You are on page 1of 33

Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun

Pengajian ketamadunan
membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual,
teoritikal dan abstrak
Sejarah tamadun
Iaitu pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan
kemundurannya.

Pengajian ketamadunan tidak begitu terikat kepada batasan zaman, manakala


sejarah tamadun dibatasi faktor masa.

Kedua2nya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan


menjadi subjek yang hambar.
Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan
dibangunkan serta dikembangkan.
Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi kompenan
dlm pengajian ketamadunan spt agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi,
antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi dsb.
Pengajian ketamadunan turut merentasi perbincangan tentang masa lampau,
masa kini dan masa depan.
Pengertian Tamadun
Dua istilah digunakan dalam bahasa Melayu bagi maksud tamadun:
Tamadun kebudayaan, kemajuan, peradaban
Peradaban tingkahlaku / tuturkata yang sopan.
Kata tamadun berasal daripada kata Arab madana kehalusan
budi pekerti dan akhlak seperti orang kota
5 istilah dalam bahasa Arab yg membawa maksud tamadun sebelum
penggunaan istilah tamadun:
Umran bermaksud membangun dan memakmurkan bandar
Hadharah bermaksud kehidupan menetap
Tamaddun bermaksud membina dan membangunkan bandar
Madinah bandar-bandar (nama yang diberi oleh Rasulullah bg
menggantikan Yathrib)
Madaniyyah bandar / kehidupan bandar
Istilah Umran dan Hadharah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam
kitabnya al-Muqadimah pd abad 14.
Istilah Madaniyyah dipopularkan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan
Muhammad Farid Wajdi pd abad 20.
Istilah tamadun mula diperkenalkan pada abad 19 dan lebih
sesuai digunakan menggantikan istilah2 sebelum itu.
Jurji Zaidan antara sarjana yg banyak guna istilah tamadun
dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islami
Tamadun dlm bahasa Inggeris civilization berasal drpd
perkataan latin civitas (kota / bandar). Istilah lain
renaissance dan culture
Pengertian Tamadun dari Sudut Pengistilahan
Idris al-Marbawi
Tamadun ialah kehalusan adat pencapaian manusia yang hidup di kota
dan berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta
penghasilan teknologi.
Arnold Toynbee
Kebudayaan yang berkembang di dalam kota
Syed Mohammad Naquib al-Attas
Keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
Kesimpulan
Tamadun diertikan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala
perlakuan, pemikiran dan kemajuan (spt. sains dan teknologi, kesenian,
kesusasteraan dll) yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan yang berpusat
di kota/bandar
Ciri Tamadun
1. Wujud sistem kepercayaan dan agama
2. Wujud penempatan di sesebuah @ beberapa kawasan yang
membentuk bandar seperti Lembah Nil, Lembah Indus
3. Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik
4. Wujud sistem institusi sosial spt politik, pendidikan yg teratur
5. Muncul penggunaan bahasa yang serumpun dan sistem tulisan
tersendiri sebagai perantaraan komunikasi
6. Wujud sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai
7. Lahir daya reka cipta dlm teknologi dan pembinaan bg keselesaan
hidup
8. Lahir dan berkembang daya kreativiti dlm menghayati falsafah,
kesenian, sastera dan nilai estetika.
Hubungan Tamadun dengan Kepercayaan / Agama
Agama berperanan penting dalam kehidupan manusia dan
mempunyai pertalian.
Agama Islam menjadi sumber inspirasi dan kekuatan umat utk bentuk
tamadun.
Tamadun barat bersumberkan fahaman materialism bukan agama.
Pekerti mulia dan bermoral terhasil drpd kepercayaan beragama
dan ianya penting dalam kehidupan bertamadun.
Peninggalan tamadun-tamadun silam menggambarkan penghayatan
yg tinggi terhadap kehidupan berasaskan kepercayaan dan
beragama.
Dalam konteks hubungan, agama pentingkan hubungan sesama
manusia dan dengan Tuhan. Tetapi yang menolak agama hanya
pentingkan hubungan sesama manusia dan kebendaan sahaja.
Tamadun Barat kontemporari memperlihatkan memisahkan nilai
keagamaan dlm kehidupan.
Kesimpulan, terdapat 2 pandangan:
Agama mempunyai pengaruh dan peranan terhadap tamadun
Sangsi tentang peranan agama terhadap tamadun
Hubungan Tamadun Dengan Budaya
Budaya ialah tatacara bertindak ke atas persekitarannya dlm
mengurus kehidupan bermasyarakat.
Tamadun dan budaya berkait rapat kerana budaya yang
terpuji menandakan kehidupan bertamadun.
Masyarakat berbudaya terpuji bermakna mempunyai
kehalusan budi dan kesempurnaan moral
Tamadun berbeza daripada budaya apabila:
1. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan
natijah budaya. Erti kata lain, budaya yang kekal lama adalah
natijah tamadun Cth: kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) dlm
masyarakat Jepun walaupun sistem politik telah berubah. Berbeza
dgn cara berpakaian dan pemilihan jenis makanan yang berubah
(natijah budaya)
2. Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan
budaya dikaitkan dengan negara/wilayah. Cth: tamadun Islam
mengandungi beberapa budaya mengikut negara
Hubungan Tamadun dan Bangsa
Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dgn sejarah, tradisi dan
budaya kawasan geografi tertentu.
Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan geografi
dan melampui bangsa dan kebangsaan.
Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa spt
tamadun Barat di Eropah dan Amerika.
Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan
bangsa.
Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun
akan melampui batas kebangsaan.
Namun imej tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa
peneraju. Cth: tamadun Islam yg berkembang di Alam Melayu
memperlihatkan imej kemelayuan dan pd masa yg sama
Islam sebagai asas nilai.
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun
1. Kedudukan yang strategik faktor geografi. Spt:
Tamadun Mesir di lembah Nil.
2. Rangsangan keagamaan ajaran agama dan amalan
rohani mendorong manusia menghayati nilai kehidupan.
3. Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai. Pemimpin dan
masyarakat menghayati nilai moral dan mencintai ilmu. Cth:
al-Farabi, Ibn Khaldun (tamadun Islam), Kung Fu-Zi
(tamadun Cina)
4. Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi.
Berlaku bagi membebaskan diri daripada kesengsaraan
hidup.
5. Toleransi dengan tamadun lain. Wujud interaksi antara
tamadun membuka ruang menerima tamadun lain. Cth.
Tamadun Islam menerima sumber ilmu astronomi drpd
tamadun Yunani.
Kemerosotan Tamadun
Sejarah merakamkan, setiap tamadun mengalami zaman
kemerosotan / kejatuhan
Menurut Ibn Khaldun, kebangkitan dan kejatuhan sesebuah
tamadun adalah mengikut hukum kitaran sejarah. Pada
peringkat permulaan Berjaya kerana mempunyai nilai2 baik,
namun akhirnya jatuh akibat kemewahan, penyelewengan dsb
akibat nilai2 buruk.
Kemerosotan Tamadun
Ibn Khaldun kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun
adalah mengikut hukum kitaran sejarah.
Antara punca kemerosotan sesebuah tamadun:
1. Jurang sosial. Iaitu antara kaya dgn miskin.
2. Kezaliman.
3. Keruntuhan moral.
4. Jumud (sikap tertutup/tidak mahu menerima perubahan)
5. Bencana alam.
Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun
Perbezaan antara tamadun lazimnya dilihat dari aspek teologi /
kepercayaan. Ianya sering menimbulkan percanggahan pendapat.
Namun persoalan etika kurang menimbulkan kontrovesi.
Persamaan dan perbezaan antara tamadun, dpt dilihat pada
persoalan etika berikut:
1. Alam sekitar
2. Keluarga
3. Masyarakat
4. Kerajaan
5. Ekonomi
6. Pendidikan
7. Kesihatan dan Kesejahteraan
Memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun sewajar
menjadikan kita bersikap terbuka ke arah keharmonian.
Etika Persamaan Perbezaan
Alam Semua agama menerima prinsip hidup Alam bukan sahaja perlu
Sekitar harmoni dgn alam dipelihara malah ada setengah
Alam anugerah Tuhan dan manusia tamadun menyembah alam yg
berperanan mentadbirnya kaitkan dengan kuasa dewa.
Keluarga Asas pembentukan masyarakat Pengabaian hubungan
Wujud hierarki kuasa yg menentukan kekeluargaan oleh kebanyakan
kedudukan lelaki dan perempuan masyarakat Barat moden yg
bertentangan dgn kosep keadilan
Dalam Islam hubungan kasih
sayang dan hormat menghormati
adalah penting

Komuniti Cukup berpengaruh bg menentukan Sejarah membuktikan identiti


identiti seseorang seseorang dan kemantapan
Dapat memastikan nilai2 murni dlm komuniti mencapai keseimbangan
masyarakat dihormati seperti Islam dan Buddhisme

Kerajaan Akhlak dan moral ditekankan sbg dasar Sebahagian tamadun


kerajaan memperlihatkan rakyat ada
Sifat raja adil diutamakan kuasa menyanggah pemerintah
yang melanggar konsep adil
Etika Persamaan Perbezaan
Kegiatan Ekonomi Konsep Moral Semesta seperti Dalam Islam, prinsip halal dan
dlm ajaran Buddha iaitu Jalan haram amat ditekankan yg
Lapan Lapis mampu membentuk akhlak
manusia
Pendidikan Matlamat pendidikan iaitu bina Ajaran Islam menekankan
sifat manusia persoalan tauhid dlm
Manusia perlu kuasai dalaman pembentukan insan.
terlebih dahulu sebelum luaran Dalam ajaran Buddha n Hindu
pembentukan insan melalui
proses mengenal diri sendiri
Kesihatan Menjaga kesihatan merupakan Kesan konsep holistic bg
suatu diberi perhatian melalui rawatan penyakit begitu
konsep holistik iaitu kesihatan mendalam.
dipengaruhi oleh alam Mengubati penyakit
bermakna memulihkan
keseimbangan seseorang
Interaksi = hubungan yang saling bertindak balas / saling
mempengaruhi antara satu sama lain
Agama, pegangan nilai, Bahasa, budaya, adat dan system
social mempengaruhi interaksi
Wujudnya interaksi disebabkan semangat toleransi dan saling
menghormati
Peranan pemimpin
Faktor
Peranan golongan agama
Interaksi
Kedudukan geografi yg strategic
Perkahwinan
Perdagangan
Misi politik
Lingkungan Budaya dan Tamadun yang Kuat dengan
Bangsa yang Sama yang lemah

Jenis Interaksi

Budaya dan Tamadun yang


Berbeza Interaksi dalam Sejarah
Kedudukan geografi atau daerah
yg berbeza
Semangat nasionalisme yg sempit
Tiada toleransi antara kaum
migran dan bukan migran
Perbezaan Bahasa
Perbezaan agama
Perbezaan budaya
Penghalang Penguasaan ekonomi yg tidak
seimbang
Interaksi Penguasaan politik yang tidak
seimbang
Tiada kumpulan dominan
Pemikiran penjajah
Penguasaan teknologi
Konflik antara etnik
peperangan
Contoh Interaksi Sejarah di Malaysia

Percampuran Bahasa
maharaja, mahaguru, kepala,
mantra, amma
Interaksi Kesenian seni taman, seni
bina berunsur India spt masjid

dengan
India
Kesusasteraan wayang kulit,
hikayat Seri Rama

Tamadun Pengaruh system


pemerintahan konsep
dewaraja, institusi beraja,

India pembinaan candi, pertabalan


Penggunaan gelaran duli
yang maha mulia, seri paduka
baginda
Interaksi Kebudayaan baba dan
nyonya
dengan Kesenian seni bina cina
seperti masjid Tanjung Kling
tamadun Bahasa tauke, tauhu, mi,
Cina cincau

Interaksi Agama
Bahasa dan tulisan
dengan Sastera
Tamadun Pendidikan
Arab Budaya
Kesan Positif Kesan Negatif

Mendapat perlindungan, Peperangan dan


keamanan, kestabilan. pembunuhan atas factor
Penyebaran agama agama dan kuasa serta
Pengembangan dan ekonomi
pertukaran ilmu dan
kemahiran
Pengembangan ekonomi
Kemajuan teknologi dan
kebendaan
Pengaruh budaya
Dialog :
1. satu perbincangan @ perundingan antara dua pihak yang
bertelingkah (Kamus Dewan)
2. Suatu percubaan antara dua pihak yang berlainan pendapat,
kepercayaan, pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran
pendapat dgn tujuan menambah pengetahuan, meningkatkan
kefahaman dan membolehkan utk saling memahami.
Perlunya dialog apabila manusia menyedari kepelbagaian
masyarakat dari segi geografi, budaya dan agama.
Pembudayaan Dialog di Malaysia
Berlaku sejak 1980an
Melibatkan sarjana, ahli agama dan cendiakawan
Dialog dalam kehidupan harian melalui proses bekerjasama
dan komunikasi pekerjaan, perniagaan, sekolah
Prinsip Dialog
1. Memahami dan menyedari tujuan dialog
2. Mendatangkan manfaat
3. Ada keikhasan
4. Berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan nilai)
5. Cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialog
6. Berhemah
7. Tidak prejudis
Halangan Dialog
1. Takut bertukar agama
2. Perasaan rendah diri dan tidak bersedia
3. Sindiran sosial persoalkan kemampuan @ ketulenan iman
4. Syak wasangka terhadap penganjur terhadap tujuan dialog

You might also like