You are on page 1of 48

Tutorial Minggu 4

Ahli kumpulan : Chin Phui Yee


Hoe Cjingyik
Lim Shiang Tsaan
Ooi Kim Chia
Wong Ik Ying
Pengenalan Konsep Asas
Seni Visual
Pengertian
Bidang Seni Visual KBSR
Peranan Seni Visual
Pengertian Seni Visual
Menurut Kamus Dewan, seni membawa
maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus,
enak didengar iaitu mengenai suara, comel
bentuk badan .
Dalam Ensiklopedia Malaysian (1996 ) ialah
satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang
indah-indah pada pandangan manusia sama
ada melalui penglihatan atau pendengaran.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual
bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek
pernyataan diri (self expression), pengalaman
dan sensasi visual dan sentuhan sama ada
dalam bentuk 2D dan 3D.
Bidang Seni Visual KBSR
Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah disusun dalam empat
bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
1. Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis
serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang menekankan
aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini
ialah:
Lukisan

Poster Catan

Percikan
Contoh Kolaj
Kegiatan

Gosokan Montaj

Cetakan
Bidang ini menekankan perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan
menggambar merangkumi penerokaan kesan
seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan
kegunaannya.
Kegiatan menggambar akan memperkenalkan
pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam
proses rekaan.
Kesedaran melalui pemerhatian alam
persekitaran menjadi fokus kegiatan
menggambar.
2. Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada
murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya
menjadi suatu rekaan lain.
Corak dan rekaan tersebut boleh juga
dipadankan kepada mana mana hasil daripada
bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan
cara.
Corak terhasil
Corak tidak
Corak terancang
terancang

Pualaman Lukisan

Tiupan Cetakan

Titisan Kaligrafi

Ikatan dan Lipatan dan


celupan guntingan
Bidang ini membolehkan murid mengenali
dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan
kehidupan seharian.
Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal
motif dan olahannya untuk menghasilkan
rekaan corak tertentu.
Kegiatan ini memberi peluang kepada murid
membuat rekaan corak tidak terancang, corak
terancang dan juga corak tradisional dengan
teknik tertentu.
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan
perkembangan persepsi murid terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut murid dapat
memahami dengan lebih jelas bila mereka
membentuk dan membina sesuatu model.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan juga mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan.
Ini memberi peluang kepada murid
berinteraksi secara kreatif dengan alat dan
bahan, semasa menjalankan proses
penghasilan seni.
Arca
timbul

Origami Model
Bidang kegiatan
membentuk dan
membuat binaan
3D merangkumi
aktiviti
Topeng Boneka

Mobail
Kegiatan membentuk dan membuat binaan
memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar.
Perbandingan ini akan memberi kesedaran
bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi
dan makna.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai
satu proses pembelajaran.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.
4. Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai
perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan
daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turun-temurun.
Ukiran

Alat
Tenunan
permainan

Contoh
aktiviti
Perhiasan
Anyaman
diri

Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya
beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya
tanah air.
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan
fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan
bahan, motif, corak dan hiasan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai
satu proses pembelajaran yang merangkumi
pengenalan, proses pembuatan serta
mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf
yang dinyatakan.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.
Peranan Seni Visual
Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh
dilihat dari dua aspek yang utama iaitu
1. Psikologi
2. Sosiologi
1. Aspek Psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi
perkembangan dan pembentukan diri individu
berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti,
emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku
dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan
kebolehan membuat pertimbangan dan
persepsi dari segi sosial serta estetik.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya
dapat memantapkan kepekaan,sensibility .
(kebolehan untuk merasa dan menghayati)
Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa
hati, membuat pertimbangan dan pernyataan
diri.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya
dapat membangkitkan perasaan dan
memantapkan sensibility, mencorak perlakuan
perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta
atau rasa takut.
Kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang
mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya
mengubah dan mentafsir semula sesuatu
benda yang ada kepada penghasilan yang
lebih menarik.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil
daripada interaksi atau komunikasi dengan
persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa
dan benda.
2. Peranan Sosiologi
Peranan SV dalam membentuk dan
mengembang budaya setempat dan sejagat
(seni dan masyarakat).
Antara peranan SV
Nasionalisme
Persekitaran
Propaganda
Ritual / upacara
Spiritual
Pengeluaran
Pemujukan
Perniagaan dan perdagangan
Nasionalisme
Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu
atau kumpulan dalam menyebar dan
membangkit nilai, semangat dan perasaan
melalui SV.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya
dapat membangkitkan semangat kebangsaan
dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang
memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu
Negara (arca) dan juga potret-potret
pemimpin negara.
Persekitaran
Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan
dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV,
aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan
kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan
sekeliling yang memberi kesan kepada
kehidupan.
Propaganda
SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan
menyebar idea, hasrat atau kepercayaan,
pengaruh dan kuasa.
Ritual / upacara
SV dalam melaksanakan ritual/upacara
sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti
kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil
karya adalah berbentuk 3D atau arca.
Spiritual
SV untuk ketenangan, kepuasan dan
keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah
untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman
diri pelukis itu sendiri.
Pengeluaran
Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita
rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran
SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
menghasilkan mutu pengkaryaan dan
perekaan yang berkualiti dengan nilai
keindahan yang tinggi.
Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran
adalah bertujuan dikomersialkan.
Pemujukan
Hasil SV berkeupayaan membentuk empati
dan tarikan.
Perniagaan dan perdagangan
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya
dapat menghasilkan barangan yang sangat
berpotensi untuk perniagaan dan
perdagangan.
Melaksanakan dua daripada lima aktiviti
berikut yang melibatkan deria.
Dengar- rakaman pelbagai bunyi.
Lihat melukis garisan yang terdapat pada
tiga jenis daun.
Rakaman pelbagai bunyi
Bunyi Cengkerik
Sleeping tone
Bunyi ngeri
Deria Lihat
- Melukis garisan yang terdapat pada
tiga jenis daun.
Daun sirih kering
Daun koka
Daun betik
Kepentingan Aktiviti dalam P&P
Murid mudah mempelajari dan memahami
sesuatu pelajaran dengan menggunakan deria
yang terdiri daripada pancaindera lihat,
dengar, sentuh, rasa dan hidu.
Murid lebih tertarik, seronok dan mudah
memahami pelajaran melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.
Menggunakan rakaman bunyi yang sesuai
membolehkan murid lebih memahami dan
mengenali bunyi-bunyi tersebut serta
memberi gambaran yang lebih nyata kepada
murid.
Gambaran visual yang sesuai pula dapat
membantu murid mudah mengenali dan
mempertingkatkan ingatan murid.

You might also like