You are on page 1of 25

KEPENTINGAN PENILAIAN DAN CUKAI

TAKSIRAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

1
PENDAHULUAN
1. Cukai merupakan sumber yang terpenting
bagi kebanyakan negara samaada negara
maju atau negara membangun.

(Bardai, 1987 ; Md Zyadi dan Rogayah, 1990)

2
2. Cukai merupakan sumber atau hasil yang
penting bagi sesebuah negara sebagai
membiayai perbelanjaan kerajaan untuk
menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.

3
3. Matlamat cukai adalah untuk pengagihan
semula pendapatan samaada berbentuk
perkhidmatan, kemudahan, pembangunan
mahupun wang. Ia merupakan salah satu
cara pendapatan berbalik yang dapat
membantu pertumbuhan ekonomi negara
dan mengimbangi faedah kepada semua.

4
4. Hampir dua pertiga (2/3) daripada hasil
bagi PBT di Malaysia berpunca dari
cukai harta/taksiran yang merupakan
sumbangan utama pendapatan.

(Buang Alias, 2001)

5. Kepentingan perlunya orang ramai


membayar cukai antara lainnya adalah
supaya PBT dapat menyalurkan
perkhidmatan seperti memungut
sampah, penyelenggaraan jalan, lampu
jalan, perparitan, kemudahan awam,
taman rekreasi dan sebagainya.
(Zainuddin Abd Aziz, 2001)

5
6. Menurut hadis Nabi SAW, dengan maksud; Di
dalam harta seseorang terdapat
tanggungjawab selebih daripada pembayaran
zakat. Jika sumber pendapatan negara tidak
mencukupi, negara perlu memungut cukai
daripada rakyat untuk membiayai
kepentingan umum.

7. Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf


yang menjelaskan bahawa negara boleh
menaik atau menurun kadar cukai
mengikut kemampuan rakyat.
6
TUJUAN PENILAIAN SEMULA
1. Peruntukan Perundangan
Setiap PBT dikehendaki melaksanakan Penilaian
Semula setiap 5 tahun sekali.

2. Saranan Kerajaan Negeri


Melalui saranan Kerajaan Negeri dengan
mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan
yang belum menjalankan kerja kerja
Penilaian Semula, melaksanakannya apabila
kedudukan kewangan dan situasi semasa
mengizinkan. 7
3. Memberi Gambaran Nilaian Pasaran
Hartanah Terkini
Dengan menjalankan Penilaian Semula, ia
memberi gambaran sebenar kepada pembayar
cukai mengenai nilai semasa premis mereka
berasaskan Aras Nilaian semasa.

4. Mengemaskini Rekod-Rekod Pegangan


Mengemaskini segala perubahan rekod
harta tanah yang tidak dimaklumkan oleh
pemilik harta.
8
5. Meningkatkan Peratus Pungutan Hasil
Berbanding Lain-lain Hasil
Dengan melaksanakan Penilaian Semula, hasil
kutipan cukai taksiran akan bertambah
disebabkan terdapat hasil-hasil baru dan
ubahtambah bangunan berbanding hasil lain
seperti lesen, letak kereta, sewaan dll.
Hasil cukai taksiran PBT diantara 70%-80%
daripada hasil keseluruhan.

9
SENARIO PERLAKSANAAN PENILAIAN
SEMULA PBT MALAYSIA
1. Kajian oleh Pegawai Penilaian MPBP di 25
PBT di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri
Sembilan (Tahun 2008):-
Bilangan
Peratus Aras Nilaian yang Digunakan
PBT
8% 2 kurang 10 tahun
20% 5 antara 10-15 tahun
28% 7 antara 15-20 tahun
44 % 11 lebih 20 tahun
100% 25
10
2. Kajian oleh Pegawai Penilaian MPKu ke
atas PBT seluruh Malaysia (Tahun 2012):-

Bilangan
Peratus Aras Nilaian yang Digunakan
PBT
19.5% 29 antara 5-9 tahun

26.9% 40 antara 10-20 tahun

53.6% 79 lebih 20 tahun

100% 148
11
KESAN @ IMPAK PENGUATKUASAAN
PENILAIAN SEMULA TIDAK DAPAT
DILAKSANAKAN

1. Senarai nilaian yang tidak


menggambarkan harga pasaran terkini
akan memberi kesan kepada hasil cukai
PBT. Nilaian taksiran yang menggunakan
aras nilaian yang terlalu lama
menjadikan hasil cukai juga jauh lebih
rendah.
12
2. Melalui Penilaian Semula, data dan
maklumat sesuatu harta atau pegangan
dapat dikemaskini. Apabila Penilaian Semula
dilakukan secara kerap dan berkala maka
maklumat pegangan juga dapat dikemaskini
secara kerap dari semasa ke semasa. Begitu
juga sebaliknya, Penilaian Semula yang tidak
dapat dilaksanakan, maklumat pegangan
tidak dikemaskini dan tidak berubah.

13
3. Kerja-kerja dalam proses penilaian
terutamanya dalam menentukan nilaian
taksiran akan menjadi lebih sukar kerana aras
nilaian yang digunakan telah terlalu lama.
Sebagai contoh, menilaikan rumah teres 1
tingkat, aras nilaian yang digunakan adalah
tahun 1987 maka Pegawai Penilaian terpaksa
menganggarkan nilaian pada harga tahun
tersebut sedangkan pada masa kini harga
sesebuah rumah jauh lebih tinggi disebabkan
perbezaan tempoh yang panjang.

14
4. Selain itu, kesan kepada pembayar cukai
juga turut dirasai apabila Penilaian
Semula tidak dapat dijalankan secara
berkala, ianya akan memberi kesan
kepada nilaian taksiran yang akan
meningkat secara drastik disebabkan
jurang aras nilaian atau tempoh
Penilaian Semula yang dikuatkuasa
adalah terlalu lama.

15
5.Untuk jangka masa yang panjang,
kebergantungan sumber kewangan PBT adalah
dari pungutan hasil cukai. Sekiranya PBT masih
teragak-agak dan berhati-hati dalam
melaksana Penilaian Semula tidak dikikis
sedikit demi sedikit, maka sampai bila pun
keadaan kewangan tidak akan berubah.

16
7. Peruntukan perundangan untuk
membuat Penilaian Semula setiap 5
tahun sekali tidak dapat dipatuhi dan
dikuatkuasakan.

8. Senarai tugas Jabatan/Bahagian


Penilaian PBT tidak dapat
disempurnakan.

17
TRANSFORMASI PENILAIAN SEMULA
DI PBT MALAYSIA
1. Penilaian Semula sebagai amalan
* Penilaian Semula yang dikehendaki dilaksana
setiap 5 tahun sekali sebagaimana kehendak
akta perlu dilihat sebagai satu amalan atau tradisi
PBT dan bukannya dasar perundangan
semata-mata.

* Cara atau kaedah yang lebih mudah dalam


penguatkuasaan Penilaian Semula bagi satu- satu
PBT perlu dikaji dengan lebih mendalam oleh
Pihak Berkuasa Negeri dan pengurusan
tertinggi PBT.
18
2. Penilaian Semula PBT secara serentak
* Penilaian Semula yang kini dilaksana dan
dikuatkuasa mengikut satu-satu PBT tertentu perlu
diubah kepada perlaksanaan secara serentak.

* Perlaksanaan dan penguatkuasaan Penilaian


Semula PBT secara serentak boleh direalisasikan
mengikut negeri. Ianya dilihat lebih praktikal dan
seragam menjadikan prosedur Penilaian Semula
PBT dapat dilakukan lebih mantap dan
berkeyakinan.

* Dengan perlaksanaan Penilaian Semula secara


serentak ini, boleh mengelakkan masalah rakyat
membuat perbandingan senarai nilaian antara
berbagai daerah. 19
3. Menggunakan Aras Nilaian Tone of the
List yang sama bagi semua PBT
* Penggunaan Aras Nilaian Tone of the list ke atas
Senarai Nilaian juga sebaiknya dilaksana secara
seragam bagi semua PBT yang melaksanakan
Penilaian Semula.

* Keseragaman Aras Nilaian bukan sahaja memberi


peluang PBT menggunakan nilaian taksiran atau
nilaian tahunan pada harga pasaran yang sama
tetapi menggambarkan nilaian taksiran adalah
yang terkini dan memberi pemahaman serta
penjelasan yang mudah kepada pembayar cukai.

20
4. Hebahan Penilaian Semula di pelbagai
media
* Hebahan dan sebaran maklumat mengenai
penguatkuasaan Penilaian Semula hendaklah
dibuat seluas-luasnya kepada rakyat supaya
mereka lebih maklum dan lebih memahami
implikasi perlaksanaan Penilaian Semula.

* Hebahan bukan sahaja di media cetak tetapi


menjangkaui media maya yang kini lebih dekat
dengan generasi masa kini. Dengan kaedah ini
memberi peluang PBT menyampaikan maklumat
dengan sejelas-jelasnya tentang faedah-faedah
yang akan dinikmati oleh rakyat.
21
5. Wakil Rakyat, Ahli Majlis dan JPP
sebagai agen penyampai

* Setiap Wakil Rakyat, Ahli Majlis dan JPP perlu


memahami keperluan perlaksanaan Penilaian
Semula dan berusaha menerangkan dengan
sejelas-jelasnya kepada rakyat.

* Melihat perlaksanaan Penilaian Semula dari sudut


positif dalam isu politik semasa yang boleh
memberi manfaat dan faedah kepada rakyat dan
kerajaan.

22
KESIMPULAN
1. Penilaian Semula suatu bidang tugas yang
sangat penting. Ia merupakan peranan asas
bagi PBT sebagai sebuah yang kerajaan
tempatan yang diberi kuasa mengenakan
cukai taksiran.

2. Kesempurnaan Penilaian Semula


merupakan antara bidang tugas yang
sangat penting serta memberi kepuasan
yang maksima.
23
3. Tiada yang mustahil selagi ada usaha gigih,
motivasi dan kemahuan yang tinggi. In shaa
Allah ..Yakin Boleh

4. Sokongan pihak atasan iaitu YDP, SU, Ahli


Majlis amatlah penting. Pegawai Penilaian
perlu hikmah yang kreatif dalam urusan
pentadbiran. Perkasakan senjata utama iaitu
usaha yang berfokus dan doa.

24
PENILAIAN
SEMULA.
Tekad Usaha,
Komitmen,
Yakin Pasti
BERJAYA!!!!
25

You might also like