You are on page 1of 21

KBL6024:

KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

TAJUK:

PENILAIAN ADAPTIF DAN KAEDAH MENGAJAR


PELAJAR BERMASALAH PENGLIHATAN
NAMA AHLI:

1. Noor Kamariah Bt Abd Kadir M20152002575


2. Melyna Hani Bt Fuaad M20152002568
3. Fatiha Bt Ahmad Zainul Parhi M20152002564
4. Chandramathi A/P Nathan M20152002601
5. Rozila Bt Muda M20152002588
6. Rohaya Bt Abd Rahim M20152002604
DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN
The World Council For the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasanah (1988)

Tidak dapat melihat langsung

Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 dengan Ujian Snellen

Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus

Dari Segi Pendidikan Sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas


kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran perlu
diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimumkan
pembelajaran dan pencapaian mereka.
KONSEP PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat


keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran.

Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di


dalam bilik darjah

Terry D. TenBrink (1974) : Penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat


yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan
dalam membuat keputusan.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna dapat membantu murid mengatasi


masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal.
KONSEP PENILAIAN ADAPTIF UNTUK MURID
BERMASALAH PENGLIHATAN

Penilaian Adaptif -

- Bermaksud kaedah penilaian yang dimodifikasi atau diubah suai supaya


dapat menilai murid bermasalah penglihatan dengan baik dan adil.

- Mengambil kira keperluan-keperluan khas yang diperlukan oleh murid


bermasalah penglihatan
Contoh:

- Kertas soalan Braille (untuk calon buta @ calon rabun yang menggunakan mesin
Braille)

- Kertas soalan cetakan besar (untuk calon rabun)

- Peperiksaan di peringkat yang lebih tinggi - talking scientific calculator (with


earphone), abacus (mengikut keperluan calon), set pembaris taktil, graphs and
mathematics demonstration board, jangka sudut taktil, alat lukis garis timbul (spur
wheel set), buku sifir empat angka Braille(mengikut keperluan calon), alas getah
dan filem acetate.
- Penggunaan perisian komputer bersuara (Jaws)

- Penilaian melalui bahan audio


KURIKULUM MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
Murid Bermasalah penglihatan menggunakan kurikulum aliran perdana. Terdapat
6 perkara utama yang perlu diberi tumpuan untuk adaptasi kurikulum aliran
perdana:

1. Penggunaan sisa penglihatan

2. Kemahiran mendengar

3. Pengajaran Braille

4. Latihan orientasi dan mobiliti

5. Literasi komputer

6. Latihan deria
STRATEGI DAN INTERVENSI UNTUK MURID
BERMASALAH PENGLIHATAN

METAKOGNISI

Didefinisikan sebagai pengetahuan seseorang berkaitan dengan porses


kognitif seseorang ataupun hasil yang berkaitan dengannya.

Strategi asas dalam proses metakognitif ialah mengaitkan maklumat baru


dengan pengetahuan sedia ada , memilih strategi berfikir secara sedar dan
merancang , memantau dan menilai proses berfikir.
CARA TINGKATKAN KEMAHIRAN METAKOGNISI
MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

1. Kenalpasti apa yang mereka tahu dan apa yang tidak tahu

2. Berbincang mengenai proses berfikir

3. Menyimpan jurnal berfikir

4. Perancangan

5. Penutup kepada proses berfikir

6. Penilaian kendiri
TEKNIK PENGAJARAN KOGNITIF DAN
METAKOGNITIF
1. Latihan Strategi Menyerang

2. Latihan Pengajaran Kendiri

3. Latihan kawalan kendiri

4. Penyoalan kendiri

5. Pengajaran secara songsang

6. Latihan semula
IKLIM PEMBELAJARAN MURID BERMASALAH
PENGLIHATAN
- Murid bermasalah penglihatan memerlukan kemudahan khusus untuk belajar.

- 3 prinsip dalam menyediakan pendidikan untuk mereka:

1. Pengalaman konkrit

2. Penyepaduan pengalaman

3. Belajar melalui melakukannya

- Keadaan bilik darjah:-

- Pencahayaan yang cukup (tidak boleh terlindung dari cahaya matahari)

- Perabot tidak boleh diubah sesuka hati (menyukarkan pergerakan murid)


MOTIVASI BELAJAR UNTUK MURID BERMASALAH
PENGLIHATAN
- Definisi: keseluruhan kemampuan dalam menggerakkan diri seseorang yang
mengakibatkan kegiatan belajar dimana menjamin kelangsungan dari kegiatan
belajar dan memberikan arah pada kegiatan belajar tersebut.

- Murid bermasalah penglihatan biasanya kurang motivasi diri kerana merasakan


diri mereka kekurangan.
- Sumber motivasi
- Motivasi dari luar (dorongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan)
- Alat bantu belajar yang sesuai dan lengkap
- Kesediaan emosi
HUBUNGKAIT PRESTASI PELAJAR BERMASALAH
PENDENGARAN
Definisi Masalah Pendengaran

Merupakan satu kecacatan saraf paling kerap berlaku di dalam suatu populasi
manusia.

Hallahan dan Kauffman (1991)

Mendefinisikan murid-murid bermasalah pendnegaran sebagai murid yang tidak


dapat mendengar pada satu tahap intensiti atau kekuatan bunyi.

Murid bermasalah pendengaran sinonim dengan murid yang mengalami masalah


komunikasi , sosial serta akademik
1. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

- Berbeza di antara murid bermasalah penglihatan dan pendengaran meskipun


kedua-duanya mengikuti kurikulum arus perdana

- Murid bermasalah penglihatan menggunakan deria pendengaran, deria sentuhan


dan deria rasa untuk belajar.

- Pengubahsuaian kaedah PnP dilakukan mengikut keupayaan murid. Cth:


mengajar menggunakan tulisan Braille.

- Mereka keliru dengan konsep ruang dan jarak - latihan dan pengalaman perlu
diberikan seawal mugkin untuk mengelakkan wujudnya rasa takut dan tidak yakin
dalam diri mereka.
- Murid bermasalah pendengaran menggunakan deria penglihatan untuk belajar.

- Antara kaedah pengajaran yang digunakan ialah:

- Oral-Auditory

- Auditory Verbal

- Kaedah bacaan bibir

- Bahasa Isyarat

- Kaedah Komunikasi Seluruh

- Cued Speech
2. Bahan Bantu Belajar

- Murid bermasalah penglihatan perlukan bantuan dalam pelbagai aspek


pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa
baginya.

- Contoh bahan bantu belajar: tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat
sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber
yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio,
duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held
magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.
- Sistem tutorial multimedia atas talian Kod Braille Bahasa Malaysia
- Contoh bahan bantu belajar untuk murid bermasalah pendengaran pula
ialah:

- Alat bantu pendengaran

- Peralatan teknologi sedia ada seperti televisyen, komputer dan alat


pemain cakera padat/radio kaset.

- Alat pembesar suara dan alat pendengar di telinga (headphone)

- Guru perlu memilih media yang sesuai (tekankan kepada deria penglihatan dan
sentuhan).

- Contoh: sediakan bahan maujud, carta, foto, OHP dan model/ spesimen biologi
3. Perbandingan Murid Bermasalah Penglihatan & Pendengaran

- Gargiulo 2003; Easterbooks & Baker 2002; Moores 2001, didapati


kebanyakan kanak-kanak masalah pendengaran menunjukkan pencapaian
akademik yang lebih rendah.
- Murid bermasalah penglihatan mempunyai tahap IQ atau kognitif yang sama
seperti murid normal yang lain. Mereka merupakan golongan yang cemerlang
dalam pendidikan.
- Mereka hanya mempunyai kekangan dari sudut penglihatan sahaja tetapi
boleh menggunakan deria yang lain untuk belajar seperti deria pendengaran,
rasa, bau dan juga sentuhan. Golongan ini ramai yang telah melanjutkan
pengajian ke peringkat tertinggi.
- Kewujudan teknologi yang berkembang pesat pada masa kini banyak
membantu melancarkan proses P&P murid bermasalah penglihatan.
- Murid bermasalah pendengaran mempunyai kekangan lain seperti
pemerolehan bahasa.
- Murid bermasalah pendengaran tidak dapat mengikuti pembelajaran
menggunakan deria yang lain. Mereka hanya menggunakan deria
penglihatan sahaja.
- Ramai tokoh pada hari ini juga adalah dari kalangan OKU bermasalah
penglihatan.
- Contoh: Profesor Datuk Dr. Ismail bin Mohd Saleh
Datuk Mah Hassan Omar
RUMUSAN
- Kecacatan yang dialami tidak boleh dijadikan sebagai batasan dan alasan
yang menyekat perkembangan diri dan potensi mereka seperti kanak-kanak
lain.
- Untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang berkesan,, guru perlu
mengetahui bagaimana pelajarnya menggunakan penglihatan mereka di
dalam dan di luar bilik darjah untuk pembelajaran akademik, bukan akademik
dan aktiviti sosial.
- Dari aspek kaedah pengajaran dan penilaian, mereka memerlukan kaedah
adaptif yang mengambil kira keperluan khas mereka.
RUMUSAN
- Keluarga dan institusi pembelajaran memainkan peranan penting
dalam memberi sokongan dan dorongan di samping mendapat
pendidikan yang sewajarnya dari pihak sekolah.
- Keprihatinan masyarakat sekitar juga sama pentingnya untuk
membolehkan golongan berkeperluan khas ini mempunyai keyakinan
diri dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like