You are on page 1of 7

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN

PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Murid Pemulihan Khas

Murid normal yang menghadapi kesulitan pembelajaran dalam


menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Murid- murid ini tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan
sebaya mereka. Murid pemulihan khas akan datang ke kelas
pemulihan khas ketika waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk
mempelajari mata pelajaran lain.

Murid pendidikan Khas

Murid OKU yang telah mendapat pengesahan daripada doktor dan


diberikan elaun. Murid- murid ini belajar sepenuh masa di kelas
pendidikan khas.
PERBINCANGAN DENGAN GURU
BESAR, GURU KELAS, IBU BAPA
RASIONAL PENDIDIKAN
PEMULIHAN

KONSEP PENDIDIKAN
PEMULIHAN
Isi kandungan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 24 Tahun 2012
bertarikh 3 Julai 2012 (Guru Pemulihan Di Bawah NKRA Pendidikan - LINUS)
1. Makmal NKRA Pendidikan telah mencadangkan supaya dibuat penambahbaikan terhadap
nisbah guru pemulihan di sekolah-sekolah, daripada seorang guru pemulihan di setiap sekolah
kepada guru pemulihan bagi 15 orang murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi.
Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Januari 2012 telah bersetuju supaya semua
cadangan Makmal NKRA Pendidikan dilaksanakan.
2. Murid tahap 1 yang tidak menguasai literasi dan numerasi ialah murid yang tidak melepasi
konstruk 12 bagi literasi dan numerasi.
3. Murid tahap 2 yang tidak menguasai literasi dan numerasi ialah murid yang masih tidak boleh
membaca, menulis dan mengira berdasarkan ketetapan yang diguna pakai sebelum LINUS
dilaksanakan.
4. Penempatan guru pemulihan di semua sekolah adalah menggunakan nisbahseorang guru
pemulihan kepada 15 orang murid yang masih tidak menguasai literasi atau numerasi termasuk
murid tahap 2 (sekiranya ada).
5. Sekiranya sekolah mempunyai murid yang tidak menguasai literasi atau numerasikurang daripada
15 orang, maka sekolah tersebut layak menerima hanya seorang guru pemulihan sahaja.
6. Jika sekolah mempunyai murid yang tidak menguasai literasi atau numerasimelebihi 15 orang
tetapi kurang 30 orang, maka sekolah tersebut layak menerima hanya seorang guru pemulihan.
Namun sekiranya genap 30 orang murid, maka sekolah tersebut layak menerima 2 orang guru
pemulihan.
7. Semua JPN, PPD dan sekolah hendaklah memastikan bahawa semua guru yang dilantik sebagai
guru pemulihan mempunyai opsyen pemulihan atau sekurang-kurangnya telah mengikuti latihan
untuk mengajar kelas pemulihan.
8. Dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka surat siaran KPM.BPKHAS.300-2/212 bertarikh 4
Ogos 2010, Peranan Guru Pemulihan Khas Dalam Pelaksanaan Program LINUS adalah
terbatal.
Membina
keyakinan diri Menguasai
dan bersikap
positif
kemahiran asas
terhadap 3M
pembelajaran

Meneruskan
pembelajaran di kelas
biasa

You might also like