You are on page 1of 24

PENULISAN CEMERLANG

PT3
KATAKAN TIDAK UNTUK KARANGAN
YANG MEMBOSANKAN
BINAAN PERENGGAN
PENDAHULUAN
CINTA PANDANG PERTAMA

Kemampuan pelajar dapat dilihat pada perenggan


pendahuluan.
Belajar untuk menghasilkan pendahuluan yang
mempunyai Faktor Wow.
Sekurang-kurangnya satu penggunaan istimewa
dalam pendahuluan.
JENIS-JENIS PENDAHULUAN
Definisi
Pendapat tokoh
Peribahasa/ Simpulan Bahasa/ Slogan
Persoalan
KOMSAS
Insiden
Statistik
Petikan lagu
JENIS DEFINISI
Memberi maksud bagi kata kunci dalam soalan.
Pilih kata kunci yang penting untuk diberikan
makna.
Definisi secara umum.
Jalan keluar terbaik untuk orang yang selalu
blur dan blank untuk memulakan penulisan.
JENIS PENDAPAT TOKOH

Menteri
Pakar motivasi
Pakar pemakanan
Saintis
Tokoh dalam bidang tertentu
NAMA MENTERI YANG SESUAI
UNTUK KARANGAN PT3
1. Perdana Menteri Malaysia-
2. Kementerian Kesihatan
3. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
5. Kementerian Kerja Raya
6. Kementerian Belia dan Sukan
7. Kementerian Pendidikan
8. Kementerian Pengangkutan
9. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
10. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
JENIS PERSOALAN
Menimbulkan kesan tanda tanya kepada pembaca.
Menambah kepelbagaian jenis ayat.
Ayat penyata
Ayat majmuk
Ayat tanya
Ayat seruan
JENIS INSIDEN/ TRAGEDI
Pelajar perlu mengetahui pelbagai insiden yang berlaku dalam beberapa tahun
kebelakangan ini.
Insiden yang berlaku merupakan perkara yang boleh dijadikan teladan kepada
seseorang. Seperti:
Kemalangan ( jalan raya, di rumah )
Penculikan kanak-kanak
Penderaan/ pengabaian kanak-kanak/ bayi
JENIS STATISTIK
Pelajar boleh memberikan anggaran perangkaan dalam bentuk peratusan
yang logik.
Pelajar juga boleh memberikan anggaran dalam bentuk nombor.
Setiap statistic yang diberikan mesti mempunyai sumber. Seperti:
Institut Sosial Malaysia
Agensi Kebajikan Negara
Institut Kajian dan Tindakan Negara
JENIS LAGU
Memetik mana-mana rangkap lagu atau baris yang sesuai dengan soalan.
Pada baris pertama hingga kedua pendahuluan, pelajar perlu memberikan
maklumat berkaitan lagu yang telah dipilih. Seperti:
Nama penyanyi yang menyanyikan
Tajuk lagu
Pengajaran yang diperoleh daripada lagu tersebut
Kenal pasti jenis pendahuluan ini
Vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta
benda awam. Perbuatan ini amat sinonim dengan golongan
remaja yang berada dalam lingkungan 14 hingga 22 tahun.
Kerosakan harta benda awam ini amat menyusahkan
masyarakat sekitar malah keadaan ini merosakkan landskap
permandangan. Oleh yang demikian, apakah faktor
penglibatan remaja dalam gejala vandalism ini? Mari, kita
kupas isu ini dengan sebaik-baiknya!
Kenal pasti pendahuluan di bawah
Seperti kera mendapat bunga
Peribahasa di atas membawa maksud seseorang yang tidak
menghargai pemberian seseorang kepadanya. Perbuatan ini dapat
dikaitkan dengan gejala vandalism yang amat sinonim dengan
golongan remaja yang tinggi semangat ingin mencuba perkara
baharu. Oleh itu, pakah sebenarnya punca-punca penglibatan
golongan ini dalam gejala vandalisme? Ayuh, kita bincangkan isu ini
dengan mendalam agar dapat menyedarkan remaja daripada terus
dipersalahkan!
Kenal pasti pendahuluan di bawah
Pemuda Harapan Bangsa Pemudi Tiang Negara
Slogan di atas menunjukkan kepada kita bahawa remaja
merupakan tonggak kejayaan sesebuah negara pada masa hadapan.
Namun slogan ini seperti tinggal kata-kata sahaja kerana remaja yang
diharapkan kini sinonim dengan pelbagai gejala yang tidak sihat
seperti vandalism. Oleh yang demikian, apakah sebenarnya faktor-
faktor yang mendorong penglibatan remaja dalam gejala vandalisme
ini? Ayuh, kita merungkai isu ini dengan terperinci!
Kenal pasti pendahuluan di bawah
Vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta benda
awam. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Institut Sosial
Negara, penglibatan golongan remaja yang berada dalam lingkungan
14 hingga 22 tahun mencatatkan peningkatan 12 peratus pada setiap
tahun bermula tahun 2012. Justeru, perbuatan yang tidak bermoral
ini perlu dibendung dengan mengkaji faktor-faktor penglibatan
golongan ini dalam gejala vandalism. Mari, kita kupas isu dengan
mendalam agar menemui jalan penyelesaian yang terbaik!
BINAAN PERENGGAN ISI
Contoh binaan perenggan bagi isi 1
Antara faktor penglibatan remaja dalam gejala vandalisme
merupakan sikap remaja yang suka mencuba perkara baharu. Sikap
ini mendorong golongan remaja bertindak di luar batasan
kematangan kerana ingin popular dalam kalangan mereka. Sikap
menconteng dinding contohnya, dianggap sebagai hebat kerana
dapat memaparkan daya kreativiti individu tersebut. Kerja seni
yang dilakukan remaja ini tidak dihargai masyarakat malah dilihat
mengotorkan kawasan tersebut. Perbuatan sia-sia mereka ini seperti
mencurah air ke pasir. Oleh itu, remaja seharusnya menunjukkan
bakat terpendam mereka dengan cara dan tempat yang betul.
Contoh binaan perenggan bagi isi 2
Selain itu, penglibatan remaja dalam gejala vandalisme ini juga
disebabkan remaja kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa.
Rutin harian ibu bapa yang sibuk dalam mencari rezeki
menyebabkan mereka kurang meluangkan masa dengan anak-anak.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak mempunyai hubungan yang
rapat dengan rakan-rakan mereka dengan melakukan pelbagai
aktiviti yang sihat atau pun tidak sihat seperti merosakkan harta
benda awam. Jiwa yang memberontak dilepaskan dengan
merosakkan harta benda awam. Lantaran, ibu bapa sewajarnya
mengikuti perkembangan anak-anak agar mereka berasa disayangi
dan dihargai.
BINAAN PERENGGAN
PENUTUP
Contoh binaan perenggan penutup
Kesimpulannya, gejala vandalisme perlu dibendung segera diberikan
perhatian oleh semua pihak ( pandangan penulis tentang isu ). Setiap
anggota masyarakat sewajarnya memikirkan cara terbaik dalam
membendungnya agar tidak terus menjadi pegangan oleh golongan muda
( siapa pihak yang perlu selesaikan isu ini ). Remaja akan lebih berdaya
saing untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang ( harapan jangka
pendek ). Seterusnya negara akan memiliki barisan pemimpin muda yang
berkarisma dalam membawa Malaysia ke persada dunia seperti saranan
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib b Tun Abd Razak( harapan
penulis jangka panjang + nama tokoh ).

You might also like