You are on page 1of 10

Ahli kumpulan:

Oh Hui En
Suzanne Lau Hui Ying
Teng Jingwei
Tiang Ching Soon
Aplikasi FrogPlay
tingkat prestasi
pelajar

Utusan Online
Oleh Normairah Jamaluddin
14 Mei 2017
Sebuah aplikasi pembelajaran berasaskan
permainan yang dikenali sebagai Frog Play di
dalam pembelajaran secara maya (Frog VLE)
mampu meningkatkan prestasi pelajar ke
peringkat yang lebih tinggi.

Pengarah YTL Communication Sdn. Bhd.,


Shahirul Amran berkata, FrogPlay merupakan
aplikasi pengayaan di dalam Frog VLE
berkonsepkan Pembelajaran Gamifikasi yang
secara tidak langsung dapat meningkatkan
motivasi pelajar.
Pelajar boleh bermain permainan yang menarik
dan menyeronokkan di dalam FrogPlay sebagai
contoh kuiz-kuiz yang disediakan oleh guru-guru
dan jika berjaya mereka boleh 'unlock' untuk ke
permainan seterusnya.
Persekitaran pembelajaran yang berkonsepkan
'fun-learning' ini sangat mudah, menyeronokkan
dan menarik pelajar untuk mempelajari satu-
satu subjek.
setakat ini 10,000 sekolah di seluruh negara
menggunakan Frog VLE sebagai platform
pembelajaran kepada pelajar mereka.
Melalui penambahbaikan Frog VLE iaitu
FrogPlay ini, pelajar tidak lagi mendengar dan
menerima maklumat maklumat daripada guru
secara terus tetapi mereka perlu merancang,
dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran
mereka sendiri.
Aplikasi ini merupakan sebuah projek
1BestariNet hasil inisiatif Kementerian
Pendidikan dengan kerjasama YTL
Communication.
PENGARAH YTL Communication Sdn Bhd Shahirul Amran (tengah)
memberikan penerangan kepada murid sekolah tentang Pembelajaran Maya
(Frog VLE) di gerai YTL Communication bersempena Festival Hari Guru
Peringkat Kebangsaan 2017 di Padang A, Plaza Angkasa Johor Bharu

You might also like