You are on page 1of 37

PAK 21

Metodologi Pedagogi
Pendidikan Abad Ke-
21

18 Februari 2017| SRAI KULIM


Oleh : Pn. Sarah Zaini (SZ)
Isi Kandungan
Ideologi Asas PAK21
- Dasar KPM PAK21
- Kelas PAK21
- Guru PAK21
- PdP PAK21

Aktiviti Kelas PAK21

Aktiviti Hands-On PAK21 (IT)


1. Kahoot ( Bina dan Aplikasi)
2. QR Code (Bina dan Aplikasi)
3. Google Form (Bina dan Aplikasi)
Syaidina Umar Al-Khattab
mengatakan, didiklah anak-anakmu
itu berlainan dengan keadaan kamu
sekarang kerana mereka telah
dijadikan Tuhan untuk zaman yang
bukan zaman engkau.
Hamka menjelaskan, anak adalah
untuk zaman yang akan datang, bukan
untuk zaman kita. Salahlah pendidikan
orang tua yang hendak menjadikan
anak mereka seperti mereka juga.
DASAR PAK21
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan
KSSR dan KSSM adalah merupakan
penanda aras keberkesanan
pendidikan abad 21 seperti yang
dihasratkan Kementerian Pendidikan
Malaysia mulai tahun 2014, selaras
dengan transformasi pendidikan
negara dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 - 2025)
11 anjakanyang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakankesamarataan akseskepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalambahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yangmenghayati nilai.
4. Transformasikeguruansebagai profesion pilihan.
5. Memastikanpemimpin berprestasi tinggiditempatkan di setiap
sekolah.
6. MengupayaJPN, PPD dan sekolahuntuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.
7. MemanfaatkanICTbagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaanpenyampaian pendidikan.
9.Bekerjasamadengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
10. Memaksimumkankeberhasilan muridbagi setiap ringgit.
11. Meningkatkanketelusan akauntabilitiawam.
Proses transformasi sistem pendidikan turut akan
dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga
gelombang:

Gelombang 1(2012-2015) menumpukan kepada


usaha memperbaiki sistem dengan memberi
sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran
asas.

Gelombang 2(2016-2020) mempercepatkan


penambahbaikan sistem.

Gelombang 3(2021-2025) ke arah


kecemerlangan menerusi operasi yang lebih
fleksibel.
Kemahiran yang perlu dikuasai
oleh pelajar dalam PAK21

1. Kemahiran maklumat dan


komunikasi
2. Kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah
3. Kemahiran interpersonal dan arah
Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh
kendiri
diharapkan dan dapat beradaptasi dengan
persekitaran dan rakan sekelas lain. Selain daripada
itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial
yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab
dan penuh prihatin.
KELAS PAK21
Satu proses yang melibatkan
penyusunan fizikal sesebuah
bilik darjah serta galakan
komunikasin dan interaksi
antara murid
CIRI GURU PAK21
1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar.
Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk
menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di
dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid


Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru
untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi
mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.
4. Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran
bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan
respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu
berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan
dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi,
sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada
golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki
kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan
luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan
salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang
memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik
lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk
menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan
lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada
suasana pembelajaran di dalam kelas.
10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad
ke 21
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai
pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan
perbincangan bersama rakan, atau pun
penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih
interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan


- pembelajaran dirancang dengan teliti dan
tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di
ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa
berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan
pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan
yakin dan menghargai pendapat mereka
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam
pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab
dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah
tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling
berkesan dalam pembelajaran
Bagi menggalakkan penyertaan murid semasa di
dalam bilik darjah juga, beberapa Tool Kits
Pembelajaran Abad 21 boleh digunakan, antaranya
ialah.
Hand
Signal
Parking Traffic
Lot Light

Mini
Papan
Exit Ticket whiteboar
Ganjaran
d
Ciri-ciri PAK21 juga adalah
berteraskan kepadaKONSEP 4C

DULU PAK21

Read Communication/Komunika
si
Write
Critikal Thinking/Pemikiran
Arithmetic
Collaboration/Kolaborasi

Creative/Kreativiti
Aktiviti Kelas PAK21
1. Round Table
2. Think Pair Share
3. Hot Seat
4. Deklamasi Sajak/Puisi/dll
5. Pembentangan Hasil
6. Role Play
7. Gallery Walk
8. Three Stray One Stay
9. Peta i-think
10. Lain-Lain
JOM BERTINDAK!

JOM BERTINDAK!
JOM BERTINDAK!
Bagaimana nak kuasai dan
bertindak?

Tidak ada jalan pintas


Mahupun tongkat ajaib
Betulkan niat!
Betulkan niat kita dan sentiasa positifkan diri,
inshaAllah kejayaan dan penyelesaian juga akan muncul.

Jika gaji kita rm1000, tetapi kita bekerja ikhlas dan


bersungguh-sungguh seperti rm10,000 maka Allah akan
gantikan bakinya dengan nikmat dan kesenangan lain.
Tetapi jika gaji kita rm10,000, kerjanya macam rm1000,
maka Allah akan tarik balik bakinya dengan segala
kesusahan dan masalah.

Seperti mana kata orang, untung menjadi guru ini laluan


luas terbentang menuju ke syurga dengan ilmu yang
bermanfaat. Jangan pula hanya kerana negatifnya kita,
gelojohnya kita, tak ikhlasnya kita, maka kerjaya ini pula
menjadi laluan mudah untuk ke neraka!
http://www.cikguhailmi.
com

You might also like