You are on page 1of 40

BBM 3107 :

PENGANTAR STILISTIK

Prof Madya Dr. Arbaie bin Sujud


Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

4-Dec-17 1
Sistem Penilaian
Kertas Kerja Individu - 30 %
Pep Pertengahan Sem - 30 %
Pep Akhir Sem. - 40 %
Jumlah 100 %

4-Dec-17 2
Pensyarah/Pengajar
Nama : ARBAIE BIN SUJUD (PM Dr)
Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK
Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
UPM
Jawatan : Timbalan Dekan (Akademik &
Pelajar/Prof Madya)
Email : arbaie@upm.edu.my,
asmidar63@gmail.com
No Tel Pejabat : 03-89468787,(HP) : 013-3641145

4-Dec-17 3
Rujukan Kursus
Arbaie Sujud (2006). Retorika Bahasa dan
Apresiasi Sastera. Kuala Lumpur: Tinta Press
Sdn. Bhd.

Arbaie Sujud (2007). Apresiasi Bahasa:


Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta
Press Sdn. Bhd.

Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa.


Jakarta: PT. Gramedia.

4-Dec-17 4
Kertas Kerja Individu
Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu
kertas kerja.
Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*.
Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa
persetujuan pengendali kursus.
Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat
gambaran terhadap skop tugasan yang
diberikan.
Pemberatan markah adalah 30 %.

4-Dec-17 5
Peraturan Umum
Format Kertas kerja Ilmiah- mengandungi tiga
bahagian (pendahuluan, perbincangan dan
Kesimpulan).
Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah.
Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu
ke-10
Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh
menjejaskan markah.

4-Dec-17 6
Format Penaipan
Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4
berwarna putih.
Jarak taipan dua langkau.
Kepanjangan. 12 18 halaman tidak
termasuk bibliografi.
Saiz huruf 12
Jenis Times New Roman atau Arial

4-Dec-17 7
Esei Ilmiah
Penulisan berdasarkan tajuk yang telah
ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan
tajuk tidak dibenarkan.
Format Rasmi kertas kerja yang mengandungi:
a. Pendahuluan
b. Isi dan Perbahasaan
c. Kesimpulan
Bibliografi

4-Dec-17 8
Pendahuluan
Pengertian dan konsep bagi tajuk yng
dibincangkan.
Objektif Kajian.
Pembatasan Kajian.
Penulisan dilakukan dalam bentuk
perenggan.
Pendahuluan 1-3 halaman.

4-Dec-17 9
Isi dan Perbincangan
Berkaitan dengan skop atau batasan kajian
yang dinyatakan dalam pendahuluan.
Gunakan bahan atau teks untuk tujuan
menganalisis.

4-Dec-17 10
Rumusan Kesimpulan
Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja
Merumuskan aspek-aspek yang telah
dibincangkan.
Dapatan kajian yang diperoleh.
Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif
kertas kerja.

4-Dec-17 11
Bibliografi
Sapardi Djoko Damono.1978. Sosiologi Sastra: Sebuah Penghantar Ringkas. Jakarta:
Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan.

Scholes, Robert.1969. Elements of Poetry. London: Oxford University Press.

Schwartz, Joseph dan Roby C., Robert. 1969. Poetry: Meaning and Form. New York:
Mc Graw-Hill Book Company.

Scott, Wilburs. 1972. Five Approaches of Literary Critism. London: Collier Books.

Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selden, R. and Widdowson, P., 1993. Contemporary Literary Theory. New York:
Harvester Wheatsheaf.

Shahnon Ahmad. September 1987. Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia. Dewan


Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11.
4-Dec-17 12
Stilistik - Pengenalan
Tumpuan Bidang
Bahasa atau Sastera?
Apa itu Bahasa?
Apa kata sarjana?
Apa itu SASTERA?
Apa yang dapat anda fahami?

4-Dec-17 13
BENTUK DAN GENRE KESUSASTERAAN MELAYU

PROSA PUISI

PROSA PROSA PUISI PUISI


KLASIK MODEN KLASIK MODEN
Pantun
Sastera Rakyat Syair
Sas. Pengaruh Hindu Cerpen Peribahasa Sajak
Sas. Zmn Peralihan Novel
Sas. Pengaruh Islam Teromba
Drama Talibun
Sas. Panji
Sas.Sejarah Nya. Kanak-kanak
Sas. Kt.negaraan Jampi mentera
Sas. Undang-undang Gurindam, Zikir
Sas. Saduran Seloka,Kitah, Masnawi
Cerita Berbingkai
Nazam, Rubai, Ghazal
4-Dec-17 14
SASTERA dari sudut
Bahasa
S Seni Bahasa
A - Akaliah.
S - Sensitiviti
T - Tersurat dan Tersirat
E Estetika
R - Realiti
A - Alternatif / Pelepasan Minda

4-Dec-17 15
Pengenalan Stilistik
Apa itu stilistik?
Ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa
dalam penulisan yang berkaitan dengan
disiplin linguistik.
Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail
atau gaya yang dihubungkan dengan
pemakaian atau penggunaan bahasa
bahasa sebagai wahana pengucapan.
Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
Kesan penerapan daripada disiplin linguistik
tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya
sastera dan gaya bukan sastera.
Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan
diperluas dalam bidang kesusasteraan yang
menggunakan bahasa sebagai medium.
Stilistik sebagai ilmu gaya yang merujuk kepada
penggunaan bahasa.
Stalistik dari Sudut Sastera
Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat
kepada penggunaan bahasa.
Cabang linguistik gunaan atau terapan.
Karya sastera ditandai kelainan dalam
penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan
kesan artistik.
Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-
stilistik meneliti penggunaan bahasa yang
menyimpang daripada norma dan berusaha
menemukan fungsi estetik.
Prinsip Stilistik
Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa
sebagai punca kegiatan berkreatif dengan
merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai
satu anugerah dan bakat seseorang penulis.
Analisis karya sastera merupakan suatu huraian
tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi
seseorang pengarang.
Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan
pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui
kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek
tema seperti yang sering dibicarakan dengan
menggunakan pendekatan struktural.
Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini
merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan
ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.
Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang
mudah difahami, mudah dimengerti, banyak
maksud dan mempunyai makna simbolik.
Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil
memperlihatkan gaya keperibadian seseorang
penulis.
Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai
penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi
dan pembentukan satu penyusunan diksi serta
struktur kalimat yang mencerminkan
keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.
Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini
disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian
penulis
Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian
terhadap pemilihan diksi, pembentukan
perkataan dan ayat dapat dilakukan.
Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai
genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori
perkataan dan ayat yang digunakan.
Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan
aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik
dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau
peneliti.
Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka
memahami makna perkataan yang sukar serta
ayat yang kompleks yang digunakan oleh
pengarang.
Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah
atau tempatan dapat memperkaya
perbendaharaan kata di samping merupakan satu
gaya atau stail bagi seseorang penulis.
Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan
penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.
Semasa berkarya, seseorang penulis didorong
oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang
berlaku di sekelilingnya.
Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan
pendekatan stilistik ini akan menemukan
gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa
yang mendorong seseorang itu berkreatif.
Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan
untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah
karya, juga digunakan untuk menghuraikan
penerimaan dan penghargaan pembaca atau
khalayak terhadap sesebuah karya.
Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan
penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat
difahami, menimbulkan keseronokan atau
memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan
kesan daripada penggunaan penanda dan
petanda bahasa yang digunakan untuk
mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme
pengarang.
Sekian, terima kasih
Hubungan Bahasa dan
Sastera
Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)
Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik
Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu
Tradisional dan moden
Prosa dan Puisi
Aliran dan Pemikiran

4-Dec-17 28
Kedudukan Bahasa dalam
Sastera
Bahasa juga merupakan suatu seni.
Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib,
bersistem dan memiliki nilai keindahan.
Sastera juga bersifat seni susastera -seni
bahasa yang indah.
Penulis & Bahasa?

Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan


tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan
penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis,
sememangnya terdorong oleh keinginan untuk
menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami
dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh.
Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan
bagi mereka yang tahu
(SN A. Samad Said:2006)
Bahasa teks Sastera
Penulis menggunakan bahasa untuk
menterjemahkan pemikiran mereka.
Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada
unsur suspen, ketegangan dan peleraian.
Perkara tersebut dapat ditandai melalui
pemilihan kata.
Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka
Beri abang peluang
Peluang apa lagi
Tolong Mah. Abang terpaksa.
Abang tak ada pilihan
Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih
Tak ada beban batu digalas
Analisis Bahasa
Suasana tegang/ situasi berkonflik.
Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis)
Ayat yang digunakan pendek.
Ayat tunggal (satu S+P)
1. Bagi abang / peluang
2. Peluang / apa lagi
3 Tolong / Mah.
4. Abang / terpaksa
Kenapa?
Lufti Abas (2001:24)
Ayat tunggal pengucapannya cepat.
Aliran pemikiran selari. Sering digunakan
dalam situasi berkonflik, berlawan cakap,
suasana cemas atau interaksi
bersemuka
Morfologi
Perulangan kata
Tak sangka
Peluang
Tak ada pilihan
Tujuan penegasan. Menegaskan sesuatu
perkara yang menjadi titik perbincangan
atau perkara utama.
Hubungan Bahasa dalam
Kajian Sastera
Pendekatan Stilistik
Pendekatan Analisis Wacana
Teori Semiotik

4-Dec-17 36
Bahasa dan Batas Makna
Manusia menggunakan bahasa untuk :
menyatakan maksud,
menjelaskan sesuatu,
mewujudkan kemesraan,
mendapatkan kepastian dan
membuat keputusan.

4-Dec-17 37
Penentuan Makna
Tidak semua perkara sama diterima.
Faktor perbezaan makna lambang bahasa.
Lambang bahasa di fakulti bahasa individu.
Memahami maksud yang diterima melalui
isyarat bahasa.

4-Dec-17 38
Faktor Pemahaman
Antaranya dipengaruhi oleh :
intonasi,
aliran fikiran,
pemilihan diksi,
presepsi dan tanggapan,
hubungan.

4-Dec-17 39
Sekian, terima kasih
Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan
kuasa kata yang yang ada pada mereka
adalah merupakan senjata. (Aristotle)

4-Dec-17 40

You might also like