You are on page 1of 24

Kesediaan belajar

Kesediaan Belajar Maksud Kesediaan Belajar


Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat yang
menggambarkan telah ada, siap, lengkap, dapat,
berkebolehan, kesanggupan, kerelaan, kesudian,
kemampuan, keredaan, kemahuan, dan keinginan.
Manakala, belajar merupakan kata kerja yang
menunjukkan perlakuan bagi mendapat, memperoleh,
menambah, dan mengetahui sesuatu ilmu,
pengetahuan, kemahiran, kepandaian, dan kecekapan.
Maka, kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman
individu yang bersedia dan berupaya untuk
mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi
pengalaman pembelajaran yang baru.
Pendapat Ahli Psikologi
Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah
memberi pendapat mereka mengenai kesediaan belajar
mengikut teori pembelajaran tertentu. Thorndike
mengemukakan pendapatnya mengikut teori pembelajaran
bermazhab Behavioris. Manakala Piaget dan Bruner
memberi pendapat mereka berdasarkan teori
pembelajaran bermazhab Kognitif. Edward Lee Thorndike
(1874-1949) telah mengemukakan Hukum Kesediaan
(1913) yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut:
Tahap Kesediaan Emosi a) Individu bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan dan dapat membuatnya.
Berasa puas b) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan dan tidak dapat membuatnya. c) Individu belum
bersedia dan dipaksa untuk membuatnya
Jean William Fritz Piaget (18961980) mengaitkan
kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran
mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu: a)
peringkat deria motor (0-2 tahun) b) peringkat pra operasi
(2-6 tahun) c) peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) d)
peringkat operasi formal (selepas 12 tahun) Jerome
Seymour Bruner (1915 - ) dipercayai berusia 98 tahun pada
tahun ini (2013), kini masih bertugas sebagai profesor
penyelidikan Psikologi, felo penyelidik kanan di Fakulti
Undang-undang Universiti New York. Beliau berpendapat
bahawa kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara
yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-
kanak pada bila-bila masa peringkat perkembangannya
(1966).
Jenis-jenis Kesediaan Belajar
Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan
mental untuk aktiviti seperti berfikir,
menaakul, menganalisis, mensistensis
(menbentuk konsep) dan menilai
(menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif
yang dimiliki oleh pelajar pada masa kini
menentukan keberkesanan proses
pembelajaran yang baru.
Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif
untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila
seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan
aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya.
Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya
adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang
diperlukannya. Misalnya, pelajar Tahun Satu dikatakan
telah mencapai kebolehan/kesediaan kognitif untuk
pembelajaran Tahun Dua apabila dapat melaksanakan
tugasan berikut: a) Dapat menyebut A hingga Z. b)
Dapat membilang nombor 1 hingga 50.
Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori
Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang adalah
berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya. Murid-murid
sekolah rendah hanya bersedia untuk belajar operasi konkrit
(kesediaan kognitif rendah). Apabila memasuki sekolah menengah,
mereka mula sanggup dan bersedia untuk belajar operasi yang
kompleks (kesediaan kognitif tinggi). Ciri-ciri pelajar yang
mempunyai kesediaan kognitif rendah dan tinggi dapat senaraikan
seperti berikut: Kesediaan Kognitif Rendah Kesediaan Kognitif Tinggi
Dapat melihat satu aspek sahaja dalam sesuatu objek/idea. Dapat
melihat beberapa aspek dalam sesuatu objek. Egosentrik; tidak
dapat melihat pandangan orang lain. Struktur pengetahuan mula
menjadi formal. Memahami konsep abstrak. Membentuk hipotesis
ketika menyelesaikan masalah.
Kesediaan Afektif Kesediaan afektif merujuk kepada sikap
kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat
seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik.
Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud
apabila seseorang pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa
selamat, disayangi) dan keinginannya (minat) dipenuhi. Jika
motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi, maka pelajar akan bersedia
untuk belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar
mendapat faedah yang banyak daripada proses pembelajaran.
Sebaliknya, jika motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan
afektifnya juga adalah rendah. Perkara ini akan menyebabkan
pembelajarannya tidak berkesan walaupun pelajar itu telah banyak
kali melakukan aktiviti pembelajaran yang sama
Perkaitan antara kesediaan afektif dengan kesan pembelajaran
adalah seperti berikut: Kesediaan afektif Pembelajaran Aktif dan
agresif Tinggi Pasif dan lemah Rendah Perkara di atas bertepatan
dengan pendapat yang dikemukakan oleh Stanford (1971) bahawa
pembelajaran dipengaruhi oleh sikap, dan bukan oleh berapa kali
seorang pelajar mengulang kaji bahan pembelajaranya. 2.3
Kesediaan Psikomotor Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal.
Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai
potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang
anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pergerakkan badan.
Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia
untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses
pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi
apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan
fizikal yang diperlukan. Peringkat kesediaan psikomotor kanak-
kanak adalah berbeza bergantung kepada perkembangannya
fizikalnya. Kesediaan psikomotor
pada kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti-
aktiviti yang memerlukan koordinasi pergerakan
otot seperti: a) Mengikat tali kasut b) Menulis c)
Melukis d) Memegang pensel e) Menyebut bunyi
dan lain-lain Kesediaan psikomotor yang tinggi
akan menentukan koordinasi pergerakan otot
yang sempurna dan dapat memenuhi keperluan
asas manusia. Kesediaan psikomotor bagi pelajar
adalah penting dalam mata pelajaran seperti
Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Kemahiran
Hidup dan permainan alat muzik.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan
belajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan
belajar pelajar secara ringkasnya ialah kematangan,
kemahiran asas dan pengalaman sedia ada, motivasi
dalaman serta perhatian. 3.1 Kematangan Kematangan
merujuk kepada perubahan yang berlaku hasil daripada
perubahan fizikal dan biologi dalam badan individu.
Kematangan tidak ada kaitan dengan pengalaman seorang
individu. Kematangan sebenarnya ditentukan oleh
pengaruh baka daripada ibu bapa. Terdapat beberapa jenis
kematangan dan ia juga merupakan tahap perkembangan
dan pertumbuhan:
Kematangan Fizikal (Tahap Perkembangan
Psikomotor) Dalam topik jenis-jenis kesediaan
belajar1 , terdapat pernyataan tentang
kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah
berbeza bergantung kepada
perkembangannya fizikalnya. Perkembangan
fizikal atau perkembangan psikomotor inilah
jugalah yang menunjukkan kematangan fizikal
seseorang. 1 Nota 2.3 Kesediaan Psikomotor
di halaman 5
Berikut merupakan huraian ringkas mengenai aspek perkembangan
psikomotor kanak-kanak yang dapat dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu: Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan
Psikomotor Bayi 0-2 Mula memperolehi koordinasi dan kawalan
otot. Tulang masih lembut. Mula mengenal objek dalam alam
sekitar melalui organ deria dan tangan. Mula membezakan suara
daripada keluarga dan orang lain. Penglihatan dan pendengaran
masih belum dikembangkan dengan sempurna. Awal Kanak- Kanak
2-6 Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi.
Mempunyai satu set gigi susu. Semakin aktif menggunakan kaki dan
tangannya. Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih
terkawal. Kanak- Kanak 6-12 Penyelarasan motor dan kawalan
tubuh badan bertambah baik. Otot mata sudah matang untuk
membaca.
Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan
bunyi-bunyi yang berlainan. Sel-sel otak telah mencapai
60% berat orang dewasa. Kematangan fizikal berlaku
dengan cepat pada peringkat bayi dan kanak-kanak. Proses
pertumbuhan dalaman yang berlaku adalah asas, dan harus
ada untuk pembelajaran yang efisyen. Guru tidak boleh
memaksa pelajar untuk membuat sesuatu aktiviti jika
pelajar tidak bersedia untuk melakukannya. Sebaliknya,
guru haruslah menyediakan aktiviti pembelajaran yang
selaras dengan kematangan fizikal pelajar. Misalnya, pelajar
Tahun Satu dan Dua tidak mempunyai kematangan untuk
bermain tenis kerana otot-ototnya belum berkembang
untuk bermain tenis. Kematangan fizikal akan sempurna
apabila pelajar mencapai umur 17 hingga 18 tahun.
Oleh itu, kematangan fizikal akan mempengaruhi
kesediaan belajar mengikut peringkat
perkembangan psikomotor. 3.1.2 Kematangan
Mental (Tahap Perkembangan Kognitif)
Perkembangan mental tidak ada hadnya dan ia
akan berterusan sepanjang hidup individu.
Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget
dalam Teori Perkembangannya, perkembangan
intelek seseorang adalah berkadar secara terus
dengan pertambahan umurnya. Piaget
membahagikan empat peringkat ini seperti
berikut:
Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan Mental Deria motor
0-2 Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan
menggunakan organ deria dan gerak-geri. Mula mengaitkan objek
dengan kata-kata. Pra Operasi 2-6 Mula menggunakan bahasa
sebagai ganti gambaran benda. Boleh membentuk konsep yang
mudah. Mempunyai imaginasi yang fantastik dalam dunia pura-
pura. Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan ciri-ciri amnya.
Operasi Formal 6-12 Menguasai konsep pengekalan tentang
nombor, berat dan isipadu. Boleh mengenal pasti objek dalam
alam sekitar dan hubungannya dengan simbol bahasa. Operasi
Formal Selepas 12 Boleh berfikir secara abstrak dan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Boleh menggunakan
simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang
abstrak. Menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.
Perkembangan kognitif biasanya mencapai kemuncak di
penghujung umur 18-20 tahun.
Berdasarkan Kajian Piaget, kematangan kognitif kanak-
kanak berkembang dan semakin meningkat dengan
umurnya daripada operasi konkrit (mudah) kepada
operasi kompleks. Kematangan kognitif ini
mempengaruhi kesediaan belajar dan menjadi pra
syarat untuk mempelajari mata pelajaran yang
memerlukan kemahiran berfikir. Oleh itu, guru mesti
memastikan yang objektif dan isi pelajaran yang
dirancang sejajar dengan kematangan mental pelajar
kerana kematangan mempengaruhi kesediaan belajar
pelajar untuk menerima pembelajaran yang baru.
3.1.3
Kematangan Sosial dan Emosi Kematangan sosial
berkaitan dengan kebolehan pelajar untuk berinteraksi
dan bekerjasama dengan pelajar lain dalam
pembelajaran. Kematangan sosial merupakan salah
satu faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar
kerana kematangan sosial menentukan kesanggupan
pelajar untuk berkongsi pengalaman dan menjalankan
aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru.
Kematangan sosial ini boleh dikembangkan dengan
cara menggalakkan kegiatan sosial seperti aktiviti
berkumpulan yang terdiri daripad pelajar yang
mempunyai kematangan sosial yang tinggi dan rendah.
Kematangan emosi pula merujuk kepada darjah pencapaian
kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan
dan kepuasan dalaman pelajar terhadap pembelajaran.
Kematangan emosi ini mempengaruhi kesediaan belajar pelajar.
Berikut merupakan huraian ringkas tentang aspek kematangan
emosi dan sosial berdasarkan peringkat perkembangan kanak-
kanak. Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan Emosi dan
Sosial Bayi 0-2 Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan rasa
keselamatan. Mula ada perasaan cemburu dan iri hati. Awal
Kanak- Kanak 2-6 Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama.
Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru.
Perasaan cemburu semakin bertambah. Suka bermain sendiri.
Hanya suka bergaul dengan saudara mara yang berumur sama.
Kanak- Kanak 6-12 Mula sedar tentang perasaan lain.
Emosi semakin stabil. Suka bergaul dengan rakan sebaya. Suka
bermian secara berpasukan. 3.2 Kemahiran Asas dan Pengalaman Sedia
Ada Sebelum mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru, pelajar
hendaklah memperoleh kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan.
Pengalaman ditentukan oleh persekitaran individu. Misalnya, pelajar yang
mempunyai pengalaman tinggal di luar bandar akan lebih bersedia belajar
topik pertanian daripada pelajar yang hanya tinggal di bandar. Jesteru itu,
kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan faktor penting yang
mempengaruhi kesediaan belajar pelajar. 3.3 Motivasi Dalaman Motivasi
dalaman juga disebut dengan motivasi intrinsik. Motivasi dalaman yang
merupakan faktor kesediaan belajar ini telah dihurai dalam topik jenis-
jenis kesediaan belajar2 . Motivasi dalaman berkait rapat dengan minat
dan sikap pelajar. Guru perlu memastikan pelajar mempunyai minat yang
tinggi, sikap yang positif dan berusaha mendorong pelajar ke arah 2 Nota
3.3 Motivasi Dalaman di halaman 4.
mencapai sesuatu matlamat pembelajaran dengan cara menyediakan
ransangan yang pelbagai dan menarik serta mengekalkan motivasi
dalaman (intrinsik) pelajar agar mereka mempunyai kesediaan belajar.
Mengikut Bruner (1966), kanak-kanak yang baru memasuki sekolah telah
mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu intrinsik ingin tahu dan
dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan
motivasi dalaman yang kuat untuk menggerakkan dan meningkatkan
kesediaan belajar kanak- kanak supaya aktiviti pembelajaran berjalan
dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan. 3.4 Perhatian Perhatian
dan penumpuan pelajar yang tinggi dapat meningkatkan kesediaan belajar
pelajar. Guru perlu meransang pelajar melalui strategi pembelajaran
dengan pelbagai cara. Misalnya, guru perlu menggunakan set induksi yang
menarik, alat bantuan mengajar yang canggih serta kaedah dan teknik
pengajaran yang berkaitan dengan minat pelajar kerana ini akan
mengekalkan perhatian dan kesediaan belajar mereka seterusnya bersedia
untuk menerima ilmu pembelajaran yang baru
Implikasi Kesediaan Belajar Terhadap Pengajaran &
Pembelajaran Daripada segi bahasa, implikasi
bermaksud kesan, akibat, hasil, ekoran, dan pengaruh.
Kesediaan belajar memberikan beberapa implikasi
terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Antara implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran
dan pembelajaran ialah: 4.1 Guru dapat menyelesaikan
masalah perbezaan. a) Perbezaan individu. b)
Perbezaan jantina. c) Perbezaan keyakinan diri. d)
Perbezaan perkembangan mental. e) Perbezaan
perkembangan fizikal. 4.2 Guru dapat mengambil
langkah-langkah berikut untuk memenuhi perbezaan
kesediaan belajar pelajar yang berlainan.
Strategi pembelajaran. Antara strategi pengajaran yang boleh
dilaksanakan seperti pengajaran berkumpulan, pengajaran individu untuk
melayani perbezaan individu, teknik peneguhan untuk memupuk kendiri
positif murid, teknik menyoal dan kaedah inkuiri penemuan bagi
membangkitkan naluri ingin tahu murid, serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif. b) Isi kandungan pembelajaran. Guru dapat
merancang isi kandungan pembelajaran yang berkaitan dengan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat memberi
kemahiran asas yang kukuh melalui aktiviti pengukuhan sebelum pelajar
mempelajari pembelajaran kemahiran yang baru dan kompleks. c)
Pemeringkatan isi pelajaran. Perkembangan intelek seseorang pelajar
adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya. Maka, guru
perlu menyusun isi pelajaran mengikut perkembangan kognitif (mudah
kepada kompleks, pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, dekat
kepada jauh, umum kepada spesifik) kanak-kanak berdasarkan konsep
yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya.
d) Pelbagai alat bantuan mengajar.
Menyediakan alat bantu mengajar yang
berkaitan serta dapat menarik perhatian,
mengekalkan minat dan menambah
penumpuan pelajar. Perhatian dan
penumpuan merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi kesediaan belajar pelajar bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

You might also like