You are on page 1of 16

Kromosom

Hormon Faktor Baka Gen

Kelenjar
Pranatal

Faktor
Pemakanan Posnatal
Persekitaran

Gaya
Hidup
Sihat
Kognitif

Latar
Fizikal
Belakang

Perbezaan
Individu
Potensi Sosio-emosi

Kecerdasan Kebolehan
Tahukah anda apa itu baka?

J.A Thomson,
baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi
manusia.

W.E Vinacke
Menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem
biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseorang individu.

Norman L. Munn
Baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen-gen.
Ciri-ciri Baka
Huraian tentang baka menghasilkan beberapa ciri yang
nyata seperti berikut;

Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada


anak-anak

Ciri-ciri fizikal adalah sama dengan ibu bapa,


contohnya warna mata

Baka menentukan potensi seseorang individu,


contohnya bakat dan kebolehan

Baka menentukan struktur organ seseorang individu.

Baka ditentukan dan juga dipengaruhi oleh kromosom,


gen, kelenjar dan horman.
Kromosom

Kromosom merupakanbutir-butir halus yang terdapat


dalam nukleus setiap sel dalam badan manusia.

Kebanyakan sel badan mengandungi 46 kromosom.


(23 kromosom daripada sperma bapa + 23 kromosom
daripada ovum ibu)

46 kromosom akan menjadi 23 pasang yang akan


diperturunkan kepada setiap sel ketika proses
pembahagian berlaku.
Gen
Setiap kromosom mengandungi kumin-kumin kecil yang
disebut gen.
Gen-gen inilah yang memperturunkan ciri-ciri kebakaan.
Setiap kromosom manusia mengandungi kira-kira 1000 gen
atau lebih.
Gen mengandungi molekul protein yang mempunyai DNA
@ asid deoksiribonukleik.
Kelenjar dan Hormon
Hormon Dikeluar Fungsi
kan oleh
Kelenjar
Pituitary Pituitary Pertumbuhan badan Jantina
Throxin Thyroid
a.Terlebihnya akan menyebabkan seseorang
itu merasa resah gelisah dan aktif
b.Kekurangnya akan menyebabkan seseorang
itu merasa lembab dan lesu
Insulin Pankerias Mengawal banyaknya gula di dalam darah. Ia
membolehkan gula di dalam darah ditukar
menjadi tenaga
1)Mani dan Buah pelir Menimbulkan sifat kelakian
Androgens (lelaki) Menimbulkan sifat keperempuanan
2)Telur mani Ovari
dan estrogen (perempuan)
1)Adrealine Adrenal Ia menyebabkan kecepatan denyutan
2)Noradrenaline jantung,
3)Steroid Menghentikan fungsi penghadaman
makanan buat sementara.
Membolehkan seseorang itu bertindak
dengan cepat dan kuat.

Menyebabkan seseorang itu kembalikan


keadaan yang beremosi itu kepada keadaan
yang noemal dan terang

Mengekalkan keseimbangan garam di dalam


badan dan membolehkan protein bertukar
menjadi gula dan seterusnya menjadi tenaga.
Kesan Baka Ke Atas Perkembangan

Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka


adalah seperti berikut:

a.Perkembangan fizikal
baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan aspek fizikal seseorang itu.
b. Ciri-ciri sahsiah
Sahsiah adalah banyak dipengaruhi oleh persekitaran tetapi
walau bagaimanapun ahli psikologi bersetuju bahawa sahsiah
dipengaruhi juga oleh baka.
c. Ciri-ciri mental
Perkembangan mental seseorang itu adalah dengan
banyak dipengaruhi oleh faktor baka.
Faktor Persekitaran
Pengertian Persekitaran
Normal L. Munn
Persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit
kebakaan

W. Edgar Vinacke
Persekitaran ialah segala kuasa-kuasa nyata yang kompleks yang
boleh mempengaruhi tingkah laku individu

Amrom Schenfield
Persekitaran adalah segala benda yang ada di luar diri individu dan
faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan.

Kesimpulan, persekitaran adalan alam sekeliling bukan sahaja


selepas lahir tetapi termasuk juga di peringkat pra-lahir.
a. Pra-lahir (pranatal)
Pemakanan
makanan yang seimbang akan menghasilkan bayi yang sihat

Dadah
penyalah gunaan dadah yang banyak boleh mengakibatkan anak yang cacat

Penyakit ibu
ada penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu mengakibatkan kecacatan bayi
seperti pekak, bisu, buta atau cacat akal

faktor Rh
ibu bapa yang mempunyai faktor Rh yang bertelingkah akan menimbulkan
masalah keguguran dan kematian bayi sebelum dan selepas lahir

Rawatan X-ray
telah didapati banyak bayi yang dilahirkan cacat anggota atau mental setelah
ibu mereka menerima rawatan X-ray yang berlebihan

Ketegangan emosi ibu


ibu yang selalu runsing dan rasa tegang mungkin mendapat bayi yang tak
sihat.
b. Selepas lahir
Pemakanan
makanan yang berzat dan seimbang memberikan kesan yang positif terhadap
perkembangan fizikal dan mental atau sebaliknya

keluarga
saiz, kelas sosial jenis-jenis perhubungan(demokratik atau kewibawaan) mempengaruhi
tingkah laku, sikap, kelakuan, bahasa dan sebagainya

rakan sebaya
sahabat karib, klik, gang mempengaruhi sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup.

sekolah
saiz, kelulusan guru-guru, kawasan, kelas sosial mempengaruhi tingkah laku, kelakuan,
falsafah hidup, tanggapan dan pembelajaran

seberan am
Televisyen, radio, akhbar, majalah, buku, wayang gambar mempengaruhi sikap
terhadap ekonomi, sosial dan politik.

pusat ibadat
masjid, gereja, kuil mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup.
Kesan Persekitaran atas Perkembangan

Tingkah laku kompleks manusia yang terlibat dalam


perkembangan kognitif dan sosial menimbul sebagai akibat
interaksi di antara baka dan persekitaran. Gen-gen membentuk
had-had yang luas tingkah laku seseorang individu.
Bagaimanapun persekitaran menentukan perkembangan dalam
had-had ini.

Pertumbuhan fizikal cepat berlaku pra dan lepas lahir seseorang


bayi. Perkembangan pra-lahir boleh dipengaruhi oleh
persekitaran. Ini kerana hampir segala makanan yang dimakan
oleh ibu akan dapat disalurkan kepada fetus. Bahan makanan dan
kesihatan ibu adalah penting kepada perkembangan masa
hadapan bayi
Perbezaan Individu

Kognitif
Kemahiran kognitif timbul dalam bayi awal. Bayi yang baru dilahir boleh menentukan
mangsan-mangsan deria pandangan dan pendengaran dalam persekitaran. Lagi pun
bayi boleh belajar melalui pensyaratan operand an klasikal. Dalam tempoh awl 2 tahun,
seseorang bayi paling cekap dalam pembelajaran dan pengingatan.

Sosial
menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, pentingnya
disiplin kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya

Emosi
berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu

Kecerdasan
berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran,
penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan

Fizikal
bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan
melompat

You might also like