You are on page 1of 9

KAJIAN RINTIS

DEFINISI KAJIAN RINTIS


Kajian rintis adalah suatu kajian awal yang dlaksanakan dalam skala yang kecil
Satu projek perintis dalam kajian awal kecil dijalankan untuk menilai masalah dari segi :
kemungkinan kos
masa
saiz sampel
memperbaiki reka bentuk kajian sebelum pelaksanaan skala penuh
Kajian rintis ( Pilot test ) adalah kajian berskala kecil.
Kajian rintis adalah kajian yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar.
Bahagian penting untuk sebuah kajian yang baik ,walaupun tidak dapat memastikan kejayaan kajian utama.
Kajian rintis juga dikenali sebagai :
Kajian kebolehlaksanaan
Kajian kemunasabahaan

KEPENTINGAN KAJIAN RINTIS


Kajian rintis perlu bagi sesuatu kajian .
Kajian rintis penting dan boleh mempengaruhi kesahan dan
kebolehpercayaan kajian secara keseluruhan .
Kajian rintis juga penting bagi memastikan perlaksanaan kajian
sebenar dengan lancar.
Dapatkan pengalaman melalui kajian rintis agar kajian sebenar
berguna .
Salah satu kelebihan menjalankan kajian rintis mungkin memberi
amaran awal tentang projek penyelidikan yang mungkin boleh
gagal dari segi protokol , kaedah cadangan kajian atau instrumen
yang digunakan tidak
sesuai atau
terlalui rumit untuk
dilaksanakan.
Kajian rintis memberi amaran supaya tidak mengambil risiko
Kajian rintis dijalankan untuk pelbagai sebab yang berbeza.

TUJUAN KAJIAN RINTIS


Kajian rintis boleh menjadi ujian pra atau untuk mencuba sesuatu
instrumen kajian .( Baker 1994)
Membangun dan menguji keperluan instrumen penyelidikan .
Menilai kebolehlaksanaan kajian.
Merekabentuk protokol penyelidikan .
Menilai sama ada protokol penyelidikan adalah realistik dan boleh
dilaksanakan.
Mewujudkan samaada rangka persampelan dan teknik yang berkesan.
Mengumpul data awal.
Menganggarkan
kepelbagaian
menentukan saiz sampel.

dalam

hasil

untuk

membantu

Membangunkan persoalan kajian dan pelan penyelidikan.


Menilai teknik
berpotensi.

analisis

data

untuk

mendedahkan

masalah

yang

BILAKAH KAJIAN RINTIS DIJALANKAN


Kajian rintis dilakukan setelah prosedur pengumpulan
data dipenuhi.
Kajian rintis dilakukan setelah prosedur analisis data
sudah ditetapkan .
Kajian rintis dilakukan dengan harapan sekiranya berlaku
perubahan tidaklah perubahan tersebut terlalu besar.
Kajian rintis tidak boleh dilaksanakan sekiranya tinjauan
literatur belum sempurna atau instrumen belum difahami
lagi.

PROSEDUR KAJIAN RINTIS UNTUK KESAHAN


SOAL SELIDIK
Menyoal subjek maklum balas untuk mengenal pasti kekaburan
dan soalan yang sukar.
Mencatat masa yang diambil untuk menjawab soalan dan
kenalpasti adalah masa yang diambil munasabah .
Buang semua soalan sukar atau samar-samar yang tidak perlu.
Menilai sama ada setiap soalan memberikan pelbagai jawapan
yang mencukupi .
Periksa semua soalan telah dijawab.
Skala semula soalan yang tidak dijawab seperti yang
diharapkan.

LIMITASI KAJIAN RINTIS


Bilangan subjek yang digunakan biasanaya kurang daripada
kajian sebenar maka masalah yang tidak dijangka mungkin
timbul.
Kadar respons dalam kajian rintis tidak dapat mewakili kadar
respons kajian sebenar kerana ia berdasarkan angka yang kecil
dan tidak mempunyai asas statistik.
Subjek kajian rintis bukan merupakan subjek kajian
sebenar,masalah masalah lain yang kurang jelas dalam kajian
rintis mungkin akan timbul menjadi masalah besar dalam
kajian sebenar.

MASALAH PENCEMARAN KAJIAN RINTIS


Subjek kajian rintis diambil daripada populasi dan diletakkan
balik kedalam kajian populasi untuk kajian sebenar.
-perbuatan ini tidak sesuai kerana subjek kajian rintis ini telah
didedahkan dengan prosedur kajian dan instrumen kajian.
Maka apabila mereka dilakukan kajian sekali lagi bersama
sama dengan subjek lain dalam populasi yang belum didedah
dengan prosedur kajian,kesan pengujian berlaku.
Subjek kajian rintis diambil daripada populasi dan tidak
diletakkan balik ke dalam populasi untuk kajian sebenar.
-perbuatan ini juga tidak sesuai kerana populasi telah hilang
sebahagian subjeknya dan subjek subjek yang tinggal sahaja
yang digunakan untuk kajian sebenar tidak dapat mewakili
semua subjek dalam populasi lagi.

PENCEMARAN SAMPEL KAJIAN RINTIS


Kedua dua kes diatas telah menimbulkan masalah pencemaran
(Contamination of pilot study)
Masalah pencemaran yang timbul dalam kajian rintis berlaku
dalam dua cara.
1.Apabila data dari kajian rintis dimasukkan kedalam data
kajian utama.
2.Apabila subjek kajian rintis dijadikan sebagai subjek kajian
sebenar.
Pencemaran kajian rintis dapat dielakkan dengan
menggunakan subjek kajian yang bukan merupakan subjek
populasi kajian.
Menggunakan subjek kajian yang lain yang mempunyai ciri-ciri
yang sama dengan ciri-ciri subjek populasi kajian.

You might also like