You are on page 1of 5

BAB 5 :

KERADIOAKTIFAN
APLIKASI RADIOISOTOP DALAM
BIDANG PERTANIAN
PERTANIAN
KAWALAN SERANGGA PEROSAK
Teknik pensterilan serangga
adalah sejenis kaedah kawalan
biologi yang digunakan untuk
mengawal populasi serangga
perosak.Serangga jantan yang
dimandulkan melalui
pendedahan kepada sinaran
radioaktif dibebaskan ke
persekitaran. Telur- telur yang
disenyawakan oleh serangga
jantan yang dimandulkan tidak
akan berkembang. (B.Teks mks
253)
PENGAWETAN HASIL TANAMAN
Pengawetan hasil tanaman boleh dilakukan dengan
menggunakan sinaran radioaktif . Hasil tanaman didedahkan
kepada sinaran radioaktif untuk membasmi mikroorganisma
seperti bakteria dan virus yang hidup pada hasil tanaman
tersebut. Dos dedahan yang terkawal tidak akan menjadikan
hasil tanaman itu radioaktif
Kajian pertanian
Kaedah yang digunakan dalam pengawetan makanan juga
boleh membawa kesan kesan seperti meningkatkan kuantiti
hasil tanaman dan memanjangkan tempoh buah untuk
menjadi masak . Tanaman yang terdedah kepada sinaran
radioaktif dalam dos yang terkawal mengalami mutasi sehingga
mengalami perubahan genetik yang membawa kesan kesan
tersebut
Logo antarabangsa yang
Menunjukkan bahawa
sesuatu produk makanan
telah diawet dengan
menggunakan sinaran
radioaktif
LOGO RADURA

You might also like