titik E1. Harga yang dikenakan ialah 0P1 dan industri tersebut menikmati untung lebih normal sebanyak P5P1BC. Industri tersebut adalah penting kepada kebajikan masyarakat dan kemajuan negara, tingkat output 0Q1 dianggap terlalu rendah dan tingkat harga 0P 1 terlalu tinggi. Pihak swasta tidak dapat mengeluarkan barang atau perkhidmatan dengan cekap kerana harga lebih tinggi daripada kos sut (0P1 > E1Q1).
Harga = Kos Sut Jangka Panjang (P = LMC)
Oleh itu, kerajaan perlu campur tangan dengan mengambil alih industri tersebut. Kerajaan akan mengeluarkan output sebanyak 0Q3 apabila harga sama dengan kos sut jangka panjang pada titik G. Tingkat harga ialah 0P3 yang terletak di kawasan keanjalan permintaan tak anjal. Namun monopoli kerajaan akan mengalami kerugian kerana kos purata jangka panjang melebihi hasil purata (LAC > AR). Jumlah kerugian ialah P3P4FG.
Harga = Kos Sut Jangka Panjang (P = LMC)
Kerajaan dapat menampung kerugian tersebut dengan memberi subsidi kepada industri tersebut. Monopoli mencapai kecekapan peruntukan kerana harga sama dengan kos sut jangka panjang (P 3 = LMC) pada titik G dan harga tersebut merupakan harga optimum sosial. Kesimpulannya, harga yang ditetapkan oleh monopoli kerajaan adalah lebih rendah (0P3 < 0P1) dan kuantiti output yang dikeluarkan telah meningkat daripada 0Q1 0Q3. Lebihan pengguna bertambah daripada P1DB P3DG.
Harga = Kos Purata Jangka Panjang (P = LAC)
Kerajaan juga boleh mengenakan harga 0P2, iaitu pada tingkat harga sama dengan kos purata jangka panjang (P = LAC) atau harga pulangan adil (titik H). Harga 0P2 juga terletak di kawasan keanjalan permintaan harga tak anjal. Industri akan menambahkan output sehingga 0Q2 dan mendapat untung normal sahaja kerana harga sama dengan kos purata jangka panjang.
Harga = Kos Purata Jangka Panjang (P = LAC)
Namun, monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana output dikeluarkan pada tingkat harga melebihi kos sut jangka panjang (0P2 > IQ2). Kesimpulannya, harga yang dikenakan oleh kerajaan adalah lebih rendah (0P2 < 0P1) dan kuantiti output meningkat daripada 0Q1 0Q2. Industri mendapat untung normal sahaja kerana AR = LAC pada titik H. Lebihan pengguna bertambah daripada P1DB P2DH.
Kepentingan Monopoli Kerajaan
Mengelakkan Persaingan Yang Membazirkan Jika beberapa buah firma yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang sama bersaing, pembaziran sumber ekonomi cenderung berlaku. Oleh itu, penawaran barang atau perkhidmatan yang penting kepada ekonomi perlu dikendalikan oleh kerajaan demi kepentingan negara dan bukannya demi keuntungan maksimum.
Menikmati Ekonomi Bidangan
Dalam monopoli kerajaan, ekonomi bidangan akan dicapai apabila pengeluaran dijalankan secara besar-besaran oleh sebuah firma. Tingkat output optimum jangka panjang merupakan tingkat pengeluaran yang besar dan kos purata jangka panjang akan menurun sehingga mencapai titik minimum apabila output terus ditambah.