You are on page 1of 36

AMALAN MEMBACA DALAM

KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA
Disediakan Oleh :
Zebidah bt. Hussain
Wan Muhd Hasif b. Hj Wan Jamari
Terence ak Edward

MEMBACA GAYA WAWASAN


Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh
budaya
Inilah teladan sepanjang
masa
Gayakan hidup dengan
membaca
Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya
palsu
Tanpa membaca cacatlah
minda
Tanpa ilmu ke manalah kita
Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan
membaca
Dunia sempit menjadi luas
Temp0h kejayaan tiada

Mari kawan kita membaca


Mari rakan, timba ilmu
dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah
seruan
Jadikan Membaca Gaya
Wawasan
Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone
has to read
Let's reach out, open up your
mind
Let's make reading, a lifestyle
of Wawasan

LATAR BELAKANG
Membaca melibatkan proses deria dan
minda. Kedua-dua proses ini adalah saling
berhubungan antara satu sama lain.
Proses bacaan yang melibatkan organ
deria seperti mata dan telinga adalah
kurang berkesan berbanding dengan
proses minda. Pembacaan melalui minda
amat berkesan kerana ia melibatkan otak
yang bertindak memproses bahan bacaan.

Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu


proses yang kompleks. Membaca melibatkan
proses komunikasi di antara pembaca dengan
penulis melalui sumber tulisannya. Ia
melibatkan tahap pemikiran kognitif yang
tinggi.
Thorndike (1917) menyatakan bahawa
membaca melibatkan proses berfikir,
merenung, memberi nilai, membuat analisis dan
sintesis, memilih maklumat, membandingkan
maklumat dan mengukur maklumat tersebut

Fakta tabiat membaca dalam


kalangan rakyat
Secara puratanya, Rakyat Malaysia masih kurang
membaca. Mereka masih terperangkap dalam
kalimah yang menyatakan bahawa Membaca itu
membosankan. Sebaliknya, membaca patut
dibudayakan kerana Membaca itu jambatan
ilmu.
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perpustakaan
Negara Malaysia akan menjalankan kajian seawal
April ini bagi mengukur tahap membaca dalam
kalangan masyarakat negara ini yang dikatakan
masih rendah, kata Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais
Yatim.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh


Perpustakaan Negara pada 2005 mendapati
lebih daripada separuh jumlah 60,441 (kajian
secara rambang) rakyat Malaysia membaca
kurang daripada 7 muka surat setiap hari. Ini
bermakna rakyat Malaysia yang berumur
lebih dari 10 tahun ke atas membaca kurang
daripada 2 buah buku setahun.

KEPENTINGAN
MEMBACA

MENAMBAHKAN ILMU
PENGETAHUAN
Dengan membaca kita dapat
menambahkan ilmu pengetahuan
tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Jika
bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti
ia dapat menambahkan ilmu
pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu
pasti berguna untuk masa sekarang
ataupun masa hadapan anda.

Kita sudah sedia maklum tentang


perkara ini, namun apakah kita masih
tidak sedar dan lebih rela menjadi
komuniti yang jahil?
Sepertimana resmi padi, semakin tunduk
semakin berisi, dengan ilmu
pengetahuan akan membuatkan kita
menjadi lebih rendah diri dan
menghormati insan lain.

SENAMAN MINDA
Anda akan menghadapi hari-hari yang
tenang kerana dapat berfikir dengan baik
oleh kerana anda mempunyai minda yang
sihat. Jika anda menganggap senaman
tubuh badan itu sangat penting untuk
mendapat kesihatan yang sihat, maka
begitu juga senaman minda ini untuk
kesihatan minda anda. Dengan membaca
anda akan melakukan satu proses aktif
minda anda.

Hal ini demikian kerana anda menggunakan


sel-sel dalam otak untuk berfikir dan
mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya
membuatkan minda anda menjadi lebih
sihat.
Bijak pandai ada mengatakan, cantik di
luar, indah di dalam, badan yang sihat akan
menjadi lebih bermaya sekiranya dilengkapi
dengan minda yang cerdas dan berilmu.

MENINGKATKAN MEMORI
Sekiranya anda tidak menggunakan memori,
lama-kelamaan memori anda akan menjadi lemah.
Permainan seperti teka silangkata akan
mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari
tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan,
ia dapat membantu meregangkan otot-otot
memori dalam cara yang sama seperti anda
bermainan permainan yang menggunakan memori.
Hal ini demikian kerana membaca memerlukan
ingatan lebih lanjut mengenai bahan yang anda
baca . Secara tidak langsung ia akan
meningkatkan kekuatan memori anda.

MELATIH DIRI UNTUK BERDISIPLIN


Hal ini demikian kerana apabila anda selalu
membaca, anda telah memanfaatkan masa dengan
membaca sesuatu yang anda tidak tahu dan
menjadikannya sebagai hobi. Tetapi adakah ada
individu yang membuat jadual membaca dalam
sehari? Bagaimana dengan anda ?
Maka, apabila anda menambahkan aktiviti membaca
dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya
anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri
anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika
tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna
tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat
tinggi.

MENINGKATKAN
KREATIVITI
Seseorang yang rajin membaca tentang
kepelbagaian kehidupan dan ini akan
membantunya mendapat inspirasi dan
menjana idea-idea yang baru.
Dengan penambahan maklumat-maklumat
yang lebih ia bukan sahaja membantu
anda memajukan bahagian kreatif dalam
minda malah ia turut menyerap
pembaharuan ke dalam proses pemikiran.

Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk


melakukan sesuatu perkara yang baru
dalam hidup anda.
Selain itu, keupayaan minda kita akan
semakin berkembang dengan berfikir di
luar kotak fikiran sekaligus mendidik
minda kita bekerja dengan lebih kreatif
dan kritis.

MENGURANGKAN TEKANAN
Jika anda selalu merasa tertekan ataupun
banyak menghadapi masalah pasti ia akan
menyusahkan hidup anda. Apabila anda
membaca mungkin anda dapat melupakan
seketika sesuatu masalah anda yakni
membaca sesuatu yang menghiburkan anda
sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres
dan tekanan dalam diri anda .
Maka jelaslah bahawa membaca dapat
membantu anda dari keluar tekanan dan stres.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA DAN TATABAHASA
Pada mulanya memang sukar untuk seseorang
mendapat kemahiran membaca namun lamakelamaan dia akan menemui kemahiran dan
rentak membaca itu. Seterusnya akan
meningkatkan keseronokannya untuk membaca
kerana dia sudah menemui kemahiran dan
rentaknya sendiri.
Dengan kemahiran dan rentak inilah seseorang
itu tidak akan mudah merasa bosan malah
semakin seronok untuk membaca dan terus
membaca.

Secara tidak langsung, kemahiran dalam


penulisan seseorang itu akan bertambah
baik kerana kemahiran membaca dan
tatabahasa nya digilap dan dimurnikan
dengan amalan membaca yang konsisten.

DAPAT BERKOMUNIKASI
DENGAN BAIK
Hal ini demikian kerana dengan adanya
pengetahuan yang diperolehi daripada
pembacaan , maka seseorang akan
merasa lebih yakin untuk berkomunikasi.

Seseorang itu akan dapat menceritakan kepada


orang lain mengenai perkara yang dia tahu dan
mengelakkannya daripada berdiam diri sahaja
apabila berkomunikasi dengan orang lain.
Seseorang itu juga akan merasa seronok untuk
menceritakan dan berkongsi dengan orang lain
tentang perkara yang dia tahu.
Tanpa kita sedari, kita telah merapatkan jurang
sosial di antara kita dengan orang lain. Hal ini
dengan sendirinya akan memupuk sifat
bermasyarakat dan menyemai unsur perpaduan
di antara kita.

KEKANGAN

SIKAP MASYARAKAT
Mereka lebih suka mendengar dan berborak
berbanding membaca.
Sarjana dalam masyarakat sendiri
menyampaikan ilmu yang terkandung di dalam
buku dengan membacanya dengan nada yang
kuat. Malah, jika perlu melakukan perkara
yang terkandung di dalam buku berkenaan,
mereka akan melakukannya.
Budaya ini diwarisi dan menjadi penghalang
memupuk tabiat membaca di kalangan
masyarakat.

PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA, KEWANGAN DAN
STRATEGI
Keadaan ini menyebabkan jumlah
perpustakaan tidak mencukupi kerana
kebanyakan perpustakaan awam, sekolah
atau pusat sumber khusus berpusat di
bandar. Jumlah koleksi buku dan bahan
bacaan untuk kegunaan awam dan pelajar
juga tidak mencukupi.
Kekurangan tenaga pustakawan terlatih dan
berpendidikan serta bajet terhad untuk
membeli koleksi bahan bacaan.

Sebagai contoh, seorang anak kecil yang minat


membaca tetapi oleh kerana bahan-bahan bacaan tidak
mencukupi di rumah dan di sekolah, kedai buku juga
tidak banyak di bandar kecilnya, maka minatnya akan
pupus dan apabila dia dewasa , dorongan untuk
membacanya hilang begitu saja.Maka negara telah
kehilangan segelintir pembaca akibat kekurangan
kemudahan.
Seperti yang kita sedia maklum, pemupukan sifat
membaca ini harus ditingkat daripada kanak-kanak
hingga dewasa dan berterusan sehingga menjadi warga
emas. Minat membaca wajar dibentuk sepanjang hayat.
Justeru, untuk mempertahankan minat membaca ini
maka kemudahan yang dapat membekal buku
sepanjang hayat bagi seseorang diperlukan.

TARIKAN MEDIA
ELEKTRONIK

Potensi mengenai kesan media


elektronik seperti televisyen terhadap
keupayaan membaca kanak-kanak
sering menjadi isu yang
membimbangkan pendidik. Malahan, ia
selalu dikatakan menjadi punca
kurangnya minat membaca dalam
kalangan kanak-kanak.

Buktinya, kanak-kanak terlalu banyak


menghabiskan masa menonton
rancangan hiburan berbanding
rancangan yang berunsur ilmiah. Hal
ini adalah demikian kerana rancangan
hiburan lebih ceria dan lebih mampu
menarik perhatian mereka berbanding
rancangan berunsur ilmiah.
Natijahnya, generasi muda yang akan
menjadi korban, rentetan daripada
rancangan hiburan yang menjanjikan
keseronokan dan hiburan semata-mata.

LANGKAH-LANGKAH

Memupuk dan menyemai


budaya membaca dalam diri.
Selaras dengan isu yang diutarakan, pelajar
seharusnya mempunyai kesedaran tentang
maslahat yang dijanjikan oleh amalan membaca.
Mereka harus mengambil inisiatif untuk memulakan
amalan ini bertitiktolak daripada buku-buku teks,
surat khabar, majalah pelajar sehinggalah karyakarya agung penulis tersohor.
Selain itu, dalam era ledakan teknologi maklumat
ini,bahan bacaan ilmiah boleh didapati di manamana sahaja, termasuklah di gerai-gerai surat
khabar, kedai buku dan perpustakaan. Malah, kini
pelajar yang celik komputer boleh memuat turun
artikel-artikel dan cerita daripada jaringan internet.

Oleh itu, alasan bahawa sukar mencari


bahan bacaan ilmiah yang sesuai tidak
boleh menjadi penghalang kepada pelajar
untuk mengamalkan tabiat membaca.
Lantaran itu, kita perlu akur bahawa diri
pelajar sememangnya memainkan
peranan yang penting dalam usaha
memupuk tabiat membaca

PERANAN IBU BAPA


Ibu bapa menggalas tanggungjawab
dalam memberi galakan dan dorongan
kepada anak agar mengamalkan tabiat
murni membaca.
Keluarga merupakan pemangkin atau katalis
masyarakat kerana ibu bapa merupakan
insan terdekat dengan pelajar.
Pepatah Melayu ada mengatakan anak
ibarat kain yang putih adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk
mencorakkannya.

Justeru, amalan membaca perlu


diterapkan dalam diri anak dari
peringkat akar umbi bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ibu bapa seharusnya mendedahkan
anak kepada bahan bacaan yang sesuai
dengan umur anak dan menjadi teladan
baik agar anak dapat mengikut jejak
langkah mereka.
Mesejnya jelas, ibu bapa
bertanggungjawab memberi
pendedahan kepada anak terhadap
dunia membaca yang luas dan
menjanjikan keindahan ilmu yang tidak

PERANAN KERAJAAN
Peranan kerajaan dengan
menggembleng tenaga untuk
menyemai tabiat membaca.
Sekiranya ditinjau melalui skop yang
lebih holistik, kerajaan memainkan
peranan dominan dalam usaha
menyemai tabiat membaca dalam
kalangan pelajar.
Sebagai tonggak negara, dasar, kempen
dan aktiviti yang dianjurkan oleh
kerajaan seharusnya menjurus kepada
pemupukan amalan membaca.

Mengambil contoh daripada Dasar Pandang Ke


Timur yang diilhamkan oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia, pelajar negara ini digalakkan
agar mencontohi budaya penduduk Korea dan
Jepun yang kuat membaca. Amalan membaca
yang begitu sebati dalam jiwa mereka
haruslahdijadikan ikutan pelajar Malaysia.
Malah, Kementerian Pendidikan perlu
memainkan peranan dengan menganjurkan
pertandingan seperti Pertandingan Rensensi
Buku yang berupaya memancing minat pelajar
terhadap buku.
Justeru, jelaslah bahawa kerajaan berperanan
penting dalam pemupukan amalan membaca
dalam kalangan pelajar

PERANAN PIHAK-PIHAK LAIN


Usahasama pihak-pihak swasta dalam
langkah memupuk tabiat membaca.
Sementelahan itu, pihak swasta juga
seharusnya menyumbangkan dana untuk
menyuburkan benih membaca dalam diri
pelajar.
Ekspo buku dan pameran buku secara
besar-besaran hanya dapat dicapai dengan
sumber kewangan pihak swasta seperti
Popular Bookstore dan MPH.

Di peringkat sekolah, syarikat-syarikat swasta


perlulah mempunyai inisiatif untuk menaja
surat khabar untuk bacaan para pelajar.
Dengan ini, pelajar berpeluang membeli
surat khabar pada harga yang lebih rendah
seterusnya amalan membaca dapat dipupuk.
Tuntasnya, pihak swasta juga perlu
menyumbangkan tenaga untuk
menyemai tabiat membaca dalam diri
pelajar.

sekian

Amalkan membaca budaya kita

You might also like