You are on page 1of 13

BAB 4 GRAF,

CARTA DAN RAJAH


MEMBINA JADUAL
Data dan maklumat yang dikumpulkan dapat
dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Maklumat dalam bentuk catatan sukar dibaca dan

ditafsir.
Bagi menghasilkan jadual yang sempurna, data

disusun daripada bilangan yang besar kepada


bilangan yang kecil.
Data yang disusun dalam bentuk jadual kerana:

a) Mudah dibaca

b) Mudah difahami

c) Mudah ditafsir
GRAF BAR MAJMUK
Graf bar majmuk mengandungi
beberapa maklumat dalam satu bar.
Setiap bar dibahagikan kepada beberapa
komponen yang berlainan.
Ketinggian bar menunjukkan jumlah
komponen secara keseluruhan.
Graf bar majmuk menunjukkan
perbezaan dan jumlah keseluruhan
komponen.
Langkah-langkah Melukis Graf Bar
Majmuk

Lukis paksi mendatar dan menegak.


Kenal pasti nilai maksimum dan minimum untuk
menentukan skala yang sesuai.
Pastikan nilai terbesar diletakkan di bahagian
bawah dan nilai terkecil di sebelah atas.
Tandakan ketinggian setiap bar.
Lukiskan bar.
Gunakan warna atau lorekan untuk membezakan
bahagian dalam bar.
Lengkapkan graf dengan tajuk, petunjuk dan label.
LANGKAH-LANGKAH MENTAFSIR GRAF BAR
MAJMUK DAN GRAF GABUNGAN

Perhatikan tajuk graf untuk mendapatkan maklumat


ringkas tentang jenis data yang digambarkan oleh graf.
Perhatikan label bagi paksi menegak dan mendatar.
Perhatikan nilai maksimum dan minimum bagi setiap
komponen dan bar.
Nyatakan jumlah dan nilai perubahan mengikut tahun.
Huraikan aliran perubahan mengikut setiap komponen
dan bar./ setiap bar atau garisan.
Buatkan perbandingan ringkas antara aliran garisan
dan bar.
Buatkan rumusan secara keseluruhan.
GRAF GABUNGAN
Ia merupakan gabungan graf garisan
dan bar dalam sebuah graf untuk
menunjukkan 2 maklumat yang
berlainan.
Data dan maklumat yang sesuai

dipersembahkan dalam bentuk graf


gabungan ialah:
a) Suhu dan hujan

b) Harga jualan dan jumlah pengeluaran.


LANGKAH MEMBINA GRAF GABUNGAN

Kumpulkan maklumat
Kenal pasti nilai maksimum dan minimum
kedua-dua jenis maklumat.
Pilih skala yang sesuai.
Lukis paksi mendatar dan menegak
Tandakan skala bagi maklumat pada paksi
menegak dan mendatar.
Tandakan dan lukiskan bar bagi bagi maklumat
tersebut.
Lengkapkan dengan tajuk, label dan petunjuk.
CARTA PAI
Carta pai terdiri drp sebuah bulatan
yang dibahagikan kepada beberapa
pecahan untuk menunjukkan sesuatu
jumlah.
Setiap pecahan menunjukkan maklumat
tertentu.
Saiz setiap pecahan bergantung kepada
kuantiti maklumat.
LANGKAH MEMBINA CARTA
PAI
Tukarkan nilai
Nilai/Jumlah x 100
Tentukan sudut sektor

Nilai/ Jumlah x 360


Lukis sebuah bulatan

Lukiskan setiap bahagian berdasarkan sudut sektor

yang dikira mengikut pusingan jam dari utara. Susun


drp sektor yang terbesar kepada yang kecil. Sektor
lain-lain diletakkan di akhir sekali walaupun saiznya
agak besar.
Lorekkan dan labelkan setiap sektor dan nyatakan

peratusnya.
Lengkapkan dengan tajuk dan petunjuk.
Langkah-langkah Mentafsir Carta Pai

Perhatikan tajuk.
Perhatikan petunjuk dan namakan
setiap sektor.
Perhatikan nilai setiap sektor serta
perbezaan antara sektor.
Rumus secara keseluruhan.
RAJAH ALIRAN
Ialah satu bentuk grafik yang memberikan gambaran
dan makna tentang sesuatu proses tertentu.
Ia sesuai untuk menunjukkan aliran proses atau

peringkat kejadian.
Ia disusun mengikut urutan proses dan ditunjuk

dengan anak panah serta mempunyai penerangan


ringkas.
Kebaikan rajah aliran ialah:

a) Maklumat mudah difahami

b) Maklumat dapat dipersembahkan dengan menarik

c) Maklumat dapat diringkaskan dan lebih jelas.


LANGKAH MELUKIS RAJAH
ALIRAN
Rangkakan urutan proses berdasarkan
maklumat yang diberi.
Pilih fakta yang penting
Susun fakta mengikut peringkat
Lukis kotak-kotak pada lokasi yang sesuai
dan masukkan fakta ke dalam kotak.
Sambungkan kotak-kotak dengan anak
panah sehala mengikut urutan.
Lengkapkan dengan tajuk yang sesuai.
LANGKAH MENTAFSIR RAJAH ALIRAN

Perhatikan tajuk.
Kenal pasti label dan anak panah.
Huraikan proses yang terlibat mengikut
urutan anak panah.
Rumus secara keseluruhan.

You might also like