You are on page 1of 13

Meningkatkan Tahap Kesedaran Murid

Terhadap Perlembagaan Negara


Merakyatkan kesedaran dan kefahaman Perlembagaan Negara perlu
diambil sebagai satu inisiatif untuk membina negara bangsa.

Kefahaman murid terhadap Perlembagaan Malaysia akan membantu


meningkatkan suasana yang harmonis antara kaum dalam sekolah.

Pelbagai aktiviti boleh dikelolakan di sekolah seperti penyediaan


modul dan garis panduan penerapan Perlembagaan Negara dalam
aktiviti kurikulum dan kokurikulum bermatlamat untuk menghormati
peruntukan undang-undang dalam kehidupan masyarakat.

Mengadakan kempen, seminar, forum berkala mengupas dan


menjelaskan bab-bab tertentu bagi meningkatkan pemahaman
terhadap Perlembagaan Malaysia juga boleh dianjurkan.
Mempertingkatkan Kefahaman tentang Semangat
Kerjasama ke Arah Perpaduan dan Integrasi Kaum
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan murid-murid agar lulus
dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai
tahun 2013.

Murid-murid diwajibkan belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat


memahami erti perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh sejarah demi
perpaduan negara.

Hal ini juga sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan


permuafakatan bangsa dan semangat perpaduan pemahaman kaum-kaum
di Malaysia tentang sejarah tanah air yang penting.

Maka, murid-murid perlu memahami sejarah supaya mereka akan lebih


menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini serta
akan menjadi pemangkin kelangsungan keamanan dan kesejahteraan
tanah air kita.
Pembinaan Negara Bangsa
dalam Persekitaran
Kepelbagaian Sosiobudaya
Disediakan oleh :
Nur Anniesa Binti Zakaria
6.3 peranan guru dalam pembinaan
integrasi nasional
Pendidik dan pembinaaan negara bangsa adalah berkait rapat antara satu
sama lain. Tanpa guru dalam arena pendidikan, proses pembinaan negara
bangsa tidak mudah tercapai.

Institusi pendidikan dan guru mempunyai tanggungjawab membentuk


perkembangan sahsiah murid terutamanya dalam konteks negara berbilang
kaum seperti Malaysia. Guru perlu menyahut cabaran untuk mengintegrasi
semua kaum supaya dapat mewujudkan satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia.

Identiti bangsa Malaysia yang hendak dizahirkan mempunyai identiti yang


sama, mengamalkan nilai dan etika yang baik, budaya yang boleh dimiliki
bersama dan kelangsungan hidup secara aman dan harmonis.

Rumusan boleh dibuat bahawa sistem pendidikan formal di Malaysia ialah


satu elemen penting dalam proses membina negara bangsa yang bersatu
dan kekal releven dalam dunia moden ini.
6.3 peranan guru dalam pembinaan
integrasi nasional
6.3.1 Penerapan Nilai Murni Merentas
Pengajaran dan Pembelajaran
6.3.2 Peranan Guru dan Pembentukan
Semangat Patriotisme dalam Kalangan
Murid
6.3.3 Peranan dan Profesionalisme Guru
dalam Pembinaan Integrasi Nasional
Penerapan Nilai Murni Merentas
Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi mencapai pemupukan integrasi kaum ke arah
matlamat pembentukan negara bangsa, guru
melaksanakan tanggungjawabnya secara berdedikasi
mengelola pengajaran dan pembelajaran sambil
menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan
kokurikulum.
Nilai :
- Jujur
- Ikhlas
- Bertoleransi
- Sabar
- Setia
- Taat
Penerapan Nilai Murni Merentas
Pengajaran dan Pembelajaran
Unsur-unsur nilai diterapkan dengan isi pelajaran dengan
tujuan menjajarkan minda dan hati murid berasaskan sifat
dan tingkah laku unggul ke arah integrasi kaum.
Kecekalan guru untuk meluhurkan nilai murni kemanusiaan
ini akan mewujudkan suasana murid mengamalkan sifat
bertolak ansur, peka terhadap budaya kaum lain.
Pada diri guru, perlu ada sifat fitrah seperti pengganti ibu
bapa supaya boleh diteladani oleh murid-muridnya.
Peranan Guru dan Pembentukan Semangat
o Patriotisme
Bersikap dalam
positif dalam dirinya Kalangan
sendiri, Murid
bangga akan
pencapaian dan budaya bangsa serta mempunyai niat baik
hendak membina dan memelihara negara bangsa sebagai
seorang patriot.
o Sentiasa bersemangat dan bersedia melaksanakan tugas
dengan penuh tanggungjawab serta menyemai serta
membentuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.
o Komitmen guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan
secara adil dan saksama, sentiasa mendukung dasar-dasar
pembangunan untuk memajukan negara.
o Melahirkan murid-murid yang patuh pada undang-undang dan
Perlembagaan Negara
Peranan Guru dan Pembentukan Semangat
Patriotisme dalam Kalangan Murid
o Perlu mengambil kira bahawa jika semangat patriotik dapat dipupuk
sejak kanak-kanak di bangku sekolah nescaya semangat patriotik
akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga seseorang itu dewasa.
o Menyediakan perancangan pengajaran, memberikan penekanan
tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah
sebagai usaha melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya
dan pasti akan menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama
dan negaranya sendiri.
o Menyedarkan murid akan betapa pentingnya integrasi nasional
melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti bagi menerapkan semangat
patriotisme secara berterusan melalui kokurikulum.
Peranan dan Profesionalisme Guru
dalam Pembinaan
Integrasi Nasional
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan tujuan menyampaikan ilmu
pengetahuan serta membawa kesedaran
betapa pentingnya membuka minda murid
melalui pemerolehan ilmu pengetahuan.

Profesionalisme guru perlu mahir dalam ilmu


pedagogi untuk menceriakan suasana
pembelajaran dengan menggunakan cara
mengajar atau alat bantu mengajar yang
lebih menarik untuk meningkatkan minat
belajar murid-murid.

Secara hakikinya, memupuk semangat


mencintai ilmu pengetahuan dan sanggup
berusaha mendakapi budaya ilmu untuk
membangunkan intelek.
Guru perlu meletakkan keutamaan tugas dan
tanggungjawabnya pada tahap tertinggi bagi
memastikan semua perancangan dan dasar-dasar
pembangunan negara berjalan lancar terutamanya
dalam usaha integrasi kaum.

Guru perlu menanam visi bahawa kemajuan masa depan


negara sebenarnya bermula di tangan seorang pendidik.

Tuntasnya, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan 2006-2010 bahawa pembinaan
negara bangsa amat penting bagi memastikan identiti
nasional yang dihasratkan tercapai.

Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara


bangsa terutamanya bagi menyemai semangat
kenegaraan khususnya pada peringkat awal
perkembangan murid dan diteruskan pada peringkat
pendfdikan yang lebih tinggi.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like