You are on page 1of 42

BAB 2

MENGENALI CIRI-CIRI
USAHAWAN
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
OBJEKTIF BAB
Di akhir bab ini pelajar akan dapat:
1. Mengenal pasti mitos-mitos keusahawanan.
2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong
penyertaan individu dalam bidang keusahawanan.
3. Mengenal pasti ciri-ciri usahawan yang berjaya.
4. Membezakan ciri-ciri usahawan dengan peniaga,
pengurus dan usahawan korporat
5. Mengaplikasikan profil usahawan berjaya di Malaysia
dan di dunia dengan ciri-ciri usahawan yang dipelajari.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Pengenalan
Penggerak dan pemangkin ekonomi negara.
Tulang belakang dan nadi ekonomi sesebuah negara
Pelajar2 perlu tahu bhw masyarakat yang mempunyai
paling ramai usahawan adalah masyarakat yang terbaik.
Pelajar perlu yakin bahawa pembudayaan nilai-nilai dan
ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki akan menjurus
untuk menjadi lebih yakin serta lebih bersedia merebut
peluang serta berhadapan dengan cabaran.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Mitos Keusahawanan
Mitos 1: Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir
Realiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada
pelaksanaan, tetapi mereka juga sering berfikir secara
mendalam mengenai tindakan yang akan diambil. Mereka
berfikir tentang alternatif lain sekiranya rancangan mereka
tidak berjaya.
Mitos 2: Usahawan adalah dilahirkan bukan dibentuk
Realiti: skg penyelidikan dan pengiktirafan terhadap
bidang keusahawanan berjaya membuktikan bahawa
usahawan dapat dibentuk melalui proses pembelajaran
dan latihan berdasarkan modul yang teratur.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont..Mitos Keusahawanan
Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta
Realiti: ramai pencipta adalah seorang usahawan,
tetapi ramai usahawan berjaya tidak terdiri daripada
kalangan pencipta.

Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir


dalam akademik dan masyarakat
Realiti: Kepercayaan bahawa usahawan adalah
terdiri dari golongan yg tercicir dlm akademik dan
masyarakat ekoran daripada ramai individu
menceburi bidang keusahawanan setelah mereka
tercicir dari akademik dan gagal dalam peperiksaan.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Mitos Keusahawanan
Mitos 5: Usahawan mesti memiliki semua ciri dan profil
tertentu
Realiti: Terdapat banyak buku di pasaran menyediakan
senarai semak ciri-ciri dan profil usahawan yang berjaya.
Namun demikian, ada kaedah yang boleh digunakan untuk
mengenal pasti ciri-ciri tertentu.
Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang
Realiti: Bagi sesebuah perniagaan, wang adalah penting
untuk kesinambungan perniagaan. Namun begitu, banyak
faktor lain yang boleh menyebabkan sesebuah perniagaan
itu gagal.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Mitos Keusahawanan
Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan adalah nasib
Realiti: Usahawan tidak bergantung kepada nasib semata-
mata; tetapi usahawan akan menerima nasib yang baik
apabila membuat perancangan yang baik dan teliti.
Mitos 8: Kejahilan adalah kelebihan bagi usahawan
Realiti:Dunia perniagaan semakin sengit dan penuh
dengan cabaran, usahawan memerlukan pengetahuan
yang mantap dan kukuh terhadap kekuatan dan
kelemahannya. Perancangan jadual kerja dan
pembentukan strategi adalah kunci kejayaaan bagi
seseorang usahawan.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Mitos Keusahawanan
Mitos 9: Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar
kegagalan yang tinggi.
Realiti: Kegagalan yang dihadapi akan mematangkan
usahawan dalam bidang keusahawanan. Kegagalan juga
dapat membentuk usahawan supaya lebih berhati-hati dan
lebih gigih berusaha ke arah kejayaan
Mitos 10: Usahawan ibarat penjudi yang mengambil risiko
tinggi
Realiti: Usahawan yang bijak akan berhadapan dengan risiko
yang telah dikira dan diperhitungkan bagi membolehkan
beliau menangani setiap kemungkinan yang bakal
dihadapinya.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Faktor yang Mendorong Penyertaan Individu dalam
Bidang Keusahawanan

1. Minat dan Kepuasan Diri


usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan
sentiasa bekerja keras serta dapat menguruskan
sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan
Maslow (1970), kepuasan dan penyempurnaan diri
merupakan elemen kelima di mana seseorang individu
itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang
diidamkan.

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Faktor yang Mendorong Penyertaan
Individu dalam Bidang Keusahawanan
2. Pencapaian Matlamat
Usahawan akan dianggap berjaya apabila
keinginan, matlamat dan objektif penglibatan diri
mereka dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai
sebagaimana yang telah dirancangkan.

3. Keselamatan
Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan
tugasnya tanpa kongkongan orang lain. Ini kerana ia
merasakan adanya kebebasan yang wajar dari
kekuatan atau ancaman kehilangan dalam urusan
seperti keselamatan diri, keselamatan kerja,
kestabilan ekonomi dan sebagainya.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Faktor yang Mendorong Penyertaan Individu
dalam Bidang Keusahawanan
4. Status
Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting
yang mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak akan
dikatakan sebagai seorang yang berjaya sekiranya mereka
tidak mampu mempertingkatkan status kehidupan mereka.
5. Kuasa
Teori Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland
(1961) menyatakan bahawa manusia membentuk profil
keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu. Keperluan
kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain,
mempengaruhi gelagat individu atau bertanggungjawab ke
atas orang lain.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
Menurut kajian McClelland (1985) terhadap budaya Malawi
dan Ecuador mengenai ciri-ciri usahawan yang berjaya
antaranya ialah:
Inisiatif diri
Dapat melihat dan merebut peluang
Kecekalan
Mencari maklumat
Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
Komitmen terhadap perjanjian kerja

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya

Berorientasikan kecekalan
Perancangan yang sistematik
Menyelesaikan masalah secara kreatif
Keyakinan diri
Ketegasan
Meyakinkan orang lain
Menggunakan strategi-strategi pengaruh

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Cont...Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya

Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Kao (1991) pula,


terdapat sebelas ciri-ciri utama yang perlu ada pada diri
seseorang usahawan iaitu:
Komitmen, keazaman dan ketabahan
Dorongan untuk berjaya dan berkembang maju
Orientasi kepada peluang dan matlamat
Mengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadi
Penyelesaian masalah secara berterusan

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Cont...Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya

Realistik
Mencari dan menggunakan maklum balas
Lokus kawalan dalaman
Mengambil risiko yang diperhitungkan
Dorongan rendah ke arah kuasa dan status
Integriti dan boleh dipercayai

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya
Dorongan ke arah kejayaan
Dorongan ke arah kejayaan bermakna
usahawan mempunyai semangat dan
keupayaan untuk maju ke hadapan.
Contoh: Tan Sri Lim Goh Tong

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Mengambil risiko yang diperhitungkan
semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar
pulangannya.
Seseorang usahawan harus membuat penilaian
dan pertimbangan terhadap risiko, ini kerana
risiko yang terhitung akan menjamin pulangan
yang selamat.
Contoh: Tan Sri Dato Seri Tony Fernandez

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya
Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan
Merujuk kepada personaliti usahawan yang amat
penting dalam pembangunan dan kejayaan
seseorang usahawan.Contoh: Bill Gates
Berinisiatif dan bertanggungjawab
Mempunyai semangat atau tabiat untuk
melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau
dipaksa.
Usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab
terhadap sikap, tingkah laku serta perbuatannya.
Contohnya: Steve Jobs
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Lokus kawalan dalaman
merupakan tahap kepercayaan seseorang
individu terhadap kebolehan dirinya tanpa
dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran
Contohnya: Lakshmi Mital
Berkeyakinan terhadap kebolehan diri
usahawan mempunyai pendirian dalam
membuat sebarang keputusan walaupun
mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.
Sebagai contoh Tan Sri Teh Hong Piow
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Cont...Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Kejujuran dan menepati janji
ianya membolehkan usahawan itu mendapat
kepercayaan semua pihak yang berkepentingan
dengannya seperti pembekal,peguam,
pelanggan dan lain lain lagi.
Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
Melalui mutu kerja yang tinggi, usahawan
bukan sahaja dapat meyakinkan para pembeli
dan pelanggan tetapi juga dapat memuaskan
kehendak dan keperluan mereka.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Cont...Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Kebolehan menyelesaikan masalah
Usahawan akan menghadapi segala
kepayahan dan kesulitan ini dengan tenang
tanpa membantutkan usaha mereka untuk
terus maju.
Tahap tenaga kerja yang tinggi
Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja
yang tinggi terutama sewaktu permulaan dan
pra-permulaan sesebuah perniagaan

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Berorientasikan matlamat dan wawasan


Usahawan akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai
matlamat dan wawasan perniagaannya itu bagi
membolehkan beliau menjadikan perniagaannya
termasyhur di mata rakyat.
Kebolehan membuat keputusan
Usahawan perlulah mengambil kira kesemua faktor
dalaman dan luaran organisasi serta mengambil kira
kesemua pihak yang berkepentingan dengannya dalam
sebarang pembuatan keputusan.

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya
Menggunakan strategi-strategi pengaruh
Pengaruh untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan
serta menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua
pihak yang berkepentingan dengannya.
Keusahawanan sosial
sumbangan usahawan kepada organisasi sosial atau
organisasi bukan untung bagi menyalurkan bantuan
kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.
Contohnya: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan
penubuhan Yayasan AlBukhary

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Ciri-Ciri & Profil Usahawan Berjaya Abad Ke-21
Dapat melihat dan mengambil peluang
bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi
perlu juga pandai menganalisis, merumus dan mengambil
tindakan.
Contoh usahawan Malaysia T. Ananda Krishnan yang dapat
merebut peluang dalam industri telekomunikasi Maxis dan
penyiaran ASTRO
Mempunyai maklumat
Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas,
usahawan haruslah mempunyai kepintaran rangkaian
dalaman dan kepintaran rangkaian luaran bagi
perniagaannya.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri & Profil Usahawan Berjaya Abad
Ke-21
Kreatif dan inovatif
seseorang yang dapat menghasilkan idea
dan konsep baru dan dapat
menterjemahkannya kepada produk yang
dapat dikomersialkan.
Sebagai contoh, Michael Dell daripada
Dell Corporation adalah usahawan yang
pertama memperkenalkan pembelian
komputer secara talian terus

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
Abad Ke-21
Mempunyai visi
Usahawan yang mempunyai visi akan membuat
keputusan yang terbaik serta
mempertimbangkan cabaran, ancaman dan juga
peluang yang bakal dihadapinya.
Sebagai contoh, Tan Sri Mustapha Kamal yang
mempunyai visi dalam memajukan industri
hartanah di negara ini.

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri dan Profil Usahawan
Berjaya Abad Ke-21
Berfikiran yang bebas
Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut
dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya.
Berdaya maju
berdaya maju akan sentiasa menjadi 'world leader
Usahawan yang berdaya maju akan mencari idea-idea
baru serta dapat mengintegrasikan idea tersebut kepada
penyelesaian yang rasional dan kreatif.

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
Abad Ke-21

Optimistik
Merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa
berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikiran
positif terhadap tindakan yang akan diambil.
Tan Sri Lim Goh Tong terhadap projek Genting
Highlandsnya pada satu ketika dahulu yang
pernah dikatakan sebagai projek yang bodoh
dan membuang masa.

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri dan Profil Usahawan
Berjaya Abad Ke-21

Bertindak sebagai inovator


semangat mencipta serta mengilhamkan
konsep dan idea yang baru
Sebagai contoh, dalam industri
telekomunikasi, Nokia sentiasa membuat
kejutan dan menjadi inovator yang
pertama.

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
cont...Ciri-Ciri dan Profil Usahawan
Berjaya Abad Ke-21

Mengambil risiko yang diperhitungkan


usahawan haruslah mengira dan
memperhitungkan risiko yang bakal
dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan
kerugian pada masa hadapan.
Sifat kepimpinan
Kepimpinan karismatik, kepimpinan
'transactional', kepimpinan transformasi
serta kepimpinan 'visionary'.
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Perbezaan antara usahawan dengan peniaga

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Perbezaan antara usahawan dengan pengurus
tradisional

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Perbezaan antara usahawan dengan pengurus
tradisional

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Perbezaan antara usahawan dengan usahawan
korporat

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Perbezaan antara usahawan dengan usahawan
korporat

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
Kesimpulan
Banyak perbezaan ciri antara usahawan
dengan peniaga, pengurus dan
usahawan dalaman telah diketengahkan.
Individu atau masyarakat yang ingin
mengecapi kejayaan seperti usahawan
perlulah mendalami dan mempunyai ciri-
ciri usahawan seperti yang telah
dibincangkan.

JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17
SAYA DOAKAN ANDA SEMUA
BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN
YANG CEMERLANG DALAM
PEPERIKSAAN BAGI SUBJEK INI DAN SAYA
HALALKAN SEMUA ILMU YANG
DIBERIKAN
SEKIAN
TERIMA KASIH
IKLAS DRPD
JUHA ALI
SCHOOL OF BUSINESS AND MANAGEMENT
UUM SINTOK KEDAH
JUHA BIN ALI SCHOOL OF BUSINESS & MANAGEMENT UUM SINTOK KEDAH 5/9/17

You might also like