You are on page 1of 60

SJH 1108

HUBUNGAN ANTARABANGSA

ABDULLAH MUHAIMIN BIN AHAMAD


PPISMP SEJARAH SK
TUTORIAL M11

MENGHURAIKAN KEPENTINGAN
HUBUNGAN LUAR MALAYSIA DAN
PENDIRIAN MALAYSIA TERHADAP ISU-ISU
ANTARABANGSA
DASAR LUAR
Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar
bermaksud berbaik-baik dengan semua negara
demi keamanan dan kesejahteraan dunia
Azizi Ahmad pula memberikan definisi dasar
luar sebagai polisi menjalani perhubungan
antarabangsa dengan negara lain.
HUBANGAN LUAR
Didefinisikan sebagai matlamat, rancangan, dan
tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara
dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah
negara yang lain
dasar luar negara hanya mementingkan aspek
tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi
mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di
luar bidang kuasanya
HUBUNGAN ANTARABANGSA
Interaksi antara satu entiti berwilayah dengan
entiti berwilayah yang lain dan peristiwa-
peristiwa yang melewati sempadan entiti-entiti
tersebut.
Entiti ini berbentuk negara
Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh
pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan
menyelesaikan sesuatu masalah
Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula menyatakan, dasar
luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan
tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam
usaha berhubung dengan sesebuah negara lain
RUMUSAN
dasar luar merupakan satu dasar yang dirangka
dan dilaksanakan oleh Malaysia bertujuan untuk
mengadakan hubungan baik dengan negara-
negara luar bagi tujuan mewujudkan dan
mengekalkan keselamatan, kedamaian,
keharmonian serta kesejahteraan dari aspek
ekonomi, politik, sosial dan lain-lain isu yang
mempunyai kepentingan-kepentingan bersama.
KEPENTINGAN HUBUNGAN LUAR
1. Menjamin keselamatan rakyat dan negara.
2. Memelihara kepentingan nasional.
3. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
4. Mengekalkan kedaulatan negara.
5. Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama
antarabangsa.
6. Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan
peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
MENJAMIN KESELAMATAN RAKYAT DAN
NEGARA

Dasar luar berbaik-baik dengan negara-negara


dunia.
Sebagai contoh semasa menghadapi konfrontasi
indonesia (1963-1965), Tunku Abdul Rahman
mengambil langkah berbaik-baik dengan
melakukan hubungan diplomasi dengan
Indonesia.
Tunku Abdul Rahman mengadakan Perjanjian
Pertahanan Inggeris Tanah Melayu (AMDA) 1956.
British akan melindungi Tanah Melayu jika diserang.

Dasar Berkecuali juga dilaksanakan bagi memastukan


keselamatan rakyat dan negara.
Bagi memperkasakan lagi dasar berkecuali konsep
ZOPFAN ( zone of peace, freedom and nuetrality)
Zopfan ini telah diterima sebagai pendirian ASEAN.

Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui


Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
Pada zaman pemerintahan Tun Abdul Razak ZOPFAN
diperkenalkan
Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia
Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan
berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-
kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan
Republik Rakyat China.
Apabila satu persetujuan dipersetujui untuk
mengamalkan dasar berkecuali di dalam ASEAN
maka keselamatan negara dan rakyat akan terjamin
dengan bebas dari mana-mana negara.
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan
dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut
adalah:-

(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan


jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif.

(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia


Tenggara dalam jangka panjang.

(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai


kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.
MEMELIHARA KEPENTINGAN
NASIONAL
Dalam skop ini, kepentingan negara mengangkupi dari
skop politik sosial dan ekonomi.
Dari segi politik bagi kepentingan nasional iaitu
mempertahan keselamatan negara , Malaysia telah
menghadiri Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
di Lusaka, Zambia di mana Tun Abdul Razak
mengisytiharkan dasar utama Malaysia dalam hubungan
antarabangsanya sebagai berkecuali dan tidak akan
sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian
Perang Dingin. Malaysia yang juga masih lagi berhadapan
dengan ancaman komunis sudah mula lebih terbuka dalam
dasarnya terhadap negara-negara komunis.
Pemberontakan komunis yang masih bergerak aktif di
Malaysia pada ketika itu diharap dapat diakhiri dengan
jalan perundingan tanpa perlu mengorbankan nyawa.
Dr. Mahathir telah juga mengambil insiatif melawat
negara-negara Pasifik Selatan dan Amerika Latin bagi
mengeratkan lagi hubungan ekonomi Malaysia
memberi bantuan teknikal kapada negara-negara
Pasifik Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan Asia
Barat melalui Rancangan kerjasama Teknikal. Dr.
Mahathir telah memainkan peranan penting dalam
penubuhan Suruhanjaya Selatan-selatan pada tahun
1987 yang diberi tugas memperincikan langkah-
langkah bagi meningkatkan kerjasama dalam
pelbagai bidang di kalangan Dunia Ketiga.
Hal ini sejajar dengan kepentingan nasional dalam
membantu membangunkan negara selain dapat
mengalakkan pelaburan Malaysia ke negara Dunia
ketiga.
Selain daripada itu, kepentingan nasional dari segi
ekonomi juga diterapkan melalui dasar luar seperti
Dasar Pandang ke Timur (DPT).
Melalui DPT ini secara umumnya negara Malaysia
telah berjaya menjadi negara industri melalui
pinjaman teknologi dan etika kerja.
Sebagai contoh, Jepun telah meminjamkan teknologi
automotif ( Mitshubishi motor) untuk menjana
industri automatif pertama di Malaysia yang diterajui
oleh PROTON
Dalam membangunkan ekonomi Tun Dr. Mahathir
juga dalam DPT mengfokuskan kepada perkembangan
tenaga kerja dalam indutri di mana beliau
menerapkan disiplin kerja, kesetiaan kepada negara
dan peningkatan kecekapan kerja yang berpaksikan
negara Jepun sebagai role model
Pada zaman pemerintahan Dato Seri Najib Tun
Razak pula beliau banyak menjalankan hubungan dua
hala dengan negara-negara maju untuk memacu
ekonomi.
Negara-negara maju antaranya China, AS, Singapura
dan Jepun dijadikan Trading Partner
MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN
DAN KEMAJUAN EKONOMI
Ekonomi sangatlah penting dalam memacu
pembangunan negara
Secara keseluruhannya dasar luar yang
dilakukan adalah :
ASEAN = AFTA
DASAR PANDANG KE TIMUR

MODEL EKONOMI BARU

DIALOG-DIALOG SELATAN
ASEAN = AFTA
AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah
perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-
negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk
pengeluaran tempatan semua negara-negara
yang terlibat.
TUJUAN AFTA
tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk
meningkatkan daya saing ASEAN sebagai
pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia
melalui penghapusan halangan tarif dan bukan
tarif dalam ASEAN.
menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN.
Pada masa yang sama, pengguna dapat
memperoleh barang dagangan dari pengeluar
yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan
perdagangan intra-ASEAN.
Pelaksanaan AFTA ini menurut Deklarasi
Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan
menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme
utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif
istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam
linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang
bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk
mengawasi, menyelaras, dan meninjau
perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk
AFTA.
Melalui skim ini duti import produk akan
dihapuskan bagi menggalakkan negara dalam
ASEAN saling melabur dan memperdagangkan
barangan di dalam ASEAN bagi
mempercepatkan lagi Import dan Export di
antara negara ASEAN.
DASAR PANDANG KE TIMUR
Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan oleh
Tun Dr. Mohammad
Dasar ini menjadikan negara maju di timur
seperti Jepun dan Korea sebagai role model.
Dalam pelaksanaan dasar ini secara umumnya
negara Malaysia telah berjaya menjadi negara
industri melalui pinjaman teknologi dan etika
kerja.
Sebagai contoh, Jepun telah meminjamkan
teknologi automotif ( Mitshubishi motor) untuk
menjana industri automatif pertama di Malaysia
yang diterajui oleh PROTON
MODEL EKONOMI BARU (MEB)
Dalam MEB ini dasar luar yang ditekankan
adalah hubungan dua hala bagi tujuan
memangkin ekonomi.
Malaysia telah mengadakan hubungan dua hala
dengan negara-negara ekonomi dunia seperti
Amerika Syarikat, China, Singapura dan Jepun
sebagai Trading Partner.
Sebagai contoh PM Dato Seri Najib telah
membuat kunjungan balas lawatan diplomatik
China oleh PM Hu Jin Tao
Sebagai bukti, 2008 perdagangan dua hala
Malaysia China mencecah 39.06 billion
Hubungan dua hala dengan Jepun juga telah berjaya
berjaya menarik pelabur saing serta meningkatkan
FDI ( pelaburan asing terus)
2009 = RM 109 billion

Hubungan dua hala dengan Singapura merupakan


hubungan yang membawa kepada kepentingan
kedua-dua negara.
Malaysia dan Singpura meningkatkan kerjasama
ekonomi dengan melibatkan syarikat swasta dan
GLC.
Sebagai contoh Dato Seri Najib Tun Razak dan Lee
Hsein Loong bersetuju mengadakan kerjasama
pelaburan.
Singapura akan melabur ke dalam
Pembangunan wilayah Iskandar di Johor bagi
merancakkan pembangunan wilayah itu
manakala Malaysia pula akan melabur di
Singapura untuk Syarikat Kereta Api Tanah
Melayu Berhad(KTMB)
Hubungan sebegini mampu memangkin ekonomi
Malaysia dimana pelaburan asing akan sentiasa
melabur yang akan meningkatkan ekonomi
negara seterusnya memberi peluang kerja
kepada penduduk.
DIALOG SELATAN-SELATAN
Dialog Selatan-selatan melambangkan usaha-
usaha kerjasama ekonomi dan teknikal di
kalangan negara Dunia Ketiga.
Kerjasama Selatan-selatan juga dpaat
menurangkan pergantungan pembangunan
ekonomi Dunia Ketiga kepada pihak Utara,
Masa depan Dialog Utara-Selatan yang kurang
carah telah menyebabkan banyak negara
membangun termasuk Malaysia untuk
menyokong konsep kerjasama selatan
Persidangan di Caracas telah mengenalpasti
kerjasama Selatan-Selatan dalam lapan bidang
umum: Kewangan, perindustrian, sains dan
teknologi, perdagangan, makanan dan pertanian,
tenaga, bahan-bahan mentah dan kerjasama
terknikal.
Selaras dengan kerjasama Selatan-selatan, Malaysia
menandatangani Perjanjian Perdagangan dengan
Venezuela pada tahun 1991.
Malaysia juga menandatangani Perjanjian
Kerjasama Ekonomi dan Taknikal dengan Zimbabwe
dan Tanzania pada bulan Oktober 1991.
perjanjian-perjanjian ini bertujuan berkongsi
pengalaman dan kepakaran serta meningkatkan
perdagangan dua hala. Malaysia telah juga
menubuhkan lebih banyak kesatuan atau konsul
perniagaan di negara-negara Selatan
Malaysia merupakan penyokong kuat
suruhanjaya Selatan-selatan. Suruhanjaya
Selatan-selatan telah mencadangkan
perdagangan secara pertukaran barangan
sebagai satu mekanisme bagi mengatasi masalah
pembayaran.
Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad dilantik
sebagai pengerusi Sidang Kemuncak Kedua G-15
diadakan di Caracas, Venezuela 1991
Sidang berkenaan juga bersetuju meluluskan
mekanisme kewangan negara membangun.
Malaysia telah menggalakkan perdagangan di
kalangan negara membangun. Malaysia telah
pun menandatangani Perjanjian Peraturan dan
Pembayaran Dua Hala dengan beberapa negara-
negara seperti Nigeria, Venezuela, Mexico dan
Chile.
Usaha ini bertujuan untuk memajukan negara-
negara sedang membangun sebagai Catalyst
dengan memperkasakan hubungan ekonomi dua
hala tanpa bergantung kepada negara-negara
blok kuasa dunia iaitu barat dan komunis.
MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA
Dalam mengekalkan kedaulatan negara
kerajaan Malaysia mengambil serius terhadap
isu

Persempadanan
Isu pulau batu puteh

Isu pulau sipadan

Isu pendatang tanpa izin (PATI)


Kemasukan pendatang asing ke Malaysia
Perundangan
Malaysia menguatkuasa undang-undang
malaysia terhadap pesalah jenayah
antarabangsa.
Ini bermakna undang-undang antarabangsa
tidak boleh membatasi kedaulatan undang-
undang sesebuah negara.
Contoh: pelaksanaan undang-undang
keselamatan dalam negeri (ISA) dalam
menghadapi kegiatan puak-puak pelampau.
Menguatkuasaan undang-undang yang
berkaitan kegiatan narkotik
Contoh: Malaysia mengambil langkah tegas
untuk menghukum pesalah Kelvin Barlow dan
Brian Chambers kerana kesalahan mengedar
dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas awal
1980an.
MENGEKALKAN KEAMANAN SEJAGAT
MELALUI KERJASAMA ANTARABANGSA

Keamanan yang cuba diterapkan melalui dasar


luar adalah kesejahteraan sejagat.
Dalam memupuk kesejahteraan dasar luar
Malaysia lebih terarah kepada serantau.
Sebagai contoh penubuhan ASEAN merupakan
medium untuk membincangkan isu serantau
khususnya yang berfokuskan keamanan.
Sebagai contoh dalam Zopfan telah dipersetujui
ASEAN bagi mengelakkan negara ASEAN
daripada mana-mana blok perang dingin.
Semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir
keamanan cuba diperkasakan dengan lebih luas.
Dr. Mahathir Mohammad mengumumkan bahawa
Dasar Luar Nagara yang bersifat berkecuali akan
memberi keutamaan kepada kerjasama serantau,
hubungan dengan negara-negara Islam, Dunia Ketiga
dan negara-negara Komanwel.
Dr. Mahathir tidak segan menunjukkan pendirian
Malaysia yang tegas dalam isu-isu antarabangsa
seperti sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan
pada peringkat antarabangsa dan dipilih ke beberapa
jawatan penting dalam badan-badan antabangsa.
Pada bulan Jun 1987, Dr. Mahathir dipilih
mempengerusikan Persidangan Antarabangsa
mengenai Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah
yang diadakan di Vienna.
Pada tahun Oktober 1988, Malaysia dilantik menjadi
anggota tetap Majilis Keselamatan PBB selama
tempoh dua tahun mulai Jan 1989.
Perlantikan ini mencerminkan kepercayaan dunia
terhadap Malaysia dan pengiktirafan usaha-usaha
Malaysia dalam mengekalkan keamanan dunia.
MENJADI WARGA GLOBAL YANG
BERTANGGUNGJAWAB DAN PEKA
TERHADAP USAHA MEMUPUK
KESEJAHTERAAN DUNIA.
Dalam hal ini, dasar luar Malaysia terhadap isu
antarabangsa khususnya isu kemanusiaan.
Sebagai contoh pada pemerintahan Tun Hussein onn
Malaysia menjalinkan hubungan persahabatan
dengan Vietnam 1976 bagi mengatasi masalah
pelarian Vietnam.
Hal ini membawa kepada peruntukan kawasan
kawasan tempat perlindungan kepada pelarian
Vietnam iaitu di Pulau Bidong Terengganu.
Selain itu, pada zaman pemerintahan Tun Abdullah
Ahmad Badawi, beliau menggunakan platform sebagai
pengerusi OIC untuk mempertengahkan Dialog Isu
Palestin
Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, beliau
mempertengahkan Antartika sebagai warisan
bersama dunia.
Berjuang untuk negara membangun dalam isu utama
seperti alam sekitar, hak asasi manusia dan
demokrasi
Dalam dunia islam pula, Tun Dr Mahathir
memperkukuh Perpaduan Islam dengan
mempengerusikan dan menjadi tuan rumah Sidang
Kemuncak OIC ke-10, tuan rumah Ekspo OIC
Pertama, membentuk D-8.
Keamanan dan keselamatan antarabangsa Malaysia
menganggotai UNSC, peranan sebagai pengaman di
beberapa buah negara seperti Kemboja, Somalia,
Bosnia, Kosovo, Namibia dan Timur Leste. Malaysia
turut giat menentang sikap pilih kasih, berat sebelah
dan tindakan pintas di luar lingkungan PBB.
Selain itu, usaha kerajaan menyertai NAM
( pergerakan negara-negara berkecuali)
penyelesaian semua pertelingkahan antarabangsa
secara aman seperti perundingan; dan memajukan
kepentingan-kepentingan bersama. NAM tidak
memihak kepada Blok Barat ataupun Blok
Timur(negara-negara Timur).
Selaras dengan prinsip-prinsip NAM, Malaysia dan
negara anggota yang lain telah menentang Dasar
Apartheid yang diamalkan oleh kerajaan Afrika
Selatan serta menyokong perjuangan rakyat Palestin
yang ditindas oleh Israel.
kesannya Malaysia telah meningkatkan perdagangan
dengan negara berkecuali seperti India, Pakistan dan
Yugoslavia.
Sebagai contoh Perdana Malaysia Dato Seri Najib
Tun Razak menghantar Misi Kemanusiaan di
Mogadishu, Somalia melalui kerjasama TUDM dan
Kelab Putera 1 Malaysia 2011.
Untuk membantu rakyat yang menderita khususnya
isu kebuluran di Somilia.
Dengan menyalurkan bantuan makanan, minuman
dan juga perubatan kepada rakyat Somalia.
Dalam aspek membenteras keganasan Malaysia
menerapkan kerjasama antarabangsa serantau yang
kukuh untuk membanteras keganasan, menentang
kuat menyalahkan agama atau kaum, menyarankan
pelbagai aspek pendekatan dalam membanteras
keganasan termasuk mengenal pasti dan
menghapuskan penyebabnya, menjadi tuan rumah
Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC berkenaan
Keganasan pada tahun 2002, menubuhkan SEARCCT
yang memberikan tumpuan utama kepada latihan dan
pembinaan keupayaan.
Pendirian malaysia
terhadap isu-isu
antarabangsa
Pendirian Malaysia terhadap isu-isu antarabangsa
banyak bergantung kepada dasar luar yang banyak
dipengaruhi oleh individu yang memimpin negara
pada masa itu.
Oleh itu, pada dasarnya kita akan melihat pendekatan
yang digunakan oleh pucuk pimpinan negara terhadap
isu-isu antarabangsa
DASAR DASAR MALAYSIA
TERHADAP ISU ISU
ANTARABANGSA

Dasar berkecuali
Isu Suruhanjaya Selatan-selatan (1986)

Isu Dadah Antarabangsa

Isu Negara Islam Palestin


DASAR BERKECUALI
Malaysia tidak melibatkan diri ke mana-mana
blok negara dunia samada barat dan komunis.
Sejajar dengan itu, Malaysia menekankan
kerjasama serantau ASEAN, NAM
Sebagai contoh, Tun Hussein Onn telah berjaya
mengukuhkan Malaysia dalam ASEAN. Beliau
memberi ucapan dalam persidangan
Persidangan ASEAN,Bali (1976)
Dasar berkecuali juga melibatkan Zopfan yang
dipersetujui ASEAN.
ZOPFAN ini berlaku dengan cara-cara berikut

Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan


dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut
adalah:-

(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan


kuasa-kuasa besar tentang objektif

(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara


dalam jangka panjang.

(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang


bebas daripada senjata nuklear
ISU SURUHANJAYA SELATAN-
SELATAN (1986)
Hasil daripada sikap lantang negara Malaysia,
iaitu saranan Dr. Mahathir ketika menghadiri
persidangan Pergerakan negara-negara
berkecuali (6) di Harare, Simbabwe pada tahun
1985.
Tujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah
untuk mewujudkan satu bentuk kerjasama
ekonomi di kalangan negara-negara kecil dan
bukan sahaja bergantung kepada negara-negara
maju.
Untuk bertentangan dengan 67, diwujudkan G15
dari kalangan negara yang menganggotai
Suruhanjaya Selatan-selatan.
Contoh: Malaysia, Thai, Filipina, Singapura .
Untuk mengatasi masalah ketidakstabilan
ekonomi negara-negara membangun. Wujudnya
G15 adalah hasil usaha Malysia pada 1990
ISU DADAH ANTARABANGSA
Ketegasan Malaysia di dalam soal dadah
menampakkan ciri yang positif, iaitu lebih
banyak negara-negara lain di dunia cuba meniru
undang-undang Malaysia yang menjatuhi
hukuman mati kepada pengedar-pengedar
dadah.
Contoh :Hukuman mati kepada Kelvin Barlow
dan Brian Chambers kerana kesalahan
mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan
Lepas awal 1980an.
ISU NEGARA ISLAM PALESTIN
Tunku Abdullah Ahmad Badawi ,2007
menggunakan platform sebagai pengerusi OIC
mengesyorkan Dialog Isu Palestin.
Beliau juga membincangkan isu keganasan
Perang Iraq, Konflik Palestin
ISU PELARIAN
Malaysia menjalinkan hubungan persahabatan
dengan Vietnam 1976 bagi mengatasi masalah
pelarian Vietnam.
Hal ini membawa kepada peruntukan kawasan
kawasan tempat perlindungan kepada pelarian
Vietnam iaitu di Pulau Bidong Terengganu.
Pelarian Rohingya juga banyak menduduki
Malaysia.
Ini kerana pada 1991, penghapusan kaum
dilakukan.
Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk
menyediakan tempat tinggal kepada pelarian
Rohingya.
Pada masa ini terdapat terdapat antara 10,000 dan 12,000
orang pelarian Rohingya
di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa Bersatu
Bagi Orang Pelarian (UNHCR) manakala yang tidak
berdaftar dianggarkan kira-kira
40 000 orang.
Pelarian rohingya juga diberi bantuan kesihatan
dan juga pendidikan.
Sebagai contoh, terdapat juga warga Rohingya
yang menubuhkan madrasah seperti Madrasah
Hashimiah di Selayang untuk memberi peluang
kepada anak-anak Rohingya menuntut ilmu
walaupun pihak madrasah sering mengalami
kesulitan dalam hal-hal pengurusan.

Etnik Rohingya ini tidak diberi kelonggaran


untuk menggunakan kemudahan hospital dan
mereka terpaksa menanggung kos sekiranya
mahu mendapatkan perkhidmatan kesihatan di
hospital kerajaan mahupun swasta
ISU KEMANUSIAAN
Perdana Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak
menghantar Misi Kemanusiaan di Mogadishu,
Somalia melalui kerjasama TUDM dan Kelab
Putera 1 Malaysia 2011.
Untuk membantu rakyat yang menderita
khususnya isu kebuluran di Somilia.
Dengan menyalurkan bantuan makanan,
minuman dan juga perubatan kepada rakyat
Somalia.
Perjanjian pertukaran pencari Suaka Malaysia-
Australia.
Malaysia menerima sebanyak 800 orang pencari
suakadari Australia dan Malaysia menyerahkan 4000
orang pelarian yang terdiri daripada orang Myanmar
yang menelan kos sebanyak 1 billion.
Selain itu, Malaysia di bawah panji PBB menghantar
batalion angkatan tentera sebagai tentera pengaman
ISU PALESTIN
Mercy malaysia
Pada 25 Januari 2009, Mercy Malaysia
menghantar pasukan pakar perubatan ke-7
ke Semenanjung Gaza .Pemangku Presiden
Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Perdaus
menyatakan infrastruktur dan kemudahan
kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk.
Bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai
USD400,000 telah dihantar
Cadangan menubuhkan tribunal jenayah
antarabangsa
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengusulkan
kepada Dewan Rakyat supaya Malaysia menggesa
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal
jenayah antarabangsa untuk Palestin bagi menyiasat dan
mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat
dengan kekejaman dan keganasan ke atas Palestin.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata "Bahawa
serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza
merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang
antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia,
undang-undang kemanusian antarabangsa, piagam PBB
serta merupakan jenayah perang yang menyalahi
Konvensyen Keempat Geneva 1949 Perlindungan Orang-
orang Awam dalam Masa Perang," katanya.
ISU ARTARTIKA
Ditimbulkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir
ketika berucap dlm sesi 37 perhimpunan agung
PBB pd september 1982.
Mendapat sokongan Nam supaya PBB jalankan
kajian mengenai artartika pada sesi 39.
Malaysia menyeru supaya Benua Artartika
sebagai warisan dunia.
Bebas dari semua jenis senjata nuclear dan
aktiviti galian kerana benua artartika kaya
dengan bahan galian.
RUJUKAN
Dipetik pada 19 Julai 2012
www.fssk.ukm.my/hubunganantarabangsa

Dipetik pada 19 Julai 2012


sssums.wordpress.com/.../hubungan-
antarabangsa

Malaysia Kita. (2001). International Law Book


Service

You might also like