You are on page 1of 81

EDUP3033

MURID DAN PEMBELAJARAN


Topik 6:
Model-Model Pengajaran
(Models of Teaching)
Pensyarah:
Dr. Hj. Sajap Maswan
sajap@ipgktb.edu.my
012-4830474
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan model-model pengajaran
Model Pemprosesan Maklumat
Model Behavioral
Model Sosial
Model Personal
2. Menganalisis model-model pengajaran dan
implikasinya terhadao PdP di dalam bilik darjah.
Apakah yang dimaksudkan dengan model
pengajaran?
Pengenalan Model Pengajaran
1. Model pengajaran merupakan pelan atau corak
yang boleh dijadikan panduan guru semasa
merancang kurikulum (kursus jangka panjang),
untuk mereka bentuk bahan pengajaran, dan
panduan untuk merancang pengajaran dalam
bilik darjah. (Joyce dan Weil,1980).
2. Model pengajaran juga dianggap sebagai
blueprint pengajaran.
Pengenalan Model Pengajaran
3. Model pengajaran yang terdiri daripada
prosedur-prosedur mudah pengajaran dan
pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada
perancang dan guru kerana prosedur mengajar
amat penting untuk menghasilkan pengajaran
yang berkesan.
4. Model pengajaran membantu guru
memperoleh maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan
yang perlu diambil untuk penambahbaikan.
Model-Model Pengajaran
1. Terdapat banyak model-model pengajaran yang
boleh digunakan dalam merancang pengajaran.
2. Bruce, Weil & Calhoun (2009) mengkategorikan
model pengajaran kepada empat keluarga iaitu;
Model Pemprosesan Maklumat
Model Behavioral
Model Sosial
Model Personal
MODEL PEMPROSESAN
MAKLUMAT
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model Pemprosesan Maklumat berfokus
kepada naluri semulajadi kita untuk memahami
dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-
langkah bersistematik dan berturutan iaitu:
Kepekaan terhadap masalah yang timbul
Pemerolehan dan penyusunan maklumat
Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
Pengembangan konsep yang berkenaan.
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model pemprosesan maklumat menyamakan
ingatan manusia dengan komputer, iaitu
menggunakan model input-output.
2. Maklumat merupakan input yang diperoleh
manusia daripada persekitaran pembelajaran.
3. Maklumat diproses dan disimpan dalam
ingatan.
Model Pemprosesan Maklumat
4. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output
melalui proses memperoleh kembali (retrievel).
5. Melibatkan proses menerima, mengenkod,
menyimpan dan mengingat kembali maklumat.
Model Pemprosesan Maklumat

Model Pemprosesan Maklumat

Pencapaian
Ekspositori Inkuri Synectics dll
Konsep
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model Pencapaian Konsep(Concept
Attainment)
Menurut Bruner, Goodnow dan Austin (dalam
Suherman 1992) menyatakan bahawa model
pencapaian konsep dirancang untuk
membantu pelajar mempelajari konsep
konsep yang dapat digunakan untuk
mengorganisasikan maklumat, sehingga dapat
memberi kemudahan bagi mereka
mempelajari konsep itu dengan cara yang
lebih efektif.
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model Pencapaian Konsep (Concept
Attainment)
Dengan kata lain, model pembelajaran ini
adalah untuk menyusun data sehingga
konsep-konsep penting dapat dipelajari secara
cepat dan efisien.
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model Pencapaian Konsep(Concept
Attainment) (sambungan)
Dalam perancangan dan pelaksanaan
pengajaran konsep, guru harus memilih
konsep-konsep dan pendekatan yang sesuai
seperti pengajaran secara langsung ataupun
mendefinisikan konsep.
Dalam penyampaian konsep, guru
menggunakan ABM/BBM yang sesuai.
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model Pencapaian Konsep(Concept
Attainment) (sambungan)
Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran
konsep adalah berstruktur, sistematik dan
berpusatkan guru.
Pelajar sebagai penerima yang pasif.
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model Pencapaian Konsep(Concept
Attainment) (sambungan)
Satu pelajaran konsep merangkumi empat
fasa atau langkah, iaitu:
i.Mengemukakan maklumat
ii.Memberikan contoh-contoh input berkait
dan tidak berkait (examplers and non-
examplers)
iii.Melaksanakan ujian untuk pencapaian
konsep.
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model Pencapaian Konsep(Concept
Attainment) (sambungan)
iv. Menganalisis proses-proses pemikiran
pelajar
Contoh konsep ialah seperti; konsep segi tiga
sama, kata nama, dsbgnya..
Model Pemprosesan Maklumat
1. Model Pencapaian Konsep(Concept
Attainment) (sambungan)
Aplikasi dalam PdP:
i. Guru perlu memperjelas sesuatu konsep
baharu yang diajar kepada murid dengan
huraian yang jelas dan mantap.
ii.Penerangan + ABM yang sesuai
iii.Isi pelajaran disusun secara sistematik
iv.Guna kaedah deduktif Fakta + huraian +
contoh yang spesifik
Model Pemprosesan Maklumat
2. Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
Menggabungkan maklumat baharu dengan pengetahuan
sedia ada (perkaitan)
Pengetahuan diperoleh melalui resepsi atau penerimaan,
bukan penemuan
Konsep, prinsip dan idea dipersembahkan dan difahami,
bukan ditemui.
Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan
terlebih dahulu dan pelajar mendengar dengan teliti
hingga mereka mamahami dan mengingatinya atau
merekodkan isi penting dalam buku rekod mereka.
Model Pemprosesan Maklumat
2. Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)

Model ini amat sesuai untuk menerangkan, konsep, fakta,


prinsip atau hukum dan idea, dimana ianya dipersembahkan
dan difahami, bukan ditemukan.
Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal
yang bermakna, bukannya pembelajaran hafalan.
Model Pemprosesan Maklumat
2. Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
(sambungan)
Tiga fasa utama dalam pengajaran
ekspositori:
i. Penyusun awal dikemukakan -
menghubungkaitkan maklumat baharu
dengan skema-skema sedia ada dan
dikemukakan kepada pelajar.
Model Pemprosesan Maklumat
2. Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
(sambungan)
ii. Tugasan pembelajaran atau bahan
dikemukakan - bahan baharu disampaikan
melalui kuliah, perbincangan, video atau
tugasan pelajar.
iii.Pengukuhan organisasi kognitif -
mengaitkan maklumat baharu ke dalam
struktur yang digambarkan dalam penyusun
awal (advance organizers)
Model Pemprosesan Maklumat
2. Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
Implikasi model pengajaran ekspositori terhadap
pengajaran dan pembelajaran:
i. Guru harus memastikan murid telah menguasai fakta dan
konsep asas terlebih dahulu tentang sesuatu topik
pelajaran yang hendak diajar dengan menggunakan
kaedah ekspositori.
ii. Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan
baik. Perlu bermula dengan penyusun awal.
iii.Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada murid.
Guru digalakkan menyusun isi pelajaran secara
berperingkat.
Model Pemprosesan Maklumat
2. Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
Implikasi model pengajaran ekspositori terhadap
pengajaran dan pembelajaran: (sambungan)
iv. Murid juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti
mengumpul maklumat, analisis, sintesis dan membuat
kesimpulan.
v. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan
pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan
dalam skema secara tersusun.
vi. Pembelajaran deduktif diamalkan dimana guru akan
memberikan prinsipprinsip am sebelum memberikan
contoh-contoh spesifik.
Model Pemprosesan Maklumat
3. Model Inkuiri (Suchman)
Diperkenalkan oleh Richard Suchman.
Berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang
digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik,
dan boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam
mata pelajaran di sekolah, khasnya mata pelajaran sains.
Model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan,
atau daripada masalah yang dikemukakan.
Model Pemprosesan Maklumat
3. Model Inkuiri (Suchman) (Sambungan)
Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti
soalan kajian, membentuk hipotesis, merancang aktiviti
kajian, menjalankan kajian siasatan dan membuat rumusan
atau mendapatkan jawapan.
Model Pemprosesan Maklumat
3. Model Inkuiri (Suchman)
Langkah-langkah Model Inkuiri Suchman:
i. Guru menentukan dan mengemukakan masalah
ii. Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan
masalah
iii. Murid dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan
data
iv. Murid-murid menggunakan data untuk menguji hipotesis untuk
membentuk teori.
v. Murid-murid berbincang dan membuat rumusan tentang
peraturan atau syarat yang berkaitan teori
vi. Guru dan murid bersama berbincang dan menganalisis proses
inkuiri untuk membaiki kelemahan penyelesaian masalah
Model Pemprosesan Maklumat
3. Model Inkuiri (Suchman)
Implikasi Model Inkuiri Suchman dalam PdP:
i. Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan
pelajaran dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.
ii. Merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep,
prinsip ataupun teori dengan jelas.
iii.Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang
terpesong daripada objektif pelajaran.
iv.Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses
inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara
yang berkesan.
v. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan
atau penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.
Model Pemprosesan maklumat
4. Model Synectics
Dipelopori oleh Gordon (1961).
Istilah synectics bermaksud membawa kesemua perkara dalam
satu perkaitan yang bersepadu.
Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan
metafora) yang direka cipta oleh Gordon merupakan suatu
pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran
kreatif.
Model Pemprosesan maklumat
4. Model Synectics (sambungan)
Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan
analogi, di mana murid menggunakan analogi untuk
menyelesaikan masalah.
Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk membentuk
struktur yang baru.
Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran
synectics.
Model Pemprosesan Maklumat
4. Model Synectics (sambungan)
Satu pendekatan yang amat menarik untuk mencipta inovasi.
Murid akan mula menganalisis elemen berdasarkan masalah
tersebut atau menyediakan satu senarai karangan fakta yang
penting.
Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada.
Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau peristiwa
yang berlaku, meluahkan perasaan & menghadapi masalah dari
perspektif baru.
Model Pemprosesan Maklumat
4. Model Synectics (sambungan)
Aktiviti utama dalam pembelajaran Synectic:
Sumbang saran (brainstorming)
Perbincangan di dalam kelas
Perbincangan di dalam kumpulan
MODEL BEHAVIORAL
Model Behavioral
Model pengajaran ini menumpukan kepada tingkah laku yang
dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk
memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model
pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce,
Calhoun dan Hopkins, 2002).
Antara model dalam kumpulan model pengajaran behavioural
adalah Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) dan Pengajaran
Langsung (Good et al., 1994)
Model
Behavioral

Pengajaran Pengajaran
dll
Masteri Langsung
Model Behavioral
1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
Merupakan satu kaedah pengajaran secara individu yang
menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan
kepada unit kecil pengetahuan dan kemahiran yang akan
dipelajari.
Model ini memastikan majoriti murid sampai ke tahap
masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan
setiap pelajar menerima arahan sasaran pembelajaran,
latihan yang diperlukan dan maklum balas.
Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan
kumpulan 26 tradisional, pemulihan dan pengayaan secara
individu.
Model Behavioral
1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) (sambungan)
Pembelajaran masteri adalah suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua
murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2001).
Dalam strategi ini, guru mendiagnosis kebolehan dan
kemudian mencadangkan aktiviti pengajaran individu yang
sesuai.
Dua unsur utama pembelajaran masteri adalah arahan
yang tepat dan penggunaan masa.
Model Behavioral
1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah:
i. Tentukan dengan jelas apa yang perlu dipelajari dan
bagaimana penilaian dilaksanakan.
ii. Membenarkan murid belajar mengikut kemampuannya
sendiri
iii.Menilai kemajuan dan memberi maklum balas yang
sepatutnya; dan
iv.Menguji untuk menentukan bahawa kriteria
pembelajaran telah dicapai.
Model Behavioral
1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
Prinsip-prinsip pembelajaran masteri:
i. Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang
diajar oleh guru.
ii. Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil dimana
pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar
iii. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan
fleksibel untuk semua murid mencapai objektif/hasil
pembelajaran.
iv. Guru berkeyakinan bahawa semua murid yang berbeza
boleh menguasai apa-apa yang diajar. Guru juga perlu
mendorong murid untuk menguasai sesuatu perkara
yang diajar.
Model Behavioral
1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
Prinsip-prinsip pembelajaran masteri: (sambungan)
v. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah
mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran
murid.
vi. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mereka
dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang
singkat.
Model Behavioral
1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
Prinsip-prinsip pembelajaran masteri: (sambungan)
vii. Guru perlu berkemahiran dalam :
a. Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap
pencapaian murid.
b. Mengetahui perbezaan antara murid.
c. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta
merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan.
Model Behavioral
1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
Prinsip-prinsip pembelajaran masteri: (sambungan)
vii. Guru perlu berkemahiran dalam :
d. Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar.
e. Menyimpan rekod kemajuan murid.
f. Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan
hasil pembelajaran.
g. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan
dan pengayaan yang sesuai.
Model Behavioral
2. Pengajaran Langsung
Berasaskan teori bahaviorisme dan pembelajaran sosial.
Guru yang mengajar mengikut prinsip-prinsip, merangka
objektif yang mendeskripsikan dengan tepat tingkah laku
yang perlu dilakukan murid.
Menyediakan pengalaman pembelajaran seperti amalan di
mana pembelajaran pelajar boleh dipantau dan maklum
balas disediakan.
Memberikan perhatian kepada bagaimana tingkah laku di
dalam bilik darjah diberikan ganjaran.
Model Behavioral
2. Pengajaran Langsung (sambungan)
Merupakan satu pendekatan untuk pengajaran
kemahiran-kemahiran asas, dimana pelajaran terarah
matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah
berstruktur.
Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek, iaitu jenis
hasil pembelajaran murid, aliran aktiviti pengajaran dan
persekitaran pembelajaran.
Direka bentuk untuk merangsang pembelajaran
pengetahuan murid yang distrukturkan serta diajar secara
langkah demi langkah.
Berpusatkan guru.
Model Behavioral
2. Pengajaran Langsung (sambungan)
Mengandungi lima langkah, iaitu:
a. penentuan set
b. penerangan/demonstrasi
c. praktis/latihan terbimbing
d. maklum balas
e. amalan/praktis lanjutan
Model Behavioral
2. Pengajaran Langsung
Proses pengajaran langsung:
i. Pengenalan menarik perhatian pelajar, dalam bentuk
seperti mengenal maklumat baru.
ii. Perkembangan - merangkumi penerangan jelas tentang
maklumat dengan memberikan banyak contoh
iii. Latihan terbimbing Latihan secara aktif dapat
meningkatkan ingatan, pembelajaran akan lebih
automatik dan membolehkan pelajar memindahkan
pembelajaran kepada situasi baharu.
Model Behavioral
2. Pengajaran Langsung (sambungan)
Proses pengajaran langsung:
iv. Penutup Pelajaran dirumuskan dan guru berpeluang
untuk mengimbas kembali apa yang diajar
v. Latihan kendiri - bertujuan menentukan tahap
penguasaan yang dicapai yang dicapai oleh pelajar
Aplikasi Model Pengajaran Langsung dalam bilik
darjah:
Sesuai bagi pengajaran maklumat dan kemahiran
asas yang terkandung dalam kurikulum teras
MODEL SOSIAL
Model Sosial
Menurut Joyce et al. (2001), Model sosial melatih pelajar
menggunakan kemahiran mendengar dan memahami
konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta
dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat
menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan
masalah.
Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan
menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis
maklumat untuk menyelesaikan masalah.
Model Sosial (sambungan...)
Model ini membantu untuk memperkembangkan
perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas
dan mengembangkan idea-idea.
Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-
murid bekerjasama untuk menyempurnakan suatu
tugasan.
Contoh: - mengumpul - mengkaji dan menganalisis
maklumat - menilai dan mentafsir - membuat
kesimpulan
Model Sosial

Pembelajaran
Main Peranan Simulasi dll
Koperatif
Model Sosial
1. Pembelajaran Koperatif
Pelopor: John Dewey dan Herbert Thelen.
Pembelajaran koperatif berkisar atas tiga perkara:
i. Pencapaian akademik,
ii. Penerimaan kepelbagaian (Pemahaman peribadi)
iii.Perkembangan sosial.
Pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk
menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai
matlamat yang sama.

Model Sosial
1. Pembelajaran Koperatif
Konsep Utama Pembelajaran Koperatif:
i. Pasukan
ii. Pengurusan pembelajaran koperatif
iii.Keinginan untuk bekerjasama
iv.Kemahiran untuk bekerjasama
v. Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif
Model Sosial
1. Pembelajaran Koperatif
Implikasi dalam PdP
Pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah
norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka
dapat menerima hakikat untuk mencapai
kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran.
Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar
berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka
menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.
Model Sosial
2. Main Peranan
Pelopor: Fanny Shaftel.
Tujuan:
i. Kajian tentang nilai dan peranan dalam interaksi
sosial.
ii. Kefahaman peribadi tentang nilai dan
tingkahlaku
Model Sosial
2. Main Peranan
Suatu situasi lakonan yang melibatkan murid
memegang sesuatu peranan sama ada sebagai
dirinya atau diri individu lain.
Lakonan dengan berpandukan skrip yang
disediakan oleh guru atau tanpa skrip
Model Sosial
2. Main Peranan
Jenis-jenis Peranan
i. Memerihal
ii. Demonstrasi
iii.Latihan
iv.Cerminan
v. Kepekaan
Model Sosial
2. Main Peranan
Implikasi main peranan
i. Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran
seperti kemahiran bahasa daripada laras
bahasa dan sebutan
ii. Pelajar dapat memahami tingkah laku orang lain
melalui dalam lakonan dan perbincangan.
iii.Model ini dijangka dapat membantu pelajar
yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main
peranan dan seterusnya membina keyakinan
diri mereka.
Model Sosial
2. Main Peranan
Implikasi main peranan (sambungan)
iv. Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial.
v. Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai
perasaan mengikut situasi watak yang
dimainkan, berbincang serta memikirkan
masalah sendiri dan dengan ini dapat
memahami diri sendri secara lebih mendalam.
Model Sosial
2. Main Peranan
Implikasi main peranan
vi. Model ini dijangka dapat membantu
peljar yang pasif melibatkan diri dalam
aktiviti main peranan dan seterusnya
membina keyakinan diri mereka.
vii. Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat
sosial
Model Sosial
3. Simulasi
Suatu situasi yang diwujudkan untuk
menyerupai (seolah-olah) keadaan yang
sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dalam keadaan yang terkawal.
Situasi pembelajaran yang menarik dan
menyeronokkan
Contoh: Pertarungan antara Hang Jebat
dengan Hang Tuah
Model Sosial
3. Simulasi
Simulasi boleh dalam bentuk permainan,
permasalahan, berbentuk persaingan atau
koperatif.
Model ini terdapat empat fasa, iaitu:
i. Orientasi
ii. Latihan peserta
iii. Proses simulasi dan
iv. Perbincangan.
Model Sosial
Implikasi model soaial dalam PdP:
i. Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak
langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak
dalam main peranan dan simulasi.
ii. Peranan guru sebagai role model harus
memastikan dan mempunyai tingkah laku
serta perwatakan yang positif supaya pelajar
dapat menirunya.
Model Sosial
Implikasi model sosial dalam PdP:
iii. Berfokus kepada penggunaan prinsip-prinsip
psikologikal dalam bilik darjah.
iv. Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan
murid guru.
v. Pola interaksi yang positif akan membawa
kepada peningkatan murid-murid daripada
aspek akademik, sikap, dan konsep kendiri.
MODEL PERSONAL
Model Personal
Berdasarkan Teori Humanis.
Menekankan kesedaran peribadi murid.
Pemupukan konsep kendiri dan harga diri
murid yang tinggi.
Guru perlu menjadi role model kepada
murid-murid. Perspektif kendiri murid.
Model Personal
Murid perlu memahami diri sendiri dengan lebih
baik
Melahirkan murid yang prihatin
bertanggungjawab
Murid mampu memperoleh pencapaian yang
lebih optimum dalam pelbagai bidang
Model Personal
1. Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui
kaunseling)
Model ini diasaskan oleh Carl Rogers
menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran
model personal.
Model ini ingin membentuk satu komuniti
pelajar yang berdisiplin serta mempunyai
kesedaran peribadi yang tinggi.
Model Personal
1. Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui
kaunseling) (sambungan)
Dalam model ini, pengajaran dengan
berfokuskan hubungan manusia berbanding
pengajaran konsep mata pelajaran.
Rogers menggunakan terapi sebagai cara
pengajaran. Guru dianggap sebagai kaunselor, di
mana penekanan merupakan satu pakatan
antara guru dengan pelajar.
Model Personal
1. Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui
kaunseling) (sambungan)
Guru memainkan peranan untuk membimbing
pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar
boleh memainkan peranan utama dalam
pembelajaran mereka demi pencapaian
matlamat kendiri.
Dalam proses perkembangan diri, guru
memberikan maklum balas tentang kemajuan
diri dan membantu pelajar menyelesaikan
masalah ataupun tugasan.
Model Personal
1. Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui
kaunseling) (sambungan)
Menurut Joyce et al., (2002), tujuan model tidak
direktif (non-directive) adalah:
i. Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan
mental dan emosi yang lebih tinggi dengan
membentuk keyakinan kendiri, penghargaan
diri yang realistik dan perasaan empati
terhadap orang lain.
Model Personal
1. Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui
kaunseling) (sambungan)
ii. Meningkatkan bahagian pendidikan yang
menekankan keperluan dan aspirasi, di mana
setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk
menentukan apa dan bagaimana pelajar akan
belajar.
iii. Membentuk jenis pemikirn kualitatif yang
khusus seperti kreativiti dan ekspresi
peribadi.
Model Personal
1. Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui
kaunseling) (sambungan)
ii. Meningkatkan bahagian pendidikan yang
menekankan keperluan dan aspirasi, di mana
setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk
menentukan apa dan bagaimana pelajar akan
belajar.
iii. Membentuk jenis pemikirn kualitatif yang
khusus seperti kreativiti dan ekspresi
peribadi.
Fasa-fasa Dalam Model Pembelajaran Non-
directive
Fasa 2 Fasa 3
Fasa 1
Meneroka masalah. Pelajar digalak Membentuk pengertian baru.
Kenal pasti dan mendefinisi situasi
untuk menerangkan masalah. Pelajar membincang masalah.
Guru menggalakkan luahan
Guru menerima dan memperjelas Guru memberikan sokongan
perasaan pelajar
perasaan pelajar kepada pelajar

Fasa 4 Fasa 5
Perancangan dan membuat Integrasi/kesepaduan. Pelajar Tindakan luar daripada temu
keputusan. Pelajar merancang memperoleh pengertian lanjutan bual: Pelajar sendiri mengambil
untuk membuat keputusan Guru dan membentuk tindakan yang tindakan positif
memperjelas keputusan- lebih positif. Guru memberikan
keputusan yang mungkin diambil sokongan kepada pelajar.

Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002)


Model Personal
Implikasi model personal dalam pengajaran dan
pembelajaran:
Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan
supaya individu membentuk kesedaran diri dan
identiti sejak awal lagi.
Model personal membantu setiap pelajar
bertanggungjawab terhadap perkembangan dan
berjaya mencapai penghargaan diri serta
keharmonian kendiri.
Model Personal
Implikasi model personal dalam pengajaran dan
pembelajaran:
Guru perlu membentuk serta menggabungkan
aspek intelek dengan emosi demi melahirkan
suatu personaliti seimbang.
Guru perlu menyediakan iklim sosial yang
mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan
bebas untuk mengekspresi perasaan mereka.
Rumusan
Terdapat pelbagai model pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru-guru sebagai panduan
dalam merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Guru perlu sentiasa mempelbagaikan pengajaran
untuk meningkatkan minat dan pencapaian
murid .
Rujukan:
Bloom, B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGrawHill Co.
Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. [Online] [Diakses: 20 Mac 2017].
Bolehdidapati: http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html
Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston
Durfensne, A., & Turcotte, S. (1997). Cognitive style and its implications for navigation strategies. [Online],
[Diakses: 5 April 2004]. Boleh didapati: http://www.esi.umontreal.ca/~dufresne/CONTENU2.html.
Halim Ahmad (2013), Teori pembelajaran social Albert Bandura. [Online], [Diakses: 20 Mac 2017]. Boleh
didapati: http://http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaran-sosial-albert-
bandura.html
Model-model pembelajaran [Online] [Diakses 20 Mac 2017] Boleh didapati:
http://www.ipgkti.edu.my/kdc/12.%20Tajuk%202_Model%20-Model%20Pengajaran.pdf
Mok Soon Sang.(2009), Psikologi Pendidikan untuk pengajaran & pembelajaran.Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi
Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Pembelajaran.Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2011). Educational psychology.Theory and practice.(10th ed.). Boston: Allyn and Bacon.
Penghargaan
1. Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus
Tuanku Bainun

You might also like