You are on page 1of 45

ALAM KEHIDUPAN

Alam kehidupan
Benda hidup
Keperluan asas benda hidup
Proses hidup
Makanan seimbang

Benda Hidup
Benda hidup dikelaskan kepada haiwan dan
tumbuhan.
Haiwan dikelaskan kepada vertebrata dan
invertebrata.
Tumbuhan dikelaskan kepada tumbuhan
berbunga dan tumbuhan tidak berbunga.

Pengelasan Haiwan
Vertebrata

Invertebrata

Mempunyai tulang belakang

Tidak mempunyai tulang


belakang

Rangka tulang sebagai sokongan


badan

Rangka luar keras atau bendalir


badan sebagai sokongan badan.

Vertebrata

Vertebrata dibahagikan kepada:


Ikan (Pisces)
Amfibia
Reptilia
Burung (Aves)
Mamalia

Ikan
Hidup di dalam air tawar atau air masin.
Mempunyai bentuk badan yang larus untuk
membantu pergerakan di dalam air.
Bernafas dengan insang.
Badannya diselaputi oleh sisik dan
berlendir.
Haiwan poikiloterma (Berdarah sejuk suhu
badannya berubah mengikut suhu
persekitaran)

Ikan
Menjalankan persenyawaan luar badan
Biasanya bertelur
Menggunakan garis deria untuk mengesan
ransangan di sekitarnya.
Sesetengah ikan bertulang rawan.
Contohnya ikan pari dan ikan yu.

Amfibia

Hidup di dalam air pada


peringkat kecil dan di
darat pada peringkat dewasa.
Merupakan haiwan
poikiloterma.
Mempunyai kulit luar yang
lembap.
Menjalankan persenyawaan
luar badan.
Bertelur di dalam air.

Amfibia

Telurnya akan menetas menjadi


berudu yang bernafas dengan insang.
Menggunakan peparu atau kulit yang
lembap untuk bernafas apabila dewasa.
Mempunyai selaput renang pada kakinya.
Mempunyai organ telinga yang tidak
mempunyai telinga luar.
Contoh amfibia-katak, kodok, salamander
dan niut.

Reptilia

Kebanyakan reptilia hidup di darat tetapi


penyu dan ular laut hidup di dalam air.
Bernafas dengan peparu.
Mempunyai kulit kering dan bersisik.
Merupakan haiwan poikiloterma.
Menjalankan persenyawaan dalam badan.
Membiak melalui telur yang diselaputi oleh
cangkerang.
Contoh reptilia-buaya, ular, penyu, kura-kura
dan cicak.

Burung
Hidup di darat tetapi ada yang mencari
makanan di air.
Kebanyakan burung boleh terbang di udara.
Ada juga burung yang boleh berenang di air.
Bernafas dengan peparu.
Badannya diselaputi oleh bulu pelepah.
Mempunyai mulut bebentuk paruh,
sepasang kepak dan sepasang kaki bersisik
keras.

Burung

Merupakan haiwan homoioterma (berdarah


panas).
Menjalankan persenyawaan dalam badan.
Bertelur dan telurnya bercangkerang keras.
Contoh burung-burung helang, itik, penguin
dan bangau.

Mamalia

Kebanyakannya hidup di darat tetapi ada seperti


ikan paus dan platipus yang hidup di dalam air.
Bernafas dengan peparu.
Badanya diliputi oleh bulu atau rambut.
Mempunyai pelbagai jenis gigi.
Mempunyai telinga yang jelas dan mempunyai
cuping telinga.
Mempunyai kelenjar peluh.
Merupakan haiwan homoioterma (berdarah
panas).

Mamalia

Menjalankan persenyawaan dalam badan.


Membiak secara melahirkan anak kecuali
platipus yang bertelur.
Mempunyai otak yang berkembang lengkap.
Sifat tambahan:
-platipus berparuh dan bertelur.
-landak mempunyai badan berduri keras.
-kelawar boleh terbang.

Invertebrata
Invertebrata mempunyai badan yang lebih
ringkas berbanding dengan vertebrata.
Sesetengah invertebrata seperti cacing tanah
adalah berguna kepada manusia.
Nyamuk dan lalat pula boleh merebakkan
penyakit.
Sesetengah invertebrata seperti hidra dan
ameba hanya dapat dilihat dengan mikroskop.
Invertebrata membentuk kumpulan haiwan
tersendiri yang sangat besar.

Invertebrata

Badan bersegmen dan mempunyai enam kakiserangga seperti lipas, kumbang dan nyamuk
Badan bersegmen dan mempunyai banyak
kaki-mentibang, lipan dan labah-labah
Badan bersegmen tanpa kaki-cacing tanah dan
lintah
Badan lembut dan bercangkerang-siput babi
Kulit berduri-tapak sulaiman
Badan bercangkerang, berkaki dan ada
penyepit-udang, kala jengking dan ketam.

Pengelasan haiwan berdasarkan


pemakanan

Herbivor haiwan yang memakan tumbuhan


sahaja spt kambing dan lembu.
Karnivor haiwan yang memakan daging
sahaja spt harimau, serigala dan singa.
Omnivor haiwan yang memakan kedua-dua
haiwan dan tumbuhan spt tikus dan kucing.
Detritivor/pengurai organisma seperti
bakteria dan fungi yang peroleh tenaga
daripada tisu pengeluar dan pengguna yang
telah reput atau mati.

Pengelasan Tumbuhan

Tumbuhan dikelaskan kepada tumbuhan


berbunga dan tumbuhan tidak berbunga.

Tumbuhan berbunga
Tumbuhan berbunga boleh membiak
melalui biji benih atau pembiakan vegetatif
seperti bebawang (bawang), rizom (halia)
dan spora (kulat).
Ia boleh dikelaskan lagi kepada
monokotiledon dan dikotiledon.
Kotiledon ialah daun biji benih yang
mempunyai bahan makanan dalam bentuk
kanji yang digunakan semasa percambahan
biji benih.

Tumbuhan berbunga
Monokotiledon

Dikotiledon

Satu kotiledon

Dua kotiledon

Urat daun selari

Urat daun jejala

Batang tidak berkayu

Batang berkayu

Akar serabut

Akar tunjang

Bunga disusun di dalam 3


pusaran

Bunga disusun 2,4 atau 5


pusaran.

Tumbuhan Tidak Berbunga

Tidak menghasilkan bunga dan biji benih.


Kebanyakan membiak melalui spora.
Tumbuhan tidak berbunga adalah seperti
saprofit, parasit atau epifit.
Saprofit-tumbuhan pereput yang mendapat
makanan daripada organisma yang mati.
Parasit tumbuhan yang mendapat makanan
daripada benda hidup yang lain.
Epifit-tumbuhan yang menumpang pada benda
lain untuk mendapat tempat tinggal dan
cahaya.

Tumbuhan Tidak Berbunga


Tumbuhan boleh dibahagikan lagi kepada 4
kumpulan iaitu:
Alga
Kulat
Lumut
Paku pakis

Alga

Contoh alga- rumpai laut, spirogira,


pleurokokus dan ulva.
Hidup di dalam air dan tanah yang lembap.
Tiada daun, akar, dan batang yang sebenar.
Mempunyai klorofil untuk fotosintesis.
Mungkin unisel atau multisel.

Kulat

Contoh kulat-cendawan, yis, mukor.


Tidak mempunyai klorofil.
Tidak mempunyai daun, akar dan batang yang
sebenar.
Hidup sebagai parasit atau saprofit.
Menghasilkan spora untuk pembiakan.
Mungkin unisel (yis) atau multisel (cendawan).

Lumut
Contoh lumut- lumut hati dan funaria
Tumbuhan hijau halus kira-kira 2-3cm
Mempunyai bahagian daun yang jelas tetapi
tidak mempunyai sistem akar yang lengkap.
Terdapat pada tempat yang lembap seperti
tepi longkang dan dinding tembok.
Mempunyai daun berklorofil yang dapat
membina makanan melalui fotosintesis.

Paku Pakis
Contoh paku pakis-paku langsuyar dan paku
resam.
Tumbuhan epifit
Terdapat di tempat teduh yang lembap seperti
pada dahan pokok.
Mempunyai akar, batang, dan daun yang
sebenar.
Daunnya mempunyai klorofil untuk fotosintesis.
Menghasilkan spora untuk pembiakan.

Pembiakan Tumbuhan
Tumbuhan boleh membiak melalui
-pembiakan seks
-pembiakan aseks
Pembiakan seks biasanya diamalkan oleh
tumbuhan berbunga seperti pokok durian,
pokok rambutan dan sebagainya.
Pembiakan aseks diamalkan oleh tumbuhan
yang tidak menghasilkan biji benih.

Pembiakan Vegetatif
Melalui batang di atas tanah seperti batang
rayap dan keratan batang.
Melalui batang bawah tanah seperti rizom,
bebawang, umbisi, tuber dan sulur
Daun

Batang Rayap
Tumbuhan seperti rumput, strawberi dan
ubi keledek.
Mata tunas dan akar akan muncul daripada
batang rayap dan mendapat makanan
daripda induk untk berkembang menjadi
anak baru.
Batang rayap akan mereput setelah anak
baru tumbuh dengan baik dan boleh
membuat makanan sendiri.

Tumbuhan seperti ubi kayu dan buluh


mempunyai batang di atas tanah yang
mempunyai mata tunas.
Apabila keratan batang bertunas ditanam,
anak baru akan tumbuh daripada mata
tunas.

Rizom
Tumbuhan yang membiak melalui rizom termasuk
lengkuas, lalang, serai, halia dan teratai.
Rizom ialah batang yang tumbuh secara
mendatar di dalam tanah dan mempunyai
makanan simpanan.
Mata tunas dan akar dikeluarkan daripada rizom
membenarkan pembentukan anak baru yang
menerima makanan daripada induk sehingga
tumbuhan itu dapat membina makanannya
sendiri.

Bebawang
Tumbuhan yang membiak melalui cara ini
termasuk bawang dan lili.
Bebawang mempunyai batang bawah tanah
dengan daun-daun pucuk yang telah
diubahsuaikan menjadi daun berlendir
untuk menyimpan makanan.
Batang bebawang akan menghasilkan tunas
dan akar untuk tumbuh menjadi anak baru.

Umbisi
Tumbuhan yang membiak dengan cara ini
ialah ubi keladi dan sengkuang.
Umbisi merupakan batang membonggol
yang tumbuh menegak di bawah tanah dan
merupakan organ penyimpan makanan.
Mata tunas dan akar yang terdapat pada
umbisi boleh
berkembang menjadi anak baru jika
diasingkan daripada induknya.

Tuber
Tumbuhan seperti ubi kentang dan dahlia
membiak daripada tuber.
Tuber ialah batang bawah tanah yang
membengkak di bahagian hujungnya
kerana berisi makanan simpanan.
Ia mempunyai mata tunas dan akar yang
boleh berkembang menajdi anak baru
apabila diasingkan daripada induknya.

Sulur

Pokok pisang dan nanas boleh membiak


daripada sulur.
Sulur ialah pucuk yang tumbuh daripada
mata tunas yang terdapat pada batang
induk, sama ada di bawah tanah atau di
permukaan tanah.
Sulur akan berkembang menjadi anak baru
dan boleh dipisahkan daripada induk.

Daun

Daun pokok setawar dan lidah buaya yang


matang boleh menghasilkan mata tunas
pada sisinya.
Pucuk dan akar akan berkembang daripada
mata tunas pada daun untuk menjadi anak
baru yang terasing daripada induknya.

Spora
Tumbuhan tidak berbunga seperti mukor,
cendawan, paku pakis dan lumut melakukan
pembiakan aseks melalui spora.
Spora boleh tahan kepada persekitaran yang
terlampau seperti kemarau, suhu panas dan suhu
sejuk.
Spora akan bercambah dan tumbuh menjadi
tumbuhan baru apabila keadaan persekitaran
menjadi sesuai semula untuk tujuan pertumbuhan.

Jenis-jenis Mikroorganisma
Protozoa
Bakteria
Kulat
Virus

Protozoa

Organisma unisel yang biasa dijumpai dalam air


kolam, air sungai dan dalam sumber air yang
lain.
Contoh-ameba, paramesium, euglena,
klamidomonas dan volvox.
Klamidomonas dan euglena mempunyai flagela
yang membantu pergerakannya.
Paramesium bergerak di dalam air dengan
bantuan silium.

Bakteria

Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk


seperti bulat (kokus), rod (basilus), benang
bergulung (spirilla) dan koma (vibrio).

Kulat

Tumbuhan ringkas yang tidak berklorofil.


Contoh-yis dan mukor.
Mukor boleh hidup di atas kepingan roti lembap.
Ia ada
hifa (benang putih yang tumbuh secara melintang dan
tegak.
miselium-jalinan hifa melintang yang tumbuh ke
dalam substrat.
kandul spora-struktur berbentuk bulat di puncak hifa
yang berisi spora.

Kulat
Kandul spora yang matang akan pecah dan
menyebarkan spora di dalamnya.
Spora itu kemudian akan bercambah dan
membentuk hifa baru jika keadaan sekitar
adalah sesuai.

Virus

Mikroorganisma yang paling seni.


Dapat dilihat dengan mikroskop elektron.

Keperluan Asas Benda


Hidup
Semua benda hidup memerlukan makanan
sebagai sumber tenaga dan untuk
bertumbuh.
Tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti
harian .
Tumbuhan boleh membuat makanannya
sendiri melalui prose fotosintesis.
Tumbuhan memperolehi garam mineral
yang larut dalam air seperti kalium, nitrat,
fosfat dan sulfat melalui penyerapan air
oleh akar.

Keperluan Asas Benda


Hidup

Haiwan pula mendapat makanannya


dengan memakan tumbuhan atau haiwan
lain atau kedua-duanya.

You might also like