You are on page 1of 39

EDU 3102

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kuliah 6

Perkembangan kognitif dengan fizikal dan sosial.

Teori perkembangan kognitif jean piaget.

Peringkat deria motor

Peringkat praoperasi

Ketiadaan keupayaan mengamati operasi songsang

Peringkat operasi kongkrit

Skema
Perkembangan kognitif dengan
fizikal dan sosial
Definisi: kognitif adalah berkaitan rapat dengan koginisi,
iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan
atau pmikiran melalui deria.

Perkembangan kanak-kanak adalah berkaitan rapat


dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial,
khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman.
Teori perkembangan kognitif : jean
piaget( 1896-1980)
Beliau berasal dari switzeland .

Beliau merupakan seorang ali saintis yang terkenal


dalam bidang pendidikan .
Beliau mendapat ijazah doktor falsafah ( biologi) pada
umur 25 tahun.
Selepas itu beliau menumpukan perhatiannya kepada
kajian perkembagan kognitif kanak-kanak.
Beliau menegaskan bahawa perkembangan kognitif ini adalah
dipengaruhi dengan perkembangan potensi dari segi aspek lain ,
misalnya fizikal,intelek , dan sosio-emosi.

Menurut perhatian beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif


kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat
perubahan umur mereka.

Piaget membahagikan kepada empat iaitu:

1. Peringkat deria motor (0-2 tahun )

2. Peringkat pra operasi ( 2-7- tahun)

3. Peringkat operasi konkrit (7-12 tahun)

4. Peringkat operasi formal ( selepas 12 tahun)


Peringkat deria Motor.
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula menggunakan deria
untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaraannya.

Antara 4- 8 bulan bayi kelihatan telah mempunyai daya


koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan.

Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek2 lain di


dalam persekitaraanya.

Di antara 1-2 tahun kanak-kanak cuba menggunakan berbagai-


bagai skema untuk menyelesaikan masalah2 yang dihadapi.
Pada akhir 2 tahun ,kanak kanak mula boleh belajar
bahasa dan lambang.

Dari kelahiran hingga dua tahun kanak2 cuba belajar


koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya.

Mereka juga akan cuba kaitkan perkataan perkataan


dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam
persekitaraannya.
Peringkat Praoperasi
(2-7 tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa
serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik.

Mereka menggangap pengalaman dan pandangan orang lain


adalah serupa dengannya.

Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka


tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan.
Mereka hanya boleh berfikir secara transduktif, iaitu, daripada
contoh khusus kepada contoh khusus sahaja.

Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif


(daripada umum kepada contoh khusus) dan secara induktif
(daripada contoh khusus kepada umum).

Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong


kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri
tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati beberapa
kekurangan kanak-kanak dalam peringkat pra-operasi ini :

a) Ketiadaan Keupayaan untuk Menggambarkan Proses


Transformasi

Kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan yang berlaku dalam


sesuatu proses transformasi.

Dia hanya boleh memerhati satu keadaan pada satu-satu ketika


sahaja.
Contohnya, apabila batang kayu jatuh dari keadaan
tegak, dia hanya dapat tumpukan perhatiannya kepada
kedudukan tegak kayu atau kedudukan baringnya.

Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak hanya


dapat menumpukan perhatiannya kepada satu situasi
dalam satu masa tertentu sahaja.
B. Ketiadaan Keupayaan Mengamati
Operasi Songsang
Kanak-kanak diperingkat ini tidak mempunyai kebolehan untuk
membuat perbandingan diantara proses yang telah diubah dengan
yang asal.
Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Piaget, kanak-kanak berumur
antara 4 dan 5 tahun diberikan tujuh cawan berbaris dengan
sekumpulan telur.
Kanak-kanak disuruh menyusun telur sehingga sama panjang dengan
cawan. Kemudian kanak-kanak diminta masukan telur adalah lebih
banyak daripada bilangan cawan.
Telur yang berlebih disimpan balik dan kanak-kanak mengeluarkan
telur dari cawan serta menyusunnya rapat-rapat sebagai satu garisan
di depan cawan.
Kini kanak-kanak menyatakan bilangan cawan lebih banyak
daripada bilangan telur.
Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini
tidak mampu mengerti padanan 1 dengan 1.
Jawapan kanak-kanak semata-mata berdasarkan berbandingan
diantara kedua-dua panjangnya yang ditunjukkan dengan cawan
dan telur.
Eksperimen ini dijalankan juga untuk kanak-kanak berumur
antara lima dan enam tahun.
Kanak-kanak dapat membina konsep padanan satu-satu dengan
memasukkan sebiji telur ke dalam sebiji cawan.
Tetapi apabila telur dikeluarkan dan disebarkan
sebaris secara longgar, kanak-kanak menyatakan
bahawa bilangan telur lebih banyak daripada bilangan
cawan.
Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat
membentuk konsep paduan 1-1 antara kedua-dua set
tetapi tidak padat mengekalkannya sebaik sahaja
bentuk/rupa diubah iaitu operasi songsang tidak
diamati oleh kanak-kanak.
C. Belum Menguasai Konsep
Pengabadian
Eksperimen cawan dan telur tersebut juga menunjukkan kanak-
kanak belum menguasai konsep keabadian bilangan.

Mereka menganggap bilangan dan panjang adalah sama.

Dalam eksperimen-eksperimen yang berkaitan dengan luas,


isipadu cecair dan berat, didapati kanak-kanak juga tidak
menguasai konsep pengabadian kuantiti-kuantiti tersebut.

Mereka mudah dipengaruhi oleh bentuk, saiz dan tinggi yang


diperhatikannya.
Misalnya apabila kita melakukan eksperimen isipadu
air yang sama dituangkan ke dalam dua buah bekas
yang berlainan saiz.
Mereka lebih melihat saiz iaitu bekas yang tinggi
mempunyai isipadu air yang banyak sedangkan
isipadu asalnya adalah sama.
Jelaslah daripada eksperimen ini telah menunjukkan
bahawa kanak-kanak belum dapat menguasai konsep
pengabadian kuantiti.
3.Peringkat Operasi Konkrit (7-12
tahun)
berdasarkan eksperimen yang dibuat didapati bahawa
egosentrik kanak-kanak mula luput dari umur 7 hingga 12
tahun.
Mereka mula memperoleh konsep transformasi,
menguasai proses kebalikan dan mengamati proses
songsangan.
Kanak-kanak mula memahami konsep keterbalikan dan
dapat membalikkan proses secara abstrak.
Dalam eksperimen cawan dengan telur, kanak-kanak
dapat menyebut bahawa telur dengan cawan adalah sama
banyak
Kanak-kanak dapat memahami lebih daripada dua perkara
pada masa yang sama.
Dapat menguasai proses keabadian.

Dalam eksperimen menuang kuantiti air yang sama banyak


dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak dapat
menyimpulkan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua
silinder adalah sama banyak.
Kanak-kanak dapat mengelas, menyusun dan
membezakan objek-objek.

Pembelajaran berkesan masih lagi bergantung pada


objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Pada akhir tahap ini kanak-kanak dapat berfikir secara


induktif dan deduktif serta dapat menguasai konsep
masa dan kelajuan.
Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih
terbatas kepada konkrit sahaja.

Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk


berfikir secara abstrak.
Peringkat Operasi
Formal ( selepas 12 tahun )
Bermula dari 12 tahun dan perkembangan
kognitif mencapai kemuncak di penghujung umur
16 tahun.

Remaja boleh memikir secara abstrak dan


menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Mereka boleh memikir secara deduktif atau induktif
dan menggunakannya untuk membuktikan teorem
atau hukum matematik serta membuat rumusan atau
generalisasi daripada aktiviti2 matematik.
Remaja boleh menggunakan simbol2 matematik untuk menggambarkan konsep yang
abstrak mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik
untuk menyelesaikan masalah matematik.
Peringkat perkembangan
kognitif membolehkan remaja
menyelesaikan masalah operasi
songsang 8/4 = 4 X ( ? ) = 8
dan masalah2 yang abstrak.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF:
JEAN PIAGET
Menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar

adalah faktor yang penting dalam perke mbangan


kognitif individu.

Pembelajaran sebenar- pengalaman daripada proses

interaksinya dengan orang lain, perkara, atau benda


yang terdapat dalam alam sekitar.
skema

akomodasi adaptasi

Teori
Pembelajaran
Kognitif
Piaget

asimilasi keseimbangan
Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada
dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu.
Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah
dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang
dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, serta
menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah

memegang benda yang tidak menyakitkan.

-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-


benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.

-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana


bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.
ADAPTASI
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud
keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran.

Keadaan keseimbangan akan wujud apabila


kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari
dengan kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental
manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui.

Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu


peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan
berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap
kematangan yang sesuai dan terdedah kepada
pengalaman yang relevan.
Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-
kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan


perkembangan kognitif kepada empat tahap yang
mengikut turutan umur.
- Skema individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkah lakunya
menjadi semakin kompleks.
- Mengikut pandangan PIAGET adaptasi merangkumi dua bentuk satunya
ialah asimilasi dan satu yang lain ialah akomodasi.
- Kedua-duanya saling berkait dan saling melengkapi dalam pembentukkan
proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan.
- Proses asimilasi dan akomodasi bergantung kepada keputusan struktur
kognitif individu yang terlibat.
- Struktur kognitif merupakan pengalaman individu yang sedia ada.
- Struktur kognitif ialah skema kognitif.
- Apabila individu di dalam alam sekitar menghadapi mana-mana
situasi,biasanya akan menggunakan pengalaman,pandangan,sikap dan
bentuk gerak balas yang sedia ada untuk mengadaptasi,mengurus dan
memberi tafsirannya.
- Dengan cara yang sedemikian cara tindakan adalah serupa dengan
menggunakan strutur kognitif yang sedia ada dalam pengalaman baru.
- Untuk mengadaptasikan keperluan baru dalam situasi yang dihadapi,dengan
tujuan menggunakan sesuatu bentuk yang dapat menerapkan pengalaman
baru ke dalam pengalaman lamanya.
- Individu hendaklah struktur kognitifnya,apabila didapati struktur kognitif
yang sedia ada telah kurang sesuai digunakan untuk memenuhi sesuatu
keperluan dalam situasi yang baru.
- Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi
adalah dikenali sebagai proses akomodasi.
- Dengan huraian ini adalah didapati bahawa akomodasi merupakan sesuatu
proses psikologikal yang berlaku semasa seseorag individu berusaha atas
inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan
mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya.
- Mengikut PIAGET,murid belajar melalui proses adaptasi mengoganisasi
ilmu atau maklumat baru dan dengan proses asimilasi mentransformasinya
dalam struktur kognitif(skema )dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada.
Struktur kognitif (skema)
Sedia ada : ikan(ikan emas)
Hidup dalam air, berenang, ada sirip

Asimilasi

Struktur kognitif (skema)


Asimilasi
Struktur kognitif (skema)

(keadaan keseimbangan)
(keadaan tidak
keseimbangan)

Pengalaman baru :
Ikan pelaga hidup dalam
air berenang, ada sirip.
Pengalaman baru :
Lumba-lumba (dolphin)
(besar, berenang bernafas Akomodasi
di udara. (keadaan keseimbangan)

Struktur kognitif (skema)


ikan besar(ikan paus)
Hidup dalam air, berenang, bernafas di udara
Teori Pembelajaran Kognitif Piaget isi pelajaran hendaklah disusun mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-
kanak.
- pembelajaran merupakan perubahan bentuk
tingkah laku.
Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokogniktif: konstuktivisme)
menyaran dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
yang berdasarkan implikasi Teori Pengajaran Kognitif Piaget dalam kajian
mereka seperti berikut:-
Merancang sesuatu situasi
pembelajaran yang mencabar untuk
murid

Menimbulkan dan menggerakkan tindak


balas pelajar dan sengaja memberi idea yang
bertentangan untuk memerhati tindak
balasnya

Memberi kerja tugas yang berkaitan


untuk pemindahan pembelajaran.

Membentuk kumpulan yang mengandungi murid yang


hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka,
agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat
perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di
bawah perkembangan kognitif yang lebih rendah.

You might also like