You are on page 1of 9

PERANAN

WANITA CINA

Latar Belakang
Institusi kekeluargaan tamadun Cina dahulunya mengamalkan sistem patriarki, (kekuasaannya dipegang

oleh kaum lelaki).

Peranan dan status wanita dengan lelaki dalam keluarga dan masyarakat Cina memiliki kedudukan yang

berbeza.

Kitab Shijing, Konfusius menerangkan semasa anak lelaki dilahirkan, semua orang akan berbahagia

menyambutnya, tetapi apabila seorang anak perempuan dilahirkan dia tidak membawa kebahagiaan bagi

orang tuanya.

Konsep perbezaan ini terdapat dalam konsep Yin-Yang. Menekankan bahawa perbezaan antara lelaki dan

wanita merupakan sebahagian dari peraturan alam, bukan diciptakan oleh manusia.

Pada zaman empayar China, wanita tidak dibenarkan untuk menolak jodoh yang telah dibuat oleh

keluarganya.

Wanita Cina memiliki keterbatasan dalam ruang gerak mereka, baik dalam bidang pendidikan, kerjaya, dan

bidang politik. Majoriti wanita Cina dilayan secara tidak adil.

Ramai dari mereka menjadi objek perdagangan manusia, perhambaan, dan pelacuran. Bahkan saat

pemerintahan Republik China, wanita masih diharapkan untuk tinggal dirumah dan mengurus keluarga.
Wanita Cina Pada Zaman Dahulu
KONFUSIANISME

Lebih menekankan ajaran hubungan antara manusia dengan manusia.

Ajaran Konfusius juga mempengaruhi kedudukan dan peran


perempuan.
Masyarakat Cina yang menganut budaya patrilineal hanya mewariskan
alur keturunan kepada anak lelaki.
Hampir semua orang tua Cina tradisional tidak mengharapkan
kelahiran anak perempuan. kelahiran anak perempuan dianggap tidak
memberikan keuntungan bagi orang tua.
Ajaran Konfusius juga menekankan lima hubungan terpenting antara
manusia yang dijelaskan dalam Wu Lun ( ).
Jun-Chen ( ), antara pemerintah dan rakyat

Fu-Fu ( ), antara suami dan isteri

Fu-Zi ( ), antara bapa dan anak lelaki

Xiong-Di ( ), antara adik beradik lelaki

Peng-You ( ), antara kawan- kawan

Kedudukan perempuan adalah bawahan (subordinat) bagi suaminya.

Menurut kitab Zheng Ming, manusia hendaklah bersikap sesuai


dengan status hidupnya. Tidak boleh menyimpang dan jika terjadi
pelanggaran akan sikap itu maka keharmonian akan terganggu.
Dalam kitab ini tentu saja menegaskan status antara perempuan dan
lelaki dengan tugasanya masing- masing.
Perempuan Cina tradisional wajib memiliki 4 Kebajikan/Si De ( ),
iaitu:
De ( ): Wanita harus tahu dan dapat menempatkan diri

Yan ( ): Wanita tidak diperkenankan banyak bicara dan mempunyai banyak


keinginan.

Rong ( ): Wanita harus berkelakuan baik dan bersifat menerima.

Gong ( ): Wanita harus rajin dalam mengerjakan pekerjaan rumah tangga.

Selain itu, terdapat 3 Kepatuhan/San Cong ( ), iaitu:


Gu Wei Jia Cong Fu: Wanita yang belum menikah harus tunduk pada orang tua.

Ji Jia Cong Fu: Wanita yang sudah menikah harus tunduk pada suaminya.

Fu Si Cong Zi: Apabila suaminya sudah meninggal, wanita wajib tunduk pada
anak lelakinya.
KONSEP YIN DAN YANG

Kedua sisi ini memiliki kewujudan yang saling berlawanan dan mempengaruhi.

Yin bersifat tertutup dan berada di belakang Yang. Yin mewakilkan sisi yang negatif, bumi,

bulan, kerendahan, gelap, lemah, dan pasif.

Yang bersifat terbuka dan berada di depan Yin. Yang mewakili sisi positif, langit, matahari,

ketinggian, terang, kekuatan, dan aktif. Yin dan Yang berdampingan membentuk harmoni.

Disimbolkan dengan lingkaran penuh yang setengahnya berwarna hitam dengan titik

berwarna putih, dan setengahnya lagi berwarna putih dengan titik berwarna hitam.

Bahagian yang berwarna hitam melambangkan Yin sedangkan bahagian berwarna putih

melambangkan Yang.

Titik putih dan hitam masing-masing melambangkan Yin dan yang Yang saling berhubungan

dan melengkapkan.

Kewujudan Yin dianggap bergantung pada Yang.

Begitu juga dengan keberadaan wanita yang akan selalu menjadi bayangan dari lelaki. Wanita

dianggap memiliki posisi yang lebih rendah kerana mewakili hal negatif dan inferior,
FOOT BINDING/ TERATAI EMAS/ JIN LIAN ( )
Membungkus dan mengikat kaki dikalangan wanita tradisional yang
dilakukan sejak kecil dengan cara-cara dan tujuan tertentu.
Wanita yang hidup dari kalangan bangsawan harus menerima
kenyataan amalan pengikatan kaki (Foot Binding) sejak usia mereka
4-7 tahun.
Tradisi pengikatan kaki ini sudah dimulai lebih dari seribu tahun yang
lalu iaitu pada dinasti Tang (618-907) dan mulai tersebar pada
golongan kelas atasan pada dinasti Song (960-1297), dinasti Ming
(1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911).
Mulai berkembang kerana seorang permaisuri yang hidup pada masa
dinasti Shang, abad ke-12 SM, untuk menutupi kelainan kakinya
dengan cara mengikat erat kakinya dengan pita-pita agar kelihartan
cantik.
Akhirnya kebiasaan ini diikuti oleh wanita yang berkaki normal agar
kelihatan lebih kecil seperti permaisuri tersebut.
Amalan ini juga menjadi salah satu ciri status sosial wanita pada
masa itu, semakin kecil kaki wanita yang diikat, semakin cantik dan
tinggi status sosialnya.
Seorang anak perempuan harus di ikat kakinya untuk mengangkat
darjat keluarga.
WANITA CINA MASA KINI
Undang-undang Republik Rakyat China tentang Perlindungan Hak dan
Kepentingan Wanita diumumkan pada tahun 1992, hal ini membuat
peningkatan terhadap populasi pekerja wanita di China.
Perubahan peratuan pada zaman pemerintahan Republik Rakyat
China ini telah membawa perkembangan yang pesat bagi status
wanita China dalam masyarakat. Khususnya dalam bidang
pendidikan, ilmu pengetahuan teknologi, budaya, olahraga, dan
kesihatan masyarakat.
Wanita yang telah berkahwin memainkan peranan besar sebagai
seorang ibu dan pekerja demi membantu suami dalam meningkatkan
ekonomi keluarga.

You might also like