You are on page 1of 43

HUBUNGAN

ETNIK
Pemerkasaan Pendidikan
Ke Arah Kesepaduan
Sosial

Mahyuddin Khalid & Mohd Ashrof Zaki Yaakob


Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah
Kesepaduan Sosial

Sejarah Pendidikan di
Kandungan

Malaysia dan Hasil Pembelajaran


Hubungan Etnik
Latar Belakang Pendidikan
Memahami perkembangan sistem
Komuniti Etnik di Tanah pendidikan
Melayu vernakular di Malaysia.
Menghayati kepentingan sistem
Sekolah Vernakular Inggeris
pendidikan sebagai
Sekolah Kebangsaan dan alat untuk memupuk perpaduan.
Sekolah Vernakular Menilai pendidikan ke arah
Cabaran dalam Pendidikan kesepaduan sosial.
dan Bahasa

2
Pengenalan

Pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa.


Contoh di Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia, dan Thailand pelaksanaan dasar
pendidikan bagi pelbagai etnik untuk mencapai matlamat proses pembinaan negara
bangsa.
Walaupun penerimaan mencetuskan polemik, dasar ini terus dipraktikkan.
Di Malaysia, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan agak
berbeza daripada sudut praktiknya
Ini adalah kerana:
Sistem pendidikan adalah berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang
sama.
Sistem dikenali sebagai Sistem Pendidikan Vernakular (Sistem Pendidikan Jenis Kebangsaan)

3
Pengenalan

Kesan: Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak


daripada komuniti etnik berbeza
Sekiranya langkah bersepadu kurang mampu dilaksanakan, kerajaan menghadapi
cabaran memupuk kesepaduan sosial sepenuhnya menerusi sistem pendidikan
kebangsaan
Peranan pendidikan formal (sekolah) dalam proses sosialisasi :
Pelajar pelbagai latar belakang sosiopolitik akan melalui proses sosialisasi
Mengamalkan semangat bertolak ansur dan saling faham memahami

4
Malaysia-Sejarah Pendidikan Dan Hubungan
Etnik

Melalui pendidikan, bahasa dapat dipertahankan dan bahasa juga menggambarkan


jiwa sebuah bangsa.
Dalam konteks Malaysia , terdapat warisan nilai budaya dan peradaban berbeza, setiap
komuniti etnik ingin mempertahankan sistem pendidikan masing-masing
Kesan: kerajaan menghadapi cabaran membentuk satu sistem identiti kebangsaan
menggunakan Bahasa Melayu ( Bahasa Kebangsaan)
Keutamaan diberikan kepada bahasa penduduk asal / komuniti awal yang mampu
membawa perubahan di negara yang didiami.
Contoh konflik : Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand

5
Malaysia-Sejarah Pendidikan Dan Hubungan
Etnik

Tanah Melayu penjajah berperanan utama dalam menentukan hala tuju sistem
pendidikan.
Faktor menentukan pengaruh penjajahan British :
Tempoh penjajahan ( 130 tahun dasar pecah dan perintah)
Bentuk sistem pendidikan
Bahasa dalam sistem pendidikan

6
Latar Belakang Pendidikan Berasaskan Etnik Di
Tanah Melayu

Sebelum campurtangan British, komuniti Melayu, Cina dan India memiliki sistem
pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi
Dasar pecah dan perintah mengukuhkan lagi sistem pendidikan vernakular
Usaha menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul sehingga peristiwa Malayan Union
(1946)
Peristiwa Malayan Union (1946) pengukuhan usaha ke arah pembinaan negara bangsa

7
Komuniti Melayu

Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian dengan sistem nilai dan adat Melayu.
Dua bentuk sekolah di peringkat awal:
Pertama, persekolahan secara tidak formal ( sekolah pondok ).
Kedua, sekolah vernakular Melayu

8
Sistem Sekolah Melayu Peringkat Awal

Persekolahan secara tidak formal (sekolah


Sekolah Vernakular Melayu
pondok)
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa Didirikan oleh kerajaan British
pengantar. Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
Sekolah ini membabitkan sekolah agama, Sukatan pelajaran:
sekolah agama rakyat, sekolah pondok dan Membaca, mengira, menulis, ilmu pertukangan,
madrasah. anyaman, pertanian.
Sukatan pelajaran lebih menekankan Lepasan yg berkelayakanMaktab Perguruan
pembacaan al Quran, al hadis dan hal ehwal Sultan Idris
keagamaan yang dibiayai oleh individu tertentu.
Lulusan daripada kedua-dua jenis sekolah ini
Sekolah ini bebas daripada pemantauan tidak diterima untuk berkhidmat dalam
kerajaan British dan turut menyediakan pentadbiran British.
pengajaran di peringkat rendah dan menengah.
Pelajar yang cemerlang diberi peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan
Mesir

9
Komuniti Cina

Penghijrahan komuniti Cina ke Tanah Melayu bermula sejak abad ke-3 Masihi.
Faktor faktor yang menyebabkan penghijrahan komuniti Cina adalah disebabkan aspek
ekonomi (pencarian harta, kesusahan kehidupan, pergolakan politik, bencana alam dan
populasi penduduk padat khususnya di Selatan China.
Pendidikan komuniti Cina berteraskan penerimaan sebahagian ajaran Konfusius
(menekankan pendidikan peringkat rendah dan tinggi ). Majoriti komuniti Cina mendirikan
sekolah di setiap wilayah dan di negara baru yang diduduki mereka.
Kepercayaan Konfusius hanya menerusi pendidikan dan harta mereka mampu
mengubah nasib dan status ke tahap lebih baik.

10
Komuniti Cina

Kebangkitan semangat nasionalisme di China (Kuomintang dan Komunis) pada tahun


1920 telah meresap masuk ke Tanah Melayu menerusi sekolah vernakular Cina.
Mempengaruhi komuniti Cina.
British menggubal Enakmen Pendaftaran Sekolah
Mengawal pendidikan vernakular Cin
Mengurangkan campur tangan sepenuhnya dari persatuan Cina.
Sebahagian besar sekolah menerima bantuan kerajaan dan dipantau kerajaan British.
Akan tetapi, kerajaan British didesak oleh sebahagian komuniti Cina untuk tidak campur
tangan dalam hal ehwal Pendidikan dan kehendak ini berterusan sehingga kini.

11
Komuniti India

Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu semakin meningkat sekitar tahun 1880 1890
untuk memenuhi kehendak pasaran getah British ke Eropah Barat. Kebanyakan mereka
datang dari Selatan India dan terdiri daripada subetnik Benggali dan Tamil.
Komuniti India tidak mempunyai dana kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah.
Kebanyakan komuniti India enggan memasuki sekolah vernakular walaupun telah
disediakan oleh Kerajaan British.
Kesan: Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak pengurusan estet, dan penerapan
nilai-nilai ketamilan menjadi keutamaan

12
Komuniti India

Nilai-nilai Bahasa yang menjadi keutamaan:


Bahasa tamil sebagai bahasa pengantar
Sukatan pengajaran dan tenaga pengajar diambil dari India
Namun, dengan persekitaran yang serba kekurangan dan lebih penekanan kepada
sekolah rendah, para ibu bapa kurang memberi sambutan.
Kesan: mereka tidak berpeluang untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran
British di Tanah Melayu.

13
Sekolah Vernakular Inggeris

Pendidikan Inggeris berkembang di Tanah Melayu setelah penubuhan Penang Free


School (1816)
Sekolah ini dikuasai oleh para mubaligh Kristian dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa
pengantar utama.
Diambil alih oleh kerajaan British bagi memenuhi keperluan pentadbiran British.
Kelebihan:
Berpeluang memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran British dan dipandang tinggi oleh
masyarakat.
Komuniti Cina dan India di bandar, golongan Melayu kelas atasan mempunyai peluang tinggi
untuk masuk.
Berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti di dalam atau luar negara.

14
Pendidikan Berasaskan Etnik Di Tanah Melayu

Setiap komuniti etnik di Tanah Melayu telah mempunyai bentuk sistem pendidikan
tersendiri (diwarisi budaya dan peradaban masing-masing)
Ikatan erat terhadap sistem nilai warisan asal mempengaruhi setiap komuniti etnik untuk
terus mempertahankannya daripada tergugat.
Justeru, proses pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai teras kesepaduan
sosial telah berhadapan dengan cabaran khususnya selepas negara mencapai
kemerdekaan.

15
Perkembangan Dasar Pendidikan:
Era Penjajahan Di Tanah Melayu (1800-1945)

Sehingga tahun 1920, hanya dua bentuk pendidikan menjadi keutamaan British :
Pendidikan Inggeris disediakan oleh British (free school) dan golongan mubaligh Kristian.
Pendidikan vernakular yang difokuskan kepada kelompok Melayu kelas bawahan.
Terdapat pemisahan dalam pendidikan komuniti Melayu berikutan perkembangan
semangat nasionalisme yang tidak sekata dalam proses mencapai kemerdekaan.
Menandakan kemunduran masyarakat Melayu bawahan dalam bidang pendidikan.

16
Dasar Pendidikan Penjajah Inggeris

Selepas tahun 1920-an, dasar pendidikan Inggeris adalah berdasarkan sistem pendidikan
vernakular dengan menekankan empat bahasa, iaitu, Inggeris, Melayu, Mandarin dan
Tamil.
Situasi ini telah merancakkan lagi pemisahan komuniti yang berbeza mengikut etnik dan
budaya masing masing.
Faktor komuniti Melayu kurang berpeluang dalam Pendidikan:
Perjanjian yang mengesahkan adat resam dan agama Islam tidak boleh digugat, untuk
mengelakkan penyebaran ajaran Kristian oleh mubaligh.
Kebanyakkan sekolah Inggeris berada di bandar.
Yuran yang tinggi.

17
Dasar Pendidikan Semasa Pendudukan Jepun

Dalam tempoh pendudukan Jepun (1942 1945) bahasa jepun telah digunakan sebagai
bahasa perantaraan dalam bidang pendidikan,
Sistem pendidikan berdasarkan Bahasa Inggeris dan Cina disekat.
Pentadbiran Jepun tidak menunjukkan inisiatif untuk mengganggu sistem pendidikan
Melayu

18
Dasar Pendidikan Era 1945-1970

Dalam tempoh tahun 1945 1970 merupakan peringkat ke arah pemupukan semangat
kesepaduan sosial dalam bidang pendidikan.
Namun, usaha ini kurang berhasil kesan daripada latar belakang budaya dan warisan
peradaban yang berbeza.
Setiap pihak berusaha mempertahankan sistem pendidikan dan bahasa ibunda masing
masing.

19
Dasar Pendidikan Era 1945-1970

1946 1947 1949 1951


Dasar Jawatankuasa Jawatankuasa Laporan Barnes
Cheeseman Car-Saunders Hubungan Antara Laporan Fenn-Wu
Kaum (CLC)

1952 1956 1960 1961


Ordinan Laporan Razak Laporan Rahman Akta Pendidikan
Pendidikan Talib

20
Dasar Cheeseman 1946

Matlamat:
Penyatuan antara komuniti etnik yang berbeza
Inti pati utama:
Peruntukan pendidikan peringkat rendah dan bahasa ibunda
Pendidikan Inggeris peringkat rendah dan kelayakan ke peringkat menengah
Peluang pendidikan bagi golongan wanita
Permasalahan:
Bahasa perantaran dan jangka masa perubahan
Peluang secara percuma bagi sekolah Inggeris peringkat rendah dan menengah
Kelemahan:
Kekurangan tenaga pengajar di sekolah Inggeris
Ketiadaan kuasa untuk melaksanakannya

21
Jawatankuasa Car-Saunders 1947

Tujuan:
Merangka pendidikan tahap universiti di Tanah Melayu
Matlamat:
Penyatuan menerusi penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar
Masalah:
Kedudukan bahasa bukan Melayu tergugat
Percanggahan pandangan antara komuniti Melayu

22
Jawatankuasa Car-Saunders 1947

Bagi pihak komuniti melayu, percanggahan pandangan berlaku antara golongan


berpendidikan Melayu tradisi dengan berpendidikan Inggeris.
Lulusan daripada sekolah Melayu menolak cadangan tersebut kerana tahap pendidikan
masih rendah.
Oleh itu, pendidikan Inggeris dilihat gagal menjaga hak kebajikan komuniti Melayu.
Bagi kelompok berpendidikan Inggeris, cadangan berkenaan dipersetujui bagi
menyediakan komuniti Melayu dalam bidang pentadbiran.
Walau bagaimanapun, mereka mengusulkan agar peluang dibuka kepada komuniti
Melayu untuk memasuki pendidikan Inggeris.

23
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
(Communities Liaison Committee) 1949

Matlamat CLC:
Memupuk penyatuan dalam masyarakat majmuk
Membina sebuah negara bangsa baharu yang merdeka
Ahli CLC:
Dato Onn B Jaafar
Tan Cheng Lock
Thuraisingham
Kaedah pendidikan yang diusulkan oleh CLC:
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah rendah
Pertubuhan Sekolah Kebangsaan, BM dan BI sebagai Bahasa pengantaraan
Bahasa ibunda boleh diajar
Masalah:
Mempertahakan sistem pendidikan yang diwarisi

24
Laporan Barnes 1951

Tujuan:
Mewujudkan kesepaduan sosial
Memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara etnik
Matlamat:
Menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Melayu
Kaedah:
Merangka satu corak pendidikan
BM dan BI sebagai bahasa pengantaraan di sekolah rendah
Memansuhkan sekolah vernakular
BI sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah
Masalah:
Tentangan daripada komuniti bukan Melayu

25
Laporan Fenn-Wu 1951

Pengerusi Jawatankuasa Laporan Fenn Wu 1951, William P. Fenn yang merupakan ahli
Lembaga Amanah Sekolah Tinggi Cina dan Wu Teh-Yao, pakar daripada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tujuan:
Menyemak semula sistem pendidikan komuniti Cina
Usul:
Mempertahankan kedudukan sekolah Cina dan bantuan kewangan
Sekolah vernakular tidak boleh dihapuskan
Sekolah Cina tidak menfokuskan bentuk, kaedah dan sukatan pelajaran dari negara China.
Kelemahan:
Sentimen yang kuat untuk mempertahankan bahasa masing-masing

26
Ordinan Pendidikan 1952

Tujuan:
Menjadikan sistem pendidikan sebagai teras penyatuan

Isi:
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungandi sekolah rendah
Kemudahan disediakan untuk menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil jika jumlah pelajar bukan
Melayu melebihi 15 orang
Mengangkat kedudukan BM

Kelemahan:
Bagi komuniti Melayu, penekakan terhadap bahasa Inggeris dilihat akan menggugat kedudukan
mereka selaku penduduk asal. Mereka mahukan kerajaan mengangkat kedudukan bahasa Melayu.
Komuniti Cina dan India menolak usul berkenaan kerana dilihat akan menggugat bahasa dan budaya
diwarisi.

27
Laporan Razak 1956

Laporan Razak 1956 dijadikan Dasar Pendidikan pertama setelah Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan.
Dasar ini lebih berpengaruh dalam memartabatkan peranan bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan dan seterusnya dalam pembinaan negara bangsa.
Laporan Razak 1956 mengusulkan :
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar.
Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang
sama
Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu dijadikan
sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.

28
Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan
1961

Tujuan: Laporan Rahman Talib berperanan untuk memantau Ordinan Pelajaran 1957.
Laporan berkenaan diluluskan pada bulan Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam Akta
Pendidikan 1961 pada Oktober 1961.
Usul utama:
Bahasa kebangsaan ialah medium perhubungan di Malaysia dan dipraktikkan bukan setakat di
peringkat sekolah menengah rendah tetapi juga di peringkat menengah dan universiti.
Menyeragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan, walaupun berbeza bahasa di peringkat
rendah dan menengah.
Memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Tujuannya adalah untuk
membuka peluang kepada komuniti bukan Melayu berkecimpung dalam bidang berkenaan.
Memberi penekanan terhadap pendidikan moral dan keagamaan bagi mengukuhkan
semangat saling menghormati antara etnik yang berbeza.

29
Sistem Pendidikan di Malaysia

Pendidikan
Tinggi
Pendidikan
Pra-
Pendidikan Universiti
Menengah
Pendidikan
Rendah

30
Pendidikan Rendah

Kurikulum:
2 jenis sekolah rendah yang Mengguna pakai kurikulum yang sama.
dibiayai oleh kerajaan iaitu Sukatan pelajaran bahasa Melayu:
Sukatan mata pelajaran di Sekolah Jenis
Sekolah Kebangsaan Kebangsaan lebih mudah berbanding
dengan di Sekolah Kebangsaan.
Bahasa pengantar ialah Bahasa Walaupun terdapat beberapa penyesuaian
Melayu yang dilaksanakan oleh pihak kementerian
dalam kurikulum, namun penyesuaian
tersebut tetap memenuhi Falsafah
Sekolah Jenis Kebangsaan Pendidikan Negara, iaitu untuk melahirkan
Bahasa Pengantar Bahasa pelajar yang seimbang dalam aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Mandarin dan Bahasa Tamil

31
Pendidikan Rendah

Pengekalan kepelbagaian struktur aliran sekolah yang terdapat di negara ini perlu
difahami oleh semua pihak, iaitu lebih kepada untuk menjaga kepentingan identiti
sesuatu masyarakat, yang merupakan khazanah yang amat berharga bagi masyarakat
berkenaan.
Pengekalan yang wujud tidak bermakna struktur pendidikan masih berasakan sistem
vernakular zaman kolonial Inggeris yang mengguna pakai kurikulum mengikut negara asal
sesuatu etnik.
Pengekalan sistem dan struktur pendidikan jenis kebangsaan ini wujud adalah hasil
daripada semangat tolak ansur dalam kalangan pemimpin negara.
Keunikan dalam struktur pendidikan yang pelbagai membawa kepada pemerkasaan
sistem pendidikan negara ke arah kesepaduan sosial dengan melakukan banyak
penambahbaikan demi mencapai wawasan pendidikan negara.

32
Pendidikan Rendah: Sekolah Wawasan

Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa
mengira kaum atau agama.
Ciri-ciri Sekolah Wawasan:
Dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran ditempatkan dalam kawasan sama
Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain
menggunakan jambatan penghubung.
Matlamat Sekolah Warisan:
Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid pelbagai bangsa dan latar belakang
Memupuk semangat integrasi antara murid-murid daripada pelbagai aliran
Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan
sebuah negara yang bersatu padu.
Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian
kemudahan sekolah dan pelaksanaan pelbagai aktiviti lain di sekolah

33
Pendidikan Menengah

Setelah tamat pengajian di peringkat Sekolah Menengah


Harian
sekolah rendah, pelajar akan melanjutkan
pendidikan ke peringkat sekolah Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan
menengah.
Majoriti pelajar akan memilih Sekolah Sekolah Berasrama Penuh
Menengah Kebangsaan dengan kadar Kategori
bayaran yang minimum. Sekolah Kluster
Pendidikan
Bagi pelajar yang tamat di peringkat Menengah Sekolah Teknik dan
sekolah rendah dari Sekolah Jenis Kebangsaan
Vokasional

Kebangsaan Cina (SJKC) atau Tamil (SJKT) Sekolah Menengah


wajib ditempatkan di kelas peralihan Agama
selama setahun sekiranya memilih untuk
Sekolah Seni
melanjutkan pelajaran di peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan.
Sekolah Sukan

34
Pendidikan Menengah

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan hak untuk meneruskan pembelajaran
dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan sekiranya memenuhi syarat.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah membuka
ruang kuota kepada pelajar bukan Melayu.
Kehidupan di asrama memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi, mempelajari
budaya dan memahami hak sesuatu etnik dengan lebih baik.

35
Pendidikan Pra-universiti

Setelah tamat meduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar boleh membuat pilihan
untuk melanjutkan pelajaran mereka :
Tingkatan 6 tempoh dua tahun dan perlu menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia tempoh satu atau dua tahun. 90% tempat
diperuntukkan bagi pelajar Melayu/Bumiputera.
Pengajian di peringkat asasi dan diploma di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi.

36
Institusi Pengajian Tinggi

Dua kategori Institusi Pengajian Tinggi:


Universiti Awam (UA) sebanyak 20 buah.
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sebanyak 32 buah.
Jumlah ini tidak termasuk IPTS lain yang tidak disenaraikan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi.
Pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi berlatarbelakangkan pelbagai aliran dan
berasal dari seluruh pelusuk tanah air.
Ruang untuk mereka bergaul dan berinteraksi antara etnik yang berbeza adalah lebih
luas melalui budaya kongsi yang perlu diamalkan oleh terutamanya dalam perbincangan
menyiapkan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain.

37
Cabaran Dalam Pendidikan Bahasa

Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah selesai dan
kerap menjadi kontroversi
Masyarakat Cina dan Dong Jiao Zong:
Berpandangan sekolah vernakular sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan
masalah jurang antara kaum, malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat
antarabangsa.
Kewujudan sekolah vernakular ini juga dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan kaum
negara.
Meminta kerajaan bersikap terbuka dalam memberi layanan sama rata kepada sekolah
pelbagai aliran bagi mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara.

38
Cabaran Dalam Pendidikan Bahasa

3 rukun politik cina yang perlu difahami :


Mempertahankan pendidikan Cina perjuangan pendidikan Cina oleh etnik Cina sama seperti
perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu.
Mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan enam akhbar harian di
Semenanjung dan lapan akhbar di Sabah dan Sarawak.
Mempertahankan persatuan Cina (huatuan) yang melibatkan lebih 8000 buah persatuan.
Berdasarkan beberapa kajian, pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah
Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan orang Melayu
berbanding dengan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan.
Kerajaan tidak pernah menafikan hak bukan Melayu untuk mendapatkan pendidikan
dalam bahasa ibunda mereka. Malah, ramai kalangan anak Melayu yang bersekolah di
SJKC untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina.

39
Akta Pelajaran 1961

Sebelum tahun 1996, terdapat Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21(1B) yang memberi kuasa
kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau memansuhkan Sekolah Jenis
Kebangsaan.
Akta ini sangat ditakuti oleh Persatuan Cina, mereka mendesak kerajaan supaya
memansuhkan akta tersebut.
Menteri Pelajaran telah memenuhi hasrat etnik Cina dengan menarik balik kuasa atau
peruntukan itu apabila membentangkan Akta Pelajaran baharu 1996 yang mengambil
kira kepentingan dan pemintaan etnik Cina.

40
Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 telah mengemukakan satu undang-undang baharu tentang


pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, dijangka dapat
dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang memperutukkan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan
yang sama.
Bahasa ialah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang etnik
kerana dapat menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik yang
berlainan mahukan pengekalan bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan
kebudayaan dan nilai-nilai sosial.
Kerajaan sedar bahawa pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam
pembangunan modal insan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan sesebuah negara.

41
Kesimpulan

Peranan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi


Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua penting dalam sosialisasi politik,
tetapi pengaruhnya tidak boleh dinafikan kerana perkaitannya yang amat rapat dengan
keluarga yang berhak untuk menentukan proses persekolahan anak-anak mereka.
Dasar pendidikan dan bahasa di Malaysia amat unik jika dibandingkan dengan negara-
negara lain.
Ramai yang berhujah bahawa kepelbagaian sebagai satu kekuatan, namun terlalu
banyak perbezaan juga tidak membawa kepada kebaikan.
Kerajaan perlu mencari titik persamaan memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia

42
Terima Kasih

Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial

Mahyuddin Khalid & Mohd Ashrof Zaki Yaakob


43