You are on page 1of 14

EDUP3043

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku


Tajuk pembentangan:
Cadangkan dua bentuk intervensi yang boleh
digunakan oleh guru dalam menguruskan disiplin
dan masalah tingkah laku di bilik darjah.
Disediakan oleh: Wong Yuen Jing
Kelas : P3A Ambilan Jun 2016
Pensyarah : Encik Azmi Abu Bakar
Selain merancang aktiviti PdP dengan cekap, seorang guru
juga perlumemikirkan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menguruskan tingkah laku murid-murid dengan
berkesan di dalam bilik darjah.

Contoh bentuk intervensi:


1. Teknik Modifikasi Tingkah Laku
2. Bimbingan dan kaunseling
TEKNIK MODIFIKASI
TINGKAH LAKU
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
Teknik ini menggunakan prinsip peneguhan.
Dalam teori peneguhan, tingkah laku murid-murid ditentukan oleh
akibat yang bakal diterima selepas sesuatu tingkah laku
ditunjukkan.
Murid akan mempelajari tingkah laku yang diterima atau yang tidak
diterima berdasarkan respons yang diperoleh daripada
persekitaran.
Oleh itu, akibat memainkan peranan penting dalam menguatkan
atau melemahkan tingkah laku yang akan ditunjukkan pada masa
akan datang.
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
Prinsip peneguhan menyatakan:
1. Tingkah laku dipengaruhi oleh akibat selepas sesuatu tingkah laku
ditunjukkan.
2. Tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau
dilemahkan berdasarkan akibat yang diberikan.
3. Peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan berbanding
dengan dendaan dalam memodifikasikan tingkah laku murid-murid
di dalam bilik darjah.
4. Teknik Modifikasi Tingkah Laku bertindak berdasarkan tingkah laku
yang diberikan ganjaran akan diulangi, manakala tingkah laku yang
tidak diberikan ganjaran akan lupus.
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
Contoh Situasi:
Sekiranya kamu menyiapkan kerja dengan senyap selama 20 minit,
cikgu akan berikan kamu masa 5 minit untuk rehat.

Tingkah laku yang tidak diingini:


Bising semasa membuat kerja yang diberikan.

Tingkah laku yang diingini dan peneguhan positif:


Murid membuat kerja yang diberikan dengan senyap.
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
Terdapat pelbagai jenis peneguhan yang boleh digunakan dengan
berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku yang diingini.
1. Bahan makanan: gula-gula, coklat.
2. Barangan: permainan, pelekat, hadiah .
3. Token: Lencana, markah, bintang .
4. Aktiviti: Bermain komputer, membaca buku yang diminati .
5. Keistimewaan: Menjadi ketua kumpulan, penolong guru, rehat awal .
6. Pengiktirafan rakan: Diterima dan dipuji oleh rakan sebaya.
7. Perakuan guru: Pujian dan perhatian guru serta ibu bapa.
8. Kepuasan kendiri: Peneguhan dalaman atau mendapat kepuasan diri.
BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan boleh dilakukan dan digunakan oleh semua guru
kepada murid-murid yang dikenal pasti akan atau telah
mendatangkan masalah di dalam bilik darjah.
Bimbingan merupakan suatu proses yang berlanjutan dan
berterusan.
Cara ini dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu
murid-murid mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan
kelemahan diri serta membantu mereka membuat penyesuaian
dengan persekitaran.
Intervensi awal dalam bentuk bimbingan di dalam bilik darjah akan
membantu murid-murid daripada terjebak dalam masalah atau
salah laku yang lebih serius.
Bimbingan dan Kaunseling
Kaunseling merupakan suatu proses yang dilaksanakan oleh
guru kaunselor dalam membantu klien, iaitu murid-murid untuk
memahami diri supaya mereka dapat membuat keputusan-
keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan yang ada dalam
hidupnya.
Seorang guru kaunselor akan cuba membantu murid-murid untuk
mencapai matlamat hidup yang realistik supaya murid-murid
tersebut dapat mengembangkan potensi diri secara optimum dan
dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dengan baik.
Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan dan kaunseling berbentuk khidmat nasihat, bimbingan dan bantuan
untuk individu mengenal diri dan dapat membuat keputusan sendiri
berdasarkan kesedaran individu terhadap kekuatan dan kelemahan dirinya.

Matlamat Bimbingan dan Kaunseling:


1. Mengenal potensi murid.
2. Membina kemahiran pengurusan diri.
3. Kemahiran penyelesaian masalah.
4. Pengurusan tingkah laku.
5. Memajukan diri murid.
6. Penilaian kendiri.
Bimbingan dan Kaunseling

Etika Bimbingan:

Etika-etika sebagai seorang pembimbing yang perlu diamalkan


semasa proses bimbingan dijalankan:

a) Menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi.

b) Kerahsiaan murid.

c) Bertanggungjawab.
Rujukan:

https://www.slideshare.net/Rozmarsitah/pengurusan-
masalah-disiplin-bilik-darjah
Haliza hamzah. (2012). Pengurusan bilik darjah & tingkah
laku. Selangar; Oxford Fajar.
SEKIAN, TERIMA
KASIH.

You might also like