You are on page 1of 26

BIMBINGAN DAN

KAUNSELING
PDFP 3093
Shazarina binti Zdainal
Abidin
Fakulti Pendidikan

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIMBINGAN

Perbuatan membimbing, memberi petunjuk dan huraian.


(Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

Bantuan yang diberi kepada individu bagi menentukan


matlamat jangka pendek dan panjang, merancang caracara bertindak serta memperbaiki sikap dan tingkah laku
dalam aspek-aspek yang perlu.
(Alice Crow, 1983)

Proses membantu individu memahami dirinya dan dunia


sekeliling supaya dapat menggunakan kebolehan,
keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya.
(Suradi Salim, 1997)

BIMBINGAN
Bimbingan melibatkan usaha memberi arahan
secara teratur serta mengandungi maklumat
sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat
tercapai oleh orang yang menerimanya.
Bimbingan dilakukan sengaja, dirancang,
berterusan, mengarah kepada tujuan dan
penyesuaian diri.
Proses membantu individu atau kumpulan
membuat pilihan menurut nilai dirinya.

KAUNSELING

Proses interaksi yang menggerakkan pemahaman


bermakna terhadap diri, persekitaran serta menghasilkan
pembentukan, penjelasan matlamat dan nilai bagi
tingkah laku masa depan.
(Blocher dalam Shertzer dan Stone, 1974)
Kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti beretika yang
dilakukan kaunselor dalam usaha membantu klien
melibatkan diri dengan pelbagai tingkah laku yang
menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.
(Krumboltz dalam George & Cristiani, 1990)
Kaunseling itu sebagai proses pertolongan yang
profesional yang bertujuan membantu individu
memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
(Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah
Mokhtar, 1995)

KAUNSELING

Proses pertemuan interaksi bersemuka antara


kaunselor dengan klien yang mengakibatkan
berlakunya perubahan pada klien.

Proses interaksi yang membolehkan individu


meneroka , menimbulkan kesedaran dan memahami
diri mengenai aspek diri yang boleh menyebabkan
seseorang itu menghadapi masalah.
Proses membantu individu atau kumpulan membuat
perubahan.

FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING

Satu proses pendidikan yang berlanjutan,


tersusun dan bersistem yang membantu
individu melalui usahanya sendiri untuk
mengembangkan kemampuan, membuat
pilihan dan penyesuaian supaya memperolehi
kesejahteraan dalam hidup.
Setiap pelajar berpotensi untuk digembeleng
secara optimum menerusi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang cekap,
berkesan dan beramanah berteraskan sumber
dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar
yang seimbang dari aspek intelektual,
jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan
beramal soleh.

FAKTOR KEPERLUAN PERKHIDMATAN B&K


Perkembangan pesat ekonomi
Agenda Pendidikan negara
Kebimbangan pelajar
Pembangunan modal insan
Penghijrahan penduduk
Kemajuan dan perkembangan teknologi
Masalah penghakisan nilai
Penderaan kanak-kanak
Masalah penyalahgunaan dadah.
Masalah pengabaian warga emas.
Gejala sosial remaja
Masalah disiplin pelajar
Masalah kerja di organisasi

MATLAMAT DAN OBJEKTIF BIMBINGAN DAN


KAUNSELING

MATLAMAT BIMBINGAN

Membantu individu mengenal diri.

Membantu individu mengenali orang lain.

Membantu individu mengenali persekitaran.

Membantu individu menjadi lebih berkesan, produktif


dan sejahtera.

MATLAMAT KAUNSELING

Menggalakkan celik akal.

Mengenali dan mengembangkan potensi diri.

Menyediakan perubahan tingkahlaku.

Membantu membuat keputusan.

Membentuk kemahiran daya tindak.

Mempercepat kerasionalan individu.

Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas


dirinya.

Memperbaiki imej yang negatif.

PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN DAN


KAUNSELING

PRINSIP BIMBINGAN
1. Untuk semua pelajar
2. Satu sistem tanggungjawab bersama.
3. Mengutamakan perkembangan individu.
4. Berasaskan proses perlakuan individuWalaupun buat secara kelompok besar, namun
kita kena tahu apa kehendak mereka.
5. Proses berterusan.

PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING
1. Menggunakan cara yang bersistem.
2. Memberi fokus kepada perkembangan individu/klien
sebagai keutamaan.
3. Mestilah berorientasikan hubungan menolong dan
bukannya paksaan.
4. Menghargai keupayaan manusia untuk
mengembangkan dirinya.
5. Mengutamakan harga diri dan nilai individu serta hakhak individu untuk memilih.
6. Proses pendidikan yang berterusan.

BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

BIMBINGAN
a)
-

Konsep
Merupakan perhidmatan membimbing individu yang memerlukan
ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran

b) Matlamat
Memberi nasihat, panduan, pengajran dan pertolongan kepada
pelajar yang memerlukan
c)
-

Kaedah
Pelbagai strategi dan teknik. Hubungan boleh sehala atau dua hala.
Sesiapapun boleh memberikan bimbingan seperti guru, ibubapa,
rakan dsb

d) Jangkamasa
Cepat dan ringkas. Mungkin 1 jam atau lebih atau kurang dari itu. 1
5 sesi sahaja.

KAUNSELING

Konsep
- Proses menolong klien secara profesional untuk klien memahami
dirinya dan alam sekitarnya

Matlamat
- Mengatasi dan menangani kebuntuan dan kekusutan fikiran dan
perasaan klien. Cth masalah pertumbuhan kendiri, masalah
peribadi, masalah interpersonal dsb
Kaedah
- Menggunakan pendekatan dan strategi kaunseling. Dilakukan oleh
kaunselor yang mempunyai kemahiran, kelayakan dan bertauliah
Jangkamasa
- Antara 1-8 sesi atau kurang dari 6 bulan

PSIKOTERAPI
Konsep
-Sejenis rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar dalam bidang
kejiwaan seperti psikiatris
Matlamat
-Pemulihan kekeliruan atau penyakit mental yang berat seperti
skizofrenia, histeria dsb. Klien menghadapi masalah perubahan
pembentukan semula jiwa
Kaedah
- Psikoterapi dan ubat-ubatan. Dibawah selia pakar psikologi
kaunseling, ahli psikologi klinikal dan pakar psikiatri
Jangkamasa
- Melebihi 6 bulan

KEPERLUAN GURU MEMAHAMI KONSEP


BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sebagai pendokong dan penyokong program bimbingan.


Guru adalah orang yang paling banyak berinteraksi dengan
murid.
Guru mempunyai kedudukan yang membolehkan dia
melihat sebarang perkembangan dan perubahan
tingkahlaku pelajar daripada norma sosial, undang-undang
atau agama.
Membantu pemupukan tingkahlaku yang positif dalam
kehidupan seharian pelajar.
Memberi sokongan dalam mempercepatkan dan
memudahkan proses perubahan tingkahlaku pelajar.
Memberi maklumbalas kepada klien atau kaunselor dapat
mempertingkatkan keberkesanan proses kaunseling.

You might also like