You are on page 1of 16

MODUL ELAK

AVOIDANCE

BERDEPAN ATAU MENGELAK??

Anda yakin dengan keselamatan anda?


Pilihan mana lebih selamat untuk anda?
Jangan terlalu takut, kawal diri, kawal emosi.
Memeluk tubuh, jalan menunduk, menyilangkan beg di hadapan
badan anda adalah bahasa tubuh, bahawa anda

BERSEDIA MENJADI MANGSA!!

BILA ANDA PERLUKAN?


Apabila anda PEKA, PERASAN, SYAK,
Sesuatu yang tidak kena sedang berlaku..
Contohnya..
Situasi 1.
Sedang anda berjalan, tiba-tiba anda rasakan ada seorang sedang
memerhatikan anda. Dalam ramai orang berjalan bersama anda
untuk kehidupan harian mereka, orang itu merenung anda. Apa
yang anda akan lakukan? Adakah anda pasti orang itu berniat
jahat pada anda? Atau dia sedang mengingati di mana dia
bertemu anda?

PERTAMA
Sentiasa berada di tempat khalayak ramai,
Berada di kawasan yang cerah / terang.
Elakkan berjalan sendirian.
Elakkan menunjukkan rasa takut atau cemas.
Elakkan melalui kawasan gelap dan jarang dilalui orang ramai.
Elakkan melalui sesuatu kawasan pada waktu yang sunyi
bersendirian.
Menghubungi pihak berkuasa, keluarga, saudara-mara, rakan-rakan.

KEDUA
CAKAP dengan JELAS dan TEGAS!!
LIHAT ke arah suspek dan ingatkan gambaran seberapa jelas, tapi
jangan merenung ke matanya jika anda ada perasaan takut.
Ayat PENDEK dan TEPAT.
Contoh: Jangan!, jangan! (Serius/tegas)
JANGAN guna perkataan TOLONGLAH..
Contoh: Tolonglah jangan apa-apakan saya(lemah)

Yang Pasti..
Jangan buka ruang dan peluang
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

BELAJAR DARI PENGALAMAN


Kes 1.
Seorang wanita pulang dari kerja berjalan kaki bersama-sama rakan sekerja.
Sedang dia berjalan, beliau perasan ada seseorang telah menjadikan dia sasaran.
Wanita ini sudah mula resah, bermacam-macam andaian bermain di fikirannya.
Dia mula berjalan merapati dinding, begnya di bawa ke sebelah dinding, iaitu
antara dinding dan badannya, tetap berjalan dengan tempo yang sama, tidak
terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.
Akhirnya lelaki itu sempat mengejarnya dan menegur..
Eh, bukankah awak ni isteri Farid?.
Selepas berbual beberapa ketika.. Dia pun beredar..

Analisis.
PEKA

PSIKOLOGI

ELAK

FIZIKAL

Perasan dirinya
menjadi sasaran
Peka persekitaran,
dinding,orang ramai
di sekitarnya.

Bersedia secara
mental dengan
berfikir tindakan
yang akan diambil,
Kekalkan tempo dan
terus berjalan
tenang.

Elak dari jelas


Tak perlu
terlihat takut,
Mengalihkan beg ke
sebelah dalam (lebih
selamat)

ANDA DIEKORI?
CARA MENGESAN/MENGESAHKAN ANDA DIEKORI

Gunakan cermin kedai untuk melihat siapa di belakang anda.


Lakukan secara tidak terlalu jelas (supaya tidak dapat dikesan oleh suspek).
Jika masih tidak pasti, masuk ke dalam kedai, gerai, bangunan pejabat, dll.
Jika di kedai pakaian, ambil beberapa helai pakaian dan masuk bilik persalinan,
semestinya setelah anda memastikan sekitar bilik selamat sebelum anda masuk.
Diam di dalam bilik itu seberapa lama yang anda rasakan perlu.
Semasa meninggalkan bilik itu, lihat persekitaran. Jika boleh, keluar melalui pintu yang
berbeza dengan pintu masuk.
Teruskan memerhatikan sekeliling anda dengan bijak, jika muka yang sama terus
menuruti anda..KEMUNGKINAN BESAR, SAH ORANG ITU MENGEKORI ANDA.

Hampir pasti anda diekori


Teruskan berada di tempat khalayak ramai walaupun terpaksa
mundar-mandir di tempat yang sama.
Anda boleh menghubungi keluarga, saudara-mara, rakan-rakan
untuk mengambil anda di tempat itu.
Anda boleh mendapatkan pihak berkuasa (Polis, Pengawal
Keselamatan, atau pejabat kerajaan lain).
Cuba dapatkan gambaran seberapa jelas mengenai orang yang
mengekori anda.
Contoh: Saiz badan, Warna Kulit, Jenis/warna Pakaian.

AWAS!!!!
JIKA ANDA PASTI DIEKORI JANGAN SESEKALI TERUS BERJALAN
PULANG KE RUMAH!
JIKA YA.. ANDA BARU SAHAJA MENUNJUKKAN PENJENAYAH DI MANA
KAMU TINGGAL dan JENAYAH TELAH BERUBAH KEPADA JENAYAH
TERANCANG!

Jika anda sudah mengelak..


Tetapi suspek NEKAD.. Dan anda TERJERAT

MODUL TEKNIK

AMALAN KEROHANIAN

AYAT PENGGERAK

You might also like