You are on page 1of 34

EDUP3033

MURID DAN PEMBELAJARAN


Tajuk 1:
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah:
Dr. Hj. Sajap Maswan
sajap@ipgktb.edu.my
012-4830474
Hasil Pembelajaran
Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran
Menjelaskan proses pembelajaran dalam pendidikan
Menjelaskan prinsip-prinsip pembelajaran
Topik Perbincangan
1. Pengertian pengajaran dan pembelajaran
2. Proses pembelajaran dalam pendidikan
3. Prinsip-prinsip pembelajaran
Pengenalan
Mengajar ialah tugas utama bagi pekerjaan guru (Mohd Zohir
dan Shukri Osman, 2004).
Tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran
pedagogi yang mantap selepas menjalani latihan perguruan
yang mencukupi di IPGK, IPTA dan IPTS.
Contoh: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian (PISMP)
Tempoh latihan: 5 tahun (termasuk kursus PPISMP)
AMALI: Praktikum Fasa 1 (3 bulan) dan Fasa 2 (3 bulan) +
Internship (1 bulan)
Apakah definasi dan konsep pengajaran?
Definisi Pengajaran
Pengajaran ialah perihal mengajar dan segala sesuatu yang
berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar,
aspek yang dipentingkan dan sebagainya. (Kamus Dewan)
Pengajaran adalah sebagai memberi arahan-arahan atau
berkongsi pengetahuan dengan orang lain.
Pengajaran sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar
dengan baik
Secara praktisnya, pengajaran merupakan suatu yang
diagnostik dan preskritif (menganalisis keperluan pelajar dan
mengaplikasikan strategi dan aktiviti yang sesuai)
Definisi Pengajaran
Pengajaran melibatkan:
Perancangan
Pengelolaan/Pelaksanaan
Penyampaian
Bimbingan
Penilaian (Hasil Pembelajaran = Learning Outcomes)
Definisi Pengajaran
Secara umumnya, pengajaran adalah melibatkan:
Ilmu Pengetahuan (Knowledge) (Kognitif)
Kemahiran (Skills) Psikomotor(Fizikal/Jasmani)
Nilai (Values) Afektif (Rohani + emosi)
Konsep Pengajaran
Merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan dan
juga merupakan aktiviti intelek.
Suatu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan
dari segi kepercayaan, nilai dan makna.
Merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada
pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan
tingkah laku dikalangan mereka
Pengajaran adalah proses dimana kegiatan-kegiatan disusun
untuk pelajar-pelajar bertujuan untuk membawa perubahan
tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran.
Konsep Pengajaran
Pengajaran adalah susunan maklumat dan suasana bagi
memudahkan pembelajaran (Heinich, et al.,1996)
Gagne (1985), menyatakan pengajaran sebagai set tatacara
luaran yang menyokong proses-proses dalaman yang
berkaitan bagi mencapai hasil pembelajaran.
Wittrock(1979), mengatakan bahawa pengajaran ialah aktiviti
yang melibatkan proses meransang pelajar untuk membina
maksud atau erti berdasarkan pengalamannya, bukan
meransang mereka mengeluarkan semula pengetahuan
orang lain.
Definasi Pembelajaran
Suatu proses perubahan tabiat, pengetahuan dan sikap (Crow
& Crow)
Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat
interaksi dengan persekitaran. (Dr. Noriati, 2012)
Pembelajaran melibatkan perubahan dalam seseorang
individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar
sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait
dengan pengalaman. (Slavin, 2005)
Definasi Pembelajaran
Pembelajaran sebagai perubahan tingkahlaku manusia yang agak
kekal dan sesuatu yang berubah akibat dari pengalaman
(Commonwealth of Learning, 2002)
Pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu
perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku
seseorang. Perubahan tersebut mungkin secara sengaja atau tidak,
untuk lebih baik atau buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak
sedar (Hill, 2002)
Al-Ghazali memberikan gambaran bahwa belajar merupakan
usaha yang dilakukan dalam rangka memperoleh ilmu kemudian
mengaplikasikannya. Di sini Al-Ghazali menekankan bahwa ilmu
yang sudah didapatkan murid akan bermanfaat dan memberikan
perubahan pada diri mereka apabila ia mengamalkannya. Ilmu
yang tidak diamalkan seringkali diumpamakan bagaikan pohon
yang tidak berbuah
Definasi Pembelajaran
Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang
pembelajaran.
Penganut teori behaviorisme menegaskan bahawa
pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan
tingkahlaku, kemahiran-kemahiran baharu atau pengetahuan
yang boleh diperhatikan (didemontrasikan)
Penganut teori kognitif menekan proses mental yang
digunakan seseorang individu untuk belajar dan
mengingatkan maklumat baharu atau kemahiran-kemahiran,
walaupun tidak dapat diperhatikan. Pembelajaran berlaku
kerana pelajar cuba memahami persekitaran secara aktif
Pembelajaran
Pembelajaran dilihat daripada dua perspektif:
i. Fizikal Perubahan tingkah laku yang dapat dilihat.
ii. Mental Proses-proses mental untuk ingat maklumat,
kemahiran dan nilai baru.
Pembelajaran berlaku apabila seseorang individu telah
berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan
sedia ada.
Proses Pembelajaran
Proses pembelajaran adalah proses yang di dalamnya
terdapat kegiatan interaksi antara guru-murid dan komunikasi
timbal balik yang berlangsung dalam situasi edukatif untuk
mencapai tujuan belajar (Rustaman, 2001).
Dalam proses pembelajaran, guru dan murid merupakan dua
komponen yang tidak boleh dipisahkan. Antara dua
komponen tersebut harus terjalin interaksi yang saling
menunjang agar hasil belajar murid dapat tercapai secara
optimal.
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia memperoses
maklumat seperti komputer. Beliau mengenalpasti lapan peringkat
dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang
dipelajari.
Peringkat 1 Motivasi
Peringkat 2 Memberikan Perhatian
Peringkat 3 Perolehan
Peringkat 4 Ingatan
Peringkat 5 - Ingat Kembali dan Retrieval
Peringkat 6 Generalisasi
Peringkat 7 Prestasi
Peringkat 8 Maklum Balas dan Peneguhan
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
1. Motivasi
Set induksi yang menarik dan dapat merangsang motivasi belajar
dan minat murid
Murid-murid menerima rangsangan daripada pengajaran guru
ABM/BBM yang bersifat multimedia Menarik dan berfungsi
dengan baik (klip video)
Suasana bilik darjah yang kondusif Bersih, ceria, susunan kerusi
dan meja yang teratur dll.
2. Memberikan Perhatian
Melibatkan proses pengamatan dan penanggapan terhadap
konsep, maklumat/input baru yang disampaikan oleh guru
Guru perlu memberi penerangan dan menghuraikan sesuatu
fakta dengan baik, jelas dan mantap.
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
Memberi contoh-contoh yang relevan dengan topik yang
dibincangkan
Kaedah latih tubi digunakan agar murid dapat menguasai
sesuatu kemahiran baru
Komunikasi 2 hala antara guru dengan murid Murid-murid
diberi peluang untuk bertanya soalan kepada guru sekiranya
terdapat perkara-perkara yang diajar kurang difahami.
3. Perolehan (Mendapat maklumat/information)
Rangsangan yang diterima oleh pancaindera (lihat, dengar, hidu,
rasa dan sentuh) dibawa ke otak untuk diberikan makna dan
diterima
ABM/BBM yang bersifat multimedia Memudahkan proses
pemerolehan maklumat
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
4. Ingatan
Maklumat/konsep baharu yang diajar oleh guru akan disimpan di
dalam ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang
Menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan
dalam ingatan murid
5. Ingat Kembali
Fakta, pengetahuan dan pengalaman yang disimpan perlu
dikeluarkan semula untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Mengingati semula fakta-fakta penting untuk menjawab soalan-
soalan di dalam ujian dan peperiksaan
Mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada
Mengingati nombor telefon mudah alih rakan sebelum
menelefonnya
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
6. Generalisasi Aplikasi ilmu dalam situasi yang
lain/memerlukan atau dalam kehidupan seharian
Pengalaman dan pengetahuan yang diamalkan dalam
situasi baru yang sesuai dan sepadan
Menggunakan pengetahuan dalam Matematik untuk
mengira jumlah perbelanjaan makan dan minum dalam
seminggu
Pengajaran berjaya jika murid dapat mengaplikasikan
perkara yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam
atau di luar bilik darjah.
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
7. Prestasi
Seseorang individu mendapatkan maklum balas orang lain
mengenai tingkah lakunya.
Keputusan ujian atau peperiksaan yang menggambarkan
prestasi akademik seseorang murid
Prestasi dapat dinilai berdasarkan ujian lisan atau bertulis
8. Maklum Balas
Murid mendapat peneguhan positif daripada guru mengenai
perlakuannya dan prestasinya dalam akademik.
Maklum balas ini penting untuk menentukan sama ada murid
dapat mengingati fakta-fakta penting atau mengamalkan
kemahiran yang diperolehnya dengan baik
Proses Pembelajaran
Gagne (1985) Mengariskan Sembilan langkah Pembelajaran dan
kaitannya dengan pembelajaran:
Langkah1 Menarik Perhatian
Langkah 2 Maklumkan kepada pelajar tentang objektif
Langkah 3 Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia
ada/pembelajaran lepas
Langkah 4 Mengemukakan kandungan/bahan rangsangan
Langkah 5 Memberikan bimbingan pembelajaran
Langkah 6 Menggalakkan perlakuan (melatih kemahiran/tingkah
laku baru)
Langkah 7 Memberikan maklum balas tentang Prestasi
Langkah 8 Menilai prestasi
Langkah 9 Merangsang pemindahan dan pemindahan
Prinsip-Prinsip Pembelajaran
Ahli psikologi pendidikan telah mengenalpasti beberapa
prinsip pembelajaran yang juga dirujuk sebagai hukum
pembelajaran.
Prinsip-prinsip ini telah ditemui, diuji dan digunakan dalam
situasi pembelajaran.
Prinsip-prinsip ini memberikan pengertian tambahan tentang
pembelajaran berkesan.
Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
1. Penglibatan Aktif
Murid perlu dilibatkan secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran
Contoh: Perbincangan di dalam kumpulan
2. Perkaitan dan Corak
Murid melaksanakan tugasan yang mencabar
Penyelesaian masalah
Murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif
Contoh: Menjana idea-idea bernas dalam percambahan
fikiran
Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
3. Pembelajaran Informal
Pembelajaran berlaku sepanjang masa di dalam dan di luar
bilik darjah
Contoh: Sudut bacaan di dalam bilik darjah
4. Pengalaman Langsung
Learning-by-doing
Belajar sambil bermain
Contoh: Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
bersejarah
Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
5. Situasi Mendesak (Compelling situation)
Pembelajaran sebagai suatu proses penyelesaian masalah
Wujudkan situasi pembelajaran yang mencabar
Contoh: Kuiz, perbahasan, sesi soal jawab dsn.
Cara-cara guru dapat mewujudkan situasi mendesak:
Menyediakan standard yang tinggi terhadap tingkah laku
murid-murid di dalam atau di luar bilik darjah
Memberi tanggungjawab yang lebih kepada murid untuk
memupuk bakat kepimpinan
Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menggalakkan
penglibatan yang aktif dalam pelbagai aktiviti pembelajaran
Menyediakan pembelajaran berasaskan kontekstual Rujuk
Teori Konstruktivisme
Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
6. Maklum Balas Berterusan
Murid diberi peluang untuk mengetahui kekuatan dan
kelemahan diri
Aspek ini sangat penting untuk meningkatkan prestasi
akademik murid
Contoh: Ulasan guru yang positif dalam Buku Rekod
Kemajuan
7. Suasana yang Menyeronokkan
Mempelbagaikan aktiviti p & p Sumbang saran, simulasi,
kuiz dan sebagainya.
ABM/BBM yang bercorak multimedia
Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
8. Refleksi
Guru akan menyedari kekuatan dan kelemahan diri semasa
melaksanakan PdP.
Guru dapat merancang pelbagai strategi yang berkesan
untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri semasa
mengajar.
Guru dapat merancang pelbagai strategi untuk
melaksanakan penambahbaikan dalam perancangan dan
pelaksanaan PdP pada masa akan datang.
Contoh: Menulis refleksi dengan baik dan jelas pada
bahagian akhir RPH
RUMUSAN
Pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu cara untuk
menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, sikap
dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Pembelajaran membawa makna satu proses memperoleh
pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baharu kesan
daripada pengalaman yang dilalui. Manusia mula belajar sejak
dilahirkan melalui pembelajaran secara formal dan informal.
Pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal
dalam pengetahuan dan tingkahlaku seseorang.
RUMUSAN
Pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu cara untuk
menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, sikap
dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Pembelajaran membawa makna satu proses memperoleh
pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baharu kesan
daripada pengalaman yang dilalui. Manusia mula belajar sejak
dilahirkan melalui pembelajaran secara formal dan informal.
Pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal
dalam pengetahuan dan tingkahlaku seseorang.
RUMUSAN
Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia
memperoses maklumat seperti komputer. Beliau
mengenalpasti lapan peringkat dalam proses mengubah
maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari iaitu; motivasi,
memberikan perhatian, perolehan, ingatan, ingat kembali,
generalisasi, prestasi dan maklum balas.
Ewell (1997) telah mengemukakan lapan prinsip
pembelajaran untuk hasil yang lebih berkesan iaitu;
penglibatan aktif, perkaitan dan corak/konstruktivisme,
pembelajaran informal, pengalaman langsung, situasi
mendesak, maklum balas berterusan, suasana yang
menyeronokkan dan refleksi.
Sekian
TERIMA KASIH
Rujukan:
Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry.
Draft. Dipetik dari
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summa
ry.html
Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt,
Rinehart and Winston
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
(2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Penghargaan
1. Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus
Tuanku Bainun

You might also like